Yang Haram Itu Bukan Penawar
Kabinet Ubat K.G.W |
Beberapa hari yang lalu kami sekeluarga pulang ke kampung untuk memenuhi jemputan kenduri. Ketika perjalanan pulang ayah bercerita yang dia ada berbual dengan seorang pakcik yang menghidap penyakit di bahagian kemaluannya. Melalui penceritaan ayah, sakitnya agak kronik sehingga tidak mampu tidur setiap malam. Khabarnya, perubatan moden dan tradisional pun masih belum dapat menyembuhkan sakit pakcik tersebut. Aku berkata, “sesungguhnya kesembuhan itu hanyalah dari Allah s.w.t dan tiada lainnya”. Tapi, apa yang paling mengejutkan, disebabkan tidak dapat tidur hampir setiap malam, pakcik tersebut mengambil arak, 1 tin setiap malam, hanya untuk tidur. Katanya ‘darurat’ dan bila minum arak, hilang sakitnya dan barulah mata boleh dilelapkan. Aku berkata lagi, “memangla boleh lelap, dah mabuk, memang betul sakit pakcik ni.” Nauzubillahiminzalik…benda yang haram tetap haram, ia akan membawa lebih banyak penyakit yang lebih teruk lagi.
Persoalan utama di sini, bolehkah arak dan perubatan dengan unsur haram termasuk dalam kategori darurat?
Rujuk Surah Al-Maidah, ayat ke-90 bermaksud: “Wahai orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya.”
Allah s.w.t. juga menyebut larangan keras arak dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-219 yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah : Pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.”
Larangan yakni keharaman memakan bangkai dan daging babi juga telah Allah s.w.t. wahyukan. Sebagaiman firmanNya dalam Surah al-An’am ayat ke-145 yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya semua itu adalah najis atas sesuatu yang dilakukan secara fasiq.’”
Lantaran itu Rasulullah s.a.w. menegah kita berubat dengan menggunakan benda-benda yang telah di haramkan oleh Allah s.w.t..Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam sebuah hadith daripada Ibn Mas’ud r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak pernah menjadikan penyembuhan penyakit kamu bersumberkan daripada yang diharamkan kepada kamu.”
Hadith lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abu Darda’ r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan penawarnya. Dan Dia menjadikan bagi setiap (penyakit) ada ubat penawarnya. Maka hendaklah kamu berubat namun janganlah berubat dengan benda-benda yang diharamkan.”
Penawar Mestilah Yang Halal
Sememangnya hidup sebagai umat islam mestilah berlandaskan hukum syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t., dari sebesar-besar hal hinggalah sekecil-kecil perkara. Dalam kitab Sahih Muslim daripada Tariq bin Suwaid al-Ju’fi diriwayatkan bahawa ia pernah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang khamar (arak), maka Nabi s.a.w. melarangnya atau membencinya kerana membuat minuman itu. Beliau berkata: “Sesungguhnya saya membuatnya untuk dijadikan ubat.” Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Khamar itu bukan ubat tetapi penyakit.”
Juga merujuk kepada hadith dari Tariq bin Suwaid bahawa ia pernah bertanya: Ya Rasulullah, sesungguhnya di negeri kami terdapat anggur-anggur yang biasa kami perah, lalu kami minum.” Baginda s.a.w. menjawab: “Tidak boleh.” Aku mengulangi lagi pertanyaan, kemudian aku menjelaskan bahawa kami memberinya sebagai ubat untuk orang sakit. Baginda s.a.w. bersabda lagi maksudnya: “Minuman keras itu tidak boleh menjadi ubat, kerana ia adalah penyakit.”
Daripada Aisyah r.h.a. dalam Musnad Ibn Abi Syaibah, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang berubat dengan minuman keras, nescaya Allah tidak akan menyembuhkannya.” Dan banyak lagi hadith serta riwayat yang menerangkan larangan berubat dengan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t.. Sama ada menurut akal mahupun hukum syariat, ia adalah sesuatu perbuatan yang akan memberikan kesan yang buruk dan tidak mendapat rahmat malah berdosa di sisi Allah s.w.t
Ubat Mujarab = Rahmat & Berkat
Sesungguhnya dalam Islam, panduan syariat yang di tetapkan telah menutup jalan ke arah yang haram. Menurut kitab al-Tib al-Nabawi, karangan Ibn Qayyim al Jawziyah, sesuatu yang diharamkan bererti mesti dielakkan dan dijauhi dengan apa cara sekalipun. Jika dibenarkan menjadikan sesuatu yang haram sebagai ubat nescaya orang ramai akan berusaha untuk mencarinya. ‘Al-ghoyah la tubarriru al-wasilah’, matlamat tidak menghalalkan cara. Itu jelas bertentangan dengan kaedah syariat.
Tiada mujarab suatu ubat itu jika tiada keizinan dan rahmat dari Allah s.w.t baginya untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Sudah pastilah ubat yang hendak digunakan ciri-ciri utamanya mestilah halal dan berkhasiat. Barulah ianya bermanfaat dan beroleh keberkatan dari Allah s.w.t. Akhir sekali, seseorang muslim yang beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya akan memilih ubat yang berkat bagi keberkatan tubuh badannya. Bahkan semakin tebal iman seseorang semakin dia membenci sesuatu yang haram dan semakin hilang kenyakinannya terhadap yang haram itu. Meskipun terpaksa memakannya, dia takut akan menjadi penyakit baginya.
Semoga ‘pakcik’ tersebut beroleh hidayah dari Allah s.w.t. dan mendapat penawar yang halal lagi baik. Sama-sama kita doakan. Wallahu Tabaraka Wata’ala a’lam.
* Rujukan dan Pengolahan isi dari TibNabawi – Perubatan Rasulullah
Ustaz Mohd Wahid Abd Hanif