AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Langit yang mendung akan cerah jua..

Assalamualaikum...tajuk entry semacam ada yang sangat menarik untuk dikongsikan dari saya. Sebenarnya ia merujuk kepada banjir di Thailand yang sudah pun mulai surut akhir bulan ini. Alhamdulillah..Takziah buat mereka yang mengalami dan merasai dugaan hebat ketika banjir. Sekarang ni pula, negeri-negeri di pantai timur antaranya Terengganu, Kelantan dan Pahang pula mulai dinaiki air. Semoga mereka semua sudah membuat persiapan rapi dan tabah mengharungi dugaan yang setiap tahun mereka hadapi. Hebat dan tabah betul anda semua mangsa banjir...

Benar, saya kagum...Jika hendak dibandingkan dengan kami yang hidup dikawasan yang tidak pernah atau jarang sekali dinaiki air, pasti tidak pernah merasa susah payah seperti yang kalian lalui. Sungguh kami berada di dalam 'zon selesa'...Kadang terlupa kepayahan yang saudara lain lalui. Astaghfirullahalazim...Bagi segelintir yang bersyukur kerana tidak diuji dengan air bah, Alhamdulillah, tapi jangan sesekali kita lupa dengan mereka yang kesusahan, rumah dinaiki air serta lumpur, kenderaan dimasuki air, sofa serta perkakas rumah habis musnah dan pelbagai lagi masalah lain termasuk kesukaran mendapat bekalan makanan dan air bersih. Semoga kalian semua bersabar dengan dugaan Allah S.W.T kerana ada ganjaran disebalik yang berlaku.

Buat pemerintah pula, masalah saliran dan pemparitan ini perlu dikaji dan dicari punca dan penyelesaiannya. Bukan dibiarkan sahaja masalah yang melanda saban tahun berulang tanpa solusi yang kukuh. Ini kerana setiap pemerintah akan ditanya tentang kepimpinannya di Yaumul Hisab kelak.

Di bawah ini, saya kongsikan gambar-gambar banjir yang melanda Thailand beberapa bulan lepas :-

Binatang ternak habis mati..
Bukan air je masuk rumah, buaya pun masuk..
Kreatif dikala payah..


Ibu ayah menjaga anak dari kebasahan
Binatang berbakti pada tuannya
Spiderman pun tolong..tolong menolong amalan mulia..:-)
Posted on 10:57 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Kuliyah Ustaz Azhar Idrus - Disember 2011

Posted on 9:49 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Salam Maal Hijrah 1433H - Doa Akhir dan Awal Tahun

Asslamualaikum..Dengan kedatangan tahun baru islam 1 hari sahaja lagi, ana mengambil kesempatan mengucapkan salam maal hijrah buat seluruh muslimin dan muslimat. Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1432H jatuh pada 26 November 2011 (Sabtu) dan 1 Muharram 1433H jatuh pada 27 November 2011 (Ahad). Semoga Allah S.W.T memberi keampunan dan rahmatNya untuk kita semua. Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1432H) dan doa awal tahun (1433H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, insyaAllah….

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.


Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).

Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.


Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Mari luangkan masa mendengar Perutusan Maal Hijrah 1433H dari Tuan Guru Dato' Harun Din  ( Darussyifa')
Posted on 3:38 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

Umat Islam Sila Ambil Perhatian !!


Bismillahirrahmanirrahim…

Mungkin ramai yang dah tau akan berita ni dan mungkin ada lagi yang belum mengetahui, maka ana panjangkan lah maklumat ini ke dalam blog ana untuk perkongsian umat islam di luar sana..Sharing is Jariah, right ??

Umat Islam sila ambil perhatian dan tindakan berkenaan isu babi biri-biri ini. Setiap dari kita perlu memainkan peranan, berpesan-pesan untuk kebenaran. Amat merisaukan ana cubaan dan dugaan di akhir zaman ini. Bila manusia semakin maju mengecapi kecanggihan teknologi maka semakin banyaklah ujian dan cabaran yang dihadapi.

Samalah juga dengan isu ini, apakah yang akan terjadi sekiranya banyak fabrik yang akan terhasil dari babi aneh ini. Bulunya benar-benar menyerupai kambing biri-biri. Memang amat sukar untuk membezakannya dengan mata kasar. Pihak berwajib khusunya JAKIM diharapkan membuat tindakan dan uji kaji ke atas perkara ini. Pemeriksaan perlu dijalankan dengan kadar segera. Kita tidak mahu sekiranya ada di antara pakaian mahupun barangan kegunaan umat islam terhasil dari sumber yang dilarang agama.

Perlu diingat, agenda pihak kuffar adalah untuk  menyesatkan dan mempersendakan kesucian agama islam. Mereka selamanya tidak akan redha dengan penganut agama islam. Mereka tidak akan berhenti selagi kita tidak menuruti kehendak mereka. Awas semua umat islam !!

INFO BABI BIRI-BIRI  : Mangalitsa (AS ejaan), Mangalitza (UK ejaan) atau Mangalica (ejaan Hungary asal) adalah nama bagi tiga baka babi dibiakkan terutamanya di Hungary dan Balkan yang dikenali juga sebagai babi kerinting rambut. Ia kepunyaan baka jenis lemak Eropah unimproved (serta Iberia Hitam dan babi Alentejana) yang berasal secara langsung dari populasi babi liar. Babi Mangalitsa adalah luar biasa kerana ia tumbuh berbulu 'bulu', yang serupa dengan kambing biri-biri. Baka babi lain yang diperhatikan untuk mempunyai lapisan yang panjang Kot Lincolnshire kini pupus Curly England. Mangalitsa adalah dahulunya dibesarkan sebagai babi lemak babi, dan binatang yang besar dan bulat. Disebabkan kejatuhan dalam permintaan untuk lemak babi, populariti baka telah menurun dan kini dianggap sebagai "rare breed".
Dagingnya amat menyerupai daging biri-biri sahaja. (Google)

AAP - Sebaiknya langkah awal pengcegahan, kawalan dan menanganinya perlu dibuat dan dipantau dengan kadar segera oleh pihak berkuasa. Agar kita semua khusunya orang islam tidak tertipu dengan daging Babi Mangalitsa ini kelak.

Gambar Babi Mangalitsa 

Posted on 10:25 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 3 Comments »

Sebarkan - Kenyataan Syeikh Ustaz Haron Din

Dulu hangat pasal isu jin dipindahkan dengan bas oleh Syeikh Ustaz Haron Din. Saya sendiri mendengarnya (dalam ceramah) suatu ketika dulu. Cerita yang tidak sahih atau mungkin diada-adakan ini sehingga sekarang masih menjadi bahan perbualan hangat bila berkisah dengan jin.

Syeikh Ustaz Haron Din telah pun menjelaskan ini dalam pertemuan yang telah diadakan dan Syeikh Ustaz Haron Din menjelaskan untuk sekelian kalinya agar masyarakat tidak menimbulkannya lagi.
 
Adalah amat tidak benar Syeikh Ustaz Haron Din pernah membuat satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan tidak pernah Syeikh Ustaz Haron Din buat kerja yang semacam itu.
 
 
Posted on 4:31 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

TAZKIRAH : Perubatan Islam

FIQH PERUBATAN

1. Perubatan dan aqidah

2. Perubatan dan syariah

3. Perubatan akhlak serta adab

ISU DI DALAM BAHAGIAN AQIDAH IALAH : -

A. Konsep Penyakit Dalam Islam

Apa yang kita rasa baik untuk diri kita, mungkin ianya sangat buruk untuk kita.

Apa yang kita rasa ianya sangat dibenci kita, mungkin ianya baik untuk kita. Allah Lebih Tahu apa yang diperlukan hambanya.

”Untuk menguji kamu siapakah dikalangan kamu yang terbaik/lebih baik amalannya”


B. Menghilangkan Syirik Dalam Perubatan.

Ubat hanyalah sebagai alat/medium untuk menyembuh. Allah sebagai penyembuh dan pemberi sembuh.

Apa yang diperlukan manusia, adalah mereka disuruh berusaha, apabila diberi penyakit disuruh mencari ubat.

Pada usaha itu, Allah mahu memberi nilai pahala.

Rezeki merupakan anugerah Allah.

Bagi orang-orang beriman, dia sentiasa redha terhadap segala anugerah dan musibah dari Allah. Mereka tidak sibuk dengan anugerah, tetapi sibuk terhadap jalan mendapatkan anugerah tersebut.

Sejauh mana kita berusaha bersungguh-sungguh, sejauh itulah redha Allah atas kita.

Allah menilai hambanya dengan melihat kesungguhannya dalam bekerja. Dari ianya bangun sehinggalah ia menutup kedainya, rugi mahupun untung, redha Allah mengiringi dirinya disebabkan usahanya mencari sesuap rezeki dengan bersungguh-sungguh.

Begitulah dengan sakit dan sembuh , Allah yang memberi.

Jika seseorang tidak memakan ubat, ianya boleh jatuh pada haram disebabkan jika ianya memudaratkan diri , dan menidakkan jalan usaha yang disuruh untuk setiap orang beriman untuk menjalankannya.

Apabila datang ayat ,

” Sungguh orang-orang beriman dan beramal soleh…..”
 
Setiap kali ayat ini diulang-ulang di dalam alquran, orang beriman sentiasa diiringi dengan perkataan amal soleh. USAHA adalah satu amal soleh.

Konsep Pergantungan

Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Setiap satu yang dijadikan pasti ada manfaatnya. tetapi apabila pergantungan terhadap sesuatu itu melebihi dari keyakinan pada Allah, itu sudah di kira syirik.

Meniti perkara di atas jalan ilmu ianya diboleh, tetapi jika meniti perkara hanya di atas kepercayaan semata-mata tanpa adanya sokongan yang kuat , ianya tidak dibolehkan.

Seperti contohnya seseorang memakan/minum madu, ianya disebabkan kerana begitu banyaknya kajian scientific mengenai kelebihannya juga jaminan dari Allah bahawa ianya punya pelbagai manfaat darinya sebagai ubat. Maka manusia jenis ini adalah yang mengamalkan ilmu yang ada padanya.

Jika sebagai contoh, kayu kokka itu dikatakan boleh mengubat pelbagai jenis penyakit, tetapi tiadanya kajian scientific tentangnya, bahkan hanyalah kepercayaan kosong yang tidak berasas yang tidak tahu dari mana datangnya, maka ianya tidak dibolehkan bahkan kita disuruh untuk menjauhinya.

Firman Allah dalam al-Quran Surah al-Ma'idah, ayat 72 bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan .... ”sungguh, zon(sangkaan) itu tidak akan mengkayakan (melebihi) dari kebenaran(alhaq) walau sedikit ”
 
Suatu Kebiasaan

Iman dan akhlak itu perlu dibiasakan agar ianya menjadi tabiat.

Berapa ramai orang yang sebaya kita yang sudah pergi dahulu.

Orang yang bersabar dengan musibah akan diberikan darjat lebih kurang sama dengan orang yang bersyukur dengan nikmat.

Akhlak dan iman, ianya perlu kepada latihan , perlu dilatih dan membimbingnya.

Doa-doa sangat membantu dalam melaksanakan akhlak dan iman seiring.

Ada manusia, mereka tidak percaya dengan ubat, hanya solat dan doa. Mereka yakin bahawa solat dan doa juga adalah ubat bagi orang yang sakit.

Bahkan sampaikan padanya, Allah suka apabila melihat seseorang membuat kerja bersungguh, dengan kata lain , memaksimakan usaha.

Maka ubat menunjukkan kita memaksimakan usaha yang ada.

Sembut lambat tidak mengapa tapi jangan sembuh cepat tapi dengan syirik.

Apabila ayat-ayat alquran dibaca dan diamalkan dengan roh tauhid dan diatas keagungan Allah, Allah akan berikan kehebatan pada yang mengamalkannya dengan cara ini.

Biasakanlah baca dengan roh tauhid , membesarkan dan mengagungkan Allah.

Perkara syirik tidak perlu dimulakan. Jika ada seseorang mengatakan tangkal itu boleh menyembuh, janganlah memulakan diri mencuba sesuatu tangkal, kerana kelak ianya akan membinasakan jiwa yang sedia bersih dari syirik.
Posted on 10:56 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Apa itu Nikah Mut'ah dan Hukumnya


Nikah mut'ah ialah perkawinan antara seorang lelaki dan wanita dengan maskawin tertentu untuk jangka waktu terbatas yang berakhir dengan habisnya masa tersebut, dimana suami tidak berkewajiban memberikan nafkah, dan tempat tinggal kepada istri, serta tidak menimbulkan pewarisan antara keduanya.

Ada 6 perbedaan prinsip antara nikah mut'ah dan nikah sunni (syar'i):

1. Nikah mut'ah dibatasi oleh waktu, nikah sunni tidak dibatasi oleh waktu.

2. Nikah mut'ah berakhir dengan habisnya waktu yang ditentukan dalam akad atau fasakh, sedangkan nikah sunni berakhir dengan talaq atau meninggal dunia.

3. Nikah mut'ah tidak berakibat saling mewarisi antara suami istri, nikah sunni menimbulkan pewarisan antara keduanya.

4. Nikah mut'ah tidak membatasi jumlah istri, nikah sunni dibatasi dengan jumlah istri hingga maksimal 4 orang.

5. Nikah mut'ah dapat dilaksanakan tanpa wali dan saksi, nikah sunni harus dilaksanakan dengan wali dan saksi.

6. Nikah mut'ah tidak mewajibkan suami memberikan nafkah kepada istri, nikah sunni mewajibkan suami memberikan nafkah kepada istri.

Dalil-Dalil Haramnya Nikah Mut'ah


Haramnya nikah mut'ah berlandaskan dalil-dalil hadits Nabi saw juga pendapat para ulama dari 4 madzhab. Dalil dari hadits Nabi saw yang diwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitabnya Shahih Muslim menyatakan bahwa dari Sabrah bin Ma'bad Al-Juhaini, ia berkata: "Kami bersama Rasulullah saw dalam suatu perjalanan haji. Pada suatu saat kami berjalan bersama saudara sepupu kami dan bertemu dengan seorang wanita. Jiwa muda kami mengagumi wanita tersebut, sementara dia mengagumi selimut (selendang) yang dipakai oleh saudaraku itu. Kemudian wanita tadi berkata: "Ada selimut seperti selimut". Akhirnya aku menikahinya dan tidur bersamanya satu malam. Keesokan harinya aku pergi ke Masjidil Haram, dan tiba-tiba aku melihat Rasulullah saw sedang berpidato diantara pintu Ka'bah dan Hijr Ismail. Beliau bersabda, "Wahai sekalian manusia, aku pernah mengizinkan kepada kalian untuk melakukan nikah mut'ah. Maka sekarang siapa yang memiliki istri dengan cara nikah mut'ah, haruslah ia menceraikannya, dan segala sesuatu yang telah kalian berikan kepadanya, janganlah kalian ambil lagi. Karena Allah azza wa jalla telah mengharamkan nikah mut'ah sampai Hari Kiamat (Shahih Muslim II/1024).

Dalil hadits lainnya: Dari Ali bin Abi Thalib ra. ia berkata kepada Ibnu Abbas ra bahwa Nabi Muhammad saw melarang nikah mut'ah dan memakan daging keledai jinak pada waktu perang Khaibar (Fathul Bari IX/71).

Pendapat Para Ulama 

Berdasarkan hadits-hadits tersebut diatas, para ulama berpendapat sebagai berikut:

- Dari Madzhab Hanafi, Imam Syamsuddin Al-Sarkhasi (wafat 490 H) dalam kitabnya Al-Mabsuth (V/152) mengatakan: "Nikah mut'ah ini bathil menurut madzhab kami. Demikian pula Imam Ala Al Din Al-Kasani (wafat 587 H) dalam kitabnya Bada'i Al-Sana'i fi Tartib Al-Syara'i (II/272) mengatakan, "Tidak boleh nikah yang bersifat sementara, yaitu nikah mut'ah".

- Dari Madzhab Maliki, Imam Ibnu Rusyd (wafat 595 H) dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid wa Nihayah Al-Muqtashid (IV/325 s.d 334) mengatakan, "hadits-hadits yang mengharamkan nikah mut'ah mencapai peringkat mutawatir" Sementara itu Imam Malik bin Anas (wafat 179 H) dalam kitabnya Al-Mudawanah Al-Kubra (II/130) mengatakan, "Apabila seorang lelaki menikahi wanita dengan dibatasi waktu, maka nikahnya batil."

- Dari Madzhab Syafi', Imam Syafi'i (wafat 204 H) dalam kitabnya Al-Umm (V/85) mengatakan, "Nikah mut'ah yang dilarang itu adalah semua nikah yang dibatasi dengan waktu, baik dalam jangka pendek maupun jangka panjang, seperti ucapan seorang lelaki kepada seorang perempuan, aku nikahi kamu selama satu hari, sepuluh hari atau satu bulan." Sementara itu Imam Nawawi (wafat 676 H) dalam kitabnya Al-Majmu' (XVII/356) mengatakan, "Nikah mut'ah tidak diperbolehkan, karena pernikahan itu pada dasarnya adalah suatu aqad yang bersifat mutlaq, maka tidak sah apabila dibatasi dengan waktu."

- Dari Madzhab Hambali, Imam Ibnu Qudamah (wafat 620 H) dalam kitabnya Al-Mughni (X/46) mengatakan, "Nikah Mut'ah ini adalah nikah yang bathil." Ibnu Qudamah juga menukil pendapat Imam Ahmad bin Hambal (wafat 242 H) yang menegaskan bahwa nikah mut'ah adalah haram.

Rujukan:

1. Dr. Nashir bin Abdul Karim Al-Aql, Dirasat fil ahwa wal firaq wal Bida' wa Mauqifus Salaf minha.

2. Drs. KH Dawam Anwar dkk, Mengapa Kita menolak Syi'ah.

3. H. Hartono Ahmad Jaiz, Di bawah Bayang-bayang Soekarno-Soeharto.

4. Abdullah bin Sa'id Al-Junaid, Perbandingan antara Sunnah dan Syi'ah.

5. Dan lain-lain, kitab-kitab karangan orang Syi'ah.

Sumber : http://www.islam2u.net
Posted on 2:26 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Susuk kuat solat, ‘panas’ jika dengar azan

 

KUALA LUMPUR: “Niat saya hanya untuk mendalami agama dan melakukan ibadat. Tidak sangka pula jalan yang saya ambil bukan cara yang sebenarnya, sebaliknya memesongkan akidah,” kata Zaki, 34, yang memakai ‘susuk kuat sembahyang’ kira-kira setahun lalu, diperoleh daripada seorang individu mendakwa sebagai ustaz di Kelantan.

Menurutnya, dia ditemukan dengan lelaki itu oleh seorang rakan selepas mendengar cadangan daripada sahabatnya itu yang didakwa turut menggunakan susuk berkenaan.

Tambahnya, ustaz itu memasukkan serbuk campuran tertentu pada tapak kakinya, di bahagian belakang badan dan tapak tangan menggunakan bacaan tertentu seperti mantera yang sukar difahami kononnya untuk merawat hatinya yang dipenuhi dosa.

Katanya, selepas ustaz itu memasukkan serbuk campuran berkenaan, dia merasakan kelainan pada tubuh badannya dan setiap kali ingin menunaikan ibadat, dia berasakan seperti ada suara ghaib membisikkan ke telinganya supaya melakukan ibadat.

Zaki berkata, susuk itu juga mempunyai larangan tertentu yang perlu dipatuhi sepanjang tiga bulan pertama pemakaiannya, termasuk tidak boleh menjejakkan kaki di tanah perkuburan dan sekiranya dia tidak mematuhi syarat itu, ustaz terbabit mendakwa dia akan menghidap penyakit misteri yang sukar diubati.

Harian Metro

Ulasan

Dengan ilmu yang sedikit, ana cuba jelaskan isu di atas. Perlulah dijelaskan bahawa kita sebagai manusia yang dicipta sebaik-baik kejadian yakni khalifah di muka bumi ini tidak boleh memohon perlindungan ataupun pertolongan selain daripada Allah S.W.T. Ini adalah kerana ia boleh menyebabkan syirik, satu dosa yang tidak diampuni oleh Allah S.W.T melainkan dengan taubat nasuha.

Berdasarkan berita diatas, boleh ana katakan yang 'ustaz' itu telah melakukan kesalahan yakni mengamalkan ilmu yang salah di sisi syarak. Dalam masyarakat melayu kita ini, memang terlalu ramai yang tergelincir dengan mengamalkan ilmu salah. Pelbagai cara dan kaedah yang golongan ini gunakan dalam usaha untuk bersahabat dengan jin. Ada yang mengelarnya jin islam, rijalul ghaib, khadam ayat dan bermacam-macam lagi.

Bila sudah diseru dengan pelbagai cara (salah satu contoh diatas), maka datanglah makhluk yakni jin berdamping dengan si pemuja. Dalam kes di atas, atas kekurangan pengetahuan (si pesakit), maka si 'ustaz' berkenaan telah memasukkan jin ke dalam badannya tanpa dia sedari. Termasuklah dengan pelbagai pantang larang yang mengarut dan masalah pelik yang dihadapi pesakit.

Apabila makhluk yang ada sebagai pendamping itu datang, maka inilah yang dikatakan ianya boleh membantu manusia merawat, menjaga rumah dan harta benda, pelindung diri, ilmu kebal dan termasuklah 'kuat solat' seperti yang berlaku kepada pesakit berkenaan. Lihat seperti ada unsur-unsur islam bukan, tapi belum tentu makhluk yang datang itu islam. Sungguh tipu daya iblis dan syaitan itu sangat tinggi, di luar kemampuan kita untuk mengatasinya kecuali dengan izin Allah aza wa jalla.

Akhir kalam, sesungguhnya syaitan itu pernah bersumpah di hadapan Allah S.W.T, yang menyebut, "Demi kemuliaan-Mu, sesungguhnya aku tidak akan berpisah daripada anak Adam, sehinggalah roh anak Adam itu berpisah daripada jasadnya''. Bermaksud bahawa makhluk ini sentiasa berusaha menyesatkan manusia, daripada awal kelahirannya, sehingga mati. Ketika itu makhluk ini akan pergi, meninggalkan manusia, sama ada mati dalam keadaan beriman ataupun dalam keadaan kufur. 

Wallahualam..
Posted on 4:34 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

Tahniah buat mereka yang berjaya..Bersabarlah buat yang kurang berjaya..

 
Assalamualaikum w.t.b...Alhamdulillah..bertemu lagi kita...:)

Hari ini keputusan UPSR telah diumumkan..buat yang berjaya, Alhamdulillah,Tahniah..buat yang kurang berjaya, bersabarlah kerana ada hikmah dan pengajaran disebalik yang berlaku..Teruskan usaha murni adik-adik semua mengembara, menggali dan mencari ilmu Allah S.W.T.

Perjuangan anda semua masih jauh dan tidak sebatas UPSR sahaja, perancangan Allah S.W.T adalah yang terbaik dan hanya DIA sahaja yang mengetahui. Juga peringatan untuk ibu dan bapa (ana belum lagi), teruskan memberi sokongan buat anak-anak dan pastikan ilmu akhirat yakni ilmu mengenal Allah S.W.T diberikan secukupnya agar kasih sayang Allah S.W.T yang diterima melimpah ruah.

Perlu diingat, tiada siapa yang Allah S.W.T ciptakan di dunia ini untuk gagal. Akhir kalam, ucapan tahniah buat adik Nursyakirah kerana berjaya memperoleh 5A..
Posted on 2:31 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Parlimen: 152,000 Anak Luar Nikah Direkodkan Pada 2008-2010 !!


KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) — Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.

Timbalan Menteri berkenaan Heng Seai Kie berkata daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).

Beliau berkata Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan “reproductive” dan sosial.

“Program itu telah melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat Selasa. Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu.

Berita lanjut di...Harian Metro Online

Ulasan


Sudah tidak terkata ! Tidak reda dengan masalah sosial yang melanda. Semalam parlimen mendedahkan pula seramai 152,000 anak luar nikah direkodkan semenjak 2008 - 2010. Nauzubillah...Inilah bahana dan kesan kerana membelakangkan Hukum Al-Quran.

Dewasa ini, kita tidak henti-henti dikejutkan dengan pelbagai trajedi hitam yang melanda, baik dari dalam mahupun luar negara. Ya, inilah petanda akhir zaman. Bukan sedikit masalah sosial dan jenayah yang berlaku yang melibatkan anak muda, antaranya penagihan dadah, ketagihan alkohol, rempit dan masalah sosial yang seakan-akan telah menjadi asam garam dalam kehidupan remaja hari ini, baik di kota mahupun di desa.

Isu buang bayi telah menjadi kebiasaan dan senantiasa kedengaran di telinga kita. Puncanya adalah dari seks bebas yang diamalkan lalu terhasillah anak luar nikah, Kemudian terbuanglah anak yang tidak berdosa itu di longkang, di longgokkan sampah sarap, di tandas dan di mana-mana sahaja tempat yang mereka rasakan sesuai untuk di buang hatta dari tingkat atas bangunan sekalipun !!

Seperti itulah yang boleh saya ibaratkan mengenai Hukum Allah, IAnya dibuang seperti sampah, sepertimana bayi itu dibuang..dan diambil hanya ketika hukum itu bersesuaian dengan tempat dan keadaan. 'Rawatan' yang diberi kepada permasalah yang berlaku tidak pernah syarie malah menyebabkan kerugian dan menimbulkan masalah lain. Sepatutnya pencegahan perlu dilakukan dengan serta merta bagi menyelesaikan masalah yang kian membelenggu. Di bawah ini adalah sedikit penyelesaian yang dianjurkan selaras dengan Al-Quran mahupun hadith Nabi S.A.W.

Pertama: Keimanan individu. Keimanan yang dimaksudkan di sini ialah seseorang Muslim itu, dengan akidah Islam yang ada di dalam dirinya, semestinya tahu dan meyakini bahawa tujuan hidupnya di dunia adalah semata-mata untuk mematuhi perintah dan larangan Allah. Justeru, apabila Allah melarangnya untuk berzina atau mendekati zina, maka dia akan terus menjauhinya kerana akidahnya telah menetapkan bahawa hal ini adalah haram. Jika dia beriman kepada Allah, maka akan terjauhlah segala kemaksiatan dari dirinya.

Kedua:  Hukum menundukkan pandangan. Allah SWT memerintahkan agar masing-masing baik lelaki mahupun wanita menundukkan pandangan mereka ketika bergaul dalam suatu keadaan yang diperbolehkan oleh syarak. Allah SWT berfirman, “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menahan (menundukkan) pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka...Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menahan (menundukkan) pandangan mereka (daripada memandang yang haram)...” [TMQ An-Nur (24):30-31]. Apabila masing-masing dari lelaki dan wanita bertakwa kepada Allah dan mematuhi perintah Alllah untuk menundukkan pandangan, maka syahwat yang berasal dari pandangan (mata) dapat dihindari. Jika pandangan sudah dapat ditundukkan, maka Insya Allah zina sudah pasti dapat dijauhi oleh seseorang itu.

Ketiga: Hukum menutup aurat. Islam mengajar hukum menutup aurat dengan terperinci untuk lelaki dan juga wanita. Islam memperjelaskan satu persatu hukum berkenaan aurat di dalam kehidupan khusus (di dalam rumah) dan juga kehidupan umum (di luar rumah). Sekiranya aurat ditutup sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, maka syahwat lelaki mahupun wanita akan secara automatik terhindar atau tertutup. Aurat yang tertutup dapat menghindari atau mengurangkan daya tarikan dan gangguan seksual yang menjadi salah satu faktor kepada perbuatan zina atau rogol. Di samping hukum Allah (ke atas individu) untuk menutup aurat, Negara pula wajib mengenakan uqubat (hukuman) berupa ta’zir ke atas sesiapa sahaja yang membuka auratnya di tempat awam.

Keempat: Haramnya khalwat dan ikhtilat (percampuran). Islam membenarkan lelaki dan perempuan bergaul di dalam kehidupan umum seperti membeli-belah, belajar, melakukan kontrak dan seumpamanya, namun kesemua ini ada batasnya. Islam mengharamkan lelaki dan wanita berada berdua-duaan tanpa disertai mahram (berkhalwat). Islam juga mengharamkan ikhtilath (percampuran bebas) di antara lelaki dan perempuan. Pada hari ini, khalwat dan pergaulan bebas antara dua lawan jenis ini langsung tidak disekat oleh pemerintah sekular yang ada dan sudah menjadi fenomena biasa di mana-mana sahaja baik di dalam rumah, apatah lagi di tempat-tempat awam. Hal inilah yang menyumbang kepada perzinaan apabila syahwat manusia sering dirangsang dengan pergaulan tanpa batas umpama haiwan ini. Di samping mengharamkan khalwat dan ikhtilath, Islam merincikan lagi batas-batas komunikasi antara lelaki dan perempuan di mana perempuan diharamkan bercakap dalam bentuk manja atau menggoda terhadap lelaki. Negara pula akan menangkap dan mengenakan uqubat ke atas mereka yang berkhalwat dan bergaul bebas yang jelas-jelas menyalahi Islam ini. Uqubat (oleh Negara) di peringkat awal lagi ini sudah pasti akan dapat mencegah atau mengurangkan kes perzinaan.

Kelima: Haramnya pornografi, baik berbentuk gambar mahupun video dan haramnya aktiviti pelacuran. Pemodenan yang berlaku hari ini telah mewujudkan sebuah ‘industri seks’ di seluruh dunia dengan sarang pelacuran, video-video dan gambar-gambar lucah yang boleh didapati dengan mudah, malah kesemua ini ‘sah’ di beberapa buah negara. Hasil dari kajian dan realiti menunjukkan bahawa kesemua kekejian ini telah menyumbang kepada berleluasanya aktiviti perzinaan di mana ramai individu menjadi ketagih seks disebabkan selalu menonton video lucah yang mudah di dapati di internet. Islam mengharamkan pornografi dan pelacuran dengan jelas yang sekaligus menjauhkan seseorang dari rangsangan perzinaan. Negara akan menyekat segala aktiviti pelacuran dengan serius, menyekat kemasukan dan pengedaran kesemua bahan lucah dan jika ada pihak yang masih berdegil melakukannya, maka uqubat akan dikenakan ke atasnya.

Keenam: Sistem pendidikan Islam. Kita semua tahu bahawa sistem pendidikan memainkan peranan penting untuk membentuk generasi muttaqin dan kita semua tahu bahawa sistem pendidikan sekular hari ini telah terbukti merosakkan anak-anak umat Islam dan berjaya melahirkan ramai penzina di kalangan pelajar. Polisi pendidikan seharusnya dibina atas akidah Islam yang bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai syakhsiyyah Islam baik dari segi pola fikir mahupun pola jiwa yang Islami, bukannya dicedok atau diwarisi dari sistem kuffar penjajah. Selain pendidikan dalam ilmu kehidupan (akademik) seperti sains, matematik, geografi, kemahiran dan seumpamanya, para pelajar mesti ditanam dengan pengetahuan Islam (akidah dan syariat) dan tsaqafah Islam dengan baik. Dalam proses pendidikan Islam, pelajar lelaki adalah terpisah dari pelajar wanita, di mana pemisahan ini sudah tentu akan menjauhkan rangsangan syahwat di antara kedua lawan jenis ini, yang seterusnya dapat menghindari dari terjadinya perzinaan.

Ketujuh: Peraturan dan prosedur pernikahan dan perceraian yang betul dan mudah. Sesebuah pernikahan di dalam Islam dikira sah apabila memenuhi rukun dan syaratnya. Rasulullah SAW menggalakkan umatnya untuk berkahwin dan menggalakkan wanita agar meletakkan mas kahwin yang memudahkan pasangannya untuk membayarnya. Prosedur yang mudah tentunya dapat menenangkan jiwa pasangan yang ingin bernikah sekaligus dapat mengawal gharizah nau’ (naluri seksual) yang ada pada pasangan yang ingin berkahwin. Berbeza dengan undang-undang yang ada pada hari ini yang amat menyukarkan pasangan yang ingin bernikah apatah lagi untuk bercerai. Mas kahwin (yang biasanya ditetapkan oleh keluarga) yang tinggi juga turut memainkan peranan menyebabkan ramai ‘pasangan’ tinggal lama dalam hubungan percintaan (baca: maksiat) sehingga menyebabkan mereka mengambil ‘jalan mudah’ untuk melampiaskan naluri masing-masing dengan melakukan perzinaan.

Kelapan: Kemudahan poligami. Poligami adalah hak yang Allah SWT berikan kepada lelaki/suami. Adapun kedudukan undang-undang pada hari ini telah menyekat atau menyukarkan pelaksanaan hak yang Allah berikan ini dengan pelbagai syarat dikenakan ke atas lelaki yang ingin berpoligami. Seringkali kita mendengar kes suami yang bermain kayu tiga, yang nyatanya terhasil dari kesukaran proses untuk berpoligami. Kita tidak menafikan kesalahan dan dosa si suami yang bermain kayu tiga, cuma apa yang ingin ditekankan di sini adalah undang-undang yang ada pada hari ini telah ‘menyumbang’ kepada meningkatnya kes perzinaan oleh mereka yang tidak dapat menahan nafsu seksnya yang ‘disekat’ oleh peraturan poligami yang ketat. Walhal, Islam membolehkan poligami tanpa syarat-syarat sebagaimana yang dikenakan oleh kerajaan sekular pada hari ini.

Kesembilan: Pelaksanaan sistem ekonomi Islam. Sistem ekonomi yang digunapakai oleh negara cukup besar peranannya dalam memastikan kemakmuran hidup rakyat. Penerapan sistem ekonomi Kapitalisme oleh pemerintah sekular telah terbukti mengkucar-kacirkan kemakmuran manusia yang turut memberi impak ke atas sosiologi sesebuah negara. Pemerintah hari ini memerintah untuk mengaut sebanyak mungkin keuntungan untuk diri sendiri dan kroni di mana darah rakyat dihisap sehabis-habisnya. Berbeza dengan sistem Islam di mana pemerintah wajib mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat, apatah lagi kepada rakyat yang memerlukan, termasuklah di dalam keperluan perkahwinan. Contoh terbaik adalah bagaimana Khalifah Umar bin Abdul Aziz membantu memudahkan lagi urusan perkahwinan rakyatnya dengan menyediakan mas kahwin (dari Baitul Mal) kepada kaum lelaki yang tidak mampu dari segi kewangan. ‘Keindahan’ ini tidak akan wujud dalam sistem sekarang di mana pemerintah hanya rakus berkuasa dengan menyedut segala kekayaan rakyat tanpa langsung mempedulikan masalah rakyat.

Kesepuluh: Penerapan hukum Islam secara kaffah (menyeluruh) oleh negara yang termasuk di dalamnya hukum uqubat (jinayat, hudud, ta’zir dan mukhalafat). Di dalam keadaan kesembilan ‘langkah pencegahan’ di atas berjalan (diterapkan) di dalam negara mengikut ketentuan Islam, namun jika tetap juga terjadi perzinaan, maka negara akan menerapkan pula hukum hudud ke atas penzina, sesuai dengan firman Allah, “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman” [TMQ An-Nur (24): 2]. Di dalam sejarah penerapan hukum Islam, kita mendapati bahawa kebanyakan penzina yang dihukum adalah akibat dari pengakuan mereka sendiri. Ini menunjukkan kepada kita akan kesedaran dan ketakwaan mereka terhadap Allah. Mereka tidak sanggup menerima hukuman yang lebih berat di akhirat, justeru mereka memilih untuk dihukum di dunia sebagai jawabir (penebus/penghapus) dosa mereka. Uqubat Islam juga bertindak sebagai zawajir (pencegah) manusia dari melakukan kemaksiatan kepada Allah. Ini kerana dengan hukuman yang dilakukan di tempat terbuka dan disaksikan oleh sekumpulan orang, maka sudah tentu ia akan menakutkan dan mencegah orang lain (dan si pelaku sendiri) dari melakukan kesalahan yang sama.

Semoga dengan penyelesaian yang dianjurkan di atas dapat memberi gambaran yang jelas kepada semua tentang apa tindakan yang sepatutnya diambil bagi mengatasi permasalah yang berlaku.

Posted on 3:53 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

PERINGATAN ! - CARA MENERIMA SAKA

SAKA diterima berdasarkan cara dan bagaimana yang bersesuaian dengan ilmu dan amalan serta jenis jin dan syaitan yang digunakan. Mungkin ianya berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Penulis cuba untuk membahagikan peringkat penerima saka oleh seseorang kepada berikut :-

1. Dengan cara si pewaris bersetuju menerima saka tersebut, maka secara automatik saka boleh masuk kedalam tubuh waris yang menerima, itupun bagi ilmu dan amalan yang bersesuaian. Jin yang nak bersaka juga akan memilih sama ada ia sesuai atau tidak untuk berkhidmat dan duduk dalam tubuh anak cucu yang sanggup menerima saka.
2. Saka juga boleh masuk walaupun si anak cucu menolak keras atau dengan erti kata lain memang tidak mahu menerima saka tersebut.
3. Saka masuk sejak kecil lagi dengan memberi tanda pada seseorang manusia sejak lahir lagi seperti, anak-anak selalu menangis tanpa henti-henti, selalu ditimpa dengan pelbagai penyakit, susah tidur malam dan sebagainya.
4. Saka datang walaupun tiada unsur pertalian darah. Contoh, antara pemandu dengan tuannya.
5. Saka berpindah dengan sedikit upacara salam tangan sambil bercakap ”Engkau terima ini ye”, maka jawab orang yang menerima “saya terima”
6. Melalui ucapan pun boleh seperti kata “ Ali, engkau ini adalah saudaraku dunia akhirat” maka si Ahmad secara tanpa sedar niat si pemberi akan menjawab; “Ialah kita ini memang bersaudara dunia akhirat”.
7. Kaedah yang agak rumit sikit ialah seperti mengadakan upacara tertentu seperti menyembelih kambing, kepalanya mestilah dihanyutkan di sungai atas rakit. Dagingnya pula dibuat makan kenduri dan penerima saka akan diwajibkan mematuhi pantang-larang saka tersebut.
8. Melalui pewarisan barang-barang lama seperti keris, tombak, sanggul, kacip sireh, dulang dan sebagainya. Ada yang perlu diasap kemenyan, dibalut kain kuning atau hitam, dan pelbagai lagi bentuk dan syarat yang tertentu.
9. Melalui mimpi seperti bermimpi menyusukan bayi atau mengendong bayi, terjun dari bangunan yang tinggi dan selalu bermimpikan binatan hitam seperti kala jengking, ular dan anjing. Kadang-kadang pesakit akan bermimpi bertemu seseorang sama ada berjubah hijau atau hitam dan sebagai dan adaklanya mereka akan diberikan sesuatu barang untuk diterima. Yang kerap berlaku ialah penerima akan mempunyai kesan-kesan lebam pada tubuh setelah tersedar dari tidur dan kejadian ini telah lama berlaku tanpa disedari apakah maksudnya.

Posted on 10:35 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

Tanda - Tanda Gangguan Jin

Tanda-Tanda Pada Waktu Tidur
  • Sangat susah tidur pada waktu malam.
  • Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  • Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  • Mimpi yang sangat menyeramkan.
  • Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  • Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
  • Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  • Berperasaan sedih pada saat tidur.
  • Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  • Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  • Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  • Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  • Bermimpi melihat hantu.
Tanda-Tanda Pada Waktu Sedar atau Jaga
  • Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  • Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  • Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
  • Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.
Macam-Macam Gangguan Jin
  • Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
  • Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
  • Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
  • Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.
  • Antara Penyebab Gangguan jin :
  • Jin lelaki kadang kala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadang kala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
  • Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
  • Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi. 
 
Cara-Cara Jin Masuk ke dalam Tubuh Manusia
  • Jin adalah sejenis makhluk berunsurkan udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.
  • Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada dalam otak manusia.
Posted on 3:13 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin