AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

JADUAL KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS - FEBRUARI 2012


SEBAR-SEBARKAN...
Posted on 2:10 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

BUMI BERDEPAN RIBUT SOLAR TERKUAT


GAMBAR yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.

Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.

Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.

Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.

Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.

Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.

Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.

Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.

Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.

Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.

Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. - Agensi
Posted on 3:01 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Datang Jangan Tak Datang...Bawak Sejadah / Tikar Sendiri Boh !!

Posted on 12:01 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

MAKLUMAT : Blog AKRINE SENAWANG kini dibuka


Bismillahirrahmanirrahim....Alhamdulillah, masih diberi kesempatan olehNya untuk bernafas. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w.

Tujuan posting kali ini adalah untuk memakluman bahawa blog baru saya telah pun dibuka pada awal tahun ini. Blog yang berkonsepkan rawatan islam dengan terapi ruqyah syar'iyyah. Rakan-rakan dan pelawat boleh berkunjung ke AKRINE SENAWANG untuk maklumat lanjut dan berkongsi ilmu yang ada di sana. Sila klik link ye.

Doakan saya dipermudahkan segala urusan..

Posted on 3:19 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

KULIAH MAGHRIB SHEIKH NURUDDIN PADA 21 JAN 2012 DI PAROI

 

KULIAH MAGHRIB

Oleh: Sheikh Muhamad Nuruddin Marbu Al Makki Al Banjari
Tajuk: Ajaran-ajaran yang menyesatkan Aqidah dan Amal
Tarikh : 21 Jan 2012, Sabtu
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Masjid Taman Paroi Jaya, Seremban
 
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Posted on 2:43 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

PENGHUJUNG ZAMAN PENUH DENGAN FITNAH



Penghujung zaman sering diperkatakan dengan kedatangan fitnah sama ada besar atau kecil, ianya cukup berbahaya menggugat keharmonian umat Islam. Dalam perhubungan seharian membabitkan tutur kata berbentuk percakapan, bisikan, gurauan, sindiran, kiasan dan bermacam lagi.

Semua mesti ditekankan aspek penyaringan daripada terdapat unsur fitnah, tohmahan, umpatan, hinaan ataupun kejian.

Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. - (Surah al-Nur, ayat 11) 
 
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk di kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat. Ingatlah Allah lebih mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah an-Nur, ayat 19) 
 
Zaman pertukaran teknologi masa kini menyaksikan pelbagai peringkat masyarakat, tidak mengira usia, kedudukan dan latar belakang semakin serasi dengan penggunaan teknologi moden terkini iaitu internet.

Kesemuanya boleh dicapai di mana saja berada dalam apa juga keadaan melalui telefon bimbit atau komputer riba dalam pelbagai saiz dan bentuk yang menarik, senang dibawa ke mana. Penerimaan internet sebagai media baru perhubungan, komunikasi dan sebaran am menjangkau jutaan pengguna seperti Google, Yahoo, MSN dengan pelbagai perisian antaranya facebook (FB), wordpress, friendster, myspace, twitter dan bermacam saluran lain.

Setiap kemudahan teknologi menjanjikan manfaat walaupun tidak dinafikan turut terkandung seribu satu keburukan jika tidak dikawal sebaiknya berupaya merosakkan cara pemikiran, gaya hidup dan maruah.

Kebaikan pelbagai kemudahan di internet yang melangkaui sempadan ternyata memudahkan lagi proses perbincangan ilmu, isu dan topik semasa, penyebaran maklumat, hebahan atau undangan secara lebih meluas serta pantas.

Malah, kemudahan itu turut membina tali persaudaraan dengan mendekatkan yang jauh selain membuka ruang berbicara. Bagaimanapun, hakikat ada yang menyalahgunakan kemudahan itu tidak dapat ditolak.

Justeru, komuniti alam maya sentiasa diingatkan supaya bertanggungjawab di atas setiap tindakan mereka. Selain menjaga batas perhubungan, Islam turut menegah pengguna mengeluarkan kata-kata berunsur memfitnah, mengaibkan dan membuat tuduhan boleh menjurus kepada perpecahan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.” (Surah al-Nur, ayat 11)
 
Wujud kecenderungan dalam komuniti laman sosial sekarang ini menyebarkan fitnah atau membuat tuduhan melulu terhadap pihak lain dengan tujuan yang hanya mereka tahu. Ada juga menggunakannya untuk menjalinkan hubungan yang dilarang.

Malah, sifat keterbukaan yang tidak ditapis serta dikawal menyebabkan berlaku insiden penyebaran gambar tidak sepatutnya sama ada oleh pemilik laman itu sendiri atau dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Sepasang kekasih sewaktu awal percintaan sering melengkapkan kenangan melalui foto peribadi akhirnya bila berkelahi masing-masing mula menjatuhkan imej pasangan meskipun gambar itu terlalu peribadi atau sangat bertentangan dengan hukum agama.

Sekeping gambar terlalu peribadi tersiar di internet boleh menjatuhkan maruah diri dalam pelbagai keadaan atau situasi. Khalayak luar tidak akan mentafsir mengikut situasi, tetapi lebih menghukum kesilapan dan membuat tafsiran berdasarkan pandangan sendiri.

Umat Islam berkewajipan menghalusi segala berita, khabar atau kenyataan supaya tidak menimbulkan kemudaratan dalam masyarakat.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menampakkan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6) 
 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Awasi diri kamu daripada buruk sangka kerana perbuatan itu adalah pembohongan besar. Jangan mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikan diri kamu bersaudara.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 
 
Wassalam..
 
Sumber
Posted on 11:37 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Jadual Kuliyah Januari 2012 - Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum...Alhamdulillah, kita sudah melangkah masuk ke tahun 2012. Semoga kita lebih istiqomah dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Ni update dari blog Ustaz Azhar Idrus untuk Jadual Kuliyah Januari 2012.

Highlight : 15/1 Ahad Masjid Bandar Baru Senawang N.sembilan
                28/1 Sabtu Masjid Ar-Ridhuan ulu Klang Selangor
                29/1 Ahad Masjid Negeri Shah Alam Selangor

1/1 Ahad ( Tiada Kuliyah )
2/1 Isnin Masjid Pinang Merah Paka Dungun
3/1 Selasa Masjid Solihin Tmn Permai Jaya Cukai
4/1 Rabu Surau Bukit Bading Ajil
5/1 Khamis Surau Wan Esah Seberang Baruh K.Trg
6/1 Jumaat Surau Pak Tuyu K.Trg
7/1 Sabtu Masjid Banggol Peradung Manir
8/1 Ahad Surau Flat Gelung Bilal K.Trg
9/1 Isnin Masjid Simpang 4 Cenering K.Trg
10/1 Selasa Surau Ladang K.Trg
11/1 Rabu Surau Bukit Kecik K.Trg
12/1 Khamis Masjid Batu Buruk K.Trg
13/1 Jumaat Surau Ladang K.Trg
14/1 Sabtu Surau Belakang Stadium Negeri K.Trg
15/1 Ahad Masjid Bandar Baru Senawang N.Sembilan
16/1 Isnin (Tiada Kuliyah)
17/1 Selasa (Tiada Kuliyah)
18/1 Rabu Masjid Pulau Serai Dungun
19/1 Khamis Masjid Batu 6 K.Trg
20/1 Jumaat Masjid Kijing Marang
21/1 Sabtu Masjid Titian Baru
22/1 Ahad Surau Flat Gelung Bilal K.Trg
23/1 Isnin Masjid Pulau Ketam K.Trg
24/1 Selasa (Tiada Kuliyah)
25/1 Rabu Masjid Al-Falah Sungai Isap, Kuantan [UPDATED]
26/1 Khamis (Tiada Kuliyah )
27/1 Jumaat Surau Ladang K.Trg
28/1 Sabtu Masjid Ar-Ridhuan Ulu Klang Selangor
29/1 Ahad Masjid Negeri Shah Alam Selangor
30/1 Isnin ( Tiada Kuliyah )
31/1 Selasa Masjid Pengadang Baru K.Trg
Posted on 9:42 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin