AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

13 PERKARA WANITA PERLU JAGA


1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Posted on 2:02 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

30 KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

 

Assalamualaikum w.t.b..Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w..

Sekadar perkongsian buat mereka yang berfikir..Selama Ramadhan, Imam Syafi’i telah menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.

Selama Ramadhan juga, Allah memerintahkan seluruh penghuni syurga berhias. Rasulullah s.a.w. bersabda:”… Adapun yang keempat, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan syurga-Nya, Ia berfirman: “Bersiap-siaplah, dan hiasilah dirimu untuk para hamba-Ku, sehingga mereka boleh segera beristirehat dari kelelahan (hidup di) dunia menuju negeri-Ku dan kemuliaan-Ku…” [HR. Baihaqi]. Itulah aspek menarik keajaiban bulan Ramadhan yang tak banyak orang tahu. Di bawah ini ada 30 perkara istimewa yang ada dan juga berlaku dalam bulan Syahru Ramadhan yang kita lalui ketika ini.

1. Ramadhan jalan menuju ketaqwaan

Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas kaum sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”. (Al Baqarah: 183).

Ayat di atas menerangkan bahawa puasa adalah sebab yang boleh mengantarkan pelakunya menuju ketaqwaan, kerana puasa mampu meredam syahwat. Ini sesuai dengan salah satu penafsiran yang disebutkan Imam Al Qurthubi, yang berpadukan kepada hadits riwayat Imam Ahmad yang menyebutkan bahawa puasa adalah perisai.

2. Ramadhan bulan mujahadah

Para ulama’ salaf adalah suri tauladan bagi umat, mujahadah mereka dalam mengisi bulan Ramadhan amat perlu dicontoh. Seperti Imam Asyafi’i, dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran dua kali dalam semalam, dan iti dikerjakan di dalam solat, sehingga dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran enam puluh kali dalam sebulan. Imam Abu Hanifah juga menghatamkan Al-Quran dua kali dalam sehari selama Ramadhan.

3. Puasa Ramadhan menumbuhkan sifat amanah

Wahbah Zuhaili dalam bukunya Al Fiqh Al Islami berpendapat bahawa puasa mengajarkan rasa amanat dan muraqabah di hadapan Allah Ta’ala, baik dengan amalan yang nampak mahupun yang tersembunyi. Maka tidak ada yang mengawasi seseorang yang berpuasa agar menghindari hal-hal yang dilarang dalam berpuasa kecuali Allah Ta’ala

4. Puasa Ramadhan melatih diri berdisiplin

Puasa juga melatih diri berdisiplin , Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa seorang yang berpuasa harus makan dan minum dalam waktu yang terbatas. Bahkan dalam berbuka puasa pun harus disegerakan.

5. Puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidaritas sesama muslim
Wahbah Zuhali juga menjelaskan bahawa puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidariti di antara sesama muslim. Pada bulan ini semua umat Islam, dari timur hingga barat diwajibkan untuk menjalankan puasa. Mereka berpuasa dan berbuka dalam waktu yang sama, kerana mereka memiliki tuhan yang satu.

Seorang yang merasa lapar dan dahaga akhirnya juga boleh turut merasakan kesengsaraan saudara-saudaranya yang kekurangan atau tertimpa bencana. Sehingga tumbuh perasaan kasih sayang terhadap umat Islam yang lain.

6. Puasa Ramadhan melatih kesabaran

Bulan Ramadhan adalah bulan puasa di mana pada siang hari kita diperintahkan meninggalkan makanan yang asalnya halal, terlebih lagi yang haram. Begitu pula di saat ada seseorang mengganggu kita. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata 'Sesungguhnya aku sedang puasa." (HR. Bukhari)

7. Puasa Ramadhan menyihatkan

Rasulullah bersabda: "Berpuasalah, maka kamu akan sihat” (HR. Ibnu Sunni), ada yang menyatakan bahawa hadits ini dhoif, akan tetapi ada pula yang menyatakan bahawa darjat hadits ini sampai dengan tingkat hasan (lihat, Fiqh Al Islami wa Adilatuh, hal 1619).

Tapi makna hadist masih boleh diterima, kerana puasa memang menyihatkan. Al Harits bin Kaldah, tabib Arab yang pernah mengabdi kepada Rasulullah s.a.w. juga pernah menyatakan:”Perut adalah tempat tinggal penyakit dan sedikit makanan adalah ubatnya”.

8. Lailatul Qadar adalah hadiah dari Allah untuk umat ini

Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al Muwatha’, dia telah mendengar dari seorang ahlul ilmi tsiqah yang telah mengatakan: “Sesungguhnya telah diperlihatkan usia-usia umat sebelumnya kepada Rasulullah s.a.w., atau apa yang telah Allah kehendaki dari hal itu, dan sepertinya usia umat beliau tidak mampu menyamai amalan yang telah dicapai oleh umat-umat sebelumnya, maka Allah memberi beliau Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.” (HR. Malik).

9. Ramadhan bulan ampunan
Bulan Ramadhan adalah bulan ampunan, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dan siapa yang berpuasa Ramadhan dengan dasar keimanan dan pengharapan redha Allah, diampunkan untuknya dosa yang telah lalu.”(HR. Bukhari)

10. Siapa yang dilihat Allah, maka ia terbebas dari azab-Nya


Dari Jabir bin Abdullah ra. Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Pada bulan Ramadhan umatku dianugerahi lima perkara yang tidak diberikan kepada nabi-nabi sebelumku. Yang pertama, sesungguhnya jika Allah melihat mereka di awal malam dari bulan Ramadhan, dan barang siapa yang telah dilihat Allah maka Ia tidak akan mengazabnya selamanya…” (HR. Baihaqi).

Selama Ramadhan, Imam Syafi’i menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.

11. Bau mulut orang berpuasa lebih harum dari kasturi di hadapan Allah

Rasulullah s.a.w. bersabda:”…Yang kedua, sesungguhnya bau mulut mereka ketika siang hari lebih harum di hadapan Allah daripada bau kasturi…” (HR. Baihaqi).

12. Di Bulan Ramadhan para malaikat meminta ampunan untuk umat ini

Rasulullah s.a.w. bersabda:”…Adapun yang ketiga, sesungguhnya para malaikat meminta ampunan untuk mereka siang dan malam…” (HR. Baihaqi).

13. Di bulan Ramadhan syurga berbenah diri

Rasulullah s.a.w. bersabda:”…Adapun yang keempat, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan syurga-Nya, Ia berfirman: “Bersiap-siaplah, dan hiasilah dirimu untuk para hamba-Ku, sehingga mereka boleh segera beristirehat dari kelelahan (hidup di) dunia menuju negeri-Ku dan kemuliaan-Ku…” (HR. Baihaqi).

14. Di malam akhir Ramadhan Allah mengampuni umat ini

Rasulullah s.a.w. bersabda: ”…Adapun yang kelima, sesungguhnya jika tiba malam terakhir Ramadhan Allah memberi ampun kepada mereka semua. Lalu bertanyalah seorang lelaki dari sebuah kaum: ”Apakah itu lailatul qadar? Ia bersabda:” Bukan, apakah kau tidak mengetahui perihal orang-orang yang bekerja, jika mereka selesai melakukan pekerjaan maka ganjarannya akan dipenuhi. (HR. Baihaqi)

15. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu
Rasulullah s.a.w. Bersabda: “Jika Ramadhan tiba dibukalah pintu syurga dan ditutuplah pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. (HR. Bukhari).

Dalam Syarah Shahih Muslim, Qadhi Iyadh menjelaskan bahawa makna hadits di atas boleh bermakna haqiqi, iaitu pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu secara haqiqi, sebagai tanda datangnya Ramadhan sekaligus pemuliaan terhadapnya. Tapi boleh juga bermakna majaz yang mengisyaratkan besarnya pahala dan ampunan di bulan itu, sehingga syaitan seperti terbelenggu.

16. Pahala syuhada bagi yang melakukan kewajiban dan menghidupkan Ramadhan

Datanglah seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. Dan mengatakan: ”Wahai Rasulullah, tahukah anda jika saya telah bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan sesungguhnya anda adalah utusan Allah, aku juga telah melakukan solat lima waktu, juga telah menunaikan zakat, serta aku telah berpuasa Ramadhan dan menghidupkannya, maka termasuk golongan siapakah saya? Rasulullah s.a.w. Bersabda: “Termasuk dari orang-orang yang sidiq dan syuhada’”. (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

17. Pahala amalan bulan Ramadhan berlipat ganda

Dari Salman ra., bahawasannya Rasulullah s.a.w. berkhutbah di hari terakhir bulan Sya’ban: ”Wahai manusia, telah datang kepada kamu bulan agung yang penuh berkat. Bulan yang terdapat di dalamnya sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang Allah jadikan puasa di dalamnya sebagai kewajiban, dan qiamul lail sebagai perkara yang disunnahkan, barang siapa mendekatkan diri di dalamnya dengan perbuat kebajikan, maka ia seperti mengerjakan kewajiban selainnya, dan barang siapa mengerjakan kewajiban di dalamnya, maka ia seperti mengerjakan tujuh puluh kewajiban selainnya…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)

18. Setiap hari dalam Ramadhan memiliki keutamaan

Rasulullah s.a.w. bersabda: “…Dia adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, serta paripurnanya adalah pembebasan dari neraka…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)

19. Keutamaan memberi minum orang yang berpuasa
Allah akan memberi minum kelak di akhirat Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dan barang siapa memberi minuman orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya dari telaga minuman yang tidak menghauskan hingga ia masuk ke dalam syurga”. (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya).

20. Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sebaik-baik sedekah aitu sedekah di bulan Ramadhan.” (HR.Tirmidzi)
Selama Ramadhan, Imam Syafi’i menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.

21. Doa mustajab di bulan Ramadhan

Diriwatkan dari Abu Umamah Ra, bahawa Rasulullah Saw. bersabda:”...Dan untuk setiap muslim di setiap hari dan petang (dalam bulan Ramadhan) doa yang mustajab (HR. Bazar).

Rasulullah juga bersabda:”Tiga yang tidak tertolak doanya, orang yang berpuasa hingga berbuka, imam adil, dan doa orang yang dizalimi”. (HR. Tirmidzi)

22. Pahala umrah Ramadhan sama dengan haji

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada seorang wanita Anshar:”Jika datang Ramadhan maka lakukanlah umrah, kerana susungguhnya umrah dalam bulan itu setaraf dengan haji.” (HR. An Nasa’i).

23. Pahala i’tikaf di bulan Ramadhan sama dengan pahala 2 haji dan umrah
Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Husain Ra. menyatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:"Barang siapa menjalankan i’tikaf selama sepuluh hari di bulan Ramadhan maka amalan itu seperti dua haji dan umrah" (HR. Baihaqi)

24. Dalam Ramadhan terdapat malam yang istimewa (Lailatul Qadar)

Allah berfirman:”Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan”. (Al Qadr: 3).

Tentang ayat ini, Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa menghidupkan Ramadhan dan melakukan amalan di dalamnya lebih baik daripada menjalankan amalan dalam seribu bulan tanpa Ramadhan.

25. Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan

Allah Ta’ala berfirman: “Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil”. (Al Baqarah: 185)

Ibnu Katsir mengatakan bahawa Allah Ta’ala menyanjung bulan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain, iaitu dengan memilihnya sebagai bulan dimana Al-Quran diturunkan di dalamnya.

26. Kitab-kitab suci diturunkan pada bulan Ramadhan


Rasulullah s.a.w. bersabda:"Shuhuf Ibrahim turun pada awal malam pertama bulan Ramadhan, dan Taurat turun pada hari ke enam bulan Ramadhan dan Injil pada hari ke tiga belas dari Ramadhan…” (HR. Ahmad).

27. Rasulullah mendapat wahyu pertama di bulan Ramadhan

Ketika Rasululah s.a.w. mendekati umur 40 tahun beliau selalu berfikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan minuman beliau menuju gua Hira yang terdapat pada gunung Rahmah sebagai tempat beruzlah, yang berjarak dua mil dari kota Mekah. Uzlah ini dilakukan tiga tahun sebelum masa kerasulan. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa uzlah, turun kepada beliau Malaikat Jibril mewahyukan surat Al Alaq yang merupakan surat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.

28. Perang Badar terjadi pada bulan Ramadhan

Perang Badar adalah pemisah antara yang haq dan yang batil, dan kaum muslimin sebagai simbol tauhid dan kemuliaan, meraih kemenangan atas kaum musyrikin sebagai simbol kekifiran dan kebodohan.

Peperangan terjadi pada hari Jum’at, 27 Ramadhan, tahun kedua setelah hijrah. Allah Ta’ala berfirman: “Dan benar-benar Allah telah menolong kamu di Badar sedangkan kalian dalam keadaan terhina, maka takutlah kalian kepada Allah, semoga kalian bersyukur”. (Ali Imran: 123).

Ibnu Abbas mengatakan:”Saat itu hari Jum’at, 27 Ramadhan, dan saat itu juga terbunuh Fir’aun umat, Abu Jahal, musuh terbesar umat Islam.

29. Mekah dikuasai pada bulan Ramadhan
Fathu Mekah adalah peristiwa besar, Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”. (Al Fath:1).

Sebagian mufasirin berpendapat bahawa yang dimaksud kemenangan di sini adalah peristiwa Fathu Mekah, walau ada sebagian ulama’ yang menafsirkannya sebagai perjanjian Hudaibiya dan penaklukan negeri Rum.

Peristiwa itu terjadi pada hari, tanggal 20 atau 21 Ramadhan, tahun ke lapan hijrah. Saat itulah semua berhala yang berada di sekitar Ka’bah dihancurkan.

30. Islam menyebar di Yaman pada bulan Ramadhan

Tahun ke sepuluh hijriyah pada bulan Ramadhan Rasulullah s.a.w. menunjuk Ali bin Abi Thalib guna menjadi pemimpin sejumlah pasukan untuk pergi ke penduduk Yaman dengan membawa surat yang berisi ajakan untuk memeluk Islam.
Posted on 3:59 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

SEMINAR BAHAGIA & MEMBAHAGIAKAN

Posted on 2:18 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

SAINTIS AMERIKA DAPATI PUASA DAPAT ELAK OTAK DARIPADA MENGECUT



Sekadar perkongsian, sudah pasti apa yang difardhukan oleh Allah S.W.T ke atas kita SEMUANYA ada kelebihan dan kehebatannya. Cuma kita sahaja tidak sempat mengkaji dan menelaah dengan lebih terperinci tentang kelebihan-kelebihan tersebut. Kajian dibawah ini membuktikan lagi kepada orang bukan islam bahawa ISLAM itu agama yang benar. Dan kita sebagai hamba Allah melakukan apa yang diperintah itu hanya kerana Allah S.W.T, bukan atas sebab lainnya. Semoga menambah keimanan kita di bulan yang mulia ini.

Kajian saintifik terbaru perubatan Barat mendapati berpuasa dua kali seminggu, sebagai contoh, boleh mengelakkan otak individu daripada mengecut dengan pertambahan umur, selain manfaat kepada mereka yang menghidapi penyakit jantung, diabetes dan kanser.

Berpuasa pada masa dulu pernah digunakan dalam rawatan perubatan namun kajian terbaru menunjukkan ia perlu diterapkan semula.

Ini kerana ia mampu mencetuskan pelbagai hormon yang membantu meningkatkan kesihatan selain perubahan metabolisme badan.

Berpuasa selama beberapa hari hanya melibatkan pemakanan makanan antara 500 dan 800 kalori sehari sahaja berbanding hari biasa iaitu 2,000 kalori bagi wanita dan 2,500 kalori (lelaki).

Ia menurunkan tahap hormon yang dikaitkan dengan kanser dan diabetes selain kolestrol ‘tidak baik’ dan triglyceride dalam darah serta pengurangan radikal bebas, molekul yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit.

Ketua Neorosains Institut Penuaan Nasional Amerika Syarikat (AS), Profesor Mark Mattson berkata, faedahnya sama seperti anda bersenam. Ia boleh melindungi otak daripada penyakit kemerosotan otak seperti Alzheimer dan Parkinson.

Dalam satu kajian yang dilaporkan oleh Jurnal Obesiti Antarabangsa tahun lepas, sekumpulan wanita obes dan gemuk diberikan pemakanan melibatkan 1,500 kalori sehari untuk satu minggu.

Satu lagi kumpulan diberikan pemakanan 500 kalori untuk dua hari dan kemudian 2,000 kalori setiap hari pada lima hari seterusnya.

Pakar diet Universiti Manchester, Dr. Michele Harvie yang mengetuai kajian itu berkata, kedua-dua kumpulan menunjukkan penurunan berat badan yang sama selain pengurangan sama penanda biologi yang boleh meningkatkan risiko kanser. – Agensi
Posted on 9:00 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

KISAH SEORANG WANITA YANG KEMATIAN ANAKNYA

 
 
Dalam salah satu Tazkirah Ramadhannya, Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid telah menceritakan tentang seorang wanita.

Pada suatu zaman dahulu, seorang wanita sedang menangis kesedihan. Datang seorang Nabi yang diutuskan pada zaman ketika itu menanyakan hal wanita tersebut.

Wanita itu memberitahu bahawa dia sedih atas kematian anaknya yang masih muda. Peluang untuk beribadat pon kurang jika nak dibandingkan dengan usianya sendiri yang sudah lanjut.

lalu Nabi itu pon berkata, Tak usahla bersedih atas kematian anak yang baru berusia 400 tahun.

Kata nabi itu lagi, Pada akhir zaman, umat Nabi yang terakhir nanti hanya berumur di antara 60 hingga 70 tahun sahaja.

Wanita tersebut terkejut lalu bertanyakan benarkah hal yang demikian. Lalu Nabi tersebut membenarkan apa yang diceritakannya tadi.
 
 
Wanita itu pun berkata bahawa jika dia adalah umat Nabi Akhir Zaman, tidak perlulah dia melakukan perkara-perkara yang merugikan.

Dia akan mencari satu batu yang besar. Jika matahari terbit hingga tengah Hari, dia akan berlindung pada bahagian sebelah batu yang redup untuk beribadat.

Kemudian apabila Matahari mula terbenam, dia akan berpindah kedudukannya ke sebelah yang satu lagi untuk berteduh dan beribadat.

Begitulah keadaannya setiap hari sehinggalah dia berusia 60 tahun.

Kata Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid, ini nak menunjukkan betapa singkatnya umur kita. Jadi janganlah kita mensia-siakan rezeki umur yang diberikan kepada kita.  
 
Posted on 12:06 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

MAJLIS TA'LIM AKBAR RAMADHAN

Posted on 10:44 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

IFTAR AMAL BERSAMA RABBANI

Posted on 2:08 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

5 E-BOOK KITAB PERCUMA (DOWNLOAD)

Sedikit Perkongsian Untuk Semua,.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
 
Dibawah ini saya sediakan berapa Ebook Yang saya rasa amat bermafaat untuk kita semua Membaca,  kata orang banyak membaca maka banyaklah ilmu yang kita dapat, Semuanya free saja, SELAMAT MENDOWNLOAD :

1. EBOOK ARTIKEL AHLUSSUNAH KLIK DISINI

2. EBOOK BUKTI KEBENARAN AL-QURAN KLIK DISINI

3. EBOOK RAHSIA ANGKA2 AL-QURAN KLIK DISINI

4. EBOOK KAMUS TATABAHASA ARAB  KLIK DISINI

5. EBOOK MARI MENGENAL AL-QURAN KLIK DISINI

- Jazakallah...Moga Bermanfaat -

nota :
Telah diIzinkanNya untuk berkongsi di sini,
Tidak perlu berterima kasih kepada saya
(-saya hanya penyampai-)

Ucapkan sahaja..
- ALHAMDULILLAH -
Posted on 4:13 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

CHECKLIST RAMADHAN...CHECK IT OUT !!

Posted on 11:18 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

MARI BERAMAL !!

Posted on 2:52 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


Assalamualaikum w.t.b...Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah S.W.T yang terlalu banyak memberikan nikmat kepada kita semua. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w..InsyaAllah beberapa hari sahaja lagi dapatlah kita melangkah ke bulan ramadhan, bulan yang penuh dengan keagungan dan keberkatan dari Allah S.W.T. Bulan yang mana apabila kita beramal, pahala digandakan dan apabila kita berdoa, doa akan diterima Allah Aza Wajalla. Dan yang paling istimewa adanya Malam Lailatulqadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Elok rasanya kita memanfaatkan beberapa hari sahaja lagi di bulan syaaban ini untuk mengulang kaji 'pelajaran' berkenaan dengan bulan ramadhan sebelum kita memasukkinya. Marilah kita berdoa supaya Allah menjadikan kita orang beriman yang rindukan ketibaan Ramadhan, bulan yang menjanjikan banyak kebaikan dan peluang ibadah selama sebulan. Mohon dari Allah supaya hilangkan sebarang rasa payah dan liat dalam diri kita untuk menahan selera makan dan minum, sebaliknya kita bermohon diberi kenikmatan dan kemanisan beribadah kepadaNya. Ya Allah, jadikan kami dari golongan ini.

Kita panjatkan doa kepada Allah, jangan kita dijadikan seperti golongan yang malang dan di dalam kerugian. Golongan seperti ini apabila diumumkan tarikh permulaan puasa, jiwa mereka jadi berat, tubuhnya jadi lemah dan malas untuk ke masjid bertarawih, merasakan kedatangan Ramadhan sebagai tetamu yang tidak diundang, membilang hari bilakah berakhirnya bulan yang penuh kekangan, dan bersukaria apabila Hari Raya makin menjelma. Puncanya adalah orang seperti ini tidak membiasakan diri dengan ibadah, tidak dibiasakan dengan lapar dan dahaga, tidak pernah mengajar diri mengekang nafsu selera, dan yang lebih malang jika perihalnya sebelum Ramadhan, ibadah wajib pun acap kali tertinggal dan kerap kali diabaikan. Ya Allah jauhilah kami dari tergolong dalam kumpulan ini.

Dengan ini, saya dengan serendah-rendah diri memohon ribuan kemaafan dari semuanya yang mengenali diri ini, sekiranya melakukan kesalahan dan kesilapan secara sedar mahupun tidak. Sungguh saya insan yang terlalu banyak melakukan dosa di atas muka bumi. Semoga Allah mengampuni dosa saya dan kalian semua & semoga Allah menghilangkan segala sifat-sifat mazmumah yang terbuku dalam hati dan diri kita lantas mengantikan ia dengan sifat-sifat mahmudah yang ada dalam diri kekasihNya, Nabi Muhammad s.a.w.

P/S : Bulan puasa ini rawatan berjalan seperti biasa, mengikut permintaan dan temu janji yang dibuat awal ya..Pesanan juga kepada semua agar menepati janji dan waktu. Sekian, sampai sini sahaja. Wassalam...

Salam Ramadhan Al - Mubarak !!
Posted on 12:28 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

HANTU TANPA KEPALA DI MASJID !!



Hantu tanpa kepala di masjid. Gambar hantu tanpa kepala yang diambil di sebuah masjid ini bukanlah gambar hasil dari kerja fotoshop atau diedit tetapi ianya memang asli. Jadi tak payahlah kata gambar hantu tanpa kepala ni tipu. Inilah fenomena misteri yang berlaku bukan sahaja di sesebuah masjid, tetapi telah berlaku hampir seluruh masjid di seluruh Malaysia. Yang peliknya lagi, kejadian hantu tanpa kepala hanya boleh dilihat pada Hari Jumaat. Umat Islam berjantina lelaki mesti sangat biasa dengan kejadian manusia tanpa kepala ini tetapi tidak kepada kaum wanita.

Saya sengaja re-post kisah ini di blog saya pula supaya menjadi peringatan kepada mereka yang terlupa dan saya percaya perkara ini masih terus berlaku hingga ke hari ini.


Ini merupakan satu kejadian yang selalu berlaku di masjid-masjid ketika khatib sedang membacakan khutbah Jumaat. Sepatutnya jemaah kena dengar dengan mata yang celik dan hati yang terbuka, tetapi ini jadinya. Bila dah sedap tertidur dan sekali-kali terjaga, lalu 'manusia tanpa kepala' ini akan mengangguk-anggukkan kepala tanda faham khutbah yang dibacakan. Sudahlah tidur ketika khutbah, kemudian berpura-pura pula. Kamu cuba menipu orang disekeliling kamu tapi bolehkah menipu Allah S.W.T ?? Peringatan ini untuk kebaikkan. Bersama lah kita muhasabah dan koreksi diri, dari pihak masjid dan juga juga jemaah solat Jumaat supaya kejadian atau fenomena manusia tanpa kepala ini dapat dihindarkan di masa hadapan.
Posted on 3:07 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

MARI BERWAQAF - AL WAQF LIL-HAYAH

 

Pengenalan ‘Al-Waqf Lil-Hayah’

Al-Waqf Lil Hayah merupakan satu program amal “wakaf khas” yang ditawarkan oleh Islamic Aid Malaysia dengan nilai RM50 sekaki persegi untuk dimiliki oleh umat islam dan mewakafkan hartanah tersebut kepada Islamic Aid Malaysia dengan tujuan manfaatnya diberikan kepada anak-anak yatim dan miskin melalui pembinaan kompleks kediaman dan asrama anak-anak yatim dan miskin di negeri Kedah.

Objektif “Al -Waqf Lil Hayah”

Projek kebajikan Al-Waqf Lil Hayah ( Endowment for Life ) ini diwujudkan bertujuan untuk menggalakkan umat islam bagi mengamalkan ibadah berwakaf. Wakaf merupakan salah satu cara ibadah atau cara menghampiri diri kepada Allah (taqarrubilallah) menerusi harta kekayaan yang diwakafkan untuk tujuan kebajikan.

Projek Al-Waqf Lil Hayah ini dilancarkan oleh Islamic Aid Malaysia berasaskan kepada penghayatan terhadap sabda Rasullulah S.A.W. yang bermaksud :-

1. “ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu SEDEKAH JARIAH (HARTA YANG DI WAKAFKAN), ILMU YANG DI MANFAATKANNYA dan ANAK YANG SOLEH yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.”

(Hadis Riwayat Muslim )

2. Hadith dari Ibni Umar r.a. dia berkata: Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar lalu dia datang kepada Nabi s.a.w untuk minta pandangan tentang tanah itu, maka katanya yang bermaksud:

“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, di mana aku tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Allah Azzawajalla) apakah yang hendak engkau perintahkan kepadaku dengannya?”

Maka sabda Rasulullah s.a.w kepadanya yang bermaksud:

“Jika engkau hendak tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya.” 

Dengan adanya program Al-Waqf Lil Hayah, berwakaf tidak hanya dikhususkan untuk individu tertentu yang mempunyai harta dan kemampuan kewangan sahaja, malahan sesiapa sahaja boleh melakukan ibadah wakaf dengan nilai serendah RM50 bagi memiliki satu kaki persegi hartanah wakaf melalui projek kebajikan Al -Waqf Lil Hayah anjuran Islamic Aid Malaysia.

Kelebihan Al- Waqf Lil Hayah anjuran Islamic Aid Malaysia 

Antara kelebihan Al -Waqf Lil Hayah adalah seperti berikut:-

1. Kemudahan pembayaran secara online melalui laman sesawang rasmi Al Waqf Lil Hayah yang berintegrasi dengan kebanyakan bank yang menyediakan sistem perbankan online. (Financial Process Exchange -FPX).

2. Pewakaf boleh melihat jumlah wakaf yang telah dibeli melalui laman sesawang rasmi Al Waqf Lil Hayah pada bila-bila masa sahaja.

3. Nilai minimum hanya RM50 bagi setiap kaki persegi.

4. Wakaf boleh dibeli untuk diri sendiri, ahli keluarga, saudara mara atau untuk individu yang telah meninggal dunia.

5. Kemudahan pembayaran secara online melalui laman seSawang rasmi Islamic Aid Malaysia (IAM) yang berintegrasi dengan kebanyakan bank yang menyediakan sistem perbankan online. (Financial Process Exchange -FPX).

6. Pewakaf boleh melihat jumlah wakaf yang telah dibeli melalui laman sesawang rasmi Al- Waqf Lil Hayah pada bila-bila masa sahaja.

7. Resit dan sijil Al-Waqf Lil Hayah akan diposkan ke alamat yang didaftarkan dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.

8. Resit Al -Waqf Lil Hayah yang dikeluarkan oleh Islamic Aid Malaysia adalah sah untuk pelepasan cukai pendapatan. PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN, (no.Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.7040, Tarikh Kuatkuasa : 1 Julai 2011 , No Warta Kerajaaan : 25848, Tarikh Warta Kerajaan : 25 September 2011).

9. Insya’ALLAH akan mendapat RAHMAT & BERKAT daripada ALLAH S.W.T.

Sila layari http://wakaf.org.my
Posted on 2:42 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

KERJA GILA: PINDA SOLAT JUMAAT KE HARI SABTU


 

Komuniti Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid diseluruh penjuru Negara untuk melaksanakan solat Jumaat, diganti dengan hari Sabtu.

Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, kerana hari Jumaat di Azarbaijan termasuk hari kerja resmi negara.

Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangi kinerja para pegawai dan pekerja pemerintah.

Cuti rasmi pemerintah Azarbaijan adalah hari Sabtu dan Minggu, yang memungkin bagi pegawai pemerintah tidak terganggu jam kerjanya.

Menanggapi alasan pemerintah, khatib Masjid Masyhadi Dodosh, H Shahin Hasanali mengatakan, pemindahan tersebut dinilai sebuah sentimen politik belaka.

“Pemerintah khuatir solat Jumaat menjadi tunjang pendidikan politik yang boleh menggugat pemerintah. Yang namanya solat Jumaat tidak boleh dipindah hari,” ujarnya.

Republik Azarbaijan adalah negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah komuniti muslim disana mencapai 90% dari total keseluruhan warganya.

Keakraban rejim yang berkuasa dengan Israel, menyebabkan pegawai-pegawai pemerintah cenderung anti Islam.

Hingga kini, warga muslim Azarbaijan masih memperjuangankan hak-hak kaum muslimah untuk mengenakan jilbab.
Nashir As Sunnah : Selagi mana pemerintahan islam tidak ditegakkan, hukum Allah S.W.T yang haq tidak dijalankan di atas muka bumi ini, selagi itulah umat manusia yang beragama islam akan ditindas. Umat islam pula akan semakin lemah, berpecah belah dan jauh dari cara hidup yang islami.
Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian." 
Posted on 2:26 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

65 TAHUN MERANGKAK KE MASJID

Bismillahirrahmanirrahim....
 
Ana kongsikan di sini sebuah kisah yang ana ambil dan terbaca dari blog seorang ustaz yang ana hormati dan segani, Ustaz Hambali Al-Alorstari

Silakan baca..Semoga kita tersedar dari dibuai mimpi indah dunia.

Di dalam suasana akhir zaman ini yang mana rata-rata keinginan untuk amalan agama makin terhakis di kalangan ummat. Berlebih lagi peratus orang yang bersolat begitu kecil apa lagi dengan peratus orang yang solat berjemaah. Namun begitu masih lagi terdapat insan yang tidak sempurna sanggup ke masjid untuk solat berjemaah miski pun terpaksa merangkak bilamana iman menyelinap ke anggota badan.

Ini sebagaimana hadis Rasulullah saw yang menyatakan bahawa sekiranya diketahui pahalanya (solat Suboh berjemaah) maka pasti mereka akan datang walau pun terpaksa merangkak. Hadis ini telah pun dipraktikkan oleh insan yang penulis sebutkan iaitu Syeikh Abdullah Al-Asiri yang lupuh anggota badannya sejak dilahirkan. Bukan sekadar solat suboh berjemaah tetapi setiap lima waktu solat beliau akan berulang alik ke masjid dengan merangkak.

Beliau tinggal di salah satu perkampungan terpecil di Selatan Azizia, Arab Saudi. Kini, walau pun umurnya telah mencecah tua 76 tahunditambah dengan kecacatan tubohnya namun beliau masih mampu berulang alik ke masjid dengan merangkak. Beliau telah berbuat demikian selama hamper 65 tahun berulang alik untuk solat berjemaah di masjid di tempatnya.

Beliaulah sebenarnya “Ar-Rijal” yang disebutkan oleh Allah dan Rasulnya saw yang syarat terhasil sifat ini dengan sentiasa hati “mualaqul bil masaajid” terpaut pada masjid.

Kita, miski pun mengetahui fadhilat dan ganjaran pahala serta celaannya, namun tidak mampu untuk berbuat demikan. Ke hulu ke hilir kita boleh berjalan untuk shooping atau berjoging namun ke masjid . . . .

Semuga Allah swt memberi kekuatan bagi kita untuk istiqamah di dalam melaksanakan solat lima waktu dengan berjemaah.

Insyaallah.
Posted on 4:08 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

8 PAHALA YANG BERTERUSAN


Posted on 3:19 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

BANTUAN UNTUK MAAHAD TAHFIZ DI NILAI, N.SEMBILAN

PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK TUJUAN PEMBINAAN SURAU DAN KEPERLUAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH

Maahad Tahfiz An Najihah (MATAN), Nilai , Negeri Sembilan ialah sebuah pusat pengajian hafazan Al Quran yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) dengan nombor pendaftarannya 41-122/2011. Mula beroperasi pada awal Januari 2010. Jumlah pelajar yang mampu ditampung buat masa ini ialah seramai 50 orang.

Untuk memastikan matlamat pusat pengajian ini tercapai maka maahad ini memerlukan sebuah surau yang baik untuk kemudahan pelajar bersolat sekaligus menjadi tempat belajar dan menghafaz Al Quran. Surau yang ada sekarang menggunakan 3 buah khemah beralaskan pelantar papan plywood menjadikan keadaan agak panas dan kurang selesa. Begitu juga lantai papan juga semakin uzur.

Selain daripada memohon dana surau pihak maahad tahfiz juga disini mengemukakan kos beberapa keperluan pembangunan yang sedang diusahakan seperti berikut di bawah;
a) Surau RM200,000.00
b) Kelas pengajian RM10,000.00
c) Tempat permainan RM30,000.00
d) Dewan makan RM5,000.00
e) Pagar keselamatan mengelilingi sekolah RM15,000.00
f) Sistem perparitan dan pembuangan sampah RM10,000.00
g) Kelengkapan asrama spt almari pakaian pelajar RM15,000.00

Jumlah Keseluruhan RM335,000.00

Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun atas nama;
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH
NO AKAUN : 555108301296 (MAYBANK)

Sebarang maklumat lanjut yang ingin diperolehi, sila hubungi ;
Ustaz Mohd Zawawi Bin Haji Aman
Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800 Nilai, N.Sembilan
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649
Posted on 2:00 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

SEMINAR FATWA MUAMALAT 2012

SEMINAR FATWA MUAMALAT

Tarikh : 11 - 12 Julai 2012 , Rabu-Khamis
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban
Masa : 8 pg – 4 ptg
Yuran :
RM130
RM 10 untuk pelajar
(termasuk kertas pembentangan, makan dan sijil)

Pembentang :
Dr Zaharudin Abd Rahman
Dr Zulkilfli Albakri
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Dr Azman Mohd Noor
Dr Amir Shaharuddin
Ust Abdullah Jalil
Ust Azrul Azlan Iskandar

PENGANJUR
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Muamalah Events

PENAJA utama Bank Muamalat Malaysia Berhad Dengan sokongan AKPK
Posted on 12:31 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

KONVENSYEN FIQH UMMAH 2012 - SIAPA PERGI NANTI BOLEHLAH SHARE..


Posted on 12:06 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

MAULID AKHBAR - JEMPUTAN UNTUK SEMUA..

Posted on 9:50 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin