AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Tawakal dan Ikhlas - Bhg.2

Bismillahirrahmanirrahim...Selawat dan Salam buat Rasul junjungan, Nabi Muhammad s.a.w. Beristghfar memohon keampunan dari Allah S.W.T..Astaghfirullahal azim...Juga bersyahadahlah kita sebagai tanda syukur dengan nikmat islam yang dikurnia.

Semoga bacaan di bawah dapat memberi manfaat untuk kita semua...

Adapun ikhlas dalam perkara ketaatan kepada Allah SWT, adalah dengan meninggalkan sikap riak. Ikhlas adalah termasuk amalan hati yang tidak dapat diketahui oleh sesiapa, melainkan seorang hamba dan Tuhannya. Sama ada ikhlas atau tidak, kadang-kadang sangat samar dan membuat seseorang itu keliru, sehingga ia meneliti kembali dan tertanya-tanya pada dirinya, di samping berulang kali berfikir kenapa ia melaksanakan ketaatan itu atau kenapa ia melibatkan dirinya dalam ketaatan. Jika ia mendapati bahawa dirinya melaksanakan ketaatan itu semata-mata kerana Allah, bererti ia ikhlas. Jika ternyata ia mendapati dirinya melaksanakan suatu ketaatan kerana tujuan selain Allah, maka bererti ia telah menjadi orang yang riak.
 
Nafsiyah (pola sikap) seperti ini memerlukan penyelesaian secara serius. Kemungkinan ia akan mengambil masa yang panjang untuk mengatasinya. Jika seseorang telah sampai pada keadaan yang mana ia lebih suka menyembunyikan segala kebaikannya, maka itu menandakan dirinya telah bersikap ikhlas. Al-Quthubi berkata; al-Hasan pernah ditanya tentang ikhlas dan riak, kemudian ia berkata,

“Di antara tanda keikhlasan adalah jika engkau suka menyembunyikan kebaikanmu dan tidak suka menyembunyikan kesalahanmu.” Abu Yusuf berkata dalam al- Kharaj; Mas’ar telah memberitahukan kepadaku, daripada Sa’ad bin Ibrahim, ia berkata, “Mereka (para sahabat) menghampiri seorang lelaki pada perang al-Qadisiyah. Tangan dan kaki lelaki itu putus, ia sedang memeriksa pasukan seraya membacakan firman Allah:

“Mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (TMQ. an-Nisa [4]: 69)

Seseorang bertanya kepada lelaki itu, “Siapa engkau wahai hamba Allah?” Ia berkata, “Aku adalah seorang dari kaum Anshar.” Lelaki itu tidak mau menyebutkan namanya.

Ikhlas hukumnya wajib. Dalilnya sangat banyak, baik dari al-Kitab maupun as-Sunnah. Allah Swt. berfirman:

“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Wahai Muhammad) Dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah Engkau menyembah Allah Dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.” (TMQ. az-Zumar [39]: 2)

“Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (dari syirik)”. (TMQ. az-Zumar [39]: 3)

“Katakanlah lagi (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku diperintahkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan segalaiIbadat kepadanya.” (TMQ. az-Zumar [39]: 11)

“Katakanlah lagi: "Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepadaNya”. (TMQ. az-Zumar [39]: 14)

Ayat-ayat di atas merupakan seruan kepada Rasulullah SAW, tetapi seruan itu juga terkena kepada umatnya. Adapun dalil tentang kewajipan ikhlas berdasarkan as-Sunah ialah:

Hadis dari Abdullah bin Mas’ud riwayat at-Tirmidzi dan asy- Syafi’i dalam ar-Risalah dari Nabi SAW, beliau bersabda: Allah akan menerangi orang yang mendengar perkataanku, kemudian ia menyedarinya, menjaganya, dan menyampaikannya. Kadang-kadang ada orang yang membawa pengetahuan kepada orang yang lebih tahu darinya. Ada tiga perkara yang menyebabkan hati seorang muslim tidak dirasuk oleh sifat dengki, iaitu ikhlas beramal kerana Allah, menasihati para pemimipin kaum Muslim, dan senantiasa berada di dalam jemaah al-muslimin. Kerana dakwah akan menyelimuti dari belakang mereka.

Dalam pembahasan bab ikhlas ini terdapat pula hadis yang senada daripada Zaid bin Tsabit riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya.

Juga dari Jubair bin Muth’im riwayat Ibnu Majah dan al- Hakim. Ia berkata, “Hadis ini sahih memenuhi syarat al-Bukhari Muslim.” Juga dari Abu Sa'id al-Khudzri riwayat Ibnu Hibban dalam kitab Sahih-nya dan al-Bazzar dengan isnad yang hasan. Hadis ini dituturkan pula oleh as-Suyuthi dalam al-Azhar al-Mutanatsirah fi al-Ahadits al-Mutawatirah.

Hadis dari Ubay bin Ka’ab ra. riwayat Ahmad, ia berkata dalam al-Mukhtarah, isnadnya hasan; Rasulullah SAW. bersabda: Berikanlah khabar gembira kepada umat ini dengan kemegahan, keluhuran, pertolongan, dan keteguhan di muka bumi. Siapa sahaja daripada umat ini yang melaksanakan amal akhirat untuk dunianya, maka kelak di akhirat ia tidak akan mendapatkan bahagian apa pun.

Hadis dari Anas riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim, ia berkata hadis ini sahih memenuhi syarat al-Bukhari Muslim, Rasulullah SAW. bersabda:

Barangsiapa yang meninggalkan dunia ini (wafat) dengan membawa keikhlasan kerana Allah SWT sahaja, ia tidak menyekutukan Allah sedikit pun, ia melaksanakan solat, dan menunaikan zakat, maka ia telah meninggalkan dunia ini dengan membawa redha Allah SWT.

Hadis dari Abu Umamah al-Bahili riwayat an-Nasai dan Abu Daud, Rasulullah SAW. bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah SWT. (al-Mundziri berkata, “Isnadnya sahih”)
 
Posted on 3:20 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Adakah sama Saka dengan Qareen?



SAKA adalah suatu istilah yang biasanya digunakan oleh tukang ubat atau bomoh tradisional yang merujuk kepada suatu fenomena gangguan spiritual yang berlaku ke atas manusia kebanyakannya kaum wanita dan ada juga lelaki, yang mengaitkannnya dengan makhluk yang kononnya diamanahkan menjaga seseorang. Bagi tujuan menjaga tersebut maka berbagai-bagai gangguan spiritual berlaku. Gangguan seperti ini dikenali sebagai gangguan makhluk halus.

Saka dikaitkan dengan kononnya ada makhluk yang berdampingan dengan keturunan bapa, ibu, datuk atau nenek seseorang yang menjaga atau bersahabat dengan makhluk ini dan dipesan kepada makhluk tersebut selepas kematiannya untuk menjaga dan mengawal anak cucu mereka.

Hasil daripada itu maka berlaku kawalan, sebenarnya gangguan ke atas orang berkenaan sehingga menimbulkan masalah yang diistilahkan sebagai saka.

Saya tidak dapat menentukan apa sebenarnya saka. Betul atau tidak ia makhluk yang mendampingi manusia dan keturunan mereka diganggu sehingga mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Jika benar ianya (makhluk halus) sebagai sahabat, kawan atau dampingan orang-orang terdahulu, maka sepatutnya ia tidak berubah sekadar hanya menjaga dan melindungi anak cucu seseorang, tiba-tiba berlaku sebaliknya sehingga menyakiti dan menganggu sampai menjadi separuh gila atau separuh sedar.

Saya tidak nampak hal ini sebagai saka yang digunakan untuk menjaga dan mengawal seseorang untuk kebaikan. Jika berlaku begini, maka tidaklah menimbulkan masalah walaupun hukum asalnya bersahabat, berbuat baik, berdampingan dengan makhluk halus dilarang oleh syariat Islam.

Banyak ayat-ayat al-Quran yang menggesa manusia menjauhi dan berlindung diri daripada syaitan. Malah manusia wajib menjadikan syaitan sebagai musuh dan sebagainya.

Berbalik kepada seseorang yang diganggu oleh makhluk halus, maka jelas ia adalah musuh kerana ia menyakiti manusia, menganggu manusia dan melakukan perkara yang tidak dingini oleh manusia, ianya memberikan kesan negatif.

Kita mesti menjauhi mereka, benda yang dinamakan saka ini tidak menjadi sesuatu yang baik kepada manusia. Dirawatlah dengan cara-cara yang diharuskan oleh syarak bagi mengelakkan saka ini terus menerus menganggu manusia.

Adapun Qareen adalah istilah al-Quranul karim yang jelas Allah S.W.T menyebut dalam beberapa ayat seperti dalam Surah Qaf (ayat 23), Surah al-Fussilat (ayat 25) dan lain-lain.

Di antara makna-maknanya, Allah menyebut (mafhumnya), “Dan kami tetapkan bagi mereka, teman-teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka. Dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat yang terdahulu dari jin dan manusia. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang meragui.”

Istilah teman-teman dalam al-Quran adalah pada asal perkataan Qurana atau kawan-kawan setia. Maksudnya adalah dari suku sakat syaitan atau iblis ini menjadikan manusia sebagai teman mereka.

Firman Allah (mafhumnya), “Dan berkatalah Qareennya, inilah catatan amalan yang tersedia pada sisiku.” (Surah Qaf, ayat 23).

Dan Surah Qaf, ayat 27 bermaksud, “Yang menyertai dia, Qarennya berkata pula,”Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya, tapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh.”

Ini merujuk kepada perkataan Qareen. Allah S.W.T menyifatkannya sebagai kawan rapat bukan kerana manusia hendak sangat berkawan dengan mereka, tetapi pada pandangan sesetengah ulama, sejak manusia dilahirkan ada makhluk halus yang mendampinginya, mengajak, memandu serta mempengaruhinya melakukan kejahatan. Itulah yang dimaksudkan sebagai Qareen.

Dalam hadis daripada Ibnu Mas’ud r.a, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda (maksudnya), “Setiap orang daripada kamu, ada bersama dengannya qareen (syaitan) daripada jin. Sahabat bertanya, apakah Rasulullah juga mempunyai qareen, baginda menjawab, ya, saya pun ada qareen itu, cuma Allah S.W.T membantu saya, dapat mempengaruhi qareen itu sehingga dia telahpun Islam dan dia berdamping dengan saya, dia tidak mendorong saya membuat sesuatu melainkan semuanya untuk kebaikan.” (Riwayat Muslim).

Hadis daripada Ai’shah r.ha berkata,"Suatu ketika Rasulullah s.a.w berada bersama dengan saya, lalu keluar meninggalkan saya kerana ada suatu urusan pada malam hari, tiba-tiba timbul cemburu dalam diri saya, apabila Rasulullah s.a.w kembali menemui saya, baginda mengetahui perasaan saya itu, maka baginda bertanya, apakah gerangan mu wahai Ai’shah? apakah kamu cemburu? Maka saya menjawab, manalah orang seperti saya ini tidak cemburu ke atas mu wahai Rasulullah s.a.w. Maka Nabi menyebut kepada saya, apakah kamu telah dikuasai oleh syaitanmu wahai Ai’shah. Maka saya menjawab, ya Rasulullah, apakah bersama saya ada syaitan? Rasulullah menjawab, ya, malah pada tiap-tiap insan ada syaitannya. Saya bertanya kepada Rasulullah, apakah kamu juga ada syaitan? Jawab baginda, ya, tetapi Allah S.W.T telah membantuku, aku Islamkan dia dan tidak menyuruhku melainkan untuk kebaikan."

Hadis-hadis sebegini adalah hadis sahih, ia menunjukkan memang berlaku bahawa qareen, ia adalah syaitan, mendampingi semua manusia. Kalau Rasulullah s.a.w pun didampingi oleh qareen ini, inikan pula insan biasa.

Oleh yang demikian, jelas bahawa qareen ini ada pada setiap orang dan bergantung kepada seseorang insan itu, jika ia belum boleh menguasai dirinya dengan kerja-kerja ketaatan sehingga tidak ada ruang untuk melakukan kemaksiatan maka qareen ini seolah-olahnya putus asa untuk mengajaknya melakukan kejahatan, melainkan sekali sekala sahaja.

Adapun orang-orang yang mudah mendedahkan dirinya kepada melakukan perkara yang tidak baik, khasnya melakukan kemaksiatan, maka qareen inilah yang menjadi pendorong utama. Pada pandangan saya qareen adalah makhluk halus yang jahat.

Jika hendak dikatakan saka, hanya sekadar mengatakan ianya wujud ada, maka tidak salah mengatakan kita semuanya ada saka, tetapi saka yang saya maksudkan adalah saya yang sedia ada, bukan kerana dipelihara oleh keturunan, bukan disuruh oleh seseorang melakukannya tetapi kerana tabiat makhluk ini memang sentiasa berusaha menjerumuskan manusia kepada kejahatan. Wallahua’lam.
 
Posted on 9:19 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Coretan Kursus Intensif Rawatan Islam (KIRI 2)

Alhamdulillah, usai sudah Kursus Intensif Rawatan Islam (KIRI) tahap 2 pada sabtu dan ahad lepas. Semua peserta dapat menamatkan kursus dengan jayanya. Tahniah semua..Banyak ilmu dan tunjuk ajar dicurahkan oleh tuan guru, pengasas AKRINE sendiri, Ustaz Abdul Majid bin Hasan.

Banner kursus hari itu juga menampakkan perubahan dengan memaparkan logo terbaru AKRINE. Cantik dan menarik sekali.

Jutaan terima kasih dan kemaafan diucapkan buat semua yang terlibat. Semoga semuanya dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh dalam membantu umat islam di luar sana.

Gambar-gambar KIRI :-
Kusyuk semuanya..
Sat lagi nak buat air ruqyah..
Tuan Guru memimpin bacaan..
Tikam jangan tak tikam..
Turun..Turun..
Rotan kuat-kuat sheikh..


Bersama Tuan Guru..Terima Kasih banyak Guru..
Sekian, jika ada gambar tambahan, kemudian akan di tambah. Buat sahabat-sahabat Akrine, jika ada yang singgah di teratak ana ni, tegur-tegur lah..Wassalam..
Posted on 2:41 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin