AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Sedikit cabang Usul Al - Fiqh…

1. Al Quran, Sunnah, Ijma’ sahabah dan Qias. Semua berikut adalah sumber2 hukum yg disepakati ulama mujtahidin. Dari sumber ini lah diambil dalil2 dan para mujtahidin melakukan istinbat hukum.Proses ini dipanggil Ijtihad.

2. Mujtahid. Mujtahid ialah orang2 yg boleh melakukan ijtihad. Mujtahid sebenarnya terbahagi kepada 3 peringkat.

  • Mujtahid Mutlak - Mujtahid ini adalah mereka yang mempunyai kaedah hukum mereka sendiri dan berkebolehan melakukan ijtihad bagi semua perkara. Contoh2 mujtahid mutlak ialah Imam Hanafi,Syafie,Maliki dan Hambali.
  • Mujtahid Mazhab - Mujtahid ini adalah yang mengikut kaedah yg telah ditetapkan oleh mujtahid mutlak tertentu. Sebagai contoh ialah Imam Nawawi, beliau adalah salah seorang yg melakukan ijtihad mengikut kaedah Imam Syafie.
  • Mujtahid Masaalah - Mujtahid yg berada pada level yg paling rendah. Mujtahid ini hanya mampu berijtihad dalam bidang-bidang tertentu sahaja. Cth, dalam masalah ekonomi ataupun fiqah ibadah.

Dalam dunia akhir zaman yg serba moden ni, kita boleh lihat sangat sedikit ulama’ yg mampu melakukan ijtihad. Kebanyakkan nya semua bertaklid dlm masalah hukum syara’ kpd mujtahid..Org2 yg bertaklid ni dipanggil mukallid.Mukallid ni boleh lah dibahagikan kpd dua.

  1. Mukallid Ami - ialah org yg brtaklid buta. Golongan ini hanya tahu utk mengikut ustaz @ ulama’, tanpa mengetahui dalil mahupun kekuatan dalil.
  2. Mukaliid Muttabi’ - ialah mukallid yg mngambil ijtihad para mujtahid dgn mengkaji / tahu dalil dan kekuatannya..

Wallahualam….

p/s: Muhasabah diri kita..Kita di mana??? nak menjadi org yg jahil dengan bertaklid buta..ataupun pakar dlm bidang yg kita tahu,tidak banyak pun, sedikit pengetahuan.Belajar dan terus belajarlah mengenai Islam..hingga kita dapat memastikan yg setiap perbuatan dan pendirian kita bersandarkan pandangan Islam..InsyaAllah…

From Jemaah HT..

Posted on 4:15 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

1 comments:

hayiwadalutaibar said... @ April 28, 2009 at 11:04 PM

Allahumma faqqihna fiddin.. insyaAllah.. amiin Ya Rabb..

Post a Comment

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin