AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Jadikan IKTIBAR : BALA melanda Port Dickson

Segalanya yang berlaku adalah dari Allah S.W.T ( Kulkullum Mindillah ). Sebenarnya berita ini lewat saya terima, baru pagi Jumaat lepas..Pagi ini ambil masa sikit untuk share peristiwa yang berlaku di Port Dickson 30hb Julai yang lalu. Semua yang berlaku adalah kehendak Allah S.W.T dan juga salah satu peringatan kepada seluruh umat manusia yang masa untuk kita di bumi Allah ini tidak lagi lama.

Pada Sabtu yang lalu satu ribut yang begitu luar biasa telah melanda Port Dickson terutamanya sekitar Batu 4 dan Kem Tentera Pusasda. Pokok-pokok besar tumbang, banyak kereta yang remuk, kubah menara masjid jatuh dan pelbagai kemusnahan yang begitu dahsyat.

Apabila berlaku bencana besar kepada alam ini, pemusatan fikiran kita sepatutnya bukan hanya kepada banyak mana kemalangan jiwa atau kerugian harta benda yang terlibat tapi mestilah kepada sebab musabab yang membawa kepada bencana tersebut. Kita perlu sentiasa sedar dan bermuhasabah diri, mengkaji dan memikirkan apa yang pernah berlaku pada zaman para Nabi dan para Rasul, apa punca Allah S.W.T menurunkan bala bencana dan malapetaka kepada kaum-kaum yang terdahulu.

Firman Allah S.W.T :

“Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu yang di atas ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi.” (Al-Hud: 82)

Firman Allah S.W.T:

“Apabila Kami hendak memusnahkan sesuatu qaryah (kawasan yang di diami manusia), kami perintahkan orang-orang yang hidup mewah (supaya taat kepada perintah Allah), lalu (sebaliknya) mereka fasiq. Maka mereka berhak ditimpa siksaan, lalu Kami (Allah) membinasakan mereka sebinasa-binasanya. (Al-Isra’:16)

Firman Allah S.W.T lagi:

“Takutlah oleh kamu akan fitnah (bala) yang tidak hanya menimpa orang-orang yang membuat zalim di antara kamu.” (Al-Anfal: 25)

Firman Allah S.W.T dan lagi:

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri, melainkan telah tertulis dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Al-Hadid: 22-23)

Di bawah adalah gambar-gambar di sekitar tempat kejadian..


Marilah kita sama-sama menjadikan musibah tersebut sebagai satu iktibar untuk kita memperbanyakkan lagi amal ibadah di bulan penuh barakah ini, banyakkan bertaubat. Hidup di dunia tak sampai sekelip mata, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila. Banyakkan Amar Maaruf, Nahi Munkar, menyeru kepada kebaikan, mencegah kejahatan dan kemungkaran.

Kita boleh mengatakan bencana alam yang berlaku sekarang ini adalah mukadimah kepada bala yang lebih besar. Tengok saja pada kehidupan sosial, ekonomi dan politik masa kini, semuanya menyeleweng, diseleweng dan menyimpang jauh dari landasan Islam. Gejala sosial seperti zina, maksiat, sumbang mahram dan akhirnya terjadi kes-kes buang bayi serta anak luar nikah seakan-akan menjadi kebiasaan. Setiap hari menjadi hiasan di dada akhbar. Riba pula semakin berleluasa. Kezaliman, penindasan dan pencerobohan berlaku di sana sini. Jenayah pembunuhan, kecurian dan ragut tidak lagi asing bagi kita. Saya sendiri takut hendak berada di kawasan yang jarang dikunjungi.

Bagi sesiapa yang mengiktikadkan dan mengatakan apa yang berlaku adalah fenomena alam semulajadi semata-mata, tiada kaitan dengan Kehendak dan Kuasa Allah, maka ia termasuk golongan yang syirik dan perlu cepat bertaubat.

Sungguhpun bencana yang berlaku di Port Dickson itu tidaklah sehebat Tsunami yang melanda di Acheh dan Jepun, juga tidak sehebat bala yang pernah menimpa kaum-kaum yang terdahulu, tapi diharap ia mampu menyedarkan masyarakat setempat. Allah S.W.T yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak menyegerakan balasan ke atas kejahatan yang dilakukan. Balasan itu ditangguh atau diringankan supaya manusia sedar dan bertaubat.

Berlakunya setiap mala petaka adalah berpunca daripada dosa-dosa manusia sebagaimana firman Allah :“Maka Allah mengazabkan mereka disebabkan dosa-dosa mereka dan mereka tidak mempunyai perlindungan dengan azab tersebut.” (Ghafir: 21). Jelaslah bahawa peraturan alam dan segala bencana yang terjadi adalah dalam Kuasa dan Ilmu Allah. Setiap musibah yang berlaku mempunyai sebab tertentu, antaranya :

1. Untuk menyedarkan manusia, bahawa mereka tidak mampu untuk menentang kekuasaan Allah S.W.T walau secanggih manapun teknologi dan kekuatan yang dimiliki.

2. Untuk menguji keimanan mereka yang beriman.

3. Untuk mengangkat darjat hamba disisi-Nya.

4. Untuk menghapuskan dosa orang mukmin.

5. Untuk menghukum kaum yang melampau batas.

Boleh rujuk posting saya yang lepas berkenaan hadith di bawah : http://marul-nashirassunnah.blogspot.com/2011/02/15-maksiat-yang-menurunkan-bala-jangan.html

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
“Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, (iaitu) :

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami memperturutkan kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung-sanjung
14. Muzik banyak dimainkan
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain” (Riwayat at-Tarmizi).

Wallahualam bish'awab..
Posted on 9:59 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 4 Comments »

Tarian Poco-Poco Tetap HARAM !!

Agak basi nak bercerita mengenai isu ini, tapi bagi saya ia takkan basi selagi mana umat islam masih terus kabur dan tidak jelas tentang perkara yang boleh merosakkan aqidah umat islam baik secara fiqli mahupun qauli. Dulu hangat isu Mufti Perak, Dato' Harussani memfatwakan Tarian Poco-Poco haram. Selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan tarian itu tidak haram, ramai pula yang menempelak Dato' Harussani. Bila masa pulak masalah hukum, halal haram ini terhenti atas majoriti, sepatutnya ia terhenti atas Nas. 

Bila umat islam makin mundur dan teruk, masalah sosial pula semakin membimbangkan. Para ulama' dan ilmuan Islam perlu sepakat menangani masalah yang melanda umat. Bukan menangani sesuatu yang sudah nyata haram itu dengan berlapik dan beralas dengan segala macam ramuan. Demi menyedapkan selera dan halwa segolongan pihak. Tergelincirnya orang alim itulah yang akan membinasakan agama islam. 'Sesiapa yang mengikut atau meniru perbuatan sesuatu kaum, mereka adalah kaum tersebut' dan 'Redho dengan kekufuran itu maka akan jadi kafir'. Saya suka dengar ulasan yang diberikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus berkenaan isu ini. Mari dengarkan bersama...

Ustaz Azhar Idrus - Menari Poco-Poco
Posted on 4:20 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Hukum Bedah Siasat @ Autopsi Jenazah


Gambar Hiasan
Sekejap sahaja rasanya kita dah melangkah masuk ke bulan ramadhan dan hari ini sudah hari ke-3. Bagaimana amalan rakan-rakan semua ? Sama-samalah kita 'check and balance' ye..Semoga apa yang kita lakukan sepanjang tahun ini adalah kerana Allah S.W.T semata-mata dan dikira sebagai amal soleh disisi Yang Maha Esa. Rasanya hari ini nak posting berkenaan dengan Hukum Bedah Siasat @ Autopsi Jenazah ataupun term yang biasa diguna pakai dan disebut-sebut ialah post-mortem. Entry kali ini tiada ulasan dari saya, cuma perkongsian sahaja. Apa-apa pun, perbincangan boleh dilanjutkan di ruang 'comment'.

Dr Abdul Aziz Khalifah al-Qassar (1999) dalam Hukm Tasyrlh al-Insan Baina as-Syari’ah wa al-Qamln telah membahagikan tujuan pembedahan ke atas mayat itu kepada tiga jenis iaitu:

i. At-Tasyrih Al-Jina’iy iaitu pembedahan yang dilakukan bagi tujuan menyiasat sebab-sebab kematian dan mengenalpasti jenis kematian bagi menyingkap sebarang kesamaran terhadap kejadian tertentu sehingga terbukti kebenaran dan tertegak keadilan.

ii. At-Tasyrih Al-Maradhiy iaitu pembedahan yang dilakukan terhadap mayat yang terkena penyakit. Pembedahan tersebut adalah untuk mengetahui secara mendalam kesan penyakit tersebut ke atas si mati, apakah ia merupakan penyakit berjangkit atau bukan. Dengan pembedahan tersebut pihak kerajaan boleh mengambil langkah pencegahan untuk menghalang wabak tersebut daripada merebak sehingga mengancam keselamatan dan keamanan masyarakat.

iii. At-Tasyrih At-Ta’limiy iaitu pembedahan yang dilakukan ke atas mayat-mayat manusia di bilik-bilik mayat fakulti perubatan dengan bimbingan doktor-doktor di universiti. Tujuannya ialah untuk mengetahui secara praktikal dalam bentuk langsung dan ilmiah mengenai anggota-anggota badan dan fungsi-fungsinya yang nyata dan tidak nyata.

Pembedahan bagi tujuan memantau penyakit dan membantu penyelesaian kes-kes jenayah ada dua jenis iaitu:

1. Pembedahan Mayat Atas Sebab Jenayah

Menegakkan keadilan dan menolak kezaliman merupakan dua perkara yang diutamakan dalam syariat Islam. Banyak nash dan dalil-dalil yang menunjukkan demikian. Antaranya firman Allah Ta’ala:
إن الله يأمر بالعدل والإحسان

“Sesungguhnya Allah memerintahkan untuk berlaku adil dan ihsan.” (Surah an-Nahl: 90)

Firman Allah Ta’ala lagi:
إن الله يأمركم أن تؤدوا الأمانات إلى أهلها وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. (Surah An-Nisa : 58)

Banyak lagi ayat-ayat al-Qur’an yang menuntut agar ditegakkan keadilan dalam apa jua perkara khususnya dalam kehakiman. Dalam hal ini, post-mortem adalah salah satu cara yang boleh membantu siasatan khususnya kematian yang disebabkan oleh jenayah. Dengan demikian hasil post-mortem akan membantu mahkamah dalam membuktikan kesalahan penjenayah dan melepaskan orang yang tidak bersalah supaya keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman serta jenayah tidak berleluasa di alam masyarakat.

2. Pembedahan Mayat Atas Sebab Kajian Terhadap Penyakit

Dalam realiti pencapaian kemajuan bidang sains perubatan sekarang ini, banyak penyakit yang dikenalpasti melalui proses post-mortem. Hasil post-mortem mampu mengenal pasti penyakit dan membantu penyelidikan ubat-ubatan yang sesuai bagi mengatasinya. Post-mortem juga berfungsi memberi maklumat lanjut tentang keadaan sebenar suatu penyakit yang dihidap oleh seorang pesakit sehingga membawa kepada kematiannya. Dalam hal penyakit berjangkit pula, pihak berautoriti dapat merangka tindakan-tindakan yang perlu diambil tindakan. Ini bererti post-mortem itu boleh menjadi asas dalam mengambil langkah menyelamatkan nyawa orang ramai, lebih-lebih lagi jika kematian itu dikenalpasti berpunca daripada penyakit yang menular dan boleh merebak dengan cepat seperti penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang mana telah mengejutkan penduduk seluruh dunia baru-baru ini.

Begitulah juga dengan penyakit-penyakit seperti aids, denggi dan seumpamanya. Maka mashlahat post-mortem ini ialah sebagai jalan dan langkah berjaga-jaga ke arah pencegahan merebaknya penyakit tersebut.

Kaedah Syara’

Islam menolak perkara-perkara yang membawa kemudharatan sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
لا ضرر ولا ضرار

“Tiada mudharat dan tiada kemudharatan.(Hadis riwayat Ibn Majah dan Imam Ahmad)

Dalam kaedah fiqh pula disebutkan (kemudharatan itu dihindarkan). Dalam kaedah lain pula disebut (kemudharatan itu tidak dihindarkan dengan kemudharatan). Sebagai agama yang sangat bersungguh-sungguh menjaga kemashlahatan hidup manusia, maka Islam menolak kemudharatan itu sehingga ada kalanya perkara-perkara yang dilarang itu menjadi harus dilakukan sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta ‘ala:
فمن اضطر غير باغ ولا عاد فلا إثم عليه إن الله غفور رحيم

“Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu) , maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih. “ (Surah al-Baqarah: 173)

FirmanNya lagi:
وما جعل عليكم فى الدين من حرج

”Dia (Allah) tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama. “ (Surah ai-Hajj : 78)

Kaedah fiqh pula menyebut
الضرورة تبيح المحظورات (darurat itu mengharuskan perkara yang dilarang). Namun keharusan melakukan yang diharamkan itu tidaklah terbuka seluas luasnya. Ia dibolehkan hanya pada kadar yang dihajati sahaja. Demikianlah juga halnya dengan post-mortem.

Menurut aI-Imam ‘Izzuddin bin Abdul Salam:
أن ما احل لضرورة أو حاجة يقدرها ويزال بزوالها

”Bahawasanya apa yang dihalalkan kerana darurat atau hajat adalah dihadkan mengikut kadarnya dan dihilangkan dengan ketiadaannya. “

Kaedah yang lain pula menyebutkan: “Apabila bertembung dua mashlahat maka diutamakan yang paling kukuh mashlahatnya dan apabila bertembung antara dua keburukan maka keburukan atau kerosakan yang paling ringanlah yang harus dilaksanakan untuk mengelak daripada keburukan yang lebih dahsyat antara keduanya. “

Melakukan post-mortem atau bedah siasat ke atas mayat kerana penyakit itu, kita dapati bahawa ia mengandungi beberapa kemashlahatan umum. Antaranya:

1. Menyelamatkan orang ramai daripada penyakit berjangkit.

2. Meningkatkan tahap kesihatan dan keharmonian hidup masyarakat melalui pemberian rawatan dan ubatan yang betul

Sementara bedah siasat bagi tujuan jenayah itu berperanan:

1. Menjaga kesahihan hukuman dalam perbicaraan

2. Menolak kezaliman

3. Menjaga dan mengelakkan individu daripada terlibat dengan dendam dan bermusuh-musuhan.

Maka mashlahat-mashlahat ini merupakan mashlahat umum yang perlu diutamakan. Sebahagian ulama Syafi’iyyah, Hanafiyyah, Malikiyyah dan Hanabilah menqiyaskan keharusan melakukan post-mortem terhadap mayat bagi tujuan mengesan jenayah dan mengesan penyakit itu dengan keharusan pembedahan perut mayat untuk mengeluarkan kandungannya kerana menyelamatkan nyawa. Begitu juga dengan membedah perut mayat kerana mengeluarkan harta orang hidup seperti yang disebutkan sebelum ini. Maka post-motem bagi tujuan mashlahat-mashlahat seperti di atas adalah lebih utama. (Hukm Tasyrih al-Insan Baini asy-Syari’ah wa al- Qanun, 1999:37-40)

Etika Membedah Mayat (Wajib tahu buat pelajar Perubatan)

Sekalipun sebahagian ulama mengharuskan bedah siasat mayat, namun keharusan yang diberikan itu bukanlah secara mutlak atau terbuka luas tanpa had atau batasnya, sesuai dengan kehendak syara’ seperti ayat 173 daripada al-Baqarah di atas dan kaedah-kaedah fiqh yang terdahulu dan berikutnya. Kerja-kerja post-matem itu perlu dilaksanakan dengan mengambil kira perkara-perkara yang menjadi tuntutan syara’ Antaranya:

i. Menjaga Had Keperluan (Darurat)

Seperti yang diterangkan di atas, bedah siasat itu diharuskan berdasarkan keperluan (hajat) yang menjadi sebab pembedahan tersebut dilakukan. Namun keperluan yang dimaksudkan di sini adalah keperluan yang benar-benar mendesak (darurat). Darurat itu menjadi ‘illah atau sebab yang mengharuskan post-moyem. Jika tidak ia adalah dilarang kerana dikira melakukan penganiayan terhadap mayat, tidak menghormatinya dan menghodohkan rupa bentuk mayat. Kita percaya bahawa syarat kerana darurat itu adalah syarat yang mesti dikenakan atau diaplikasikan dalam semua tujuan post-motem itu dijalankan iaitu sama ada atas sebab mengenal pasti penyakit atau pun atas faktor jenayah.

Sebagai missal, si mati yang menunjukkan tanda-tanda kemungkinan diracun, atau ada bentuk kecederaan yang dialaminya sangat meragukan. Maka untuk memastikannya dia perlu dibedah. Keperluan untuk mengenal pasti punca kematiannya seperti ini adalah sangat mendesak. Ini bererti post-motem itu bukanlah diharuskan secara samarata ke atas semua mayat kerana kecelakaan di jalan raya umpamanya.

ii. Melaksakan Pembedahan Setakat Yang Diperlukan Sahaja

Keharusan post-motem itu hendaklah diukur berdasarkan kadar keperluan atau darurat sebagaimana disebut di dalam kaedah fiqh:
الضرورة تقدر بقدرها (darurat itu diukur berdasarkan kadar keperluannya). Berdasarkan kaedah ini, pembedahan yang dilakukan itu tidak diharuskan melampaui batas atau had rukshah yang telah diberikan, kerana mengambil kira hukum asal pembedahan mayat tanpa sebarang sebab adalah haram. Oleh itu dalam menjalankan pembedahan ke atas mayat adalah menjadi kewajipan untuk hanya membedah mana-mana bahagian mayat yang diyakini boleh membantu pihak yang berkenaan mencapai matlamat daripada bedah siasat yang dijalankan.

iii. Melaksanakan Pembedahan Dengan Lemah Lembut

Secara umum meraka yang melakukan pembedahan ke atas mayat hendaklah menghormati mayat yang dibedah dengan menjalankan pembedahan itu secara yang paling cermat iaitu dengan adab-adab yang tidak merosakkan kehormatan dan kemulian mayat manusia.

Ketika Imam an-Nawawi menbicarakan tentang perkara yang patut dilakukan ke atas mayat sejurus sahaja kematiannya, beliau menekankan bahawa ahli keluarga adalah dituntut supaya memejamkan matanya dan menutup keseluruhan badannya dengan kain, serta menghadapkan mukanya ke arah qiblat. Ia hendaklah dilakukan oleh ahli keluarga yang paling lemah lembut di kalangan mahramnya. Imam an-Nawawi berkata:
ويتولى ذلك أرفق محارمه

“Dan orang yang menangani perkara itu ialah orang paling berlemah lembut daripada kalangan mahramnya.” (Imam An-Nawawi pada Minhaj \Ath-Thalibin, 2000: 1/322)

Berdasarkan keterangan di atas, maka hendaklah dilakukan pembedahan itu dengan cara yang lemah lembut sesuai dengan tuntutan menghormati mayat seperti mengangkat dan meletakkannya ke tempat bedah dengan lembut dan cermat.

iv. Menjaga Aurat Mayat

Menjaga aurat si mati khususnya jika mayat itu perempuan. Oleh itu orang yang sepatutnya melakukan pembedahan ke atas mayat perempuan ialah doktor bedah perempuan juga. Ini kerana haram memandang aurat mayat perempuan itu oleh lelaki asing. Kita lihat ini sesuai dengan pendapat ulama seperti Imam ar-Rafi’e dan al-Baghawi yang tidak mengharuskan lelaki asing memandikan mayat perempuan asing yang tiada hubungan mahram jika tiada seorang perempuan pun ketika itu ataupun mahramnya, bahkan hendaklah dimandikan mayat itu dengan mencurahkan air ke atas keseluruhan badan mayat perempuan itu yang ditutup dengan kain yang tebal tanpa langsung menggunakan tangan. Menurut Imam an-Nawawi, (pendapat yang ashah) mayat itu tidak dimandikan bahkan ditayammumkan sahaja.

Dalam kitab al-Iqna’ karangan asy-Syarbini al-Khatib bahawa hukum haram menyentuh itu tidak gugur dengan sebab kematian. Dalam makna yang lain walaupun perempuan itu telah menjadi mayat. Bagaimanapun juga, jika tiada langsung dockor bedah perempuan, maka tiadalah halangan untuk dilakukan proses pembedahan itu oleh doktor lelaki atas sebab-sebab darurat.

Dalam hal melihat aurat ini, orang yang melakukan pembedahan itu hendaklah melihat aurat mayat dengan sengaja sekalipun mereka daripada sesama jenis, kerana antara etika orang yang memandikan mayat ialah tidak diharuskan melihatnya kecuali pada kadar yang diperlukan pada bahagian bukan aurat. Sedangkan perbuatan memandikan mayat itu adalah wajib. Menurut Imam an-Nawawi, orang yang memandikan mayat itu hendaklah jangan melihat badan si mati melainkan kadar hajat yang bukan terdiri daripada aurat. ( An-Nawawi, Minhaj ath-Thalibin, 2000: 1/351-352)

v. Suasana Tenang

Ketika menjalankan pembedahan itu sewajarnya tidak diganggu dengan bunyi-bunyian yang bising kerana ia dianggap tidak memuliakan mayat. Perkara ini sesuai dengan kenyatan asy-Syeikh Sa’ad bin Muhamad Ba ‘asyin, bahawa makruh meninggikan suara ketika dalam perjalanan mengangkat jenazah (untuk dikebumikan) dan juga dalam keadan memandikan, mengkafankan dan ketika meletakkanya ke dalam kubur. Menurut Ibnu Ziyad pula adalah di sunatkan untuk menyebukan diri dengan berzikir dengan suara perlahan. (Asy-Syeikh Sa’id bin Muhammad Ba ‘Asyin, 1992-399).

Sekian,

Sumber daripada:
Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Posted on 9:53 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin