Tuesday, May 29, 2012

TEMPAT PENGHABISAN JASAD


Al-‘Allamah Al-Safaarainiy berkata : Sebab-sebab penghuni kuburan disiksa terbagi kepada dua bahagian , iaitu :

(1) Global (mujmal) ; Mereka disiksa di dalam kuburan kerana kejahilan mereka terhadap Allah dan enggan mematuhi suruhan Allah serta melakukan maksiat. Azab kubur dan azab akhirat adalah akibat daripada murka Allah kepada hamba-Nya. Siapa yang dimurkai Allah di dunia ini kerana durhaka kepada-Nya dan tidak segera taubat kepada-Nya lalu mati dalam keadaan demikian maka untuknya azab kubur setimpal dengan kemurkaan Allah kepadanya.

(2) Terperinci (mufassal) ; Rasulullah s.a.w. pernah dipelihatkan atau diperdengarkan azab kubur ketika baginda s.a.w. melalui dua kuburan , yang satu disiksa kerana suka mengadu domba (namimah) sedangkan yang satu lagi kerana tidak istinjak setelah kecil. ( HR Bukhari dan Muslim ). Rasulullah s.a.w. bermimpi (semua mimpi para rasul adalah wahyu) diperlihatkan oleh Allah kepadanya sebab-sebab manusia disiksa di dalam kubur : orang yang solat tanpa bersuci (taharah) , orang yang melalui seseorang yang sedang dizalimi lalu enggan menolongnya , orang yang membaca Al-Quran lalu tidur pada malamnya kemudian tidak mengamalkan apa yang dibacanya itu pada waktu siangnya , orang yang berzina , orang yang makan riba , orang yang malas solat Subuh , orang yang enggan mengeluarkan zakat , orang yang gemar menyibar fitnah di dalam masyarakat , orang yang takabbur (sombong) ,orang yang riyak , orang suka mencaci orang lain apakah melalui ucapannya atau tindakannya. (HR Bukhari ).

No comments:

Post a Comment