AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Apa nak jadi !! Permohonan murtad 135 orang diluluskan, N.Sembilan - 33 orang

 
 
Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.
 
Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.
 
Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.
 
 
Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.

by.Malaysiakini
 
Ulasan Nashir :

Nauzubillah..Itulah kata-kata pertama yang keluar dari mulutku. Semoga Allah S.W.T terus melindungi dan menyanyangi kita dengan rahmat ISLAM..Sebenarnya berita ini sudah diterbitkan bulan lepas lagi,tapi saya masih belum ada kelapangan untuk mengulas lanjut tentang isu parah ini. Isu ini tidak sepatutnya dipandang sebelah mata oleh kita yang beragama islam. Perlu ada tindakan susulan mengenai perkara ini, bukan hanya dari pihak berwajib atau badan-badan islam, tetapi bagi semua muslimin dan muslimat yang mengakui Deen Islam sebagai agama anutan !
 
Barah yang melanda umat islam di akhir zaman ini semakin hari semakin teruk ! Inilah barah dari ideologi sekularisme, iye, barah yang telah menular masuk dalam tubuh umat islam yakni memisahkan agama dari kehidupan. Di tambah dengan Undang-undang yang terletak di tangan manusia langsung tidak mengentarkan musuh-musuh Islam. Kes murtad seperti ini tidak dianggap isu utama dan mereka yang murtad ini boleh hidup bebas malah tidak heran mereka ini boleh menyesatkan manusia lain malah di jadikan ikutan oleh mereka yang jahil dalam hal agama.

Lain pula halnya dengan umat islam kini, bila timbul isu murtad, emosi akan bangkit, tapi cuma seketika. Terlampau selesa dengan 'zon selamat' yang ada disekeliling kita. Kini, kita umat islam perlu bangkit menyatukan pemikiran dan tindakan kita yakni fikrah dan thariqah dalam menangani gejala murtad ini. Ketua keluarga perlu mengambil tindakan dengan mendidik isteri dan anak mengenal Islam dan bukan menjadikan islam sebagai agama ritual (ibadat) semata-mata..Tapi Islam adalah agama yang perlu diamal dan diperjuangkan !

Menurut Islam, apabila seseorang keluar daripada Islam sedangkan ia baligh dan berakal maka ia diajak untuk kembali kepada Islam hingga tiga kali disertai peringatan. Jika ia kembali setelah itu maka akan diterima dan jika menolak maka akan dibunuh, Firman Allah S.W.T..

”Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” [TMQ Al-Baqarah, 2:217]

Hadith Rasulullah s.a.w pula mensabitkan hukuman kepada orang yang murtad. Imam Bukhari telah meriwayatkan dari Ikrimah yang berkata,

“Dihadapkan kepada Amirul Mukminin ‘Ali karamAllahu wajhah orang-orang zindiq, lalu beliau membakar mereka. Maka berita itu disampaikan kepada Ibnu Abbas dan beliau berkata ‘Seandainya aku, tidaklah aku bakar mereka kerana larangan Nabi Salallahu ‘alaihi wa Sallam yang bersabda "Jangan kamu menyiksa dengan siksaan Allah". Akan tetapi pasti akan aku bunuh mereka kerana sabda Rasulullah Salallahu ‘alaihi wa Sallam "Barangsiapa yang menukar agamanya, hendaklah kamu bunuh akan dia”

Dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan, “Allah dan RasulNya telah menetapkan, bahawa orang yang murtad dari agamanya maka dia mesti dibunuh.”

Berikut adalah antara dalil-dalil yang sepatutnya menjadi rujukan undang-undang dan pegangan oleh setiap umat Islam. Saya percaya, kiranya hukum Allah S.W.T diterapkan dalam seluruh kehidupan kita pastinya isu murtad seperti ini tidak sewenang-wenangnya berlaku malah urusan umat akan dapat diurus dengan cukup sempurna.

Jangan kita lupa, di dalam Malaysia ini terlalu ramai golongan sekular dan pemuja Barat seperti Sister In Islam (SIS) yang menjadi tali barut musuh-musuh Allah S.W.T dengan memperjuangkan habis-habisan hak untuk murtad sebagai sebahagian daripada Hak Asasi Manusia. SIS pernah mengatakan "isu Kerajaan Langit menunjukkan bahawa pihak berkuasa agama menggunakan sumber kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk menghukum Ayah Pin dan pengikutnya. Ini berlaku sungguhpun kebebasan memilih agama diterangkan dengan jelas di dalam Al Quran dan juga termaktub di dalam Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 18, Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (Article 18 of the Universal Declaration of Human Rights)".
(www.sistersinislam.org.my/PressStatement/27072005.htm)

Allah S.W.T mengingatkan kita,

"Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya"[TMQ al Baqarah:217].

Di sini saya mengingatkan diri saya dan juga saudara-saudara semua agar terus kekal di dalam agama Allah dan tunduk patuh kepada suruhan dan laranganNya. Sesungguhnya kebenaran dan kemenangan akan berpihak kepada agama Islam yang syumul ini. 

”Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Muslim”. [TMQ Ali-Imran:102]

Sumber : Sauthun Nahdhah, MalaysiaKini,Utusan Malaysia
Posted on 1:22 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 3 Comments »

Ceramah Ust Zaidi Ramli 2 Jul 2011 Senawang


CERAMAH SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ
Tarikh : 2 Julai 2011, SABTU
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Penceramah : Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli (bekas Timbalan Mufti, N.Sembilan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan)

Muslimin & Muslimat dijemput hadir
Posted on 4:23 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Bolehkah Kafir Harbi Masuk Masjid?


Dalam hal ini, terdapat empat pendapat daripada empat mazhab:

Pendapat pertama: Orang kafir boleh memasuki masjid, termasuk Masjidil Haram di Mekah. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi. Hujah mereka adalah Nabi SAW pernah menerima delegasi Tsaqif di masjid Baginda, sedangkan mereka ketika itu masih kafir. Hujah lain adalah kenajisan diri mereka sesungguhnya bukanlah najis dari segi fizikal, tetapi ia terletak pada iktiqad (keyakinan) mereka,   maka ia tidak akan mempengaruhi dari segi mencemarkan atau mengotorkan masjid.  Allah SWT berfirman:

 “Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis. Oleh kerana itu, janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini”.  [TMQ at-Taubah [9]: 28].

Mereka menyatakan bahawa maksud larangan ayat tersebut adalah, “Jika mereka masuk dengan sombong, untuk menguasai atau telanjang (tidak menutup aurat), sebagaimana tradisi mereka pada zaman Jahiliyah”. Jika bukan untuk tujuan tersebut, maka tidak ada larangan untuk mereka memasukinya.[1]

Pendapat kedua: Mereka boleh memasuki masjid dengan izin kaum Muslimin, kecuali Masjidil Haram dan sebarang masjid di Tanah Haram. Ini adalah pendapat mazhab as-Syafi'i.[2] Dalam salah satu riwayat dinyatakan bahawa Imam Ahmad juga berpendapat yang sama. Sebahagian ahli mazhab Hanbali juga sependapat dengan pandangan ini. Ibn Qudamah di dalam kitabnya Al-Mughni berpendapat, “Adapun masjid di Tanah Halal, mereka tidak boleh memasukinya kecuali dengan izin kaum Muslimin..Jika mereka diizinkan untuk memasukinya, maka menurut mazhab yang sahih adalah dibolehkan. Ini adalah kerana Nabi SAW pernah didatangi oleh delegasi  penduduk Thaif (Bani Tsaqif). Baginda mempersilakan mereka untuk singgah di masjid sebelum mereka memeluk Islam.”

Said bin al-Musayyib berkata, “Abu Sufian pernah memasuki Masjid Nabawi ketika masih musyrik. ‘Umair bin Wahab juga pernah memasuki Masjid Nabawi, yang pada waktu itu Nabi berada di sana, dan dia hendak menyerang Baginda. Kemudian Allah menganugerahkan Islam kepadanya.” [3]
Pendapat ketiga: Mereka tidak dibolehkan sama sekali untuk memasuki masjid. Ini adalah pendapat Imam Ahmad dalam suatu riwayat yang lain. Hujahnya, sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Qudamah, Abu Musa al-Asy’ari pernah menemui Umar selaku Khalifah pada waktu itu, dengan membawa sepucuk surat. Umar berkata kepada Abu Musa, “Panggilkan orang yang menulis surat ini untuk membacakannya.” Abu Musa menjawab, “Dia tidak boleh memasuki masjid.” Umar bertanya, “Kenapa?”. Abu Musa menjawab, “Kerana dia seorang Kristian.” Ini menjadi hujah di kalangan sahabat dan mereka bersepakat. Selain itu, hujah mereka yang lain adalah bahawa jika hadas junub, haid dan nifas adalah dilarang untuk tinggal/singgah di masjid, maka apatah lagi hadas syirik, ia sudah semestinya tidak dibolehkan.[4]

Al-Qurthubi juga merujuk pendapat terakhir ini kepada pendapat penduduk Madinah:
Berdasarkan hukum itulah, Umar bin ‘Abdul ‘Aziz ketika menjadi Khalifah, telah menulis surat kepada para pegawainya di (pelbagai) wilayah..Pendapat tersebut diperkuatkan dengan firmanNya,

“Di rumah-rumah (Allah) itu, Allah mengizinkannya untuk diagungkan dan disebut namaNya.” [TMQ an-Nur (24): 36].

Masuknya kaum kafir ke sana (masjid) adalah bertentangan dengan usaha untuk mengagungkan rumah Allah. Dalam Sahih Muslim dan lain-lain juga ada menyatakan, “Bahawa masjid-masjid ini tidak boleh ada sedikitpun kencing dan kotoran..” Padahal orang kafir tidak menjaga daripada semua perkara tersebut. Baginda Nabi SAW juga pernah bersabda,

“Masjid tidak dihalalkan untuk orang yang haid dan junub.”

Orang kafir dikira masuk dalam kategori junub. Allah juga berfirman,

“Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis.” [TMQ at-Taubah (9): 28].

Allah menyebut mereka najis, tidak kira sama ada dari segi zatnya (fizikal) yang najis atau dijauhkan dari jalan hukum Allah (kafir). Mana-mana daripada dua perkara tersebut, hukum menjauhkan mereka daripada masjid tetap wajib kerana ‘illatnya adalah najis, dan realitinya ada pada diri mereka, sedangkan kesucian itu ada pada masjid.. [5].

Pendapat keempat: Mereka dilarang untuk memasuki masjid, kecuali untuk aktiviti-aktiviti yang bersifat darurat. Ini adalah pendapat mazhab Maliki. Asy-Shawi dalam Hâsyiyah asy-Shâwi ada menyatakan, “Keterangan: Orang kafir juga dilarang untuk memasuki masjid sekalipun diizinkan oleh orang Islam, kecuali jika terdapat aktiviti-aktiviti yang bersifat darurat..”. [6]

Al-Khurasyi menyatakan, “Orang kafir, baik lelaki mahupun wanita, adalah diharamkan untuk memasuki masjid jika tidak diizinkan oleh orang Islam. Bahkan jika diizinkan sekalipun, ia tetap tidak dibolehkan, kecuali jika terpaksa seperti untuk membangunkan (membaiki) masjid yang mana jika pada waktu itu tidak ada seorang Muslim pun yang berkemampuan/berkebolehan, atau jika orang kafir tersebut lebih dipercayai hasil pembinaannya.” [7]

Berdasarkan pendapat-pendapat mazhab di atas, dapatlah disimpulkan bahawa hukum memasuki Masjidil Haram adalah jelas berbeza dengan memasuki masjid-masjid yang lain. Orang kafir sama ada mereka adalah ahli kitab iaitu Yahudi dan Nasrani, ataupun musyrik baik sama ada yang menjadi ahl dzimmah (warganegara Daulah Islam) ataupun ahl harb (orang kafir yang diperangi), maka adalah haram bagi mereka untuk memasuki Masjidil Haram. Mengenai hujah mazhab Hanafi yang mengatakan bahawa orang kafir boleh memasuki Masjid Nabawi dan juga istinbat (penarikan) hukum daripada surah at-Taubah ayat 28 untuk membolehkan mereka memasuki Masjidil Haram adalah jelas tidak relevan sama sekali.

Adapun bagi masjid-masjid yang lain yakni bukan Masjidil Haram atau masjid-masjid di Tanah Haram yang lain, maka hukumnya adalah berbeza. Secara umumnya, pendapat fuqaha' menyatakan bahawa kaum kafir sama ada  ahli kitab ataupun musyrik adalah dibolehkan untuk memasuki masjid, tidak kira sama ada dengan syarat mendapat izin daripada kaum Muslimin ataupun kerana mempunyai kepentingan-kepentingan lain yang mendesak. Sesungguhnya perkara ini dapat diserahkan kepada pendapat ketua negara (Khalifah).

Oleh yang demikian, tindakan Nabi SAW dalam menerima kehadiran Abu Sufian dari Mekah dan delegasi Bani Tsaqif dari Thaif di Masjid Nabawi, mengikat Tsumamah di Masjid Nabawi ketika dia menjadi tawanan Perang Badar dan membiarkan Umair bin Wahab masuk ketika Baginda berada di dalam masjid adalah jelas tidak bertentangan dengan keputusan dan tindakan Umar. Ini adalah kerana masing-masing adalah ketua negara pada zaman mereka dan masing-masing berhak memutuskan apa yang dianggap tepat ataupun tidak mengikut kebijaksanaan mereka. Ketika Nabi SAW membuat keputusan seperti itu pada zamannya, cahaya Islam pada waktu itu belum sekuat pada zaman Umar. Dengan berada di masjid, orang-orang kafir tersebut boleh menyaksikan cahaya Islam dari dekat. Selain itu, masjid pada zaman Nabi bukan sahaja berfungsi untuk tujuan ibadah, tetapi juga untuk kegiatan politik, pemerintahan dan administrasi negara. Pada zaman Umar, di saat cahaya Islam telah bersinar terang, pendekatan terhadap orang kafir dengan mengizinkan mereka untuk memasuki masjid sudah tidak diperlukan lagi. Selain itu, dengan sifat ketelitian Umar, beliau  sendiri sangat mengangungkan masjid dan sentiasa betul-betul memastikan agar masjid tidak ternoda oleh sebarang kotoran walaupun sedikit. Oleh itu, kepentingan Islam dan kaum Muslimin yang dilihat dari pandangan Khalifahlah yang menjadi hujah mengapa orang kafir dibolehkan untuk memasuki masjid.

Adapun bagi kaum kâfir harbî fi’lân, jika mereka memasuki negeri kaum Muslimin dengan jaminan keamanan (al-amân) untuk mempelajari Islam, dengan memasuki masjid untuk mendengar ajaran Islam, maka itu dibolehkan. Namun, jika mereka datang ke negeri kaum Muslimin bukan untuk mempelajari Islam, tetapi sebaliknya mereka memasuki masjid hanya untuk melihat keindahan dan kebesarannya, atau menjadikannya sebagai topeng di hadapan umat Islam untuk mengaburi permusuhan mereka terhadap Islam dan umatnya, atau bertujuan untuk melebarkan penjajahan mereka terhadap negeri kaum Muslimin, walaupun mereka datang dan masuk dengan jaminan keamanan (al-amân), maka hukumnya adalah tetap haram. Allah SWT telah menyatakan:

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menghalang di dalam masjid-masjid Allah untuk menyebut namaNya dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya memasuki ke dalamnya, kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka mendapat kehinaan di dunia dan di akhirat mendapat azab yang berat”. [TMQ al-Baqarah [2]: 114].

Wallahu a’lam.

Catatan kaki:
1 Ibn ‘Abidin, Raddu al-Mukhtâr ‘alâ ad-Durr al-Mukhtâr, Dâr al-Fikr, Beirut, 1995, VI/ 691.
2 Abu Zakariyya an-Nawawi, Raudhatu at-Thâlibîn wa ‘Umdatu al-Muftîn, Dar al-Fikr, Beirut, t.t., I/281.
3 Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni ‘ala Mukhtasar al-Khiraqi, XIII/202.
4 Ibn Qudâmah al-Maqdisi, Ibid, XIII/202.
5 Al-Qurthûbi, al-Jâmi’ li Ahkâmi al-Qur’ân, Dâr al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut, VIII/103.
6 Asy-Shâwi, Hâsyiyah asy-Shâwi ‘ala as-Syarh as-Saghîr, I/160.
7 Al-Khurasyi, Manhu al-Jalîl Syarah Mukhtasar Khalîl, Dâr Shadir, I/71.

Sumber : Disunting daripada Majalah Al-Waie, edisi Disember 2010.
Posted on 2:48 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin