AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Konsert Suara Kami Melalaikan Muda Mudi Yang Beragama Islam


Baru-baru ni heboh di Media massa, di televisyen dan di corong-corong radio berkenaan Konsert / Karnival Suara Kami, sudah pun berlangsung pada 17hb September, 3 hari lepas di Stadium Merdeka. Sudah menjadi kebiasaan program-program sebeginilah yang mendapat sambutan hangat dari anak muda di tambah pula dengan persembahan di kalangan artis-artis tanah air dan dari luar negara. Bak kata penganjur, inilah konsert terhebat dan tergempak tahun ini.

Konsert ini berlangsung sempena sambutan Hari Penubuhan Malaysia yang saya pasti akan melalaikan generasi anak muda yang rata-ratanya islam yang bakal bersorak gembira, terjerit terlolong, bercampur gaul lelaki dan wanita & sebagainya yang mana akhirnya merosakkan anak bangsa kita sendiri.

Dari Ad-Dailami, Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya :

"Nyanyian dan permainan hiburan yang melalaikan menumbuhkan kemunafikan dalam hati, bagaikan air menumbuhkan rerumputan. Demi yang jiwaku dalam genggaman-Nya, sesungguhnya Alquran dan dzikir menumbuhkan keimanan dalam hati sebagaimana air menumbuhkan rerumputan."

Jelaslah dari hadith di atas islam telah mengariskan kepada kita hiburan yang di bolehkan. Sudahlah setiap hari rakyat di negara ini disajikan dengan pelbagai bentuk hiburan di kaca tv, baik yang siarannya percuma mahupun berbayar. Seingat saya tidak lama dulu kecoh dengan perhimpunan Bersih yang ingin diadakan di Stadium tersebut. Lalu bertempik lah sekelian pihak yang membela nasib stadium tersebut yang kata mereka stadium itu keramat warisan negara walhal perhimpunan Bersih itu adalah tuntutan rakyat berbilang kaum yang mahukan pilihanraya adil dan bersih.
 
Sebenarnya bukan berkenaan perhimpunan itu yang saya ingin utarakan (kerana saya ada pendapat saya sendiri) tapi perkara yang melalaikan ini yang wajib ditegur, tidak kira di mana ia dianjurkan, stadium yang berkeramat ke, yang tak keramat ke ataupun dekat Keramat sekalipun ia perlu dimuhasabah. Sesungguhnya islam tidak melarang umatnya untuk berhibur asalkan sesuai dengan syariat, malah ia boleh memberikan nilai tambah dan manfaat. Tapi apabila hiburan yang melalaikan terlalu sering dinikmati maka tidaklah menghairankan jika kemunafikan tumbuh subur. Sayang sekali bila waktu dibuang-buang hanya untuk hiburan yang melalaikan. 
 
Allah SWT berfirman: "Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal shaleh. Dan saling menasihati dalam kebenaran serta saling menasihati dalam kesabaran." (Surah Al-Ashr: 1-3).

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam shalatnya dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna." (Surah Al-Mu'minuun: 1-3). 

Sekiranya perkara sebegini tidak diingatkan, semakin ramailah golongan muda yang makin tersasar jauh, leka dengan perkara duniawi lalu lupa dengan kewajiban ukhrawi. Maka semakin bertambah gejala sosial (zina, rogol, minum arak, hisap dadah) lalu penuh lah pusat jagaan untuk anak luar nikah, tempat pemulihan dadah dan seangkatan dengannya. Itu yang kita perlu elakkan sebelum terjadi keruntuhan akhlak. Bukan apabila telah parah, baru sibuk mencari jalan penyelesaian yang solusinya memang tidak pernah konkrit bahkan ia menjadi 'option' bagi mereka untuk terus melakukan perkara maksiat.
 
Firman Allah S.W.T. "(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang menyeru kepada kebaikan (mengajak memilih kebaikan, iaitu memeluk Islam), memerintahkan kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung." (Surah Ali-Imran [3]: 104).
 
Para pemerintah sepatutnya lebih kehadapan dalam menangani isu ini, bukan memberikan galakkan dan sokongan padu kepada aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada peninggian syariat islam. Buat penganjur pula ingatlah firman Allah S.W.T :-

"Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 ).

Apakah kita rela membiarkan anak-anak muda islam terus hanyut dengan hawa nafsu duniawi bahkan diri kita hanya menjadi penonton tanpa berbuat apa-apa. Mereka lebih mengenal Panji Manusia Millenium daripada Sahabat Nabi, lebih tahu soal hiburan dan artis daripada hukum hakam kehidupan. Sementara tuntutan sejati yang membawa keselamatan dan kesejahteraan yakni Al-quran dan As-sunah hanya dipertandingkan, di jadikan tontonan dan ditinggalkan.
 
"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya." (Surah Al-Isra': 36).
Posted on 9:07 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 4 Comments »

4 comments:

Unknown said... @ September 20, 2011 at 11:02 AM

pm pun hadir sama..

Kamarol Azli Bahari said... @ September 20, 2011 at 12:00 PM

Hadirnya PM bukan tiket yg membolehkan perkara sebegini dianjurkan..Yg penting ditegur..

Mohd Nazri Hamid said... @ September 20, 2011 at 12:24 PM

as salam..entry yg bagus tuan.teruskan menulis..

Kamarol Azli Bahari said... @ September 20, 2011 at 4:16 PM

waalaikumussalam..
Jazakallahu khair..
syuran ya nazri..semoga bermanfaat.

Post a Comment

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin