Surah Al-Isra' : 17, Ayat 81 - 82.Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
Suatu hari di majlis pengajian Sayyidi Syeikh Soleh Ja'fari
Radhiallahu 'anhu di Masjid Azhar, tiba-tiba bersuara seorang lelaki tentang
madad, ya syeikh telah menegah oleh guruku tentang berkata "madad ya
Rasulullah", lalu jawab Syeikh Soleh :
Apa makna madad yang engkau faham ?
Ketika engkau pergi kepada seorang yang 'alim dan berkata
engkau di hadapannya madad; maksudnya ajarkan aku.
Ketika engkau berkata kepada seorang wali, madad; maksudnya
engkau meminta kepada wali itu doakan kebaikan.
Ketika engkau berkata juga, Madad Ya Rasulullah Sollahu
'alaihi wasallam; maksudnya engkau meminta ampun wahai pesuruh Allah.
Kesimpulannya
Kalimah madad sepatutnya mesti mengetahui kepada mereka yang
kita tujukan, samada wali atau orang 'alim atau Rasulullah Sollahu 'alaihi
wasallam dan kepada siapa yang kita tujukan.
Maka hendaklah kita faham wahai saudaraku tentang makna
madad yang sebenarnya. Ia bukan satu kalimah yang syirik, padahal madad adalah
harus dengan bahawasanya kita faham maksud asalnya. Kita berkata Madad Ya
Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam; maksudnya kita pohonkan dan panjatkan
dengan shafa'at dan memohon ampun daripada Rasulullah Sollahu 'alaihi wasllam.
Dan perkara ini adalah harus.
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]
Sabda Nabi S.A.W. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat At-Tabrani)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Al- Khatib)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasaie & Al-Hakim)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun.” (Hadis Riwayat Ad-Dailami)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali.” (Hadis Riwayat Muslim)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku di hari Jumaat seratus kali maka ia datang di hari Kiamat dengan cahaya, sekiranya dibahagi antara makhluk semuanya maka cahaya itu akan memenuhinya.” (Hadis Riwayat Abu Nu’aim)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah datangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk di dunianya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majar dari Jabir R.A.)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga” (Hadis Riwayat Abu As-Syaikh dari Anas R.A.)
Sabda Nabi S.A.W. “Hinalah hiduP orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Sabda Nabi S.A.W. “Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)