AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Israel jahanam izinkan kelab malam dekat Masjid Aqsa !!!

Israel memang kurang ajar. Rezim Zionis itu memberi ijin operasi sebuah klub malam di dekat Masjid Al-Aqsa, Masjid suci ketiga bagi seluruh umat Islam di dunia. Untuk acara pembukaan, pengelola nightclub membagikan undangan gratis.

Berdirinya klub malam Israel di dekat Masjid Al-Aqsa menuai reaksi keras dari Menteri Wakaf Palestina di Gaza, Dr. Taleb Abu Sha'ar dalam pernyataannya bukan hanya mengutuk rezim penjajah Israel yang telah mengabulkan berdirinya nightclub tersebut, tapi juga mengecam undangan yang disebarkan karena bergambar para penari klub malam dengan latar belakang Kubah Batu yang menjadi ciri khas Masjid Al-Aqsa.

Abu Sha'ar mengingatkan, apa yang dilakukan Zionis Israel makin membahayakan keberadaan tempat suci umat Islam itu. Karena selain memberi iji operasi klub malam, Israel juga memberi ijin pembangunan sinagog-sinagog Yahudi di sekeliling Masjid Al-Aqsa. Rezim penjajah itu bahkan mengumumkan akan membangun sebuah desa wisata Yahudi di bawah sinagog-sinagog tersebut.

Abu Sha'ar menyerukan negara-negara Arab dan Islam agar lebih agresif mengambil tindakan untuk menyelamatkan kota Yerusalem dan kompleks Masjid Al-Aqsa dari kehancuran yang dilakukan Israel, termasuk mencegah makin meluasnya pembangunan pemukiman Yahudi di wilayah Palestina.

Israel berambisi merebut Yerusalem yang menjadi hak rakyat Palestina, dengan cara melenyapkan bukti-bukti sejarah kota itu, mengerahkan komintas Yahudi untuk menetap di Yerusalem dan merusak berbagai tempat suci di Yerusalem. Sumber : www.eramuslim.com

Ulasan Nashir:

Jahanam Kafir Laknatullah !! Kebiadapan yahudi ini tidak akan berhenti sampai bila-bila. Apa perasaan kalian semua?? Apa tindakan pemimpin islam di luar sana?? Adakah hanya mampu mengutuk tindakan Israel seperti yang lepas-lepas @ hanya mampu mengigit jari melihat kebiadapan kafir laknatullah seperti yahudi ini menghina dan memainkan perasaan umat islam?? Ini berlaku kerana mereka tahu yang umat islam sekarang berada pada tahap yang lemah dan tidak bersatu !!! Pemimpin-pemimpin islam di luar sana sedar atau tidak perkara ini, atau mereka hanya sibuk dengan urusan negara dan tampuk pimpinan masing-masing sedangkan maruah umat islam dihina diluar sana.

Allah s.w.t telah berfirman dan mengingatkan umat islam bahawa kaum Yahudi tidak akan senang duduk dengan islam selagi ada kalian semua di muka bumi ini. Surah Ali Imran (3) ayat 118 : “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka ini tidak henti-henti (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.”

Ana kutip sedikit coretan sejarah islam, semasa Islam di bawah pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab dan Panglima Islam Salahuddin Al-Ayyubi, dengan kekuatan dan penyatuan umat islam dibawah satu Khilafah lah masjid Al-Aqsa dapat dikembalikan. Umat Islam ketika itu menyedari bahwa apa yang berlaku terhadap masjid al-Aqsa adalah isu sejagat bagi umat islam diseluruh dunia dan bukan isu orang Arab Palestin semata-mata. Tapi adakah umat islam hari ini sedar akan hal yang berlaku. Adakah kalian masih senang duduk melihat kebiadapan kaum yahudi merobek-robek kubu umat islam yang harus kita pertahankan, Adakah pemimpin-pemimpin islam masih lena diulik mimpi dan sedap duduk di kerusi empuk tanpa ambil peduli perkara yang berlaku di bumi Palestin??? Sedarlah bahawa kalian semua adalah pemimpin yang akan Allah soal di Yaumul Hisab nanti, sedarlah masjid al-Aqsa perlukan perhatian kalian semua sebagai pemimpin-pemimpin islam yang harus membela agama kalian. Bersatulah wahai umat islam, bersatulah kalian semua di bawah satu kalimah 'Lailahaillah', bersatulah kalian di bawah satu bendera dan satu panji. Sesungguhnya umat islam memerlukan Khilafah yang tegak berdiri saat ini!!!

Posted on 8:18 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Gambar Seminar Demokrasi Di Penghujung Hayat

Alhamdulillah,Syukur ke hadrat illahi, usai sudah Seminar Demokrasi Di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat anjuran Khilafah Centre dan Hizbut Tahrir semalam. Seminar kali ini mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari ramai pihak dan ramai syabab yang menghadirkan diri untuk sama-sama memberikan sokongan. Di sini ana 'upload' gambar di sekitar majlis untuk tatapan semua.
Gambar ini ana ambil dari www.mykhilafah.com. Jazakallah
ana dahulukan..



Dewan PKNS Bangi di penuhi tetamu


Tree Hunter sedang sibuk melayan pelanggan..hehe..


Sambil rehat, boleh tgk pameran...


Dari Kiri, M.C : Akhi Azman, Ustaz Hakim Othman - Presiden Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Ahmad Mustapha @ Abu Taqiuddin, Ustaz Isa dan Prof Madya Dr Muhammad.


Sesi soal jawab, moga semua dapat pencerahan..


Bacaan doa mohon keberkatan dan pertolongan dari Allah s.w.t


Ameen Ya Rabb..Permudahkan Usaha Dakwah Kami..


Ustaz Hakim ketika sesi temubual bersama para wartawan...

Moga usaha penerapan Al-Quran dan As-Sunnah dapat dilaksanakan secara kaffah dan Khilafah dapat tegak berdiri. Moga usaha murni ini dapat membuka minda dan hati umat islam yang telah lama dijajah dan bergelumang dengan najis demokrasi dan undang-undang kuffar ciptaan barat. Usahlah kalian tunduk patuh kepada Undang-undang ciptaan manusia, janganlah kalian redho' hidup dalam sistem kuffar seperti demokrasi. Bangkitlah berjuang menegakkan hukum Allah yang Maha Sempurna..Allahuakbar!!!
Posted on 3:47 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Laporan : Seminar - Demokrasi Di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat


26 Julai 2009, Ahad – Hizbut Tahrir Malaysia telah menganjurkan satu seminar yang bertajuk, “Demokrasi Di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat”, bertempat di Dewan Cempaka, Tingkat 4, Kompleks PKNS, Persiaran Bangi, Bandar Baru Bangi. Promosi yang telah dilakukan secara besar-besaran sebelumnya telah berjaya menarik peserta hampir mencecah 800 orang. Majlis yang bermula pada jam 9 pagi dan dijangka berakhir pada jam 1.30 petang, akhirnya dapat disudahkan pada jam 2.30 petang setelah selesai sesi soal-jawab.

Seminar yang membahaskan dan mengupas secara keseluruhan berkenaan Demokrasi ini telah membawa empat pembentang yang arif berkenaan dengan Demokrasi. Pembentang pertama iaitu Prof Madya Dr Mohammad, mengupas tajuk ‘Wajah Hodoh Demokrasi’. Tajuk kedua iaitu ‘Demokrasi Halal atau Haram’, dibentangkan oleh Presiden Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Abdul Hakeem Othman. Pembentang ketiga yang merupakan Setiausaha Agong HTM, Ustaz Abu Taqiyuddin, membentangkan tajuk ‘Syura dalam Islam’. Pembentang terakhir pula disampaikan oleh Ustaz Isa Abdullah dengan tajuk ‘Khilafah Penyelamat Umat’.

Seminar pada kali ini dijalankan dengan dua sesi. Sesi pertama disampaikan oleh ahli panel yang pertama dan kedua. Manakala sesi kedua pula disampaikan oleh ahli panel yang ketiga dan keempat.

Pada sesi pertama, Prof Madya Dr Mohammad menyampaikan serba ringkas tentang asal-usul Demokrasi, termasuklah aplikasi ‘Demokrasi Moden’ yang diterapkan kini. Sesuai dengan tajuk pembentangan, Prof Madya Dr Mohammad mengungkap satu persatu bagaimana Demokrasi ini telah dijadikan alat oleh kuasa besar saat ini khususnya Amerika Syarikat, untuk menjustifikasikan segala tindakannya ke atas negara-negara umat Islam di seluruh dunia. Satu demi satu, segala kejahatan dan propaganda yang dilancarkan oleh kuffar barat terhadap negara-negara umat Islam dibongkar. Slogan ‘freeom and democracy’ merupakan topeng kepada kerakusan pihak kuffar untuk mendominasi, menjajah dan akhirnya menjarah segala kekayaan umat Islam. Ini dapat dilihat daripada fakta pencerobohan AS ke Iraq dan Afghanistan. Lebih dari itu, rejim kuffar ini, telah melancarkan banyak konspirasi termasuklah apa yang berlaku di Algeria, Palestin dan Iran. Semua ini menjadi bukti wajah hodoh Demokrasi yang selama ini digunakan oleh AS ke atas negara-negara yang ditindasnya di seluruh dunia.

Sesi pertama diteruskan dengan pembentang kedua, Ustaz Abdul Hakeem Othman dengan tajuk ‘Demokrasi halal atau haram’. Beliau telah mengupas sejumlah definisi dan doktrin yang ada berkenaan Demokrasi secara rinci. Beberapa pendapat yang sering digunakan oleh para pejuang Demokrasi turut diungkap, khususnya mereka yang selalu membawa dalil-dalil dan kaedah-kaedah untuk ‘menghalalkan’ demokrasi, walhal ia (dalil itu) digunakan dengan cara yang salah dan tidak tepat sama sekali. Beliau juga telah menjelaskan dengan terperinci perbezaan di antara Demokrasi dan Islam, yang sama sekali tidak pernah wujud persamaan, baik dari sudut definisi, doktrin dan aplikasinya.

Setelah selesai sesi pertama, sesi soal jawab di antara wartawan dengan pihak Hizbut Tahrir Malaysia telah diadakan demi menjelaskan segala kekeliruan yang selama ini disalah tafsir oleh masyarakat khususnya media massa apabila membicarakan tentang Demokrasi. Alhamdulillah, ‘press conference’ ini didatangi oleh wartawan-wartawan dari tiga akhbar terkemuka tanah air yang semuanya telah dijawab dengan jelas dan tegas oleh pihak Hizbut Tahrir Malaysia dalam sesi soal jawab tersebut.

Pada sesi kedua pula, Ustaz Taqiyuddin Mustafa membentangkan tajuk ‘Syura dalam Islam’. Beliau menjelaskan bahawa tajuk ini penting untuk membezakan secara jelas kepada umat Islam khususnya, berkenaan perbezaan di antara Syura dan Demokrasi yang selama ini disalah tafsir oleh golongan-golongan tertentu yang menyamakannya. Dua buku yang membahaskan tentang demokrasi diungkapkan oleh Ustaz Taqiyuddin, dengan menjelaskan beberapa ketidakjelasan yang tidak diperincikan di dalam buku tersebut berkenaan Demokrasi. Ketidakjelasan tersebut di antaranya, 1) setakat mana pendapat pakar digunakan, 2) setakat mana pendapat majoriti diterima dan ditolak, 3) setakat mana pendapat minoriti diterima dan ditolak, yang semuanya tidak dijelaskan di dalam buku-buku tersebut. Seterusnya beliau menjelaskan metode yang seharusnya ditempuh apabila ingin membahaskan sesuatu permasalahan termasuklah Demokrasi. Pertama, haruslah melakukan kajian realiti (waki’) berkenaan permasalahan yang sedang dibincangkan. Kedua, mengkaji dalil-dalil (nas-nas) yang bersangkutan tentang realiti yang dibahaskan. Ketiga, ‘memadukan’ nas dan realiti untuk mengistinbat hukum berkenaan sesuatu permasalahan itu tadi.

Pembentangan diteruskan dengan penceramah terakhir iaitu Ustaz Isa Abdullah yang membawa tajuk ‘Khilafah penyelamat Umat’. Penceramah menjelaskan bahawa segala keburukan yang menimpa umat Islam saat ini, adalah kerana tidak diterapkannya Sistem Islam yang akan menjadi perisai umat tatkala mereka ditindas dan diragut maruahnya oleh pihak kuffar barat. Kegemilangan yang dirasai oleh umat Islam terdahulu dengan terciptanya pelbagai penemuan-penemuan dan karya-karya adalah hasil diterapkannya Sistem Islam yang akan menjamin seluruh hak-hak yang telah ditetapkan syarak untuk warganegaranya sesuai dengan ketetapan syarak, yang berbeza sama sekali dengan hak-hak yang diberikan oleh Sistem Demokrasi. Apa yang pasti, Khilafah adalah merupakan janji Allah SWT dan khabar gembira daripada Nabi SAW kepada umat Islam. Ia perlu difahami dan diperjuangkan oleh umat Islam seluruhnya demi memartabatkan Islam sebagai agama yang memberi rahmat sekalian alam.

Setelah selesai kedua-dua sesi, majlis diteruskan dengan sesi soal-jawab. Segala persoalan yang dikemukakan oleh keempat-empat peserta pada sesi itu, yang bertanyakan seputar permasalahan Demokrasi akhirnya dijawab dengan baik dan tuntas oleh keempat-empat pembentang, yang akhirnya digulung oleh Presiden Hizbut Tahrir Malaysia secara keseluruhannya. Apa yang pasti, peserta secara keseluruhannya sangat mendambakan hidup yang mulia di bawah naungan Sistem Khilafah Islamiyah. Ini dapat dilihat dengan jelas ketika para peserta melaungkan suara secara serentak yang menginginkan Daulah Khilafah Islamiyah, yang turut digemakan dengan laungan takbir. Demokrasi kian di penghujung hayat, Khilafahlah yang akan menjadi penyelamat umat. Majlis akhirnya ditutup dengan bacaan doa oleh Ustaz Farkhan.

Posted on 1:29 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin