AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Peniaga Melayu Islam tidak boleh harap pasar raya


KUALA LUMPUR:  Peniaga Melayu tidak boleh bergantung harap kepada pasar raya besar untuk memasarkan produk mereka tetapi sebaliknya, mereka perlu tubuh rumah dagang atau ‘trading house’ sendiri.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMKL), Datuk Syed Amin Al-Jefry menegaskan pasar raya besar tidak membantu secukupnya dalam memasarkan produk orang Melayu.

“Giant, Mydin dan Tesco mempunyai alasan untuk tidak menjual produk orang Melayu. Mereka boleh memberi alasan mutu produk untuk menolak produk orang Melayu. Kalau Tesco kata kueh Mek tidak laku apa yang Mek boleh buat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata berapa banyak peluang yang Tesco boleh beri kepada 500,000 peniaga Melayu. Jadi dewan dagang boleh mengatasi masalah ini. Dewan dagang ini boleh bersaing dengan Tesco, Mydin dan Giant.

“Produk orang Melayu tidak perlu lagi diletakkan di Giant kerana sudah ada rumah dagang. Rumah dagang perlu diadakan di seluruh negara sebagaimana dibuat oleh pasar raya besar itu.

“Tetapi untuk mewujudkan rumah dagang ini dana sebanyak RM50 juta diperlukan maka di sini kerajaan harus memberi sokongan termasuk wang kepada peniaga Melayu. Mana-mana peniaga di seluruh dunia tetap memerlukan bantuan kerajaan,” katanya.

Beliau turut mempertikaikan kaedah pemberian sokongan dan bantuan kerajaan kepada peniaga Melayu.

“Kerajaan tolong peniaga Melayu tetapi Melayu yang macam mana. Bukan kerajaan kurang tolong tetapi saluran mesti betul. Kaedah tidak betul, cara yang dipertikaikan dan kita minta kerajaan lebih serius bantu peniaga Melayu,” katanya.

Ulasan Nashir

Tersenyum seketika membaca saranan yang dianjurkan di atas. Memang bagus dan sangat membantu dalam memajukan ekonomi umat islam di Negara Malaysia ini. Jika di pasarkan di pasaraya-pasaraya sebagai contoh Mydin, Tesco dan seumpamanya, banyak mana produk keluaran umat islam melayu ini boleh di pasarkan ?? Cuba fikirkan…

Ulasan saya bukanlah nak menyentuh isu perkauman, tapi ketempangan dalam sistem itu sendiri gagal membantu menyelesaikan masalah umat islam. Ini baru masalah ekonomi, bagaimana pula dengan  masalah akidah, akhlak, sosial dan ibadat. Mungkin agak terpesong ulasan ini tapi cuba di luaskan pemikiran kita untuk melihat apa yang patut dan tidak sepatutnya dilakukan oleh pemerintah dan apa yang perlu dan tidak perlu disediakan untuk umat islam di Negara Malaysia ini.

Seruan kepada kerajaan untuk membantu ekonomi umat islam ini juga perlu di selarikan bukan sahaja untuk tempat berniaga tapi juga dari segi tempat beribadat, hiburan yang melampau batas, penerapan undang-undang yang tidak syarie, kurang pendedahan hal-hal keagamaan dan sebagainya. Wallahua’lam bish awab..
Posted on 9:48 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

0 comments:

Post a Comment

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin