AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

SALAM MAAL HIJRAH 1434H


Assalamualaikum w.t.b...Alhamdulillah, masih berkesempatan lagi untuk diri ini menyambut awal muharram. InsyaAllah. Hari ini 29 Zulhijjah 1433H akan berakhir dan 1 Muharram 1434H akan tiba.

Doa Akhir dan Doa Awal tahun, sila ke link di bawah :-

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434H buat semua muslimin dan muslimat. Semoga kita menjadi hamba Allah yang bersyukur.
Posted on 3:03 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

JADUAL KULIYAH USTAZ AZHAR IDRUS 2012

Posted on 2:58 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

DUA PERAGUT DI SEMBELIH PENDUDUK KAMPUNG

PONTIAN - 18/10/12, Nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung kayu ara pasong, menurut saksi, hj manan jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut telah membawa keluar parang tajam yang berkilat untuk menetak leher peragut tersebut.

Bagaimanapun perbuatannya sempat dihalang oleh orang ramai. Namun ketika peragut itu ditangkap, saksi mengatakan tidak ada barang berharga ditemui.

Salah seorang penduduk tempatan juga merupakan ketua kampung berang kepada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut ini. Kaki-kaki peragut diikat sambil bertakbir, kedua-dua peragut telah disembelih tanpa rasa belas kasihan.

Darah menyembur keluar, namun tiada penduduk menghalang perbuatan tersebut, kerana yang disembelih itu ialah seeokor kambing dan seekor lembu yang meragut rumput disembelih untuk hari raya korban.
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQ5ZtWvB1X11J5GxixWvIxGv77kUUQTQK0q2UfMAfbA3LW6ZkE9Kk1WFMykgKdvKAAtAon_LZ80kh2QY2IT64Jsb-BxHjOuGk-z2cqnLYyWV44LSSlnc08CyGutwqd9tTXoT7YB9na0EHb/s320/DarahYangTumpah.jpg
 
SALAM AIDILADHA 1433 HIJRAH, MAAF ZAHIR DAN BATIN
 
Esok 9 Zulhijjah atau lebih dikenali sebagai hari Arafah,

Sabda Rasulullah S.A.W. :-
"Puasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang". (Riwayat Muslim)
 
Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada amalan-amalan yang lebih dicintai Allah selain amal yang dikerjakan pada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, maka perbanyakanlah padanya tahlil (La ilaha illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)". (HR Imam Ahmad)
Posted on 2:50 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

KENAPA DUNIA SEMBUNYIKAN FAKTA BENAR TENTANG KA'ABAH ?

Ternyata Bukan GMT Bukan Di Greenwich, Tapi Di Kaabah (Bukti Fakta Ilmiah)

Kaabah, rumah Allah sejuta umat muslim merindukan berkunjung dan menjadi tetamu – tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini.

Istilah Ka’bah adalah bahasa al quran dari kata “ka’bu” yg bererti “mata kaki” atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dg “Ka’bain” yg bererti ‘dua mata kaki’ dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah ‘ka’bah’ yang ertinya nyata “mata bumi” atau “sumbu bumi” atau kutub pusingan utara bumi.

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”
 
 
Para astronot telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan kajian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.

Para penyelidik Muslim mempercayai bahawa radiasi ini mempunyai ciri-ciri dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Makkah Pusat Bumi
Prof. Hussain Kamel mencari suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.

Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis di atas peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan saksama kedudukan ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang.


Setelah dua tahun dari pekerjaan yang sukar dan berat itu, ia dibantu oleh program-program komputer untuk menentukan jarak-jarak yang benar dan variasi-variasi yang berbeza, dan banyak hal lainnya. Ia kagum dengan apa yang ditemui, bahawa Makkah merupakan pusat bumi.

 
Ia menyedari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makkah sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada masa yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos 1978).

Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.
 
Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.

Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.

Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut:

‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya ..’ (Asy-Syura: 7)

Kata ‘Ummul Qura’ berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di dalam kultur Islam.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata ‘ibu’ memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain.

Makkah atau Greenwich
 
Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu.

Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Britain. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggeris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.

Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit




 
Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, ‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ (Ar-Rahman: 33)

Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata ‘qutr’ yang bererti dia, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka’bah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan yang membentuk bumi)

Sumber
Posted on 12:59 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

KURSUS KEWANGAN ISLAM

Posted on 10:39 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

BAYI AJAIB, LAHIR DARI IBU YANG SUDAH MENINGGAL 2 HARI

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam...Selawat dan Salam ke atas Rasul Junjugan Nabi Muhammad s.a.w. Bergenang air mata dan sebak bila membaca kisah ini. Besarnya rahmatMu Ya Allah. Kasihan juga pada si kecil yang lahir tanpa dapat belaian kasih ibu. Semoga Aya sihat dan kuat, membesar seperti anak-anak lain. Ikuti kisahnya...

Seorang bayi yang lahir dari seorang ibu yang telah meninggal selama 2 hari membuat gempar dunia perubatan. Secara logik, bagaimana boleh?

Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi ajaib ini tidak pernah membayangkan akan merasakan kesedihan yang bercampur aduk dengan kebahagiaan yang luar biasa. Isterinya, Jayne Soliman (41) meninggal dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang cantik setelah Jayne divonis meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan cesar.


Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah. Namun ketika usia kehamilannya 25 minggu, ia merasakan sakit kepala dan sempat jatuh pengsan. Kemudian Jayne dilarikan ke Hospital John Radcliffe Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi.


Pasukan doktor mencuba sedaya upaya dengan pelbagai cara dan dengan berbagai alat agar jantung Jayne tetap boleh berdenyut. Walaupun usaha itu tidak dapat membantu nyawa Jayne, tapi usaha itu dilakukan bagi si bayi yang ada di dalam rahimnya agar dapat diselamatkan. Doktor juga memberikan 2 dos besar steroid sehingga jantung bayinya boleh berkembang dan selepas dua hari pasukan doktor bekerja keras akhirnya Aya si bayi ajaib itu boleh diangkat keluar melalui pembedahan cesar.
 

Setelah pasukan doktor berjaya mengangkat bayi dari rahim Jayne, si bayi kecil itu di letakkan di bahu ibunya untuk memberi mereka masa bersama sejenak kemudian Aya dibawa ke unit rawatan intensif.

Nama Aya yang diberikan si ayah diambil dari bahasa arab yang bererti keajaiban. itulah nama yang ingin diberikan si ibu, Jayne, ketika dia masih hidup. 

Posted on 8:34 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

4 TAHAP MENDIDIK ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Posted on 4:16 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

FORUM PERDANA MALAM NI - BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS

Posted on 2:46 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

MOHON SUMBANGAN BAGI PUSAT PENDIDIKAN AN-NUUR



Saya menyeru kepada dermawan-dermawan di seluruh Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya, untuk sama-sama menyumbang kepada Pusat Pendidikan islam An-Nuur. Bagi menampung kos penyelengaraan sekolah tersebut. Gaji tenaga pengajar mereka hampir dua bulan tidak dapat dibagi. Dan terbaru, pihak sekolah Cuma mampu menyediakan nasi goreng untuk pelajar-pelajar mereka.

Pihak sekolah menghadapi kesukaran dari sudut kewangan. Tonggakan yuran bulanan pelajar yang ditidak dijelaskan hampir mencecah RM40 ribu .

Dua hari lepas saya secara peribadi telah bertemu dengan Bendahari Pusat Pendidikan An-Nuur, dan bertanyakan hal ini. Menurut beliau,

Bendahari Ustaz Ramdhi : “Benar pihak sekolah terpaksa menghantar pulang lebih kurang 30 orang pelajar untuk mereka mengambil duit dari Penjaga mereka bagi menyelesaikan tonggakan yuran bulanan mereka. Dan apabila pulang semula kesekolah kebanyakan daripada mereka masih tidak dapat membayar yuran tersebut. Sebenarnya, situasi pelajar mempunyai tonggakan yuran ini biasa terjadi tetapi tidaklah segenting ini.” 

 
Salah seorang pelajar sekolah tersebut yang ditemuramah mengenai masalah ini berkata.

Pelajar An-Nuur : “Kami pelajar-pelajar telah dimaklumkan oleh pihak guru akan masaalah yang ditanggung oleh sekolah. Dan start hari semalam, pihak sekolah Cuma mampu menyediakan nasi goreng sahaja untuk pelaja-pelajar dan juga guru-guru.”

Dan dibawah adalah butir-butir akaun bank kepada sesiapa yang mahu menyumbang kepada Pondok An-Nuur Penor Pekan Pahang. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Akaun Bank yang tertera dibawah ini. 

AKAUN BANK ISLAM : 0601 9010 0218 68
ATAS NAMA : BENDAHARI PONDOK AN-NUR

AKAUN MAYBANK : 5560 1101 8085
ATAS NAMA : PONDOK AN-NUR


SILA SMS MAKLUMAT BANK IN KEPADA BENDAHARI : 019 9663629

Ustaz Mokhtar Senik (pengetua Pusat Pendidikan An-Nuur) : 019-9532456

Kepada yang berada berhampiran dengan Kuantan, sudilah meluangkan sedikit masa untuk meninjau dan melihat sendiri keadaan anak-anak kita di Pondok An-Nur di alamat:

Pondok An-Nur
Dj-144, Kampung Kuala Penor,
25150 Kuantan,
Pahang
[ Tel: 019-9532456 / 019-9663629]


MUNGKIN KITA TAK MAMPU MEMBERI SUMBANGAN BERBENTUK WANG RINGGIT, SEKURANG-KURANGNYA SHARE DAN SEBARKANLAH MAKLUMAT INI UNTUK MENARIK PENDERMA-PENDERMA DARI SELURUH DUNIA.
Posted on 12:51 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

PENENTANG KUAT ISLAM AKHIRNYA MEMELUK ISLAM : DANIEL STEICH EMBRACES ISLAM


Daniel Streich, ahli politik berasal Switzerland, yang terkenal kerana kempennya menentang pembangunan masjid di negaranya, tanpa diduga-duga dan tak disangka kini dia memeluk agama Islam.

Streich adalah orang pertama yang melancarkan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di negaranya. Dia dari Parti Rakyat Switzerland (SVP).Deklarasi kontroversi Streich ke Islam membuat heboh Switzerland.

Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seluruh negeri. Ia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di Negara itu, dan membuka jalan bagi penentangan orang awam terhadap mimbar dan kubah masjid.

Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang yang memeluk Islam.Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membina masjid yang paling indah di Eropah terutama di negaranya.

Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahawa pada ketika ini ada empat masjid di negaranya dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Dia mengakui ingin mencari "pengampunan dosanya" yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahawa larangan kubah masjid telah memperoleh status undang-undang.

Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah NGO, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahawa orang Eropah sebenarnya mempunyai keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan keganasan; sama halnya dengan Streich.Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Al-Quran dan mula memahami Islam.

Streich adalah seorang ahli penting Parti Rakyat Switzerland (SVP). Ia mempunyai kedudukan penting dan pengaruhnya dalam parti. Selain petisinya tentang kubah masjid itu, dia juga pernah memenangi tentera di Swiss Army kerana popularitinya.

Lahir di sebuah keluarga Kristian, Streich melakukan kajian komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki nampak yang mendalam pada dirinya.Akhirnya dia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemdian disebut oleh SVP sebagai syaitan.

Dulu, Dia mengatakan bahawa dia sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang dia membaca Al-Quran dan melakukan solat lima waktu setiap hari.Dia membatalkan kehadirannnya di parti dan membuat kenyataan awam tentang dia masuk Islam. Streich mengatakan bahawa dia telah mencari kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat dia temukan dalam agama sebelumnya.
 
 
Daniel Streich Embraces Islam
 
Swiss Politician Bans Minarets then Converts to Islam
 
The Swiss politician Daniel Streich, who rose to fame as a result of his opposition to mosques in his homeland, has now embraced the faith he reviled.

Daniel Streich was a member of the Swiss People's Party (SVP) in Switzerland. A well-known politician, Streich led the calls for a ban on minarets across Switzerland. He was active in building anti-Muslim sentiments throughout Switzerland. This sustained campaign led to him being given a high ranking position in the Swiss Army.

Switzerland Minaret Ban and Daniel Streich


Streich was an important member of the Swiss People's Party (SVP). His importance could be estimated from his influence on party's policy making, in which he always had a prominent role. His movement against minarets was aimed at gaining political attention and interest. He won the slot of military instructor in the Swiss Army due to his popularity.He was also committed to his party (SVP) and stood as a local politician in the commune of Bulle. 

Daniel Streich Conversion to Islam

Streich attempted to understand the Qur'an and Islamic teachings in order to argue against Muslims on tenets of their faith. In the course of his efforts the ex-Christian began to agree with and acknowledge the proclamations of the Qur'an.

Born in a Christian family, Streich had a comprehensive study of Islam merely to malign and confront, but Islamic teachings had a deep impact on him. Eventually he de-linked himself from political activities and he embraced Islam. Streich has termed the SVO activities against the Muslims as satanic.

He says that he used to read the Bible and often went to chapel, but now he recites the Holy Quran and offers his prayers five times a day. He further says that he cancelled his party membership and made public his conversion. Streich says that he has found the truth of life in Islam, which he could not find in Christianity.

"Islam offers me logical answers to important life questions, which, in the end, I never found in Christianity," says Streich. He is now a committed Muslim, who attends the mosque, recites the Qur'an and prays five times a day.

According to figures from the Union of Islamic Organizations and Communities, some 3,000 to 5,000 Italians have recently converted to Islam from Catholicism.
Post-Conversion Life for Daniel Streich

Recently the question of ban on minarets was put to voting in Switzerland, wherein the Swiss nationals gave the issue a legal status.

As per voting results 42.5 per cent people voted in favour of the minarets and 57.5 per cent supported the ban, while the Muslim population in Switzerland is only 6 per cent. The most wondrous thing in this regard, therefore, is the support of 42.5 per cent of population for only six percent Muslims. The analysts claim that ban on minarets and Islamic rituals has attracted the people towards Islam.

Streich has now focused his intentions on participating in the building of the new Conservative Democratic Party in the canton of Freiburg. Freich's new movement is in contrast to his previous one and he aims to promote religious tolerance and peaceful cooperative living, in spite of the fact that ban on mosques minarets has gained a legal status.

He is vehemently opposed to the Minaret ban and is hoping to establish Switzerland's fifth mosque and the most beautiful in Europe.
Posted on 3:04 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

MAJLIS DAN PENGAJIAN BERSAMA AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN

Posted on 9:43 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

KISAH RASULULLAH S.A.W DENGAN LIMAU MASAM

Selawat dan Salam ke atas Mu Ya Rasulullah
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Posted on 9:12 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

DIALOG SHEIKH MUTAWALLI AS SYA'ROWY DENGAN PELAMPAU AGAMA


Pernah pada suatu hari,aku berdialog dengan seorang pemuda yang mengikuti aliran ‘pelampau’ dalam memahami Islam (Golongan Mutasyaddid) dan aku bertanya padanya :

“Perbuatan mengebom pusat hiburan yang beroperasi pada malam hari yang wujud di Negara-negara Umat Islam Halal atau Haramkah hukum?”

Anak muda itu pun menjawab kepadaku : “Ya,sudah pasti ianya Halal! Membunuh mereka yang berada di dalamnya juga Halal hukumnya!”

Aku bertanya lagi padanya : “Apakah kesudahan mereka sekiranya ketika engkau membunuh mereka itu mereka berada dalam keadaan sedang melakukan maksiat pada Allah?"


Pemuda itu lantas menjawab : “Pastilah Neraka buat mereka!”

Aku teruskan pertanyaanku padanya : “Ke manakah Syaitan bermatlamat untuk membawa mereka?

Dia menjawab : “Sudah semestinyalah matlamat Syaitan untuk membawa mereka ke Neraka!”

Lantas aku pun berkata padanya : “Kalau begitu,kumpulan kamu dan Syaitan sedang bekerjasama untuk mencapai matlamat yang satu – iaitu memasuk dan menjerumuskan manusia ke dalam Neraka!”

Aku sebutkan padanya Hadith Rasulullah S.A.W : Ketika lalunya jenazah seorang Yahudi di hadapan Rasulullah S.A.W maka Baginda S.A.W pun menangis.

Lalu ditanyakan kepada Baginda S.A.W : Apakah yang telah membuatkan Engkau menangis wahai Rasulullah S.A.W?

Baginda S.A.W menjawab : “Satu nyawa telah terlepas dariku dan telah pergi ke neraka”.

Aku nyatakan pada anak muda itu : “Lihatlah perbezaan yang amat ketara antara kamu semua dengan Baginda Rasulullah S.A.W yang bersungguh-sungguh berusaha untuk menyampaikan Hidayah kepada manusia dan menyelamatkan mereka dari api Neraka!

Sesungguhnya kamu sedang berada di satu lembah dan Kekasih Agung Junjungan kita Rasulullah S.A.W pula berada di lembah yang lain dari kumpulanmu!" - Diterjemah oleh Ustaz Muhammad Noorazam Bahador

Sumber :
http://jomfaham.blogspot.com
Posted on 3:29 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

MASUK ISLAM KERANA SEORANG BUDAK KECIL

Kisah ini amat menyentuh hati bagi sesiapa yang membacanya. Kisah menarik ini bermula di mana seorang makcik tua yang dikatakan hendak membunuh diri memeluk Islam hanya kerana dengan seorang budak kecil yang datang kerumahnya, nak tahu lebih lanjut mari kita hayati kisah ini, semoga dapat dijadikan teladan kepada kita semua. InsyaAllah..



Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.

Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
 
Posted on 3:52 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

SYAWAL DAN KELAHIRAN

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi dapat kita bersama-sama menyambut kedatangan syawal yang masih berbaki 10 hari sahaja lagi. Siapa yang belum berkesempatan untuk puasa 6 hari di bulan kemenangan ni masih ada masa lagi. Ganjaran yang Allah kurniakan sangat hebat, pahalanya seperti berpuasa sepanjang tahun. Ianya juga dapat menampal mana-mana yang terkurang semasa kita mengerjakan puasa fardhu di bulan ramadhan yang lalu.

Selamat Hari Raya !!
Hari Kemenangan..Senyum Lebar..

Di hari kemenangan ini juga Allah S.W.T kurniakan lagi rezeki dan rahmat, pengikat kasih sayang kami suami isteri. Penyeri rumah tangga kami.....

 Muhammad Aqil Naufal

Semoga Muhammad Aqil Naufal menjadi ahli syurga, anak yang soleh, alim dan hafizh. Menjadi penyambung perjuangan Rasulullah s.a.w, InsyaAllah..
Posted on 9:34 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

DOWNLOAD SOFWARE TAJWID DAN IQRA'

Assalamualaikum w.t.b...

Salam Syawal...Di sini ingin saya kongsikan software TAJWID dan buku belajar mengaji IQRA' untuk kegunaan muslimin dan muslimat di luar sana yang memerlukannya. Semoga bermanfaat.

P/S : Belajar Al-Quran perlu merujuk kepada guru-guru yang mursyid @ ahli Qurra'. Rujuklah kepada yang mengetahui tentang ilmu Al-Quran agar sebutan dan bacaan kita menjadi betul.

Preview tiada, sebab error, sila klik link untuk download.

Posted on 4:35 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN


Assalamualaikum w.t.b kepada semua muslimin dan muslimat..

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, taqabbalullah minna waminka kepada semua. Jika ada salah dan silap dalam kita bersaudara dan berhubung hatta ketika merawat sekalipun, saya menyusun sepuluh jari dari hati sanubari ini memohon ribuan kemaafan.

Semoga amalan kita semua diterima Allah S.W.T dan diberi lagi oleh Allah S.W.T peluang untuk kita bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan. Teruskan dengan solat tahajjud, perbanyakkan solat sunat dan kekalkanlah mengaji dan bertaddarus Al-Quran serta berzikir. Jangan tinggalkan amalan-amalan ini sekiranya kita mahu mendapat kerahmatan, keampunan dan keselamatan dari Allah S.W.T. Ianya juga adalah benteng ampuh bagi setiap umat islam. Mari kita sama-sama mengekalkan amal ibadat ini di bulan-bulan lain, jangan kita jadi golongan Ramadhaniyyah, tapi jadilah golongan Rabbaniyyah.

Dimusim perayaan ini, berhati-hatilah di jalan raya. Memandu dan menunganglah dengan berkhemah. Jangan terlalu berseronok dan lupa sebahagian mereka yang dalam kesedihan dan kesusahan. Bantulah mereka yang memerlukan.

Sekian, Wassalam..
Posted on 1:00 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

KEJAM! DIA BERDIRI 8 JAM

Hebahan dari blog Mazidul Akmal

Saya tiba di Kota Bharu, Kelantan jam 10.30 malam semalam. 


Gambar di atas sebahagian daripada poster ucapan selamat Hari Raya oleh Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Misi saya bukan untuk melompat parti kerana saya bukan ahli politik. 


Tengahari tadi, saya ke Pasar Siti Khadijah, pusat membeli belah berwarna-warni paparan papan iklan di atas.

Banyak gambar saya rakamkan.


"Tidak berapa ramai pelaggan datang, jam 4.30 petang kami tutup kedai. Kalau ramai pun hanya pada hari Sabtu," ujar peniaga wanita duduk di sebelah kiri.

Saya juga meninjau ruang pasar basah.


Sebaik menyedari gambar mereka direkodkan oleh jurukamera, Hanapi Mat, wanita terbabit terus memarahi kami.

"Saya tok suko polis! Kijo igat ore!," jerkahnya.

Lebih kurang begitulah bunyi kenyataannya, dia tidak suka polis kerana menangkap orang.


Pantas dia menarik tangan suami buta dan beredar sambil mulutnya tidak berhenti menyumpah seranah kami dalam loghat tempatan.

"Dia baru di sini, tidak pernah kami tengok sebelum ini. Rasanya mereka orang luar Kota Bharu," bisik peniaga duduk berhampiran saya berdiri tercegat.


Garang sungguh wanita itu.

Apapun keputusan untuk mengemis di pasar terbesar di Kota Bharu itu, keputusan mereka.

Keputusan dua individu dewasa biarpun barangkali tersirat dan tersurat pelbagai kisah di sebalik kegiatan itu.

Saya dan jurukamera kemudian bergerak meninjau lokasi sasaran kedua, ruang pejalan kaki di hadapan institusi perbankan.


Setelah beberapa minit merakamkan gambar remaja itu dari jauh, saya menghampirinya.

"Berasal dari mana?," soal saya.

"Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor," jawabnya lembut.

"Buat apa di sini?"

"Membuat jualan amal, bantuan anak yatim," katanya.

"Pelajar sekolah Tahfiz Amal di Yan, Kedah ke?," soal saya.

Dia menganggukkan kepala. 

"Umur anak ini berapa?," soal saya lagi.

"Tiga belas," balasnya.

Wajahnya manis dan pelajar berusia 13 tahun itu menjawab setiap soalan saya kemukakan secara beradap.

"Anak ini lebih muda daripada anak sulung pak cik. Pak cik minta anak beri tahu perkara sebenar dan tidak perlu menipu pak cik," pinta saya.

Dia tunduk, mendiamkan diri buat seketika.

Pipinya kelihatan sedikit bergetar.

"Berapa lama anak meminta derma di sini? Di Kota Bharu, tinggal di mana?," soal saya perlahan.

Saya akur, bukan mudah untuk mencungkil fakta sebenar. Jiwa remaja rapuh dan mudah terusik. Pengalaman saya tempuhi ketika menemubual pelajar sekolah sama di pelbagai lokasi, saya jadikan asas melontarkan pertanyaan.  

Pernah saya ditengking oleh anak sepertinya sebelum ini. Namun gadis remaja berdiri di hadapan saya mempunyai penampilan dan sikap berbeza.

"Lebih sebulan saya membuat jualan amal di sini dan di banyak tempat lain. Di Kelantan ini, saya bersama  kumpulan 8 pelajar perempuan dan 6 lelaki lain dari Kedah, Selangor dan Johor tinggal di rumah disewa oleh dua cikgu, lelaki dan perempuan di Panji," balasnya.

Lazimnya pelajar menggunakan istilah 'ustaz' bukan cikgu.

Saya dekatkan alat perakam audio Sony ke arah gadis cilik itu. Manakala jurukamera meneruskan rakaman sambil cuba tidak merekodkan wajahnya.

Dia remaja di bawah umur, etika kewartawanan tidak membenarkan wajahnya didedahkan. Lagipun saya hanya cuma ingin membongkar kisah sebenar di sebalik tangan yang menadah.

Tidak lebih daripada itu.

"Sebelum ini di Bangsar, Kuala Lumpur, pak cik terserempak pelajar lelaki dari sekolah kamu mengutip derma selama 8 jam. Pak cik tengok wajah kamu,  pak cik tahu kamu terseksa dengan 'kerja' kamu ini. Kamu tidak berasa penat ke?"

Soalan itu saya lontarkan. 

Naluri ayah sukar untuk saya kesampingan sewaktu berkomunikasi bersama remaja itu.

"Tidak, mungkin muka saya sahaja nampak penat," katanya.


"Cuba keluarkan produk dijual," pinta jurukamera.

Remaja itu kemudian menyeluk beg galas disandang dan mengeluarkan botol minuman sebelum botol itu saya belek.

"Ini minuman apa?," tanya saya.

"Ini minuman untuk kecergasan minda. Wang hasil kutipan jualan diserahkan kepada cikgu," celahnya.

"Tidak ada pula dicatatkan di kulit botol ini minuman untuk kecergasan minda. Ini minuman fomula kecergasan untuk lelaki dan wanita anggun 'tonite'," saya membaca tulisan di botol. 

Dia mengutip derma menggunakan air membekalkan kesegaran berharga RM10 setiap satu, sama seperti produk di entri ini.

Saya kemudian memandang tepat ke sepasang mata anak itu sebelum Allah menggerakkan hatinya untuk berkongsi informasi peribadi diri. 

"Saya anak kedua daripada 7 beradik. Ayah saya berusia 52 tahun dan bekerja di pusat rawatan tahfiz di Pahang. Mula belajar di sekolah tahfiz sejak berusia 7 tahun dan mengutip derma sejak setahun lalu, ketika berusia 12 tahun. Saya disuruh meminta derma oleh cikgu, dihantar ke sini menggunakan van pada jam 1 tengahari dan dijemput balik oleh cikgu pada jam 9 atau 10 malam nanti," katanya.

Setiap hari di bulan Ramadan ini, dia mendakwa juadah berbuka puasa dihantar kepadanya oleh guru sebelum waktu Maghrib.

"Cikgu di mana?," soal saya.

"Dia menjual di tempat lain," balasnya.

"Berapakah jumlah kutipan kamu semalam?," soal saya.

"Seratus lima puluh ringgit. Bukan semua minuman kesihatan dijual ini laku, sejumlah kutipan itu didermakan oleh orang ramai," jelasnya dengan nada lembut.

"Pelajar sekolah tahfiz harus bercakap jujur tahu. Pak cik tengok muka kamu, pak cik dapat merasakan kamu terseksa sebab pak cik pun ada anak. Pak cik hendak bertanya, demi Allah kamu tidak berasa diperguna dan dieksploitasi?," tanya saya.

Dia tergamam, tidak mampu menjawab soalan saya itu mahupun menggelengkan kepala.


"Kalau tidak ada sesiapa menderma, cikgu marah tidak?," soal saya.

"Tidak, sudah rezeki," balasnya.

"Bila anak akan balik ke Kedah?" 

"Esok," balasnya.

Kakitangan institusi perbankan memerhatikan kami sejak dari awal kemudian datang menghampiri saya. 

"Dia tidak duduk, hanya berdiri berhampiran bank ini," kata beliau.

Jelas, remaja itu berdiri kira-kira 8 jam mendekati pelanggan bank keluar masuk dari ruang ATM sebelum dijemput pulang oleh cikgunya.


Jika sekolahnya ingin penuntut mempelajari secara praktikal berhubung konsep perniagaan sekalipun, membiarkan remaja mentah berdiri sebegitu lama di bulan Ramadan ini, saya anggap keputusan zalim.

'Jualan amal', berlaku di negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan PAS.

Di bulan Ramadan Al-Mubarak ini saya memanjatkan doa kepada Allah semoga mengerakkan hati mereka berkuasa agar dengan kadar segera memberhentikan eksploitasi terhadap kanak-kanak berlaku sekian lama.

Sebagai wartawan dan blogger saya sedaya upaya cuba mendedahkan fakta. Jika ingin membaca lebih banyak nukilan saya  berhubung kegiatan pelajar sekolah tahfiz itu, sila gunakan enjin carian Google di kotak sebelah  kanan entri ini, cuma taipkan 'sekolah tahfiz'.

Sebarkan kandungan entri ini, jika hanya itu usaha mampu kita bersama lakukan untuk membuka mata pihak berkuasa.

HEBAHKAN
Posted on 11:46 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin