AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Gereja Terbesar Di Malaysia & Hukum Ma'abid

Assalamualaikum w.t.b...Moga sihat semua hendakNya. Sekejap sahaja kita dah masuk ke fasa 2 bulan Ramadhan..Macamana amalan kita semua?? Rasa macam banyak sangat yang terkurangkan...Selagi masih diberi kesempatan ni, marilah kita sama-sama memantapkan lagi amal ibadat kita. Semoga kita peroleh maghfirah dari Allah S.W.T dan kita semua termasuk dikalangan para penghuni syurga. SesungguhNya rahmat Allah S.W.T itu jauh lebih hebat melebihi kemurkaanNya. SubhanaAllah...

Secara jujurnya entry kali ni dah lama ingin saya postingkan, tetapi kerana dek kekurangan idea dan tak sempat langsung nak buat semakan. Akhirnya tertangguh dan terus tertangguh. Saya maklum banyak blogger yang dah terbitkan isu ni di blog masing-masing, saya sahaja yang ketinggalan..Di harap, saya dapat mengkongsikan sesuatu yang bermanfaat untuk anda semua.

Mungkin ramai yang dah tahu atau mungkin ramai juga yang belum tahu berkenaan dengan projek pembinaan gereja yang terbesar, tercanggih dan termoden berkonsepkan freemanson yang sedang 'under construction' di dalam negara kita. Mula di bina pada tahun 2008, bersebelahan Golf & Country Club, Bukit Jalil. Saya tak berminat nak hurai panjang lebar berkenaan dengan gereja ini kerana saya lebih fokus kepada apa MOTIF pembinaan rumah kafir ini di sini.

Sesiapa yang nakkan maklumat lanjut berkenaan gereja ini boleh ke sini :-

http://www.calvary.org.my & http://www.calvary.org.my/CCC/ccc_update.html

Bayangan seni bina bila ia disiapkan nanti.

Inilah dia gereja yang saya sebutkan di atas. Namanya Calvary Convention Centre (CCC). Kos binaanya sahaja mencecah RM 100 juta, kos tanah RM 35 juta. Gereja 6 tingkat ini boleh menampung 5 ribu orang pada satu-satu masa. Siapa yang memberikan kebenaran Gereja ini dibina ?? Ini persoalan pokok yang perlu di jawab..


Under Construction : Semoga Allah S.W.T mengagalkan !


Fahaman Freemanson Pada Seni Bina

Apa tujuan gereja ini di bina ?? Pasti ada secret mission yang ingin mereka laksanakan, ya, tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk memurtadkan orang islam di sini. Lihat sajalah misi pembinaan gereja ini..

The Mission Statement of the Calvary Convention Centre is:

* To be an inspiration and to benefit all in Malaysia and beyond
* To be a dynamic and positive influence in our society
* To care and to share with those who are without hope
* To equip and train those who desire to serve and help others
* To declare God’s love and His faithfulness to mankind

Adakah mereka ingin mengkristian anak-anak muda di Malaysia ini secara besar-besaran suatu hari nanti. Nauzubillahiminzalik !! Sejauh mana kita sensitif berkenaan dengan isu ini ?
Kita lihat saja populasi penduduk di Malaysia pada tahun 2010 mengikut agama..

AGAMA PERATUSAN (%) 
ISLAM 60.4 
BUDDHA 19.2 
KRISTIAN 9.1 
HINDU 6.3 
LAIN-LAIN 5.0

Lihat, dengan 9.1%, siapa yang mereka ingin tampung di dalam gereja itu ataupun mereka ingin membuat sebuah perjumpaan besar-besaran di negara ini lalu keluar menyebarkan fahaman & kesesatan mereka. Semoga Allah S.W.T melindungi kita semua. Cuba lihat gambar ke-2 dari atas yang memaparkan visi mereka 'Adanya Harapan' @ 'There is Hope'. Harapan apakah yang mereka maksudkan, adakah harapan untuk menyebar luaskan agama mereka @ mereka berharap mampu untuk memurtadkan anak-anak muda yang beragama islam. Maka, JANGAN HARAP !!! Saya bernada tinggi begini adalah untuk meninggikan agama Allah yang sememangnya tinggi dan sudah cukup panas hati dengan kutukan dan cacian dari mereka yang memusuhi islam.

Bila siap sahaja tempat mal'unah ini, maka ia akan menjadi gereja yang terbesar di Asia. Lihatlah persiapan rapi yang mereka lakukan..usaha menggunakan nama Allah S.W.T dalam Herald Catholic suatu masa dulu. 

Hukum Ma'abid (Rumah Ibadat Non-Muslim)

Secara mudahnya orang-orang kafir ini diberikan kebebasan untuk kekal memeluk agama masing-masing dan mengamalkan ajaran agama mereka. Mereka juga berhak mendapat layanan, hak dan perlindungan sepertimana orang-orang Islam yang lain TETAPI apabila berkaitan dengan pembinaan rumah ibadah mereka hal ini perlu ditinjau daripada aspek yang lain. Ini adalah kerana membenarkan mereka memeluk akidah kufur tidak sama halnya dengan isu yang berkaitan dengan pembinaan rumah ibadah dan juga tidak sama dengan hal-hal yang berkaitan dengan menonjolkan syiar-syiar (simbol-simbol dan imej) agama mereka.

Sepatutnya pemerintah kaum muslimin lebih peka dan sensitif akan hal-hal seperti ini.  Di dalam islam, pemindahan dan pembinaan rumah-rumah ibadat orang kafir adalah TIDAK DIBENARKAN. Akhir zaman ini, kita boleh lihat dengan sewenang-wenangnya rumah-rumah ibadat orang kafir didirikan, besar dan tersergam indah. Sepatutnya ada tembok besar yang menutup setiap rumah ibadat mereka agar tidak terlihat oleh kita yang beragama islam. Segala aktiviti mereka harus tertutup, tidak seperti sekarang, mereka dengan tanpa rasa hormat mengadakan upacara keagamaan mereka secara terbuka dan besar-besaran. Wallahua'lam bish awab..

Sabda Rasulullah:

{ عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ مِنْ بَعْدِي تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ ؛ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ }

“Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ Rasyidun selepasku. Gigitlah ia dengan gerahammu. Jauhilah perkara-perkara baru dalam urusan agama, kerana setiap perkara baru adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat”.

Semoga kita semua dapat hidup di dalam pemerintahan yang sebenar-benar islam suatu hari nanti. InsyaAllah..
Posted on 3:55 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 18 Comments »

18 comments:

s a r said... @ August 11, 2011 at 11:41 PM

assalamualaikum.

hm, ada terbaca gak isu ni. nauzubillah,,. terkejut tengok. besar ya amat.

persoalan tu tak terjawab..hm..risau andai Dia turunkan lagi hukuman. bukan mereka yang terlibat aja yang kena, yang tak terlibat pun tak terkecuali. Astaghfirullahal'zim. Dia Maha Adil kan.. :)

thanks for sharing :)

Kamarol Azli Bahari said... @ August 12, 2011 at 10:35 AM

waalaikumusalam sar..
secara tersiratnya persoalan tu dah terjawab.cuma sy kurang pasti,persoalan yg mana satu ye?

Kewajiban bagi menyelesaikan isu ini adalah tggjwb pemerintah.

hayiwadalutaibar said... @ August 20, 2011 at 9:16 PM

mohon copy post yg ini ya akh..

Kamarol Azli Bahari said... @ August 22, 2011 at 9:22 AM

tafaddal enti..lama tak nmpk..

anna said... @ October 2, 2011 at 2:10 PM

mtk share blh :)

fuziana92 said... @ October 2, 2011 at 2:46 PM

Subhanallah ! apa semua nie .

Kamarol Azli Bahari said... @ October 3, 2011 at 4:31 PM

silakan share utk kebaikkan umat..

fuziana,inilah yg terjadi bila mana pemerintah tidak mahu mengambil al-quran dan assunnah sbgi sumber hukum.

Muhammad Husaini Hussin® said... @ October 4, 2011 at 6:25 PM

mohon share ... syukran ...

Kamarol Azli Bahari said... @ October 18, 2011 at 2:44 PM

tafaddal akhi..

Anonymous said... @ October 21, 2011 at 6:54 PM

islam sedar lah jangan meremehkan agama orang jikalau kamu taat pada agama kamu mana mungkin kamu mengutuk agama orang adakah didalam al-quran mengajar kamu sedemikian

Anonymous said... @ October 21, 2011 at 6:57 PM

jikalau kami menghormati agama kamu kenapa kamu tidak adakah ini dikatakan 1malaysia

Anonymous said... @ October 27, 2011 at 10:12 PM

kita 1 malaysia, janganlah taksub sangat dengan agama sendiri sampai mencaci agama kaum lain..buka mata luas2....lepas tu fikir..kalau diri tu sempurna..beli cermin yang besar...lihatlah dunia..

Kamarol Azli Bahari said... @ December 8, 2011 at 3:03 PM

al islamu yaklu wala yukla alaih...islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari agama islam..Islam itu lengkap kerana ianya adalah agama yang menyeru kepada kebenaran..

tiada 1 pun posting di atas yang mencaci agama lain wahai Anonymous...tiada pula yang meremehkan agama lain.cuma sy mengangkat agama islam itu setinggi yang boleh kerana sy muslim..

sy mencintai agama sy..sbb itu sy berjuang menegakkannya.sy tidak perlukan cermin besar utk melihat dunia..sy hanya perlukan al-quran,as sunnah,ijmak sahabat dan qiyas utk menempuhi semua itu.

Anonymous said... @ May 22, 2012 at 11:51 AM

Melayu kalau bab perkauman memang NOMBOR 1. Yang selama ni aku bayar cukai korang pi buat masjid sana sini tu takda pulak orang bising. Baru buat satu gereja dah bagai nak kiamat Malaysia. Ingat! Dunia bukan milik Islam semata-mata dan Malaysia bukan negara Islam. Islam hanya agama rasmi. Menteri jer ramai Islam tapi pemerintahan lebih teruk dari negara kafir.

Kamarol Azli Bahari said... @ June 4, 2012 at 12:00 PM

Kenapa bangkit pula hal perkauman wahai Anonymous? Siapa yang bangkit hal perkauman disini? Anda ke sy?

Apa bukti duit cukai yang dikutip dari non bukan muslim diguna untuk buat masjid ? boleh dtgkan bukti2nya kemari. sy nak tahu juga.

Memang sy tak nafikan,tiada satu pun pemerintah sekarang yang mengamalakan 100% pemerintahan islam berlandaskan al-quran dan as-sunah.Dan jika ia ditadbir dengan mengikut acuan al-quran,tidak akan berlaku tindas menindas sepeti yang berlaku sekrang.

Dan lagi satu,anda perlu ingat.Allah S.W.T ciptakan manusia dengan pelbagai bangsa dan keturunan untuk saling kenal mengenal.Dan manusia dikurniakan akal dan fikiran untuk berfikir.Mana yang benar dan mana yang palsu.

p/s: andai anda ikhlas,gunalah nama yang benar.tidak perlu emosi ye.

bigshot said... @ October 24, 2012 at 1:55 PM

Illuminati? makam firaun? apa yang ko merepek ni ha!! x da otak ker...nak buat andaian pasal hak agama org lain. rumah pelacur dekat malaysia ni bertimbun knp x haramkan, x hebohkan? anda arif sangat pasal agama sendiri ker? kau phm ke maksud bhasa arab tu? setahu saya kalau bab agama, Tuhan cipta berbagai bahasa utk difahami. so why arab? u blajar bhsa melayu dan english pun x reti, nak pula baca ayat arab.... eh... ni la sebab org sembayang dan x phm maksud jadi gila cam koe.... kalau ko nak kata agama yang disebarkan oleh Nabi Isa, ialah Khafir, bermaksud.... ko ni melawan tentangan Allah.. renung2kan. memburuk2kan agama lain tu bisikan syaitan

Anonymous said... @ November 18, 2012 at 5:01 PM

Ya ALLAH ya tuhanku lindungilah negaraku... Selamatkanlah umatMu daripada murtad... Kuatkanlah iman kami... Dan selamatkanlah kami dari musuh-musuh kami..

jerri said... @ March 5, 2014 at 2:55 AM

Tuhan Yesus tidak berubah..
selalu memberikan contoh yg baik...
kita percaya Yesus krna serupa dgn kita>>
kita percaya Yesus sebab kita berjumpa denganNya..
kita percaya Yesus sebab kita diSELAMATKAN..
saya PERCAYA.. kalau Kita kristen cukup berikan contoh saya..
Yesus selalu ada buatMu bukan hanya kami tapi jga anda.. Yesus perduli kepada SEMUA orang... bukan hnya orang kristen tapi SEMUAAAAA orang yg berbuat BENAR.. ^_^

Post a Comment

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin