AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Marhaban Ya Ramadan Kareem



Bismillahirrahmanirrahim..
Assaalamualaikum warahmatullahi wa barokatuh..Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang mentadbir sekalian alam juga selawat dan salam buat Rasul Junjungan, Muhammad s.a.w. Bersyukur ke hadrat illahi masih diberi kesempatan untuk bernafas dan jari jemari masih mampu menaip untuk terus menyebar luaskan agama Allah S.W.T yang maha tinggi ini.

Masih lagi kita diberi kesempatan untuk mensucikan diri dari dosa-dosa yang telah lalu dan saya yakin saudara seaqidah di alam maya dan di luar sana mesti tidak sabar menanti kedatangan bulan ramadhan yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Sungguh besar nikmat Allah S.W.T kurniakan kepada kita di tambah dengan besarnya ganjaran yang menanti setiap hambaNya di Yaumul Akhir nanti. Saya secara peribadinya tersangat-sangat bersyukur dan dengan diri yang penuh dosa ini memohon agar Allah S.W.T senantiasa memberi keampunan kepada kita, agar kita kekal dalam agama Islam ini (hidup dan mati kita bersama Syahadah) dan kita semua sentiasa dipelihara dengan rahmat Allah Rabbul Jalil.

Di kesempatan ini, saya tuan punya blog Nashir as Sunnah ingin memohon berjuta kemaafan kepada seluruh muslimin dan muslimat termasuklah rakan2 blogger,fb dan seumpamanya. Semoga Ramadhan kali ini dapat kita hayatinya dan setiap dari kita beroleh taufiq dan hidayah serta bertambah keimanan kita sebagai bekalan bertemu Yang Maha Esa..

Akhir kalam, Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w..

Tiada cinta seindah cinta Ilahi…
Tiada rindu sedalam rindu Rasulullah…
Tiada suara semerdu Dzikir…
Tiada hari sesuci Ramadhan...
Mohon dibuka pintu keampunan...
Posted on 10:20 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Peniaga Melayu Islam tidak boleh harap pasar raya


KUALA LUMPUR:  Peniaga Melayu tidak boleh bergantung harap kepada pasar raya besar untuk memasarkan produk mereka tetapi sebaliknya, mereka perlu tubuh rumah dagang atau ‘trading house’ sendiri.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMKL), Datuk Syed Amin Al-Jefry menegaskan pasar raya besar tidak membantu secukupnya dalam memasarkan produk orang Melayu.

“Giant, Mydin dan Tesco mempunyai alasan untuk tidak menjual produk orang Melayu. Mereka boleh memberi alasan mutu produk untuk menolak produk orang Melayu. Kalau Tesco kata kueh Mek tidak laku apa yang Mek boleh buat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata berapa banyak peluang yang Tesco boleh beri kepada 500,000 peniaga Melayu. Jadi dewan dagang boleh mengatasi masalah ini. Dewan dagang ini boleh bersaing dengan Tesco, Mydin dan Giant.

“Produk orang Melayu tidak perlu lagi diletakkan di Giant kerana sudah ada rumah dagang. Rumah dagang perlu diadakan di seluruh negara sebagaimana dibuat oleh pasar raya besar itu.

“Tetapi untuk mewujudkan rumah dagang ini dana sebanyak RM50 juta diperlukan maka di sini kerajaan harus memberi sokongan termasuk wang kepada peniaga Melayu. Mana-mana peniaga di seluruh dunia tetap memerlukan bantuan kerajaan,” katanya.

Beliau turut mempertikaikan kaedah pemberian sokongan dan bantuan kerajaan kepada peniaga Melayu.

“Kerajaan tolong peniaga Melayu tetapi Melayu yang macam mana. Bukan kerajaan kurang tolong tetapi saluran mesti betul. Kaedah tidak betul, cara yang dipertikaikan dan kita minta kerajaan lebih serius bantu peniaga Melayu,” katanya.

Ulasan Nashir

Tersenyum seketika membaca saranan yang dianjurkan di atas. Memang bagus dan sangat membantu dalam memajukan ekonomi umat islam di Negara Malaysia ini. Jika di pasarkan di pasaraya-pasaraya sebagai contoh Mydin, Tesco dan seumpamanya, banyak mana produk keluaran umat islam melayu ini boleh di pasarkan ?? Cuba fikirkan…

Ulasan saya bukanlah nak menyentuh isu perkauman, tapi ketempangan dalam sistem itu sendiri gagal membantu menyelesaikan masalah umat islam. Ini baru masalah ekonomi, bagaimana pula dengan  masalah akidah, akhlak, sosial dan ibadat. Mungkin agak terpesong ulasan ini tapi cuba di luaskan pemikiran kita untuk melihat apa yang patut dan tidak sepatutnya dilakukan oleh pemerintah dan apa yang perlu dan tidak perlu disediakan untuk umat islam di Negara Malaysia ini.

Seruan kepada kerajaan untuk membantu ekonomi umat islam ini juga perlu di selarikan bukan sahaja untuk tempat berniaga tapi juga dari segi tempat beribadat, hiburan yang melampau batas, penerapan undang-undang yang tidak syarie, kurang pendedahan hal-hal keagamaan dan sebagainya. Wallahua’lam bish awab..
Posted on 9:48 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Kuliah Ustaz Azhar Idrus 24 Julai 2011 di Masjid Shah Alam, Selangor

Alhamdulillah..baru sempat nak buat sedikit entry berkenaan dengan Kuliah Ustaz Azhar yang baru ni diadakan di Masjid Sultan Salahudin, Shah Alam. Mulanya 'plan' nak pergi dekat Bukit Indah Ampang tapi disebabkan ada hal yang ingin dilakukan..keputusan di ambil untuk ke Masjid Shah Alam..bertolak dari Seremban bersama isteri tercinta & adik ipar..

Masjid Shah Alam : Kami sampai dalam pukul 5.40 pm.
Kami sampai awal, memang niat betul-betul nak duduk depan sekali..tapi apakan daya, last minit nak masuk waktu magrib, ada sahabat pulak telefon, nak jumpa sekejap di bawah..Xpelah..( dalam hati..mmg tipis harapan nak duduk saf 1 ). Usai solat maghrib, Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus mengambil tempat untuk memulakan kuliah.

Kuliah nak mule...
Dalam nak mula kuliah, dapatlah duduk di barisan kelima, selepas puas menyelit dan mencilok ditengah-tengah ribuan yang hadir. Harap maaf semua...:) Untuk tatapan pegunjung blog, berikut adalah gambar semasa kuliah berlangsung. Pada hemat ana Ustaz Azhar Idrus layak di gelar Ulama Qias terhebat pada zaman ini walaupun Ustaz Azhar tidak mengaku dirinya ulama dan hanya naqol dari kitab sahaja. Memang sangat berbeza kerana pada zaman sekarang, semua sibuk mengaku diri sebagai ulama walaupun baru keluar universiti..Ada seorang ulama memuji Ustaz Azhar Idrus kerana dakwah kontemporarinya serta qias Ustaz Azhar Idrus ini amat sesuai didengari orang muda. 

Ehem..Ustaz Azhar tak lokek dengan senyuman
Ustaz Azhar Idrus lebih terkenal di Selangor berbanding Terengganu. Biasanya ulama hanya terkenal di luar kampung halamannya berbanding kampungnya sendiri. Dengan gaya Ustaz berceramah dan menghiburkan telah berjaya menarik minat semua golongan tidak kira tua, muda, cendekiawan agama atau bidang lainnya, mat rempit atau sesiapa sahaja yang mendengarnya baik muslimin ataupun muslimat.

Ramai ! Bukan super impose ye..
Suasana begini jarang berlaku, polis trafik terpaksa turun gara-gara kesesakan yang melebihi 10 ribu orang. Jumlah yang hadir lebih ramai dari yang hadir ketika lawatan Dr Yusuf Al-Qardhawi. Ini adalah pertama kali Masjid Shah Alam dipenuhi masyarakat. Malah, yang membezakan lawatan Dr Yusuf Qardhawi dengan Ceramah Ustaz Azhar Idrus ialah... kehadiran rakyat biasa, di mana dalam lawatan Syeikh Yusuf Qardhawi hanya dihadiri oleh pelajar pondok, pelajar kolej jurusan islam dan mereka yang dalam ahli bidang agama.

Pandangan dari tingkat atas

Ustaz Azhar berjaya menarik ribuan anak muda untuk memenuhi masjid malam itu..Allahuakhbar !!
Kehadiran mencecah 10 ribu orang
Semoga majlis malam itu di limpahi keberkatan dan menjadi salah satu amal jariah bagi setiap yang hadir...
 
Ustaz Kesayangan Ramai..
Disebabkan esok nak kerja & dah lewat ( nak harung jem lagi ), terpaksa gerak pulang cepat. Tak berkesempatan bergambar dan bersalam dengan Ustaz. Next time, InsyaAllah..

Minta berkat ilmu Ustaz...sign sikit..:)
Berebut-rebut orang nak salam dengan Ustaz kita ni..
 Di bawah ini di coretkan sedikit biodata ringkas beliau..
  • Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
  • Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
  • Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
  • Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
  • Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
  • Blog: http://ustazazhar.com 
Semoga Ustaz Azhar Idrus sihat selalu dan dilanjutkan usia agar terus dapat mencurahkan ilmu pengetahuan buat seluruh umat islam yang dahagakan ilmu islam. Dan semoga akan lahir lebih ramai pendakwah seperti beliau.

Sumber Gambar :  http://www.facebook.com/JkkFanClub

Posted on 4:35 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

7 Sunnah Rasulullah s.a.w

Sekadar Perkongsian..SHARING IS JARIAH..
Sesiapa nak copy & sebarkan..silakan ye... 
Sebelum berlalu..Jangan lupa selawat ke atas Junjungan kita RASULULLAH S.A.W..
'Nahnu uhibbuka Ya Rasulullah...'


Posted on 4:30 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Kuliah Magrib Perdana - Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus



Lokasi Kuliah : Masjid Bukit Indah, Ampang
Lokasi Kuliah : Masjid Sultan Salahudin Abd Aziz Shah

Posted on 12:29 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

Majlis Ilmu - Jemputan Untuk Semua...


 
CERAMAH LAMBAIAN RAMADHAN
Oleh Tuan Guru Dato Dr. Haron Din
26 Julai 2011 (Selasa)
Selepas Maghrib
Di Surau Taman Selasih, Port Dickson

Muslimin muslimat semua di jemput hadir

Posted on 11:44 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Tukar Jantina ?? Hukum Menukar Jantina..ISLAM ada Penjelasan...

Astaghfirullah..Baru-baru ni hangat diperkatakan tentang seorang hamba Allah yang sibuk nak menukar jantina dari lelaki kepada wanita. Apa yang tak kena ?? Sebelum tu, kita rujuk dulu berita berkenaan isu ini..

Mahkamah tolak tukar status jantina 
Oleh Abdul Halim Yusoff 

Tiada undang-undang ubah nama dalam MyKad

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini semalam, menolak permohonan seorang lelaki menukar nama dalam MyKad dan sijil kelahiran kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan menukar jantina dua tahun lalu.

Ketika membacakan keputusannya, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa, berkata permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, (gambar) yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin ketika pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Mohd Ashraf Hafiz yang membuat permohonan itu pada 25 Mei lalu, membuat pembedahan menukar jantina di Hatyai, Thailand pada 2009 selepas disahkan layak dari segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horley Isaachs.

“Selepas kes ini diperhalusi dan diteliti daripada semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan pemohon.

“Mahkamah juga tidak mempunyai kuasa membuat perisytiharan deklarasi bersabit penukaran gender (jantina) dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon menukar status jantina dalam MyKad dan dalam dokumen pengenalan diri lain pemohon.

“Jantina seseorang ditentukan ketika lahir, jadi Mohd Ashraf Hafiz dilahirkan seperti dinyatakan dalam sijil kelahiran. Berdasarkan hakikat ini, saya dapati tiada kecacatan dalam maklumat dinyatakan dalam sijil kelahiran pemohon,” katanya.

Mohd Yazid berkata, keputusan mahkamah menolak permohonan itu juga kerana mengambil kira hujah Peguam Kanan Persekutuan, Aida Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, yang berjaya meyakinkan mahkamah bahawa permohonan berkenaan tidak wajar diluluskan kerana pemohon bukan wanita tulen.

Beliau berkata, walaupun pemohon menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah. 

Hukum Menukar Jantina 

Setiap apa yang kita lakukan mestilah selari dengan syariat dan ia semestinya berlandaskan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya Islam yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w adalah agama yang Syumul yakni lengkap@sempurna. Setiap apa yang kita lakukan hari ini semuanya terikat dengan hukum hakam. Ya, hukum hakam yang di gali dari Al-Quran, Hadith Nabi, Ijmak dan Qiyas.

Kajian secara mudah hukum menukar jantina
Mari kita kaji secara mudah dan senang difahami mengenai hukum menukar jantina.
Menukar jantina ialah menukar jantina seseorang melalui proses pembedahan dari lelaki menjadi perempuan, atau dari perempuan menjadi lelaki, atau dari khunsa menjadi salah satu dari dua jantina.

Taghyir dan Takmil 
Perlu dinyatakan di sini bahawa terdapat dua bentuk pembedahan menukar jantina, iaitu:
1. Taghyir atau Tabdil (Menukar jantina)
2. Takmil (Menyempurnakan jantina)
Apa perbezaan di antara Taghyir atau tabdil (Menukar jantina) dengan takmil (menyempurnakan jantina)??

Ciri-ciri Taghyir atau tabdil ialah:
Seorang lelaki yang sempurna/normal kejadian jantina luarannya (alat seksnya-zakar) bersesuaian dengan organ jantina dalaman, kemudian dia menukar jantinanya kepada jantina wanita. Atau seorang wanita yang kejadian jantina luarannya (faraj) sempurna/normal dan bersesuaian dengan organ jantina dalamannya, kemudian dia menukar jantinanya kepada jantina lelaki.

Ciri-ciri Takmil ialah:
1. Seorang dilahirkan dengan dua alat kelamin (zakar dan faraj), kemudian dia melakukan pembedahan untuk mematikan salah satu dari dua alat kelaminnya, dengan menghidupkan yang satu lagi. Dia menghidupkan salah satu alat kelaminnya bersesuaian dengan organ kelamin dalamannya. Tujuan pembedahan ini ialah untuk memperjelaskan identiti jantinanya yang sebenar.
2. Seseorang dilahirkan dengan alat kelamin yang tidak sempurna, contohnya keadaan zakar seorang lelaki atau faraj seorang wanita tidak berlubang. Lalu dia menjalankan pembedahan untuk membuat lubang di bahagian yang sepatutnya.

Hukum Taghyir dan Takmil

a. Hukum Taghyir - mengubah status kelamin, dari lelaki ke perempuan atau sebaliknya.
Islam mengharamkannya dengan alasan:

1. Firman Allah Taala:
Ertinya: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
(surah al-Hujarat, 13)

Pengajaran ayat di atas:
Seluruh manusia sama taraf dan kedudukkannya di sisi Allah tanpa memandang jantina dan kaum. Yang menjadi penentu kemuliaan hanyalah ketakwaan kepada Allah. Anugerah jantina yang normal perlu disyukuri. Menukar anugerah tersebut bermakna mengengkari nikmat tersebut.

2. Firman Allah Taala:
Dan saya (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotong-motongnya, dan akan saya suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), maka sungguh mereka mengubahnya. Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain dari Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.
(Al-Nisa', 119)

Pengajaran ayat di atas:
Menurut beberapa orang ahli tafsir, bahawa antara perkara-perkara yang boleh dianggapa sebagai mengubah ciptaan Allah yang diharamkan ialah:
Homoseks, lesbian, membuat tato, mencukur alis mata dan berpakaian dan bertingkah laku dengan lawan jantinanya.
Dengan ini menukar jantina yang telah dianugerahkan juga termasuk di dalam - Mengubah ciptaan Allah yang diharamkan.

3. Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan enam imam lainnya, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Allah mengutuk para wanita tukang tato, yang minta ditato, yang menghilangkan bulu muka, yang minta dihilangkan bulu mukanya, dan para wanita yang memotong giginya - Yang semuanya itu dikerjakan dengan tujuan untuk kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah."

Pengajaran dari Hadis:
Rasulullah menyenaraikan sebahagian dari perbuatan-perbuatan yang dianggap mengubah ciptaan Allah yang dilarang. Melihat kepada ciri perbuatan-perbuatan berkenaan, maka dapatlah kita simpulkan bahawa menukar jantina juga termasuk di dalam mengubah ciptaan Allah yang dilarang oleh Allah dan RasulNya.

b. Hukum Takmil
Islam mengharuskannya. Alasannya ialah:

1. Untuk menarik kemaslahatan dan menghindarkan kemudaratan.
Maslahat bagaimana? Dan mudarat bagaimana?
Mudarat yang diperolehi ialah, kewujudan kaum pondan (dilahirkan dengan dua kelamin) boleh mengakibatkan pelbagai penyakit sosial. Antaranya ialah gejala homoseks yang boleh mengakibatkan tersebarnya kuman HIV. Teknologi perubatan pada hari ini mampu mengatasi masalah pondan ini dengan melakukan pembedahan menyempurnakan alat kelamin mereka. Dan Islam memandangnya sebagai baik dan bagus, kerana maslahat yang dicapai hasil dari pembedahan itu nanti lebih besar dari kemudaratannya.

2. Cuba lihat sekali lagi dalil-dalil yang digunakan didalam menghukumi keharaman Taghyir (mengubah jantina). Allah dan RasulNya melarang umat Islam dari mengubah ciptaan Allah. Jadi timbul satu persoalan di sini, bukankah melakukan pembedahan untuk menyempurnakan jantina seseorang itu juga termasuk di dalam apa yang dikatakan sebagai mengubah ciptaan Allah? Memang benar, jika pengubahan itu tidak mendatangkan apa-apa maslahah/kebaikan atau menyebabkan mudarat maka haram hukumnya. Sebaliknya jika pengubahan itu dapat menghasilkan maslahah yang lebih besar serta dapat menghindarkan mafsadah/kerosakan, maka Islam membenarkannya.

Apakah status mereka yang mengubah jantina?
Kita perlu melihat kepada tujuan mereka. Seandainya atas tujuan:

i. Taghyir (mengubah), maka mereka tetap dengan status asal jantinanya. Walaupun seseorang perempuan selepas pembedahan telah menjadi seorang lelaki, namun Islam masih memandangnya sebagai seorang wanita. Dari itu apa sahaja hukum-hakam berlaku ke atasnya sebagai seorang wanita, bukan lelaki. Samada hukum-hakam mengenai warisan, aurat, perkahwinan dan sebagainya.
ii. Takmil, maka mereka berstatus dengan jantina selepas proses bedah dijalankan. Segala hukum-hakam berjalan menurut status tersebut.

Khatimah

Setelah menatap dengan penjelasan hukum di atas, kita kaitkan pula dengan petikan akhbar berita harian tersebut. Secara pemerhatiannya, isu Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz ini adalah termasuk dalam Taghyir, iaitu mengubah status kelamin / jantina yang telah nyata HARAM secara Ijmak dalam Islam.

Firman Allah S.W.T
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raaf : 179.

Firman Allah S.W.T :
"Dan Kami telah memberikan kepada mereka pendengaran, penglihatan dan hati tetapi pendengaran, penglihatan dan hati mereka itu tidak berguna sedikit jua pun bagi mereka kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan mereka telah diliputi oleh keseksaan, yang dahulu mereka sering memperolok-olokkannya." [Al-Ahqaf : 26]

Firman Allah S.W.T lagi :
"Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia." [Hud : 105]

Firman Allah S.W.T dan lagi :
"Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka." [Asy-Syura : 7]

Allah S.W.T dalam ayat di atas telah menerangkan dan menghuraikan tentang perkara yang menyebabkan terjerumusnya manusia ke dalam kesesatan. Allah S.W.T menjelaskan ramai manusia menjadi isi neraka Jahannam, begitu juga mereka yang masuk syurga sesuai dengan amalan masing-masing.

Kita bermohon kepada Allah S.W.T agar kita dijauhkan dari segala macam kesesatan, tidak mengambil ringan akan 'Amar Makruf Nahi Mungkar', sehingga berleluasa kemaksiatan dan kerosakkan dalam masyarakat dan juga kita bermohon kepada Allah S.W.T agar kita mampu melihat dunia ini dengan neraca Islam pada setiap saat dan ketika.

Wallahu'alam Bishawab..
Posted on 2:44 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 3 Comments »

Sukar kah untuk meng'aaminkan Doa ??


Nabi s.a.w bersabda: "Apabila sesorang kamu mengucapkan Aamin, dan Malaikat di langit pun mengucapnya, serta berbetulan pula masa ucapan itu satu sama lain, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu."

Abu Hurairah r.a

Huraian

Pengajaran Hadith:i) Perkataan ‘Aamin’ maksudnya memohon ke hadrat Allah S.W.T agar permintaan dikabulkan.Ii) Bacaan ini amat baik diucapkan serentak dengan ucapan imam (selepas bacaan surah al-Fatihan) kerana ia adalah suatu saat yang mulia iaitu saat terbukanya pintu keampunan Ilahi kepada hamba-hamba-Nya. iii) Sebaik-baik sebutan ‘Aamin ‘ adalah tidak melebihi dua ‘harakat’ dan sebutannya juga janganlah terlampau nyaring, cukuplah dengan suara yang sederhana sahaja bunyinya.
Posted on 10:13 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

CERAMAH MENJELANG RAMADHAN - Tuan Guru Nik Razi Nik Mat


CERAMAH MENJELANG RAMADHAN
Oleh : Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
Tarikh : 29 Julai 2011 (Jumaat)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya Fasa 1, Senawang

CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN

Oleh : Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
Tarikh : 30 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Madrasah Al-Badru (Pasti As-Sibyan), Taman Dusun Setia, Seremban

Muslimin & Muslimat di jemput hadir..
Posted on 4:34 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Ceramah Agama Menjelang Ramadhan 5 EX


Sila Klik Utk Paparan

Posted on 3:51 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Kuliah Tafsir Ust Badrul 22 Julai 2011 Surau Alamanda


KULIAH TAFSIR
Oleh Ustaz Badrul Hisham bin Mohd. Yasin
Tarikh : 22 Julai 2011
Hari : Jumaat
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Posted on 2:33 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Hati kotor hanya boleh diubat, dibersih dengan IMAN


Salam alaik... Salam Jumaat...Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana kita masih hidup hari ini. Pagi ni terasa macam nak posting berkenaan dengan hati, tak berapa ingat entry berkenaan hati dah ada ke belum..Mungkin hati saya ada masalah juga kot ...hmmmm...Secara terus terangnya posting ini adalah secara kebetulan bila melihat gelagat manusia yang juga secara kebetulan pada pagi tadi menyakitkan hati. Jom baca sekejap..

Hati...setiap manusia dikurniakan oleh Allah S.W.T sebentuk hati. Hati adalah seketul darah yang berperanan mengawal pergerakan jasad manusia. Jika hati seseorang itu bersih (daripada kekotoran dosa) maka jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya jika hati itu penuh dengan kekotoran dosa, maka ia akan mendorong seseorang itu melakukan perkara yang ditegah agama.
Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu.

Diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah mengingatkan kepada umatnya mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud:
“Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati.” (Riwayat Bukhari – 2/49)

Berdasarkan hadis itu, dapatlah kita gambarkan hati manusia yang rosak itu seumpama sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah juga hati, jika ia penuh dengan kekotoran dosa, maka seluruh badan akan rosak.

Di dalam al-Quran ada ayat yang menyentuh mengenai hati, tetapi melalui pelbagai istilah. Melalui ayat itu juga diterangkan hati dapat dijaga dan diubati hanya dengan bertakwa atau beriman kepada Allah.

Tanda takwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam 7 perkara :
  • Pertama, seseorang itu menjaga lidahnya daripada melakukan fitnah, mencela, mencaci, mengumpat dan sebagainya;
  • Kedua, seseorang itu menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api yang memakan kayu;
  • Ketiga, memelihara mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu janganlah melihat perkara terlarang demi untuk mendidik hati;
  • Keempat, menjaga perut agar tidak diisi dengan makanan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi makanan yang haram berada di dalam tubuh kita.
  • Kelima, menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan haram.
  • Keenam, Begitu juga kedua-dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah;
  • Ketujuh, ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredaan Allah serta takut kepada sifat riak dan munafik.
Sesungguhnya hati dan hubungan kita dengan ketaatan terhadap Allah amat rapat. Sebab itu kita hendakah sentiasa berdoa meminta-Nya memelihara hati kita agar sentiasa taat kepada-Nya.

Hati amat penting, kerana apabila rosak ia menggambarkan pegangan agama kita juga turut rosak. Jika seseorang bersungguh-sungguh melaksanakan saranan memelihara anggota di atas, dia termasuk di dalam golongan orang muttaqin yang dijanjikan Allah dengan syurga. Hati yang bersih dan luhur membolehkan seseorang menangkis segala godaan syaitan. 

Sebenarnya manusia menghadapi dua bisikan, iaitu bisikan syaitan dan bisikan malaikat. Bisikan syaitan menggoda manusia. Jika syaitan berjaya menguasai hati, ia akan menguasai seluruh jiwa dan manusia menjadi tidak takut kepada Allah. Seterusnya lahirlah manusia kejam, tidak berperikemanusiaan, pembohong, pemfitnah dan sebagainya. Sebaliknya jika jiwa dikuasai dengan unsur ketakwaan, maka dengan sendirinya syaitan terhindar dan jadilah kita orang yang bertakwa kepada Allah dan sentiasa mengingati dan bersyukur kepada-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).” (Surah al-A’raf: 200-201).

Allah mengangkat Nabi sebagai seorang yang maksum atau terpelihara daripada dosa selepas hati Baginda dibersihkan. Berbanding manusia biasa, kita hanya mampu berdoa kepada Allah, tetapi keimanan kepada-Nya tidak dapat dijamin kerana hati tidak dapat dibersihkan sepenuhnya dan sentiasa digoda syaitan.

Allah memilih Nabi Muhammad saw untuk membawa urusanNya. Maka semestinya utusan Allah mempunyai sifat istimewa, antaranya hati yang bersih.

Dengan hatinya yang bersih itu, orang kafir dan Quraisy tertawan. Kesabaran, keikhlasan dan kemuliaan akhlaknya berpunca daripada hati Baginda yang bersih. Malah orang kafir sendiri mengakui kemuliaan hati Baginda.

Umar Al-Khattab yang dikenali sebagai seorang yang keras hati dapat dilembutkan hatinya bukan dengan kekerasan, tetapi dengan mendengar alunan bacaan ayat suci al-Quran.

Wallahua'lam bish awab...
Posted on 11:48 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Apa nak jadi !! Permohonan murtad 135 orang diluluskan, N.Sembilan - 33 orang

 
 
Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.
 
Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.
 
Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.
 
 
Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.

by.Malaysiakini
 
Ulasan Nashir :

Nauzubillah..Itulah kata-kata pertama yang keluar dari mulutku. Semoga Allah S.W.T terus melindungi dan menyanyangi kita dengan rahmat ISLAM..Sebenarnya berita ini sudah diterbitkan bulan lepas lagi,tapi saya masih belum ada kelapangan untuk mengulas lanjut tentang isu parah ini. Isu ini tidak sepatutnya dipandang sebelah mata oleh kita yang beragama islam. Perlu ada tindakan susulan mengenai perkara ini, bukan hanya dari pihak berwajib atau badan-badan islam, tetapi bagi semua muslimin dan muslimat yang mengakui Deen Islam sebagai agama anutan !
 
Barah yang melanda umat islam di akhir zaman ini semakin hari semakin teruk ! Inilah barah dari ideologi sekularisme, iye, barah yang telah menular masuk dalam tubuh umat islam yakni memisahkan agama dari kehidupan. Di tambah dengan Undang-undang yang terletak di tangan manusia langsung tidak mengentarkan musuh-musuh Islam. Kes murtad seperti ini tidak dianggap isu utama dan mereka yang murtad ini boleh hidup bebas malah tidak heran mereka ini boleh menyesatkan manusia lain malah di jadikan ikutan oleh mereka yang jahil dalam hal agama.

Lain pula halnya dengan umat islam kini, bila timbul isu murtad, emosi akan bangkit, tapi cuma seketika. Terlampau selesa dengan 'zon selamat' yang ada disekeliling kita. Kini, kita umat islam perlu bangkit menyatukan pemikiran dan tindakan kita yakni fikrah dan thariqah dalam menangani gejala murtad ini. Ketua keluarga perlu mengambil tindakan dengan mendidik isteri dan anak mengenal Islam dan bukan menjadikan islam sebagai agama ritual (ibadat) semata-mata..Tapi Islam adalah agama yang perlu diamal dan diperjuangkan !

Menurut Islam, apabila seseorang keluar daripada Islam sedangkan ia baligh dan berakal maka ia diajak untuk kembali kepada Islam hingga tiga kali disertai peringatan. Jika ia kembali setelah itu maka akan diterima dan jika menolak maka akan dibunuh, Firman Allah S.W.T..

”Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” [TMQ Al-Baqarah, 2:217]

Hadith Rasulullah s.a.w pula mensabitkan hukuman kepada orang yang murtad. Imam Bukhari telah meriwayatkan dari Ikrimah yang berkata,

“Dihadapkan kepada Amirul Mukminin ‘Ali karamAllahu wajhah orang-orang zindiq, lalu beliau membakar mereka. Maka berita itu disampaikan kepada Ibnu Abbas dan beliau berkata ‘Seandainya aku, tidaklah aku bakar mereka kerana larangan Nabi Salallahu ‘alaihi wa Sallam yang bersabda "Jangan kamu menyiksa dengan siksaan Allah". Akan tetapi pasti akan aku bunuh mereka kerana sabda Rasulullah Salallahu ‘alaihi wa Sallam "Barangsiapa yang menukar agamanya, hendaklah kamu bunuh akan dia”

Dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan, “Allah dan RasulNya telah menetapkan, bahawa orang yang murtad dari agamanya maka dia mesti dibunuh.”

Berikut adalah antara dalil-dalil yang sepatutnya menjadi rujukan undang-undang dan pegangan oleh setiap umat Islam. Saya percaya, kiranya hukum Allah S.W.T diterapkan dalam seluruh kehidupan kita pastinya isu murtad seperti ini tidak sewenang-wenangnya berlaku malah urusan umat akan dapat diurus dengan cukup sempurna.

Jangan kita lupa, di dalam Malaysia ini terlalu ramai golongan sekular dan pemuja Barat seperti Sister In Islam (SIS) yang menjadi tali barut musuh-musuh Allah S.W.T dengan memperjuangkan habis-habisan hak untuk murtad sebagai sebahagian daripada Hak Asasi Manusia. SIS pernah mengatakan "isu Kerajaan Langit menunjukkan bahawa pihak berkuasa agama menggunakan sumber kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk menghukum Ayah Pin dan pengikutnya. Ini berlaku sungguhpun kebebasan memilih agama diterangkan dengan jelas di dalam Al Quran dan juga termaktub di dalam Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 18, Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (Article 18 of the Universal Declaration of Human Rights)".
(www.sistersinislam.org.my/PressStatement/27072005.htm)

Allah S.W.T mengingatkan kita,

"Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya"[TMQ al Baqarah:217].

Di sini saya mengingatkan diri saya dan juga saudara-saudara semua agar terus kekal di dalam agama Allah dan tunduk patuh kepada suruhan dan laranganNya. Sesungguhnya kebenaran dan kemenangan akan berpihak kepada agama Islam yang syumul ini. 

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Muslim”. [TMQ Ali-Imran:102]

Sumber : Sauthun Nahdhah, MalaysiaKini,Utusan Malaysia
Posted on 1:22 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 3 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin