AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Apa nak jadi !! Permohonan murtad 135 orang diluluskan, N.Sembilan - 33 orang

 
 
Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.
 
Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.
 
Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.
 
 
Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.

by.Malaysiakini
 
Ulasan Nashir :

Nauzubillah..Itulah kata-kata pertama yang keluar dari mulutku. Semoga Allah S.W.T terus melindungi dan menyanyangi kita dengan rahmat ISLAM..Sebenarnya berita ini sudah diterbitkan bulan lepas lagi,tapi saya masih belum ada kelapangan untuk mengulas lanjut tentang isu parah ini. Isu ini tidak sepatutnya dipandang sebelah mata oleh kita yang beragama islam. Perlu ada tindakan susulan mengenai perkara ini, bukan hanya dari pihak berwajib atau badan-badan islam, tetapi bagi semua muslimin dan muslimat yang mengakui Deen Islam sebagai agama anutan !
 
Barah yang melanda umat islam di akhir zaman ini semakin hari semakin teruk ! Inilah barah dari ideologi sekularisme, iye, barah yang telah menular masuk dalam tubuh umat islam yakni memisahkan agama dari kehidupan. Di tambah dengan Undang-undang yang terletak di tangan manusia langsung tidak mengentarkan musuh-musuh Islam. Kes murtad seperti ini tidak dianggap isu utama dan mereka yang murtad ini boleh hidup bebas malah tidak heran mereka ini boleh menyesatkan manusia lain malah di jadikan ikutan oleh mereka yang jahil dalam hal agama.

Lain pula halnya dengan umat islam kini, bila timbul isu murtad, emosi akan bangkit, tapi cuma seketika. Terlampau selesa dengan 'zon selamat' yang ada disekeliling kita. Kini, kita umat islam perlu bangkit menyatukan pemikiran dan tindakan kita yakni fikrah dan thariqah dalam menangani gejala murtad ini. Ketua keluarga perlu mengambil tindakan dengan mendidik isteri dan anak mengenal Islam dan bukan menjadikan islam sebagai agama ritual (ibadat) semata-mata..Tapi Islam adalah agama yang perlu diamal dan diperjuangkan !

Menurut Islam, apabila seseorang keluar daripada Islam sedangkan ia baligh dan berakal maka ia diajak untuk kembali kepada Islam hingga tiga kali disertai peringatan. Jika ia kembali setelah itu maka akan diterima dan jika menolak maka akan dibunuh, Firman Allah S.W.T..

”Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” [TMQ Al-Baqarah, 2:217]

Hadith Rasulullah s.a.w pula mensabitkan hukuman kepada orang yang murtad. Imam Bukhari telah meriwayatkan dari Ikrimah yang berkata,

“Dihadapkan kepada Amirul Mukminin ‘Ali karamAllahu wajhah orang-orang zindiq, lalu beliau membakar mereka. Maka berita itu disampaikan kepada Ibnu Abbas dan beliau berkata ‘Seandainya aku, tidaklah aku bakar mereka kerana larangan Nabi Salallahu ‘alaihi wa Sallam yang bersabda "Jangan kamu menyiksa dengan siksaan Allah". Akan tetapi pasti akan aku bunuh mereka kerana sabda Rasulullah Salallahu ‘alaihi wa Sallam "Barangsiapa yang menukar agamanya, hendaklah kamu bunuh akan dia”

Dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan, “Allah dan RasulNya telah menetapkan, bahawa orang yang murtad dari agamanya maka dia mesti dibunuh.”

Berikut adalah antara dalil-dalil yang sepatutnya menjadi rujukan undang-undang dan pegangan oleh setiap umat Islam. Saya percaya, kiranya hukum Allah S.W.T diterapkan dalam seluruh kehidupan kita pastinya isu murtad seperti ini tidak sewenang-wenangnya berlaku malah urusan umat akan dapat diurus dengan cukup sempurna.

Jangan kita lupa, di dalam Malaysia ini terlalu ramai golongan sekular dan pemuja Barat seperti Sister In Islam (SIS) yang menjadi tali barut musuh-musuh Allah S.W.T dengan memperjuangkan habis-habisan hak untuk murtad sebagai sebahagian daripada Hak Asasi Manusia. SIS pernah mengatakan "isu Kerajaan Langit menunjukkan bahawa pihak berkuasa agama menggunakan sumber kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk menghukum Ayah Pin dan pengikutnya. Ini berlaku sungguhpun kebebasan memilih agama diterangkan dengan jelas di dalam Al Quran dan juga termaktub di dalam Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 18, Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (Article 18 of the Universal Declaration of Human Rights)".
(www.sistersinislam.org.my/PressStatement/27072005.htm)

Allah S.W.T mengingatkan kita,

"Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya"[TMQ al Baqarah:217].

Di sini saya mengingatkan diri saya dan juga saudara-saudara semua agar terus kekal di dalam agama Allah dan tunduk patuh kepada suruhan dan laranganNya. Sesungguhnya kebenaran dan kemenangan akan berpihak kepada agama Islam yang syumul ini. 

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Muslim”. [TMQ Ali-Imran:102]

Sumber : Sauthun Nahdhah, MalaysiaKini,Utusan Malaysia
Posted on 1:22 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 3 Comments »

3 comments:

fuad ansari said... @ July 6, 2011 at 11:50 PM

T_T
salah saya la sbb tak buat usaha agama sungguh-sungguh..

Kamarol Azli Bahari said... @ July 7, 2011 at 8:16 AM

ermm..pada pndpat sy..kuasa autoriti dlm mencegah gejala murtad ini jatuh ke ats bahu pemerintah. Sekiranya hukum Allah diterapkan dan sistem islam yakni wahyu Allah itu dijadikan landasan.Sy percaya 100%, masalah ini dapat di atasi.

s a r said... @ July 7, 2011 at 7:03 PM

assalamualaikum. :)

subhanaAllah. janganlah dibolak balikkan hati kita.

ianya boleh jadi tanggungjawab sesama islam juga kan. cuma kes murtad ni berbalik kepada undang2 semula. astaghfirullah..

Post a Comment

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin