Surah Al-Isra' : 17, Ayat 81 - 82.Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.
Suatu hari di majlis pengajian Sayyidi Syeikh Soleh Ja'fari
Radhiallahu 'anhu di Masjid Azhar, tiba-tiba bersuara seorang lelaki tentang
madad, ya syeikh telah menegah oleh guruku tentang berkata "madad ya
Rasulullah", lalu jawab Syeikh Soleh :
Apa makna madad yang engkau faham ?
Ketika engkau pergi kepada seorang yang 'alim dan berkata
engkau di hadapannya madad; maksudnya ajarkan aku.
Ketika engkau berkata kepada seorang wali, madad; maksudnya
engkau meminta kepada wali itu doakan kebaikan.
Ketika engkau berkata juga, Madad Ya Rasulullah Sollahu
'alaihi wasallam; maksudnya engkau meminta ampun wahai pesuruh Allah.
Kesimpulannya
Kalimah madad sepatutnya mesti mengetahui kepada mereka yang
kita tujukan, samada wali atau orang 'alim atau Rasulullah Sollahu 'alaihi
wasallam dan kepada siapa yang kita tujukan.
Maka hendaklah kita faham wahai saudaraku tentang makna
madad yang sebenarnya. Ia bukan satu kalimah yang syirik, padahal madad adalah
harus dengan bahawasanya kita faham maksud asalnya. Kita berkata Madad Ya
Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam; maksudnya kita pohonkan dan panjatkan
dengan shafa'at dan memohon ampun daripada Rasulullah Sollahu 'alaihi wasllam.
Dan perkara ini adalah harus.
Wallahu a'lam.
Rujukan :
1) Kitab al-Fatawa wal Ajwibah al-Ja'fariyyah
2) Majalah an-Nur al-Muhammadi
Posted on 10:44 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]
Sabda Nabi S.A.W. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat At-Tabrani)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Al- Khatib)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasaie & Al-Hakim)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun.” (Hadis Riwayat Ad-Dailami)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali.” (Hadis Riwayat Muslim)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku di hari Jumaat seratus kali maka ia datang di hari Kiamat dengan cahaya, sekiranya dibahagi antara makhluk semuanya maka cahaya itu akan memenuhinya.” (Hadis Riwayat Abu Nu’aim)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah datangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk di dunianya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majar dari Jabir R.A.)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga” (Hadis Riwayat Abu As-Syaikh dari Anas R.A.)
Sabda Nabi S.A.W. “Hinalah hiduP orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Sabda Nabi S.A.W. “Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
SOLLU ALA NABI...
Posted on 4:44 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »
SELAWAT DAN SALAM BUAT RASUL JUNJUNGAN, KESAYANGAN DAN KEKASIH HATI, NABI MUHAMMAD S.A.W.
RAWATAN AS-SUNNAH
PERKHIDMATAN :
1. RAWATAN RUQYAH SYAR'IYYAH
Imam Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah melafazkan bahawa "Siapa tidak dapat disembuh Al-Quran, maka tiadalah dia disembuhkan oleh Allah"
Perbaiki kenyakinan terhadap Mukjizat Al-Quran. Penyembuh segala penyakit adalah Al-Quran, sebaik-baik ubat jiwa adalah Al-Quran.
Al-Quran bukan hanya untuk 'scan' dan buang gangguan, tapi PENAWAR DAN PENYEMBUH UNTUK SEMUA PENYAKIT.
Pesakit perlu bawa 3 botol air mineral 1.5 L. [Bukan air minuman]
Hadiah - Seikhlas hati [Lihatlah kepada masalah,kesungguhan dan masa merawat]
Rakaman tidak dibenarkan.
2. BEKAM AS - SUNNAH
Sebelum Bekam - Seeloknya berpuasa atau 2 jam sebelum berbekam jangan makan makanan berat.
Selepas Bekam - Berehat & Jangan makan / mandi melainkan selepas 1 jam.
Bekam Ruqyah juga disediakan.
RM 5.00 Per Cup [2 x sedutan]
3. RESDUNG
RM 50.00
i. Sedut Herba Sumpahan Resdung
ii. Asapan lilin Serai Wangi 2x
iii. Cucian dengan Sabun Resdung
Pesakit akan dibekalkan dengan 2 buku sabun. Sabun resdung dan sabun sireh.
Pesakit perlu bawa 2 botol air kolah masjid / surau. [Ikhtiar bersungguh untuk dapatkan] Jika tiada bawalah 2 botol air mineral. Ini untuk proses cucian dan instinsyaq.
Pesakit digalakkan untuk bawa 1 botol air mineral + pati delima untuk diruqyah dan diamal minum.
4. URUTAN
i. Refleksologi - RM 40.00
ii. Urutan Badan - RM 60.00
iii. Urutan Persediaan Sebelum Berkahwin - RM 70.00
iv. Urutan Pulih Tenaga Batin [Tanpa Sentuh Alat Sulit] - RM 80.00
5. PAGAR RUMAH / PREMIS PERNIAGAAN
i. Melihat kepada saiz dan kawasan yang hendak di pagar.
ii. Segala bahan keperluan disediakan oleh perawat melainkan diberitahu.
iii. Sediakan air mineral 1.5 L [3 botol]
- PESANAN -
i. Sekiranya panggilan tidak dijawab. Sila sms nama, tempat tinggal dan serba ringkas masalah. Kerjasama anda amat dihargai.
ii. Pesakit akan dimaklumkan semula berkenaan masa dan hari untuk rawatan.
iii. Mua'llij [perawat] separuh masa bukan sepenuh masa.