AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Israel jahanam izinkan kelab malam dekat Masjid Aqsa !!!

Israel memang kurang ajar. Rezim Zionis itu memberi ijin operasi sebuah klub malam di dekat Masjid Al-Aqsa, Masjid suci ketiga bagi seluruh umat Islam di dunia. Untuk acara pembukaan, pengelola nightclub membagikan undangan gratis.

Berdirinya klub malam Israel di dekat Masjid Al-Aqsa menuai reaksi keras dari Menteri Wakaf Palestina di Gaza, Dr. Taleb Abu Sha'ar dalam pernyataannya bukan hanya mengutuk rezim penjajah Israel yang telah mengabulkan berdirinya nightclub tersebut, tapi juga mengecam undangan yang disebarkan karena bergambar para penari klub malam dengan latar belakang Kubah Batu yang menjadi ciri khas Masjid Al-Aqsa.

Abu Sha'ar mengingatkan, apa yang dilakukan Zionis Israel makin membahayakan keberadaan tempat suci umat Islam itu. Karena selain memberi iji operasi klub malam, Israel juga memberi ijin pembangunan sinagog-sinagog Yahudi di sekeliling Masjid Al-Aqsa. Rezim penjajah itu bahkan mengumumkan akan membangun sebuah desa wisata Yahudi di bawah sinagog-sinagog tersebut.

Abu Sha'ar menyerukan negara-negara Arab dan Islam agar lebih agresif mengambil tindakan untuk menyelamatkan kota Yerusalem dan kompleks Masjid Al-Aqsa dari kehancuran yang dilakukan Israel, termasuk mencegah makin meluasnya pembangunan pemukiman Yahudi di wilayah Palestina.

Israel berambisi merebut Yerusalem yang menjadi hak rakyat Palestina, dengan cara melenyapkan bukti-bukti sejarah kota itu, mengerahkan komintas Yahudi untuk menetap di Yerusalem dan merusak berbagai tempat suci di Yerusalem. Sumber : www.eramuslim.com

Ulasan Nashir:

Jahanam Kafir Laknatullah !! Kebiadapan yahudi ini tidak akan berhenti sampai bila-bila. Apa perasaan kalian semua?? Apa tindakan pemimpin islam di luar sana?? Adakah hanya mampu mengutuk tindakan Israel seperti yang lepas-lepas @ hanya mampu mengigit jari melihat kebiadapan kafir laknatullah seperti yahudi ini menghina dan memainkan perasaan umat islam?? Ini berlaku kerana mereka tahu yang umat islam sekarang berada pada tahap yang lemah dan tidak bersatu !!! Pemimpin-pemimpin islam di luar sana sedar atau tidak perkara ini, atau mereka hanya sibuk dengan urusan negara dan tampuk pimpinan masing-masing sedangkan maruah umat islam dihina diluar sana.

Allah s.w.t telah berfirman dan mengingatkan umat islam bahawa kaum Yahudi tidak akan senang duduk dengan islam selagi ada kalian semua di muka bumi ini. Surah Ali Imran (3) ayat 118 : “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka ini tidak henti-henti (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.”

Ana kutip sedikit coretan sejarah islam, semasa Islam di bawah pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab dan Panglima Islam Salahuddin Al-Ayyubi, dengan kekuatan dan penyatuan umat islam dibawah satu Khilafah lah masjid Al-Aqsa dapat dikembalikan. Umat Islam ketika itu menyedari bahwa apa yang berlaku terhadap masjid al-Aqsa adalah isu sejagat bagi umat islam diseluruh dunia dan bukan isu orang Arab Palestin semata-mata. Tapi adakah umat islam hari ini sedar akan hal yang berlaku. Adakah kalian masih senang duduk melihat kebiadapan kaum yahudi merobek-robek kubu umat islam yang harus kita pertahankan, Adakah pemimpin-pemimpin islam masih lena diulik mimpi dan sedap duduk di kerusi empuk tanpa ambil peduli perkara yang berlaku di bumi Palestin??? Sedarlah bahawa kalian semua adalah pemimpin yang akan Allah soal di Yaumul Hisab nanti, sedarlah masjid al-Aqsa perlukan perhatian kalian semua sebagai pemimpin-pemimpin islam yang harus membela agama kalian. Bersatulah wahai umat islam, bersatulah kalian semua di bawah satu kalimah 'Lailahaillah', bersatulah kalian di bawah satu bendera dan satu panji. Sesungguhnya umat islam memerlukan Khilafah yang tegak berdiri saat ini!!!

Posted on 8:18 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Gambar Seminar Demokrasi Di Penghujung Hayat

Alhamdulillah,Syukur ke hadrat illahi, usai sudah Seminar Demokrasi Di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat anjuran Khilafah Centre dan Hizbut Tahrir semalam. Seminar kali ini mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari ramai pihak dan ramai syabab yang menghadirkan diri untuk sama-sama memberikan sokongan. Di sini ana 'upload' gambar di sekitar majlis untuk tatapan semua.
Gambar ini ana ambil dari www.mykhilafah.com. Jazakallah
ana dahulukan..



Dewan PKNS Bangi di penuhi tetamu


Tree Hunter sedang sibuk melayan pelanggan..hehe..


Sambil rehat, boleh tgk pameran...


Dari Kiri, M.C : Akhi Azman, Ustaz Hakim Othman - Presiden Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Ahmad Mustapha @ Abu Taqiuddin, Ustaz Isa dan Prof Madya Dr Muhammad.


Sesi soal jawab, moga semua dapat pencerahan..


Bacaan doa mohon keberkatan dan pertolongan dari Allah s.w.t


Ameen Ya Rabb..Permudahkan Usaha Dakwah Kami..


Ustaz Hakim ketika sesi temubual bersama para wartawan...

Moga usaha penerapan Al-Quran dan As-Sunnah dapat dilaksanakan secara kaffah dan Khilafah dapat tegak berdiri. Moga usaha murni ini dapat membuka minda dan hati umat islam yang telah lama dijajah dan bergelumang dengan najis demokrasi dan undang-undang kuffar ciptaan barat. Usahlah kalian tunduk patuh kepada Undang-undang ciptaan manusia, janganlah kalian redho' hidup dalam sistem kuffar seperti demokrasi. Bangkitlah berjuang menegakkan hukum Allah yang Maha Sempurna..Allahuakbar!!!
Posted on 3:47 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Laporan : Seminar - Demokrasi Di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat


26 Julai 2009, Ahad – Hizbut Tahrir Malaysia telah menganjurkan satu seminar yang bertajuk, “Demokrasi Di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat”, bertempat di Dewan Cempaka, Tingkat 4, Kompleks PKNS, Persiaran Bangi, Bandar Baru Bangi. Promosi yang telah dilakukan secara besar-besaran sebelumnya telah berjaya menarik peserta hampir mencecah 800 orang. Majlis yang bermula pada jam 9 pagi dan dijangka berakhir pada jam 1.30 petang, akhirnya dapat disudahkan pada jam 2.30 petang setelah selesai sesi soal-jawab.

Seminar yang membahaskan dan mengupas secara keseluruhan berkenaan Demokrasi ini telah membawa empat pembentang yang arif berkenaan dengan Demokrasi. Pembentang pertama iaitu Prof Madya Dr Mohammad, mengupas tajuk ‘Wajah Hodoh Demokrasi’. Tajuk kedua iaitu ‘Demokrasi Halal atau Haram’, dibentangkan oleh Presiden Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Abdul Hakeem Othman. Pembentang ketiga yang merupakan Setiausaha Agong HTM, Ustaz Abu Taqiyuddin, membentangkan tajuk ‘Syura dalam Islam’. Pembentang terakhir pula disampaikan oleh Ustaz Isa Abdullah dengan tajuk ‘Khilafah Penyelamat Umat’.

Seminar pada kali ini dijalankan dengan dua sesi. Sesi pertama disampaikan oleh ahli panel yang pertama dan kedua. Manakala sesi kedua pula disampaikan oleh ahli panel yang ketiga dan keempat.

Pada sesi pertama, Prof Madya Dr Mohammad menyampaikan serba ringkas tentang asal-usul Demokrasi, termasuklah aplikasi ‘Demokrasi Moden’ yang diterapkan kini. Sesuai dengan tajuk pembentangan, Prof Madya Dr Mohammad mengungkap satu persatu bagaimana Demokrasi ini telah dijadikan alat oleh kuasa besar saat ini khususnya Amerika Syarikat, untuk menjustifikasikan segala tindakannya ke atas negara-negara umat Islam di seluruh dunia. Satu demi satu, segala kejahatan dan propaganda yang dilancarkan oleh kuffar barat terhadap negara-negara umat Islam dibongkar. Slogan ‘freeom and democracy’ merupakan topeng kepada kerakusan pihak kuffar untuk mendominasi, menjajah dan akhirnya menjarah segala kekayaan umat Islam. Ini dapat dilihat daripada fakta pencerobohan AS ke Iraq dan Afghanistan. Lebih dari itu, rejim kuffar ini, telah melancarkan banyak konspirasi termasuklah apa yang berlaku di Algeria, Palestin dan Iran. Semua ini menjadi bukti wajah hodoh Demokrasi yang selama ini digunakan oleh AS ke atas negara-negara yang ditindasnya di seluruh dunia.

Sesi pertama diteruskan dengan pembentang kedua, Ustaz Abdul Hakeem Othman dengan tajuk ‘Demokrasi halal atau haram’. Beliau telah mengupas sejumlah definisi dan doktrin yang ada berkenaan Demokrasi secara rinci. Beberapa pendapat yang sering digunakan oleh para pejuang Demokrasi turut diungkap, khususnya mereka yang selalu membawa dalil-dalil dan kaedah-kaedah untuk ‘menghalalkan’ demokrasi, walhal ia (dalil itu) digunakan dengan cara yang salah dan tidak tepat sama sekali. Beliau juga telah menjelaskan dengan terperinci perbezaan di antara Demokrasi dan Islam, yang sama sekali tidak pernah wujud persamaan, baik dari sudut definisi, doktrin dan aplikasinya.

Setelah selesai sesi pertama, sesi soal jawab di antara wartawan dengan pihak Hizbut Tahrir Malaysia telah diadakan demi menjelaskan segala kekeliruan yang selama ini disalah tafsir oleh masyarakat khususnya media massa apabila membicarakan tentang Demokrasi. Alhamdulillah, ‘press conference’ ini didatangi oleh wartawan-wartawan dari tiga akhbar terkemuka tanah air yang semuanya telah dijawab dengan jelas dan tegas oleh pihak Hizbut Tahrir Malaysia dalam sesi soal jawab tersebut.

Pada sesi kedua pula, Ustaz Taqiyuddin Mustafa membentangkan tajuk ‘Syura dalam Islam’. Beliau menjelaskan bahawa tajuk ini penting untuk membezakan secara jelas kepada umat Islam khususnya, berkenaan perbezaan di antara Syura dan Demokrasi yang selama ini disalah tafsir oleh golongan-golongan tertentu yang menyamakannya. Dua buku yang membahaskan tentang demokrasi diungkapkan oleh Ustaz Taqiyuddin, dengan menjelaskan beberapa ketidakjelasan yang tidak diperincikan di dalam buku tersebut berkenaan Demokrasi. Ketidakjelasan tersebut di antaranya, 1) setakat mana pendapat pakar digunakan, 2) setakat mana pendapat majoriti diterima dan ditolak, 3) setakat mana pendapat minoriti diterima dan ditolak, yang semuanya tidak dijelaskan di dalam buku-buku tersebut. Seterusnya beliau menjelaskan metode yang seharusnya ditempuh apabila ingin membahaskan sesuatu permasalahan termasuklah Demokrasi. Pertama, haruslah melakukan kajian realiti (waki’) berkenaan permasalahan yang sedang dibincangkan. Kedua, mengkaji dalil-dalil (nas-nas) yang bersangkutan tentang realiti yang dibahaskan. Ketiga, ‘memadukan’ nas dan realiti untuk mengistinbat hukum berkenaan sesuatu permasalahan itu tadi.

Pembentangan diteruskan dengan penceramah terakhir iaitu Ustaz Isa Abdullah yang membawa tajuk ‘Khilafah penyelamat Umat’. Penceramah menjelaskan bahawa segala keburukan yang menimpa umat Islam saat ini, adalah kerana tidak diterapkannya Sistem Islam yang akan menjadi perisai umat tatkala mereka ditindas dan diragut maruahnya oleh pihak kuffar barat. Kegemilangan yang dirasai oleh umat Islam terdahulu dengan terciptanya pelbagai penemuan-penemuan dan karya-karya adalah hasil diterapkannya Sistem Islam yang akan menjamin seluruh hak-hak yang telah ditetapkan syarak untuk warganegaranya sesuai dengan ketetapan syarak, yang berbeza sama sekali dengan hak-hak yang diberikan oleh Sistem Demokrasi. Apa yang pasti, Khilafah adalah merupakan janji Allah SWT dan khabar gembira daripada Nabi SAW kepada umat Islam. Ia perlu difahami dan diperjuangkan oleh umat Islam seluruhnya demi memartabatkan Islam sebagai agama yang memberi rahmat sekalian alam.

Setelah selesai kedua-dua sesi, majlis diteruskan dengan sesi soal-jawab. Segala persoalan yang dikemukakan oleh keempat-empat peserta pada sesi itu, yang bertanyakan seputar permasalahan Demokrasi akhirnya dijawab dengan baik dan tuntas oleh keempat-empat pembentang, yang akhirnya digulung oleh Presiden Hizbut Tahrir Malaysia secara keseluruhannya. Apa yang pasti, peserta secara keseluruhannya sangat mendambakan hidup yang mulia di bawah naungan Sistem Khilafah Islamiyah. Ini dapat dilihat dengan jelas ketika para peserta melaungkan suara secara serentak yang menginginkan Daulah Khilafah Islamiyah, yang turut digemakan dengan laungan takbir. Demokrasi kian di penghujung hayat, Khilafahlah yang akan menjadi penyelamat umat. Majlis akhirnya ditutup dengan bacaan doa oleh Ustaz Farkhan.

Posted on 1:29 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Hizbut Tahrir Indonesia Kecam Pelaku Peledakan Bom JW Marriot dan Ritz Carlton

Sebagaimana telah diberitakan secara meluas bahwa pada Jumat 17 Juli 2009 sekitar jam 7 pagi telah terjadi ledakan bom di Hotel JW. Marriot dan Ritz Carlton, Jakarta. Ledakan dahsyat di kedua hotel itu diberitakan telah mengakibatkan 9 orang meninggal dunia dan lebih dari 50 orang luka-luka. Berkenaan dengan hal itu, Hizbut Tahrir Indonesia menyatakan:

1. Mengutuk pelaku peledakan bom itu sebagai tindakan dzalim luar biasa. Syariat Islam dengan tegas melarang siapapun dengan motif apapun membunuh orang tanpa haq, merusak milik pribadi dan fasilitas milik umum, apalagi bila tindakan itu menimbulkan korban dan ketakutan yang meluas.

2. Menyerukan kepada semua pihak, khususnya kepolisian dan media massa, untuk bersikap hati-hati menanggapi spekulasi yang mengaitkan bom JW Marriot dan Ritz Carlton ini dengan kelompok, gerakan atau organisasi Islam. Dari sekian kemungkinan, bisa saja peledakan bom itu sengaja dilakukan oleh orang atau kelompok tertentu untuk mengacaukan situasi keamanan di masyarakat dan negara ini demi kepentingan politik mereka sambil mendiskreditkan organisasi Islam dan melakukan rekayasa sistematis serta provokasi keji untuk terus menyudutkan Indonesia sebagai sarang terorisme.

3. Meminta kepada pihak kepolisian untuk segera menangkap pelaku peledakan dan mengungkap motif dibalik tindakan itu. Hanya dengan cara ini saja segala macam spekulasi yang bisa menimbulkan keresahan di tengah masyarakat bisa dihentikan.

Jakarta, 17 Juli 2009/24 Rajab 1409 H

Jurubicara Hizbut Tahrir Indonesia

Muhammad Ismail Yusanto

Hp: 0811119796 Email: Ismaily@telkom.net This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

(Sumber : Pernyataan Pers Hizbut Tahrir Indonesia ; Nomor : 165/PU/E/07/09)
Posted on 11:08 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Israel bebas serang Iran???

Selasa, 7 Julai 2009, Harian Metro, aku petik sebahagian kata-kata kafir laknatullah, Naib Presiden A.S, Joe Biden dari temubual dengan stesen televisyen."Israel boleh membuat keputusan sendiri untuk kepentingan mereka dalam isu Iran atau mana-mana negara lain," katanya dalam program This Week terbitan stesen ABS. Apa yang boleh dikatakan ialah jahanam sungguh manusia yang bertopengkan binatang ni. Dia tidak henti-henti mencampuri urusan negara islam seperti Iran. Tanah haram yang sepatutnya menjadi kebanggaan dan tempat perlindungan umat islam telah dicerobohi oleh kafir harbi ni. Kaum Yahudi seperti Joe Biden tidak akan sekali-kali berhenti menindas umat islam dan tidak akan ada penghujungnya selagi ada nafas mereka. Selagi ada negara / gerakkan islam mahupun individu yang memperjuangkan Deen Allah, mereka tidak akan senang duduk dan mereka akan melakukan apa sahaja subversif untuk melumpuhkan dan melemahkan umat islam.


Merujuk kepada Surah Ali Imran (3) ayat 118, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka ini tidak henti-henti (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.”


Propaganda yang direka-reka oleh mereka terhadap negara islam cukup sempurna hinggakan seluruh dunia seperti tidak dapat melihat atau pura2 tidak nampak dengan apa yang telah mereka lakukan. Ditambah dengan para pemerintah bachul yang tunduk patuh kepada arahan A.S Terorist ni. Sedarlah wahai kaum muslimin, gelaran-gelaran yang diberikan oleh musuh islam kepada saudara seislam kita adalah dakyah mereka semata-mata. Mereka akan melabelkan gerakan islam sebagai ekstremis, fundamentalis, teroris, radikal dan dengan bermacam-macam lagi gelaran. Dengan gelaran inilah mereka meracuni fikiran umat islam diseluruh pelusuk dunia dan menutup jenayah pembunuhan dan pembataian yang mereka lakukan. Inilah yang berlaku di lembah SWAT, Afghanistan dan Palestin.

Sedarlah wahai Islam!!! Sesungguhnya kalian semua telah ditipu dengan terang-terangan oleh musuh islam yang mengaku mereka adalah negara pengaman.Tidak cukup dengan itu, mereka terus menerus membelenggu dan menganggu persenjataan dalam negara islam seperti di Iran dan Iraq. Kononnya mereka melarang teknologi nuklear dalam persenjataan, tapi sedarkah kalian yang sebenarnya mereka takut kemajuan yang dikecapi oleh negara islam dalam bidang ketenteraan, mereka takut kuasa besar mereka di cabar oleh negara-negara luar khususnya umat islam.


Buat saudara islamku di Iran, bersatulah kalian semua.Tamatkanlah persengketaan yang melanda kalian. Sedarlah bahawa musuh sebenar kalian adalah kaum yahudi yang sedang tersenyum bangga melihat percakaran yang berlaku sesama kalian. Kembalilah kepada mabda' islam. Perjuangkanlah hukum Allah yang termaktub di dalam Al - Quran dan as-Sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. Berusahalah menegakkan hukum islam dari kalian semua menyibukkan diri menegakkan Undang-undang ciptaan kafir laknatullah. Sedarlah bahawa racun yang disuntik oleh mereka telah berjaya menyerap masuk dalam hati umat islam sekarang. Sesama islam bermusuhan mempertahankan hak masing-masing dari mempertahankan agama Allah yang Haq.Nauzubillahhi min Zalik...

Posted on 12:15 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

Pakai Nike,Kufur Akhlak !!

In the name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful

Dear Muslims, one question – would you wear the following two t-shirts? “Absolutely not!”- everyone would say. The reason is obvious; the following two t-shirts have the images of the deities of other religions on them. No true Muslim would ever wear them.


Unfortunately there are millions (yes millions) of Muslims who are wearing similar t-shirts with a particular deity (as a word and as a symbol) imprinted on their clothes, shoes, bags… you name them.

And that deity’s name is “Nike” the Greek female god of victory.

The well-known shoe and sports equipment company Nike, Inc. is named after the Greek female god Nike, who represents victory and strength.
In Greek mythology, Nike (Greek: Νίκη , meaning Victory), was a female god who personified triumph throughout the ages of the ancient Greek culture. She is known as the Winged Goddess of Victory.

Female God of Victory - Nike (Statue)

Swoosh in the Nike company logo represents the wing of this above female god. And the name “Nike” is the personal name of this female god.
For this reason, wearing Nike products is prohibited for Muslims. Muslims are encouraged to wear other sports companies’ products that have no religious significance in their logo and company name.

Fatwa on wearing NIKE products

Question: Is it permissible to wear clothing bearing the Nike motif, as I learned recently that Nike got their name from the Greek goddess of Victory?

Answer: Wearing a garment with the logo of Kufr is prohibited in Islam since Islam prohibits imitating non-Muslims. The Prophet said: "Whoever imitates some people, he is one of them". In another narration he will be resurrected with them". The above Hadith gives a severe threat to those people who imitate Kuffars in their style or manners of talking, acting, wearing, worshipping, or in their feasts or in any other matters which are not legislated for us and are not approved by us.

Note that the Prophet disavowed any connection with the Muslim who lives among Kuffars and does not distinguish himself from the Kuffars in his manners, deeds and practices, let alone a person who carries a logo of Kufr with him? Imam Abu Dawood narrated in his Sunan that the Prophet said: "I am exempt from any Muslim who lives among polytheists". When they asked the Prophet he said: "Fire of Muslims should not be seen with the fire of Mushrikeen".

The sign of "Nike", on the garments which many Muslims wear, is a sign of a goddess of victory, daughter of the giant Pulas, as the Greeks believed. So, every Muslim is obliged to avoid a sign of Kufr and he should not take with him such a sign even though the sign is no longer used as the logo of Kufr. How can one use a sign and name of a goddess of Greece?

The evidence for this rule is the Prophet's question to the person who has vowed to slaughter a camel at "Buwanah" he said: "Did the place contain any idol worshipped in pre-Islamic times?" [Related from Abudawood].

If there was an idol in pre-Islamic times then slaughtering in that place would be forbidden even though the idol/idols had been removed. Then how could it be permissible to use those things which used to indicate Kufr?

Fatawa Issuing Body : Islam Web
Author/Scholar : Dr. Abdullah Al-faqih
Date Of Issue : 16 Safar 1420
Source: World Fatwa Management System (USIM)

Another audio-fatwa by Sh.F.Muhammad http://www.youtube.com/watch?v=yaj_DDFeE9E

So brothers and sisters in Islam, please keep away from Nike products and save yourselves from the Hellfire. Please educate your other fellow Muslim relatives and friends about this issue, so that they won’t fall into this Kufr unknowingly.
May Allah SWT guide the Ummah and save us from Hellfire. Ameen.
Posted on 3:12 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

SEMINAR - Demokrasi di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat.


Hizbut Tahrir Malaysia dengan Kerjasama Khilafah Centre dengan ini menganjurkan seminar Demokrasi di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat. Seminar ini akan di adakan seperti butir- butir di bawah:


Tarikh : 26 Julai 2009 (Ahad)

Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Tempat : Dewan Cempaka, TIngkat 4, Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi


Semua di Jemput Hadir, Masuk Adalah Percuma


Anjuran Bersama : Khilafah Centre & Hizbut Tahrir Malaysia


Sesungguhnya umat Islam haruslah mengembalikan segala permasalahan kpd Al-Quran dan As-Sunnah semata.-mata. Rasulullah s.a.w telah mewariskan kepada para sahabat dan umatnya sebuah sistem khilafah yg cukup sempurna utk diamalkan oleh kita hari ini dan bukanlah sistem peninggalan penjajah yang telah menjadi sebati dalam hidup umat islam sekarang. Seminar yang menarik ini akan membongkarkan segala intipati busuk sistem kufur demokrasi. Umat islam sekarang memperjuangkan demokrasi seolah-olah ia adalah suatu sistem yang suci yang perlu diperjuangkan. Kenapa dan Mengapa?? Sampai bilakah umat islam mahu berjuang menegakkan sistem kufur dari berjuang bermatian-matian menegakkan sistem khilafah yang ditingggalkan oleh Rasulullah s.a.w??? Moga dengan seminar "Demokrasi di Penghujung Hayat" ini akan dapat memberikan pencerahan kepada hadirin kelak. InsyaAllah..


Surah An-Nisa, surah ke-4,ayat ke 59 : “...kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”


Layari www.mykhilafah.com untuk maklumat lanjut...


Posted on 3:00 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

**Khilafah Conference 2009**



Hizb ut-Tahrir America has organised a Khilafah Conference on Sunday 19th July 2009 at the Aqsa School, 7361 W 92nd Street, Bridgeview IL.60455
Visit the conference website for further details:
Allahuakhbar !!! Moga usaha penyatuan ummah di bawah pemikiran fikrah islam mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.Amin Ya Rabb..
Posted on 1:09 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Amalan-amalan Terbaik Buat Muslim..




1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya Allah memberikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan dikabulkan. -Tarmizi-. *sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungan-Nya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua, dengan syarat ia berusaha mencari keredaan-Nya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaAllah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam diri.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. Allah akan menghapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak ll kali tiap kali selesai menunaikan solat fardhu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaAllah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik dan wangian lalu solat Jumaat, dosanya akan diam pun hingga Jumaat berikutnya.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi s.a.w apabila berwuduk beliau membasahi janggutnya. -Tarmizi-

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika banginda suka, dia akan makan dan sebaliknya beliau tinggalkan - Bukhari-. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan : Aku lihat Nabi s.a.w makan dengan tiga jari (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah) -Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan empat atau lima jari kecuali jika ada keperluan.

13. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa berselawat walaupun sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi para Nabi.

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaAllah, perut sakit atau memulas akan sembuh.

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadilat. Hadis: sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, Allah mencatatkan 10 kebaikan baginya - Abu dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

17. Nabi s.a.w sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.

18. Allah akan menghapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardhu.

19. Nabi tak makan sambil bersandar - Bukhari- Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit kehadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang sekali gus memudahkan penghadaman.

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap kali selesai solat subuh, maghrib dan isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

21. Nabi sering beristinsyaq air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun (astagafirullahalaziim) tiga kali -Muslim- Dalam riwayat yang lain, Nabi ada kalanya beristighfar 75 kali sehari.

23 Sesiapa mengamalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

24.Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan. -Bukhari- Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah segala urusan dan mendapat keampunan daripada -Nya.

26. Tika Nabi tidur, ia akan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu menuip tapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh (mohon perlindungan-Nya)-Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pda setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredahaan serta dijauhkan daripada mendapat kemurkaan Allah.

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarakan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.

29. Menurut As-Sahwi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

30.Silangkan kaki jika tidur di masjid. hadis: sahabat meliaht Nabi berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain. (kerana bimbang terdedah aurat) - Bukhari.

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda s.a.w.

32. Ada kalanya Nabi s.a.w amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) -Abu Dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedkit tetapi maknanya yang menyeluruh.

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi s.a.w dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

34. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) -Bukhari.

35. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali setiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

36. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin, baginda letakkan tangan atau pakaiannya di mulut (kerana bimbang terpercik) - Abu Dawud.

37. Jiwa gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

38. Sabda Nabi s.a.w: Barangsiapa yang berselawat kepada sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya -Abu Naim.

39. Nabi tidak pernah menolak hadiah. hadis:Nabi selalu menerima hadiah dan amat menghargainya - Bukhari.

40. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan membukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak di sangka-sangka baginya.

41. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadis : Mudahkan sesuatu dan jangan kamu sukarkannya -Muttafaq Alaih.

42. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. hadis: Apabila kamu sekalian melihat jenazah (yang diusung) maka berdirilah (sebagai tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih.

43. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaAllah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

44. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira.Nabi sering melakukan ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur haba terhadap Allah- Abu Dawud.

45. Membaca selawat 1000 kali selepas solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

46. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) memberi salam hingga tiga kali - Bukhari. Jika salamnya tidak berjawab, baginda akan beredar.

47. Melakukan pekerjaan rumah. Hadis : Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah -Ad-Dailami.

48. Para Ulama berpendapat, Allah sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 kali hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
Posted on 9:04 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

- Tag -

Salamualaik..
Buat pertama kalinya ana di tag..Apa itu tag ye??die mcm tagline n tag nama ke??
Terima kasih kpd Rabiatul yg meng'tag ana..Apa itu tag??hu...
Tag ni lah yg paling mudah pernah ana jumpa.Mudah..sgt mudah..semudah 1,2,3.
Peraturan tag yang harus dipatuhi.. kali ini mudah sedikit.. :)1) Copy gambar amal Islam di atas.2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Sahabat-sahabat yang bertuah adalah :
1. Umar Khalil - budak ukhwah yg ensem lg comel..
2. Rabiatul Ardawiyah - tag enti balik boleh tak??ahaks..
3. Wuzara - syabab dari johor..haha.
4. Jebbat - Sape jebbat?? syabab di kedah..
Ana tak tau nak tag sape nih..main taruk je nama,yg pasti tak cukup 10 org..
Sekian..Wsalam..
Posted on 7:51 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Kolokium bersama HT - Komunis ditentang, Kapitalis ditatang


Assalamu'alaikum warahmatullah. ..

Seringkali kita dengar tentang bagaimana kejamnya komunis di Tanah Melayu, membunuh dan menyiksa penduduk Tanah melayu. Namun jarang kita dengar kekejaman Kapitalis yang menjajah, merampas dan membunuh pejuang-pejuang Islam di Tanah Melayu. Inilah akibat propaganda yang berjaya masuk ke dalam pemikiran penduduk Malaysia ketika ini, komunis dicaci dan dibenci tapi kapitalis dipuji. Nantikan diskusi dengan panel dari HTM untuk permasalahan ini. Datanglah ke Kolokium kami.

Sukacita dijemput Muslimin dan Muslimat ke Kolokium Bersama Hizbut Tahrir yang akan diadakan pada:

Tarikh : AHAD, 5 JULAI 2009
Masa
: 9.00 pagi
Tempat
: Bilik Seminar, KHILAFAH CENTRE
Alamat
: NO. 47–1 , JALAN 7/7A, SEK.7, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR*

*BERTENTANGAN BANGUNAN DENGAN RESTORAN SUP URAT KETIN (UK)


Posted on 11:16 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin