AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Isu Bakar al-Quran Semakin Menjadi-jadi - Sedarlah Umat Islam


 
Al-Quran dihina depan Rumah Putih

WASHINGTON: Empat kejadian mengoyak dan membakar al-Quran dilaporkan berlaku di New York dan Tennessee, Amerika Syarikat meskipun seorang paderi konservatif di Florida membatalkan rancangan membakar kitab suci itu semata-mata kerana memprotes pembinaan sebuah masjid dekat lokasi serangan 9/11 atau ‘Ground Zero’. Dalam kejadian di depan Rumah Putih, sekumpulan penganut Kristian Konservatif mengoyak beberapa muka surat satu naskhah al-Quran sempena ulang tahun serangan 9/11. Sambil mengoyak, mereka menjerit: “Kata-kata palsu bahawa Islam adalah agama keamanan mesti dihentikan.”

Seorang daripada mereka kemudian berkata: “Satu-satunya sebab saya tidak membakarnya dalam kawasan Rumah Putih ialah melakukannya adalah jenayah.

Bangunan berkembar (Pusat Dagangan Dunia) musnah kerana al-Quran dan ajarannya.”

Dalam kejadian lain di Lower Manhattan, seorang lelaki yang membantah pembinaan masjid itu mengoyakkan beberapa muka surat daripada senaskhah al-Quran sebelum membakarnya. Dalam kejadian ketiga, seorang lagi lelaki mengoyakkan dan membuat isyarat lucah dengan kitab suci itu, mengejutkan orang lain yang melihatnya.

Di satu daerah dekat Nashville, Tennessee, paderi Bob Old dan seorang lagi rakannya menggunakan pemetik api untuk membakar sekurang-kurangnya dua naskhah al-Quran dan menggelar Islam ‘agama palsu.’ Tiada tangkapan dibuat.

Kejadian berlaku sehari selepas Terry Jones, paderi gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, membatalkan niatnya membakar al-Quran.

Sementara itu, dalam cubaan mengurangkan ketegangan, Obama memberitahu rakyat Amerika bahawa Islam bukan musuh sempena sambutan tragedi 9/11.

Bercakap di Pentagon, Obama berkata: “Sebagai rakyat Amerika, kita tidak akan dan tidak pernah berperang dengan Islam.

“Ia bukan satu agama yang menyerang kita pada September. Penyerang adalah al-Qaeda dan mereka adalah sekumpulan lelaki yang menyimpang daripada agama itu,” kata Obama. Tetapi, itu tidak menghalang beribu-ribu orang yang menyokong dan membantah pembinaan masjid daripada melakukan perarakan dekat Ground Zero sambil dikawal anggota polis.

Kumpulan yang menyokong pembinaan masjid, seramai 1,500 orang, berarak ke tapak pembinaannya tidak jauh dari Ground Zero disusuli sekumpulan yang membantahnya, tidak lama selepas itu.

Ahli perundangan Belanda yang anti-Islam, Geert Wilders berucap kepada kumpulan memprotes itu dengan berkata: “Di sinilah tempat kita halang mereka. Jangan benarkannya supaya New York tidak menjadi New Mecca (Makkah Baru).” – Agensi

Sumber: Berita Harian 13/09/10

Semoga Allah SWT Melaknat Mereka. Hanya Khilafah Yang Akan Mengajar Kebiadaban Mereka Yang Terlaknat Itu.

Firman Allah SWT: ”Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. [TMQ Al-Hijr (15) :9].

”Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedangkan Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”. [TMQ At-Taubah (9) : 32].

Ternyata kebencian golongan kuffar terhadap Islam tidak dapat disembunyikan lagi. Kenyataan yang keluar dari pihak kuffar di atas sudah cukup menggambarkan betapa bencinya mereka kepada Islam dan umat Islam.

Kebiadaban yang mereka tujukan kepada Islam berlaku secara berterusan dan apakah mungkin selepas dari ini mereka akan menghalakan kebencian mereka kepada Kaabah? Sesuatu yang tidak mustahil. Jika dahulu tentera Abrahah telah cuba untuk menghancurkan Kaabah, kini tidak mustahil tentera Abrahah moden akan muncul untuk melakukan perkara yang sama. Firman Allah SWT:

”Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, - Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -

"Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat"[TMQ Al-Fiil (105) :1-5].

Ketahuilah wahai seluruh umat Islam! Jika dahulu ketika nabi SAW menghantar utusan ke Parsi untuk menyampaikan surat baginda bagi menyerukan Islam kepada kerajaan Parsi, rajanya ketika itu yang bernama Yazdajir telah mengoyakkan surat Rasulullah SAW tersebut. Dan apabila baginda SAW mendengar berita tersebut baginda terus berdoa dengan mengatakan: ”Ya Allah sebagaimana dia mengoyak-ngoyak suratku maka engkau koyak-koyakkanlah kerajaannya”. Terbukti kerajaan majusi Parsi akhirnya dileburkan oleh Khalifah Umar al-Khattab di bawah pimpinan Huzaifah ibnu Yaman yang telah meraih kemenangan mengalahkan tentera Parsi dalam peperangan Nahawand pada tahun 21H/642M. Peperangan ini juga dikenali dengan nama “Fathul futuh” (Penaklukan terbesar). Dengan kemenangan itu, kaum Muslimin telah meruntuhkan Dinasti Sasania yang telah berkuasa di Parsi selama empat abad lamanya. Kehebatan Islam terserlah dan terjaga dengan adanya kekuatan yang didokong oleh negara Khilafah.

Wahai seluruh umat Islam! Kebiadaban kuffar Barat hanya akan terjawab sekiranya kekuatan Khilafah itu wujud di tengah-tengah kehidupan umat. Sudah saatnya Khilafah berdiri bagi membela dan mempertahankan Islam dan umat Islam.
Posted on 12:41 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin