AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Seksualiti Merdeka - Program Yang Mengundang Laknat Allah S.W.T

Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...Baru-baru ini gempar negara kita dengan program 'Seksualiti Merdeka' yang hendak di anjurkan oleh gabungan dan kerjasama badan-badan NGO. Sepatutnya umat islam sibuk menyiapkan diri untuk menghayati sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan tiba beberapa hari saja lagi, ( saya lewat siapkan entry ni ) tapi puak-puak ni sibuk pulak nak adakan festival. Banyak betul rumors yang didengari...Apa sebenarnya Festival Seksualiti Merdeka ni ??

Ok, secara ringkasnya festival ini merupakan acara tahunan yang diadakan pada 1 - 13 November 2011 yang akan bertempat di Annexe Galeri, KL. Tidak pasti tahun-tahun lepas pernahkah dianjurkan festival ini atau tahun ini merupakan tahun pertama. Saya tdak pasti. Melihat pada pada gambar festival di atas tertulis "Queer without fear". Itu merupakan tema pada tahun ini yang maksudnya "Jangan takut menjadi janggal" atau "Kejanggalan tanpa rasa takut". Di bawahnya pula tertulis '"All Malaysians have the right to live and love without fear" yang membawa maksud yang cukup umum dan jelas untuk difahami, juga tersirat bagi golongan yang menghidapi kecelaruan seks songsang !!
 
Di bawah ini adalah kenyataan rasmi yang saya peroleh di dalam portal rasmi mereka www.seksualitimerdeka.com

Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka'untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.

Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.

Festival pada tahun ini akan dilancarkan oleh Datuk Ambiga Srineevasan. Sekali lagi nama Ambiga yang hangat ketika Perhimpunan Bersih tidak lama dulu disebut kembali. Jurucakap yang juga merupakan salah seorang pengasas pergerakan tersebut menafikan tujuan mereka mahu menggalakkan budaya homoseks di Malaysia namun hakikatnya adalah sama sahaja iaitu mereka mahukan masyarakat kita menerima mereka yang mempunyai selera homoseks.

Mereka menegaskan bahawa mereka tidak bertujuan untuk membuatkan orang marah sebaliknya mereka hanya mahu hidup gembira dan menerima diri mereka seadanya.

Nauzubillahi min zalik...tak takut langsungkah mereka dengan azab dan laknat Allah S.W.T. Tidak kiralah apa sahaja alasannya, yang nyata, program seperti ini akan mengundang laknat Allah S.W.T. Pada fikiran mereka, hal kecelaruan selera seks ini tiada masalahnya asalkan tidak mengannggu hidup manusia lain. Di tambah pula dengan undang-undang yang ada sekarang ( tidak syarie ) menambahkan lagi kekebalan golongan songsang ini.
 
Bila manusia hidup bertuankan hawa nafsu, maka matilah akal fikiran seseorang itu. Pemikirannya akan menjadi dangkal dan tidak sihat, hidup tanpa moral yang baik dan paling teruk keluar dari landasan islam. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Furqan ayat 43-44 menerangkan :-

“Terangkanlah kepadaKu tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kalian dapat menjadi pemelihara atasnya? Atau apakah kalian mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (daripada binatang ternak itu)”

Dengarnya hujung minggu lepas mereka telah membatalkan festival ini kerana desakkan hebat semua pihak. Baguslah, tapi tindakan lanjut perlu diambil dari pihak berwajib untuk terus memantau dan menyekat hal-hal seperti ini. Bagi pihak pemerintah pula, penerapan al-quran dan as-sunnah sebagai sumber hukum perlu dilakukan segera kerana melalui penerapan Undang-undang Allah sahaja masalah ini dapat diselesaikan dengan tuntas.

Apa sahaja perbuatan manusia yang menyimpang dari landasan agama ataupun fitrah asal manusia, sekiranya tidak diselesaikan dengan hukum Allah, sudah pasti tidak akan pernah menemui keberhasilan, tetapi hanya akan menghasilkan kegagalan di dunia dan akhirat. 
 
Seperti mana firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Ma'idah ayat 50 :-

“Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, walhal (hukum) siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang-orang yang yakin”

Juga firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 63

“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan (di dunia) dan azab yang pedih (di akhirat)”

 
Tidak pernah ada manusia di dunia ini yang menyambut dan meraikan penyakit, seperti mana golongan songsang ini yang meraikan penyakit selera songsang mereka. Sepatutnya penawar harus dicari, solusi yang konkrit perlu dilakukan dan setiap pihak harus berganding bahu mengatasi masalah ini terutamanya sekali pihak pemerintah. Wallahualam.
Posted on 10:12 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Salam Aidiladha 1432H - Menghayati Erti Korban


SALAH satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Ibadah korban bermaksud menyembelih haiwan seperti kambing atau lembu sesudah solat sunat Aidiladha sehingga hari tasyrik iaitu hari ketiga sesudah 10 Zulhijjah. Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w. Baginda Rasulullah sendiri dalam sebuah hadis telah mengungkapkan, orang-orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia berada dalam keadaan mampu, maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini. Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:

‘‘Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” ujar sahabat.
‘‘Itulah sunah daripada nenekmu Ibrahim,” jawab Rasulullah.
‘‘Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat lagi.
‘‘Tiap-tiap bulunya merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah.

 
Menurut Syafii hukum korban adalah sunat muakad yang sangat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan terutama umat Islam yang berada di kampung halamannya sendiri, kerana ia amalan yang sangat dikasihi Allah pada hari nahar (Hari Raya).

Di dalam al-Quran disebut tentang pengorbanan dua orang anak Adam. Anak pertama memberi korban dengan tulus ikhlas atas dasar niat untuk mematuhi perintah Allah s.w.t. dan mendekatkan diri kepadaNya. Sementara anak yang lain juga berkorban tetapi tidak berdasarkan ketulusan hati dan usaha sungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu korban anak yang pertama diterima di sisi Allah manakala anak kedua tidak diterima oleh Allah.
 
Allah berfirman dalam surah Al- Maidah ayat 27 yang bermaksud: Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Haabil dan Qaabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang antaranya (Haabil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qaabil). Berkata (Qaabil): “Sesungguhnya aku akan membunuhmu.” (Haabil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.”
 
Praktik ibadah korban ini kemudiannya diteruskan oleh Nabi Ibrahim sebagaimana firman Allah dalam surah As-Shaffat ayat 102. Maka takala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengan-Nya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyebelihmu; maka fikirkan apa pendapatmu ? Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintah kepadamu; insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.

Mengapa Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih Ismail kemudian membatalkan dan menebus dengan kibas? Ini bukan hanya ujian untuk kedua-duanya, bukan juga hanya untuk membuktikan ketabahan keluarga Ibrahim tetapi juga untuk menjelaskan kepada siapa saja bahawa tiada sesuatu yang mahal untuk dikorbankan bila panggilan Ilahi telah datang. Inilah bukti iman sejati. Akan tetapi harus diingat bahawa pembatalan tersebut bukan kerana manusia terlalu mahal untuk berkorban atau dikorbankan kerana Allah, tetapi ia dibatalkan demi kasih sayang Allah kepada manusia.

Amalan berkorban bertindak mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah dan mendekatkan hubungan antara manusia dengan Allah ini dikenali sebagai amaliah yang bersifat vertikal. Sementara amaliah yang bersifat horizontal pula, ibadah penyembelihan korban meningkatkan hubungan antara manusia dengan manusia melalui pembahagian daging-daging korban terutama kepada golongan fakir dan miskin. Ini sebagai petunjuk bahawa takwa yang bersifat personal dan vertikal (hubungan hamba dengan Tuhannya) sering tidak terpisah dengan hubungan hamba itu dan persekitarannya. Justeru, amal sosial seperti korban harus didasarkan kepada Allah. Melalui ibadah korban inilah terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Korban disyariatkan bagi mengingatkan manusia bahawa jalan menuju kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Akan tetapi yang dikorban bukan manusia, bukan pula nilai-nilai kemanusiaan tetapi binatang sebagai petanda bahawa pengorbanan harus ditunaikan dan bahawa yang dikorbankan adalah sifat-sifat kebinatangan dalam diri manusia saperti sifat rakus, tamak, ego, mengabaikan norma, nilai dan sebagainya. Secara hurufiahnya, kesempurnaan ibadah korban ini bermaksud membunuh segala sifat kebinatangan yang terdapat dalam diri manusia.

Berpandukan daripada kisah Haabil dan Qaabil tentang korban yang diterima oleh Allah, jelas menunjukkan bahawa keikhlasan itu adalah satu sifat yang paling utama dalam ibadah. Amalan berkorban harus menggunakan haiwan yang baik dan tinggi kualitinya, tidak cacat, cukup umur serta banyak dagingnya. Meskipun, hal-hal berkaitan ‘darah’ atau daging itu tidak sampai kepada Allah, tetapi yang lebih penting adalah ketakwaan kepada Allah. Korban itu tidak memberi erti sama sekali untuk Allah kerana Ia adalah Allah, yang Maha Agung, yang tidak memerlukan. Dengan korban tersebut diharapkan agar takwa kita kepada Allah semakin meningkat dan bahawa kita adalah hamba-Nya yang sentiasa memerlukan bimbingan-Nya. Oleh hal yang demikian, kunci kepada semua amalan baik amalan sosial mahupun yang bersifat individual ialah takwa.

Bila pengorbanan binatang ternak sebagai ritual keagamaan dilakukan pada hari-hari tertentu pada bulan korban, maka segala bentuk pengorbanan yang dilakukan oleh umat Islam pada hari-hari yang lain juga dapat disebut pengorbanan bila disertai oleh sikap takwa kepada Allah. Sikap itulah yang akan membezakan dari pengorbanan lain yang dilakukan demi kekasih, demi keluarga dan bangsa yang belum tentu diredai oleh Allah.

Umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban dalam beberapa hari lagi. Bagi kaum Muslimin yang berkuasa menyembelih korban hendaklah melaksanakan tanpa ragu-ragu sebagai usaha untuk bertaqqarrub atau memerdekakan diri kepada Allah. Berdasarkan keterangan hadis dan firman Allah yang diungkapkan dalam al-Quran, dapat disimpulkan bahawa amalan korban berasal daripada Nabi Ibrahim yang kemudiannya diwarisi oleh baginda sebagai satu ibadah dalam syariat Islam yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan. Ibadah korban ini berasal dari zaman Nabi Ibrahim. Tatkala Nabi Ibrahim bersama puteranya Ismail selesai membina Kaabah di Mekah di atas arahan Allah sebagai pusat kegiatan bagi menegakkan dasar-dasar tauhid, Allah menguji kekuatan iman kedua-dua nabi ini. Pengorbanan itu adalah pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup iaitu pengorbanan jiwa dan raga.
Posted on 2:56 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

Sedikit bingkisan KIRI

Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah, berakhir sudah Kursus Intensif Rawatan Islam (KIRI) Tahap 1 pada hujung minggu lepas. Harap diberi kesempatan dari Allah S.W.T untuk menghadiri kursus tahap 2 pula.

Banyak ilmu yang dicurahkan oleh Tuan Guru, Al-Fadhil Ustaz Abdul Majid bin Hassan yang tidak dapat ana coretkan di sini. Hanya sedikit bingkisan yang dapat dikongsikan dalam gambar di bawah..
Bergambar dengan Tok Guru
Posted on 1:09 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin