AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Gambar Mayat Osama Palsu ?? - Konspirasi Amerika Keparat

Salam alaik...baru-baru ni dunia digemparkan oleh kejayaan Amerika membunuh pemimpin utama Al-Qaeda, Osama Bin Laden. Pada masa yang sama juga, beratus-ratus rakyat Amerika berpesta dan bersuka ria di atas "kemenangan" mereka membunuh pemimpin utama Al-Qaeda itu. Pada pendapat saya, ini adalah tidak lain dan tidak bukan, adalah satu lagi konspirasi Ameriak Keparat dalam mensensasikan dunia dengan kuasa mereka ataupun mereka ingin menutup episod cerita Osama Bin Laden yang belum tentu kesahihannya. Wallahualam..

Apa yang menyedihkan ada di antara pemimpin umat islam meluahkan rasa lega mereka dengan kematian Osama dan mereka berharap agar dunia akan kembali aman dengan kejayaan pembunuhannya. Sama ada individu bernama Osama benar-benar wujud@tidak, itu bukan yang saya ingin ulaskan, tetapi sikap dan respon mereka sebagai umat islam ke atas orang yang memperjuangkan agama Allah S.W.T menyedihkan !!

Back to the topic, berkenaan dengan kepalsuan gambar mayat Osama..Ini gambar yang disiarkan di Stesen Televisyen Pakistan.

Sila Perhatikan
 Ini pula adalah gambar Osama kira-kira 15 tahun dulu..

Gambar Asal
Kemudian, flipkan gambar di atas ke kanan..



Sila bandingkan gambar yang pertama tadi. Palsu Bukan ? Ya, ia gambar yang telah diedit.

Untuk menyokong lagi ini adalah satu konspirasi, lihat gambar di bawah.
 

Sama-sama kita nilai, berhati-hati dengan berita yang kita terima. Tambahan di dunia akhir zaman ini..terlalu banyak konspirasi dan fitnah !! Belum lagi fitnah dajjal..Semoga Allah S.W.T melindungi dan memberi keampunan kepada kita semua, dan semoga Allah S.W.T sentiasa memberi kemenangan kepada pembela agama-Nya..

Di bawah adalah video yang telah lama di'upload' di Youtube, sekadar tatapan...

 

Posted on 4:33 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

FORUM PERDANA - Mari Sepakat,Pasti ISLAM Berdaulat


FORUM PERDANA
Tajuk : ‘Mari Sepakat, Pasti Islam Berdaulat’
Tarikh : 29 April 2011 (Jumaat)
Masa : Selepas Magrib
Tempat : Masjid Negeri, Seremban

Bersama :
Ustaz Abdul Basit Wahab, Jabatan Mufti N.Sembilan
Ustaz Zamani (YDP ISMA Seremban) dan Isteri (Ustazah Nik Norsaha)

Semua dijemput hadir
Posted on 9:40 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Syafaat Nabi Muhammad s.a.w dari sudut pandang bagi Ibnu Taymiyyah


Gambar Hiasan : Credit to Tolahah
Bismillahirrahmanirrahim…

Astaghfirullahalazim…Semoga Allah S.W.T sentiasa memberi keampunan setiap dari pada kita.Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan, Muhammad s.a.w. Moga kita memperoleh syafaat daripada Baginda s.a.w.

Mungkin anda semua sudah maklum, keharusan memohon syafaat daripada Nabi Muhammad s.a.w di dunia, ketika Baginda s.a.w masih hidup, juga dibolehkan memohon syafaat daripada Nabi Muhammad s.a.w setelah Baginda s.a.w wafat.

Hal ini bersesuaian dengan prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah, bahawa para Nabi a.s tetap hidup di alam barzakh. Nabi Muhammad s.a.w sudah pasti adalah Nabi yang paling sempurna dan besar mendapat kurniaan tersebut. Baginda s.a.w mendengar perkataan umatnya, dan kepadanya diperlihatkan perbuatan mereka.

Baginda s.a.w juga memohonkan keampunan kepada Allah bagi dosa-dosa mereka dan memuji Allah (atas amalan baik umatnya). Selawat dan salam yang diucapkan oleh umatnya juga sampai kepadanya, meskipun mereka berada di penghujung dunia yang paling jauh, sebagaimana yang diisyaratkan dalam hadis-hadis sohih yang diakui oleh sejumlah penghafaz dan ahli hadis.

Jika kita memohon syafaat daripada Rasulullah s.a.w, sudah pasti Rasulullah s.a.w akan berdoa memohon kepada Allah S.W.T seperti yang dilakukannya ketika masih hidup. Hamba Allah yang memintanya, akan menerima syafaat itu pada tempat dan waktu yang telah ditentukan setelah diizinkan oleh Allah S.W.T sebagaimana dapat masuk syurga orang yang diberi khabar gembira dengannya di dunia.

Dia mengecapinya pada waktunya selepas Allah memberikan keizinan-Nya masuk syurga. Jadi, perkara ini (masuk syurga bagi mereka yang telah dijanjikan) dan syafaat, adalah sama.

Ibnu Taimiyyah mengharuskan memohon syafaat daripada Nabi s.a.w semasa di dunia. Di dalam bukunya, al-Fatawa, Ibnu Taymiyyah memberikan suatu penjelasan yang sangat bagus bagi ayat-ayat yang mengisyaratkan ketiadaan syafaat, ketiadaan manfaatnya dan larangan daripada memohonnya. Sedangkan, ayat-ayat itulah digunakan oleh sebahagian umat Islam untuk melarang daripada memohon syafaat daripada Nabi Muhammad s.a.w semasa di dunia.

Daripada perkataan Ibnu Taymiyyah tentang makna ayat-ayat tersebut dapat disimpulkan bahawa penggunaan ayat-ayat tersebut sebagai dalil untuk melarang permohonan syafaat di dunia sebagaimana yang mereka yakini itu tidak kena pada tempatnya dan terpesong daripada maksud asalnya.

Ibnu Taymiyyah berkata: "Orang-orang yang mengingkari syafaat berhujah dengan ayat-ayat berikut: Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari Kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikit pun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang salah itu tidak akan ditolong (daripada azab sengsara). (Al-Baqarah: 123)

(Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabat pun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya. (Al-Mukmin: 18)

Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
(Al-Muddathir: 48)

Ahli Sunnah, bahawa maksud ayat-ayat di atas ialah dua perkara berikut: Pertama, bahawa syafaat itu memang tidak bermanfaat bagi orang-orang yang mensyirikkan Allah, sebagaimana firman Allah dalam menyifatkan mereka: (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata), "…dan kami sentiasa mendustakan Hari Pembalasan, sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini (mati)." Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalau ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu. (Al-Muddathhir: 47-48).

Oleh kerana kekafiran mereka, maka ternafi bagi mereka faedah syafaat daripada sesiapapun yang diizinkan memberikan syafaat.

Kedua, yang dimaksudkan oleh ayat-ayat tersebut ternafinya syafaat yang ditetapkan oleh pelaku syirik, dan orang-orang seperti mereka; seperti ahli bidaah, baik daripada golongan Ahli Kitab, ataupun kaum Muslimin yang beranggapan bahawa makhluk mempunyai kedudukan di sisi Allah untuk memberi syafaat tanpa izin Allah S.W.T.

Orang-orang musyrik menjadikan selain Allah S.W.T sebagai pemberi syafaat seperti malaikat, para nabi, dan orang-orang soleh. Mereka melukis dan membentuk bermacam-macam rupa dan bentuk patung. Setelah itu, mereka meminta syafaat daripadanya, sambil berkata, "Mereka adalah kekasih Allah."

Kita katakan: Inilah perkataan Ibnu Taymiyyah, mengikut sebagaimana lafaznya. Daripada perkataannya ini, menjelaskan dengan sejelas-jelasnya hakikat ayat-ayat ini yang digunakan oleh orang-orang yang mengingkari syafaat, sebagai hujah atau dalil untuk mengingkari adanya permohonan syafaat kepada Nabi Muhammad s.a.w di dunia, atau pun orang-orang yang berpendapat bahawa ia adalah perbuatan syirik dan sesat.
 
Sumber :   Panel Pendidikan Yayasan Sofa, Negeri Sembilan
Diedit dan Diolah semula oleh Nashir As Sunnah
Posted on 12:27 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin