Surah Al-Isra' : 17, Ayat 81 - 82.Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
Monday, July 13, 2009
SEMINAR - Demokrasi di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat.
Hizbut Tahrir Malaysia dengan Kerjasama Khilafah Centre dengan ini menganjurkan seminar Demokrasi di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat. Seminar ini akan di adakan seperti butir- butir di bawah:
Tarikh : 26 Julai 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang Tempat : Dewan Cempaka, TIngkat 4, Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi
Semua di Jemput Hadir, Masuk Adalah Percuma
Anjuran Bersama : Khilafah Centre & Hizbut Tahrir Malaysia
Sesungguhnya umat Islam haruslah mengembalikan segala permasalahan kpd Al-Quran dan As-Sunnah semata.-mata. Rasulullah s.a.w telah mewariskan kepada para sahabat dan umatnya sebuah sistem khilafah yg cukup sempurna utk diamalkan oleh kita hari ini dan bukanlah sistem peninggalan penjajah yang telah menjadi sebati dalam hidup umat islam sekarang. Seminar yang menarik ini akan membongkarkan segala intipati busuk sistem kufur demokrasi. Umat islam sekarang memperjuangkan demokrasi seolah-olah ia adalah suatu sistem yang suci yang perlu diperjuangkan. Kenapa dan Mengapa?? Sampai bilakah umat islam mahu berjuang menegakkan sistem kufur dari berjuang bermatian-matian menegakkan sistem khilafah yang ditingggalkan oleh Rasulullah s.a.w??? Moga dengan seminar "Demokrasi di Penghujung Hayat" ini akan dapat memberikan pencerahan kepada hadirin kelak. InsyaAllah..
Surah An-Nisa, surah ke-4,ayat ke 59 : “...kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
Layari www.mykhilafah.com untuk maklumat lanjut...
No comments:
Post a Comment