AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Coretan - Kuliyah Magrib AL FADHIL USTAZ AZHAR di Masjid Ar-Riduan, Hulu Kelang

Bismillahirrahmanirrahim…Alhamdulillah, jari jemari masih sempat menaip untuk entry kali ini. Besarnya rahmat Allah S.W.T…Patutnya isnin lepas ana dah post entry ni, disebabkan kekurangan sumber gambar..ana hold'kan dulu.

Usai sahaja menghadiri majlis rumah terbuka rakan sepejabat pada sabtu lepas, ana dan zaujah tercinta bertolak untuk menghadiri kuliyah tuan guru, Ustaz Azhar Idrus di Masjid Ar-Riduan, Ulu Kelang. Bergerak dari Seremban pukul 5.30 p.m..jalan agak sibuk, di tambah dengan 2,3 kali tersalah jalan..kami selamat sampai di masjid pada pukul 6.50 p.m. Alhamdulillah..

Setibanya disana, macam biasalah, tuan guru turun, penuh !! itu sahaja yang boleh ana katakan, parking berlapis-lapis. Tanda masih ramai cintakan taman-taman syurga di dunia ini. Malam itu ana sudah sedia maklum akan ada pelancaran buku terbaru Ustaz Azhar, hati semakin teruja.

Selesai sahaja solat maghrib, Tuan Guru mengambil tempat..terubat rindu di hati..hehe. Pengajian kitab Anak Kunci Syurga disambung. Kuliyah berjalan dengan lancar, penuh pengisian dan pesanan.

Gambar sekitar kuliah berjalan..


Habis sahaja kuliyah, tiba masanya untuk pelancaran buku “Anda Bertanya, Ustaz Azhar Menjawab Berkenaaan Permasalahan Semasa”. Dah macam artis dah Ustaz kat depan, penuh lensa menembak, tak ketinggalan yang pakai handphone..termasuklah ana :)

Snap ! Snap !
Sebelum pulang, sempat bersalam dengan Tuan Guru, dapat juga beli buku. Harga baru RM 15.00, murah je. Siapa belum beli lagi, boleh dapatkan di pasaran ye.

Dah beli lum ??
Bertolak meninggalkan masjid pukul 10.45 p.m dan kami selamat sampai ke rumah pada jam 11.50 p.m. Cepat sampai sebab dah tahu jalan. Akhir kalam, semoga Tuan Guru Ustaz Azhar Idrus diberi kesihatan yang baik oleh Allah S.W.T agar dapat terus berjuang dan mencurahkan ilmu islam kepada semua golongan yang dahagakan ilmu dan pejuang seperti beliau.

Syabas Ustaz Azhar Idrus !!
Posted on 12:59 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Kartunis Jahil Hina Hukum Hudud..


Tak lama dulu seorang kartunis yang jahil tentang hukum hakam islam telah menghina islam secara membuta tuli berkenaan dengan saksi dalam kes rogol. Boleh lihat link ini : http://marul-nashirassunnah.blogspot.com/2011/06/bila-tak-faham-hukum-hakamakan-terbit.html

Memang si kartunis ini terlampau keliru ataupun di tidak pernah mengaji atau ambil tahu berkenaan bab-bab jinayat dalam islam. Semoga dia bertaubat dan mendapat hidayah dari Allah S.W.T dengan orang-orang yang memuhasabahnya.

Bila Tuan Guru Nik Aziz mempertahankan hudud dan menyeru supaya diterapkan hukum Allah S.W.T. Geng-geng Abu Lahab terus memekik dan terlolong menghina, mengherdik dan memperlecehkan seruan mulia yang di buat oleh TGNA.

Siapa yang perleceh TGNA, boleh dengar ulama' ni bercakap dari baca kat Utusan @ tgk kat TV

Hudud itu milik Allah S.W.T., hukum hakam yang harus diangkat dan digantikan dengan perlembagaan sekular yang wajib dibakul sampahkan dengan segera. Mereka-mereka ini merendahkan martabat Al-Quran dan As-Sunnah secara langsung ataupun tidak langsung. Dan secara rasminya telah MUNAFIK.

“…….Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang KAFIR.” Surah Al Ma’idah : 44.

“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang ZALIM Surah Al Ma’idah : 45

“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang FASIK Surah Al Ma’idah : 47.

Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlh: "Patutkh nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?" Janganlh kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah KUFUR sesudah kamu (melahirkan) iman...Surah At-Taubah : 66.

Posted on 3:59 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

UAI DI UIA


USTAZ AZHAR IDRUS DI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA

Sila kosongkan jadual anda pada Jumaat malam,30 September ini untuk sama-sama hadir ke KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS di SHAS MOSQUE. 

Posted on 9:18 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Kita Akan Dijemput

 
Tujuan asal entry ni sebenarnya nak share kan lagu 'Kita Akan Dijemput' nyanyian dari Ukays. Dari pada posting kosong, lagi elok rasanya diselitkan sedikit peringatan disamping kita menghiburkan hati dengan lagu yang sarat dengan peringatan ni.

KEMATIAN..Detik itu pasti akan datang dan bila tiba saatnya maka tidak akan lambat mahupun cepat walau sesaat sekalipun. Malaikat Maut datang tepat pada waktu yang ditetapkan untuk mencabut nyawa kita tidak kira sama ada kita sedang bergembira menikmati nikmat hidup mahupun sedang menahan kesakitan.

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah  Ali Imran [3]: 145)

Kematian bukan sesuatu yang perlu ditakuti tapi sesuatu yang perlu kita ingati supaya keimanan dan tingkah laku kita sentiasa terkawal, maut bertandang tanpa dapat kita hidu. Cuba bayangkan jika nyawa kita diambil ketika kita sedang melakukan maksiat dan dosa kepada Allah S.W.T ?? Alangkah ruginya kita ketika itu. Mengingati mati adalah bukan untuk menambahkan kekusutan jiwa tapi adalah sebagai tanda amaran sebelum kita melakukan sesuatu yang tidak diredhaiNya.
 
“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memeroleh kebaikan, mereka mengatakan, ‘Ini adalah dari sisi Allah,’ dan kalau mereka ditimpa suatu bencana mereka mengatakan, ‘Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad).’ Katakanlah, ‘Semuanya (datang) dari sisi Allah.’ Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun?” (Surah an-Nisaa` [4]: 78)
 
Mari kita tanya diri kita bagaimana kita menyiapkan diri untuk kehidupan hari akhirat.

Posted on 1:07 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Hulu Kelang

Posted on 8:28 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Konsert Suara Kami Melalaikan Muda Mudi Yang Beragama Islam


Baru-baru ni heboh di Media massa, di televisyen dan di corong-corong radio berkenaan Konsert / Karnival Suara Kami, sudah pun berlangsung pada 17hb September, 3 hari lepas di Stadium Merdeka. Sudah menjadi kebiasaan program-program sebeginilah yang mendapat sambutan hangat dari anak muda di tambah pula dengan persembahan di kalangan artis-artis tanah air dan dari luar negara. Bak kata penganjur, inilah konsert terhebat dan tergempak tahun ini.

Konsert ini berlangsung sempena sambutan Hari Penubuhan Malaysia yang saya pasti akan melalaikan generasi anak muda yang rata-ratanya islam yang bakal bersorak gembira, terjerit terlolong, bercampur gaul lelaki dan wanita & sebagainya yang mana akhirnya merosakkan anak bangsa kita sendiri.

Dari Ad-Dailami, Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya :

"Nyanyian dan permainan hiburan yang melalaikan menumbuhkan kemunafikan dalam hati, bagaikan air menumbuhkan rerumputan. Demi yang jiwaku dalam genggaman-Nya, sesungguhnya Alquran dan dzikir menumbuhkan keimanan dalam hati sebagaimana air menumbuhkan rerumputan."

Jelaslah dari hadith di atas islam telah mengariskan kepada kita hiburan yang di bolehkan. Sudahlah setiap hari rakyat di negara ini disajikan dengan pelbagai bentuk hiburan di kaca tv, baik yang siarannya percuma mahupun berbayar. Seingat saya tidak lama dulu kecoh dengan perhimpunan Bersih yang ingin diadakan di Stadium tersebut. Lalu bertempik lah sekelian pihak yang membela nasib stadium tersebut yang kata mereka stadium itu keramat warisan negara walhal perhimpunan Bersih itu adalah tuntutan rakyat berbilang kaum yang mahukan pilihanraya adil dan bersih.
 
Sebenarnya bukan berkenaan perhimpunan itu yang saya ingin utarakan (kerana saya ada pendapat saya sendiri) tapi perkara yang melalaikan ini yang wajib ditegur, tidak kira di mana ia dianjurkan, stadium yang berkeramat ke, yang tak keramat ke ataupun dekat Keramat sekalipun ia perlu dimuhasabah. Sesungguhnya islam tidak melarang umatnya untuk berhibur asalkan sesuai dengan syariat, malah ia boleh memberikan nilai tambah dan manfaat. Tapi apabila hiburan yang melalaikan terlalu sering dinikmati maka tidaklah menghairankan jika kemunafikan tumbuh subur. Sayang sekali bila waktu dibuang-buang hanya untuk hiburan yang melalaikan. 
 
Allah SWT berfirman: "Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal shaleh. Dan saling menasihati dalam kebenaran serta saling menasihati dalam kesabaran." (Surah Al-Ashr: 1-3).

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam shalatnya dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna." (Surah Al-Mu'minuun: 1-3). 

Sekiranya perkara sebegini tidak diingatkan, semakin ramailah golongan muda yang makin tersasar jauh, leka dengan perkara duniawi lalu lupa dengan kewajiban ukhrawi. Maka semakin bertambah gejala sosial (zina, rogol, minum arak, hisap dadah) lalu penuh lah pusat jagaan untuk anak luar nikah, tempat pemulihan dadah dan seangkatan dengannya. Itu yang kita perlu elakkan sebelum terjadi keruntuhan akhlak. Bukan apabila telah parah, baru sibuk mencari jalan penyelesaian yang solusinya memang tidak pernah konkrit bahkan ia menjadi 'option' bagi mereka untuk terus melakukan perkara maksiat.
 
Firman Allah S.W.T. "(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang menyeru kepada kebaikan (mengajak memilih kebaikan, iaitu memeluk Islam), memerintahkan kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung." (Surah Ali-Imran [3]: 104).
 
Para pemerintah sepatutnya lebih kehadapan dalam menangani isu ini, bukan memberikan galakkan dan sokongan padu kepada aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada peninggian syariat islam. Buat penganjur pula ingatlah firman Allah S.W.T :-

"Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 ).

Apakah kita rela membiarkan anak-anak muda islam terus hanyut dengan hawa nafsu duniawi bahkan diri kita hanya menjadi penonton tanpa berbuat apa-apa. Mereka lebih mengenal Panji Manusia Millenium daripada Sahabat Nabi, lebih tahu soal hiburan dan artis daripada hukum hakam kehidupan. Sementara tuntutan sejati yang membawa keselamatan dan kesejahteraan yakni Al-quran dan As-sunah hanya dipertandingkan, di jadikan tontonan dan ditinggalkan.
 
"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya." (Surah Al-Isra': 36).
Posted on 9:07 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 4 Comments »

RUMAN..MALAIKAT PENJAGA PINTU ALAM BARZAKH...


Sebuah kitab menyebutkan apabila mayat itu sudah ditimbus maka akan datang padanya satu Malaikat yang bernama Malaikat Ruman AS (tidak termasuk antara sepuluh malaikat yang wajib diketahui).

Maka Malaikat itu menyuruh si mati menulis segala amalannya semasa hidup di Alam Dunia tanpa tertinggal suatu apa pun. Setelah selesai, Malaikat Ruman AS seraya berkata "..Wahai si pulan anak si pulan ketahuilah engkau bahawa engkau sedang memasuki ke suatu Alam baru iaitu Alam Barzakh..." kemudian diterangkan kepada si mati itu akan segala peraturan di Alam Barzakh.
 
Apabila roh itu sudah melangkah ke Alam Barzakh, maka terpisahlah ia dari Alam Dunia untuk selama-lamanya. Setelah Malaikat Ruman AS selesai dan pergi. Maka barulah roh itu didatangi olah Malaikat Kubur iaitu Malaikat Munkar AS dan Nakir AS. Wallahualam..
Posted on 11:55 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Kisah Perang Ahzab Di Bulan Syawal



Sempena Bulan Syawal yang mulia ini marilah bersama menghayati sirah Rasulullah s.a.w dalam peperangan Ahzab. Tanggal 7 Syawal 5 Hijrah menyaksikan peristiwa Perang Ahzab berlaku setelah kesedihan menimpa kaum Muslimin, akibat keguguran ramai para syuhada didalam Peperangan Uhud.

Perang Ahzab atau Khandak adalah perang yang mengumpulkan 10,000 orang tentera musyrikin dari sekitar tanah arab untuk memerangi Madinah. Jumlah tersebut adalah lebih banyak daripada bilangan penduduk madinah termasuk anak-anak, wanita-wanita dan golongan tua.

Apabila mengetahui keadaan tersebut Rasululullah s.a.w telah bermesyuarat dan telah mengambil idea bernas daripada Salman Al-Farisi untuk menggali parit di bahagian Utara Madinah. Bahagian lain di sekeliling Madinah dikelilingi oleh gunung-gunung dan kebun-kebun kurma menyukarkan kaum musyrikin memasuki kota Madinah.

Setelah sempurna penggalian tersebut maka seperti yang dijangka sebuah ketumbukan besar musyrikin Quraisy bergabung dengan kaum-kaum musyrikin di sekitar Mekah muncul di hadapan parit tersebut. Di sini dapat diringkaskan bahawa usaha yang dilakukan oleh orang Musyrikin untuk menyeberangi parit itu tidak berjaya. Peperangan terbatas hanya dengan melepaskan anak panah. Walaupun begitu terdapat enam orang dari pihak muslimin dan 10 orang dari pihak musyrikin yang terbunuh.


Dalam keadaan yang tegang itu, Bani Quraizah iaitu kaum Yahudi yang tinggal di Madinah telah dihasut oleh Huyai bin Akhtab untuk memerangi kawasan tempat tinggal di Madinah yang didiami oleh wanita-wanita dan anak-anak kecil. Mereka telah melanggar janji mereka dengan Rasulullah s.a.w dengan membuat keputusan tersebut.

Beberapa orang Yahudi dilihat cuba menyusup masuk untuk menyerang dari belakang. Walaupun begitu dengan keperwiraan yang ditunjukkan oleh Shafiyyah binti Abdul Muthalib, beliau berjaya membunuh mereka dan Bani Quraizah yang melihat dari jauh menjangka Rasulullah juga telah meletakkan askar pertahanan dari belakang. Keadaan menjadi selamat seketika. Keadaan sedemikian menyebabkan mereka hanya menyediakan makanan kepada tentera-tentera Quraisy.

Setelah mendengar berita yang merungsingkan tersebut Rasulullah s.a.w telah menghantar wakilnya untuk mencari kebenaran tentang peristiwa tersebut. Apabila ternyata kesahihan berita tersebut berita ini tersebar dalam kalangan tentera yang menjaga di barisan hadapan. Kemudian sebahagian daripada tentera memohon izin untuk pulang mempertahankan anak-anak dan isteri mereka di rumah.


“Allahuakbar bergembiralah wahai orang-orang muslimin dengan kemenangan dan pertolongan daripada Allah S.W.T.” Sabda baginda setelah diam seketika. Rasulullah s.a.w merancang untuk menghantar beberapa pasukan untuk menjaga di barisan belakang dan menghantar beberapa pasukan untuk mengucar-kacirkan tentera musyrikin di barisan hadapan.

Namun rancangan Rasulullah s.a.w tidak diterima oleh beberapa orang Sahabat setelah Rasulullah s.a.w memberitahu rancangan ini adalah pendapatnya dan bukan wahyu daripada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T telah membuat keputusan yang sekaligus menghina dan memecahbelahkan musuh dengan mendatangkan Nua’im bin Mas’ud. 

Beliau adalah seorang yang berpengaruh dalam kalangan Bani Quraizah dan orang musyrikin Quraisy. Beliau menyatakan keislamannya di hadapan Rasulullah s.a.w dan bersedia membantu untuk memecahbelahkan tentera musyrikin.

Setelah Rasulullah s.a.w menyerahkan cara dan strategi memecahbelahkan mereka kepada Nua’im maka beliau telah melaga-lagakan antara Bani Quraizah dan Bani Quraisy. Setelah mengetahui bahawa barisan mereka telah berpecah belah, mereka telah hilang semangat untuk berperang memandangkan khuatir berlaku peperangan sesame sendiri dan tiada kesatuan antara mereka. Pada masa yang sama Rasulullah s.a.w dan para sahabat berdoa kepada Allah dengan penuh keikhlasan agar pasukan musuh dikalahkan.

Akhirnya Allah S.W.T menurunkan para malaikat yang datang berupa angin taufan mencabut semua khemah-khemah musuh memporak-perandakan gerakan mereka. Allah S.W.T juga mengirimkan malaikat yang menyusupkan perasaan takut di pihak musuh. Rasulullah s.a.w menghantar wakil untuk melihat keadaan musuh dan ternyata tiada seorangpun dalam kalangan mereka yang tinggal melainkan kesemuanya telah melarikan diri ke Mekah.


Peperangan ini telah bermula pada 5 Syawal dan telah berlangsung selama sebulan. Perang Ahzab bukanlah peperangan yang membawa kepada kerugian dan keuntungan melainkan ia adalah perang saraf semata-mata. Tiada pertempuran yang hebat antara kedua belah pihak.

Namun dalam catatan sejarah Islam ini adalah peperangan yang sangat tegang, yang berakhir dengan kekalahan di pihak musyrikin. Peperangan ini memberi petunjuk bahawa sebesar manapun kekuatan ketenteraan yang ada pada negara arab tidak sanggup untuk melawab kekuatan kecil yang sedang mekar di bumi Madinah.

Disebabkan hal ini Rasulullah s.a.w bersabda “Sekarang kitalah yang akan menyerang mereka dan mereka tidak akan menyerang kita. Kitalah yang akan mendatangi mereka.”

Wallahu 'alam bishawab...
Posted on 12:30 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Puchong Perdana







Kuliah Maghrib Perdana Bersama Ulama Tersohor:

Al-Fadhil Al-Ustaz Azhar Idrus

Bertempat : Masjid As-Salam Puchong Perdana [Tepi Tasik]

Tarikh : 27 Syawal 1432H / 25 September 2011 [Ahad]

Muslimin dan Muslimat Di Jemput Hadir
Posted on 4:48 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

Kucing Mati di Pusat Jagaan

Salamualaik..Salam Lebaran..

Harap semua muslimin muslimat di luar sana sihat hendakNya. Berlalu sudah madrasah ramadhan kini menjelang syawal yang mulia tanda kemenangan umat islam dan kembali semula kita kepada fitrah kejadian. Sejauh mana madrasah ramadhan meninggalkan kesan dalam diri kita ? Semakin bertambahkah iman dan taqwa kita ? Semakin tawadhukkah diri kita ? ataupun bulan ramadhan berlalu begitu sahaja tanpa apa-apa kesan..Sama-sama kita 'check and balance' amal dan iman kita, saling ingat mengingatkan.

Hiba dan terkejut apabila terbaca berita mengenai '16 Kucing Mati' di sebuah pusat jagaan Damansara Damai, Petaling Jaya. Lihat berita lanjut ->

Bukti jagaan teruk yang diberikan...
PETALING JAYA: Sebuah pusat penjagaan haiwan ‘diserbu’ pemilik haiwan selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri.

Menurut seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 36, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan dipulangkan dalam keadaan yang teruk.

“Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.

“Oleh itu, kami mengumpulkan beberapa sukarelawan dan pemilik haiwan untuk menyiasat apa sebenarnya berlaku di pusat jagaan terbabit,” katanya.

Ulasan

“Jangan kamu menyangka bahawa Allah lalai terhqadap apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Hanya sanya Allah menangguh (balasan terhadap) mereka ke hari yang mata-mata terbeliak (Hari Kiamat) … “ (Al-Quran).
 
Nauzubillahi min zalik..Kenapa begini jadinya. Kucing / Haiwan peliharaan itu juga adalah makhluk Allah S.W.T dan mereka juga mempunyai hak dan berhak dilayan dengan sebaik-baiknya oleh kita yang bergelar manusia. Manusia..makhluk yang dicipta Allah S.W.T dengan sebaik-baik kejadian.
 
Hal ini secara tidak langsung memberikan kesan dan pandangan negatif orang ramai kepada penguasaha @ pusat jagaan haiwan peliharaan. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Di harap pihak berkuasa mengambil tindakan atas perkara ini dan mereka yang bertanggungjawab tampil memberikan pengakuan dan kenyataan atas sebab apakah perkara ini boleh terjadi..disabotajkah ? Dengarnya pemilik pusat jagaan haiwan ini telah melarikan diri.

Di bawah ini saya sertakan sedikit dalil berkenaan dengan haiwan untuk hayatan dan rujukan..

Sahih Muslim hadis 2097 jilid 4
 
Dari Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw. Bersabda “Seorang wanita disiksa Allah pada hari Kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati. Kerana itu Allah SWT memasukkannya ke Neraka. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat di bumi.
 
Sahih Muslim jilid 4 no hadis 2098
 
Sayangi Haiwan
 
Dari Abu hurairah r.a katanya rasulullah saw. Pernah bercerita “Pada suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia turun ke sumur itu untuk minum. Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya, Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang baru kualami” lalu dia turun kembali ke sumur, dicedoknya air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diberi minumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada lelaki itu (diterimaNya amalnya), dan diampuniNya dosanya” Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah saw. Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan ini?” Jawab rasulullah saw “Menyayangi setiap makhluk hidup(tumbuhan dan haiwan) berpahala (ada pahalanya),”

Hadis sahih Muslim jilid 4 no hadis 2099

Dari Abu Hurairah r.a katanya “Rasulullah saw. Bercerita “Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. Anjing itu hampir mati kehausan. Tiba-tiba dia terlihat oleh seorang wanita pelacur bangsa bani Israil. Maka dibukanya sepatu botnya, kemudian dicedoknya air dengan sepatunya, lalu diberinya minum anjing yang hampir mati itu . maka Allah swt mengampuni segala dosa wanita itu (dengan asbab amalnya beri minum anjing itu).

Hadis 1540 sahih muslim jilid 2

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya “Rasulullah saw. Memerintah membunuh anjing. Lalu kami laksanakan perintah itu sehingga seekor anjing milik seorang wanita yang selalu mengawal tuannya dari dusun kami bunuh pula. Kemudian Rasulullah saw. Melarang membunuh anjing seperti itu. Tetapi sabda beliau, “Bunuhlah (bila-bila masa dan dimana saja) anjing yang seluruh bulunya bewarna hitam dengan dua titik putih di keningnya kerana anjing seperti itu adalah syaitan.

Hadis 1150 sahih Bukhari jilid 3:

Dari Abu Hurairah RadhiaLlahu anhu, Rasulullah SallAllahu alaihi waSalam bersabda “Kuda dapat menjadi sumber pahala, menjadi alat untuk memenuhi keperluan, atau menjadi sebab dosa. Ia menjadi sumber pahala, jika ia dipelihara untuk AdDinuLlah, digembalakan di padang rumput, atau diperkebunan. Seberapa sampai oleh kuda itu menurut panjang talinya di padang rumput atau di kebun itu, itu menjadi pahala bagi yang empunya. Kalau tali kuda itu putus, lalu naik ke tempat yang tinggi, jejaknya dan tahinya menjadi sumber pahala bagi yang empunya kuda tersebut.. Seandainya kuda itu melalui sebuah sungai, lalu ia minum di sungai itu, sedangkan yang punya tidak berniat memberikan minum, maka yang demikian itu menjadi sumber pahala baginya, Kerana itu ,kudanya menjadi sumbar pahala baginya

Insan yang memelihara kuda untuk memenuhi keperluan hidupnya , agar ia jangan jadi pengemis, dan tidak melupakan hak Allah pada waktu membebani kuda itu*** kerana kuda itu menjadi alat bagi memenuhi keperluannya. Dan orang yang memelihara kuda kerana kesombongan, angkuh, riak terhadap Insan Muslim, maka kuda itu menjadi sebab dosa baginya” dan ditanya seseorang kepada Rasulullah SallALlahu alaihi waSalam hal keldai/khimar, maka turun ayat ringkas kepada Nabi yakni ayat “Siapa yang berbuat kebaikan sebesar zarah jua pun akan dilihatNya; sesiapa yang berbuat kejahatan sebesar zarah sekalipun akan dilihatNya “ (Surah AzZalzalah, ayat 7)

Keterangan
*** Maksudnya kuda itu dipelihara dengan baik dan diberinya muatan beban sesuai dengan kekuatan kuda itu untuk mengangkutnya.

Surah At Takwir Ayat 5

• “Maka apabila binatang liar dikumpulkan” untuk mendapat Pembelaan dari Allah AzzawaJalla.

Tidak boleh membunuh haiwan melainkan dengan niat untuk dimakan. Dalilnya Sabda Rasulullah Salallahu alaihi wasalam:
 
Sesiapa membunuh burung dengan tujuan mensia-siakannya, maka ia menghadap Allah pada hari Qiamat dan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya si fulan telah membunuhku dengan sia-sia dan dia tidak membunuhku untuk dimanfaatkan (Hadis riwayat Ahmad:18976. AnNasa’i:4446 dan rujuk Ghayah Al Maram oleh Syeikh al Albani:4246.

Hadis no 1462 sahih Bukhari jilid 3:
 
Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhu : Nabi SallAllahu alaihi waSalam bersabda” Apabila kamu mendengari kokok ayam, maka berdoalah kepada Allah untuk beroleh kurnia dariNya kerana Sesungguhnya ia telah melihat malaikat. Apabila kamu mendengar bunyi ringit keldai maka mohonkanlah Perlindungan dengan Allah dari bahaya gangguan syaitan kerana sesungguhnya ia telah melihat syaitan

Surah Al Maidah 5:3

Diharamkan ke atas kamu bangkai, darah dan daging khinzir
Allah S.W.T telah berfirman :

“Katakanlah: “Tiadalah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaKu, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi – kerana Sesungguhnya semua itu kotor – atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam Keadaan terpaksa, sedang Dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Al-An’am : 145)

Ayat 44 Surah al Isra’:
 
Langit yang tujuh lapis dan bumi yang tujuh lapis dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka sesungguhnya Dia adalah maha penyantun lagi Maha pengampun
 
Hadis Sahih Bukhari no 1131 jilid 3 (banyak kisah fauna dan flora)

Dari Abu Hurairah RadhiaLlahu anhu, Nabi Sallallhu alaihi waSalam, bersabda “Ketika seorang lelaki mengenderai lembu, maka lembu itu melenggong kepadanya sambil berkata “Saya diciptakan bukan untuk ini (dikenderai), saya diciptakan Allah untuk mengerjakan sawah ladang”. Ia berkata “Saya percaya dengan ucapan itu. Demikian jua Abu Bakar dan Umar. “Seekor Serigala (AzZi’bu) menangkap kambing, lalu diburu oleh pengembala. Serigala itu berkata “Siapakah yang akan menguasainya pada hari berkuasanya binatang buas? Pada hari itu tiada pengembalanya selain dari aku”. Dia berkata “Saya percaya, jua Abu Bakar dan Umar***
 
***keterangan: Keterangan ini mungkin hanya berupa kiasan.

Ayat 79 Surah Al Anbiya’:
 
Maka Kami telah beri faham/pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat*) dan kepada masing-masing mereka telah kami berikan hikmah dan ilmu dan telah kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung. Semua bertasbih bersama Daud, dan Kamilah yang melakukannya

*Menurut riwayat Ibnu Abbas bahawa sekelompok kambing telah merosakkan tanaman di waktu malam. Maka yang empunya tanaman mengadu hal ini kepada Nabi Daud memutuskan bahawa kambing-kambing itu harus diserahkan kepada empunya tanaman sebagai ganti tanaman yang rusak. Tetapi Nabi Sulaiman a.s memutuskan supaya kambing-kambing itu diserahkan sementara kepada yang empunya tanaman untuk diambil manfaatnya. Dan orang yang empunya kambing diharuskan menggantikan tanaman itu dengan tanaman yang baru. Apabila tanaman yang baru itu telah dapat diambil hasilnya, mereka yang mempunyai kambing itu boleh mengambil kambingnya kembali. Putusan Nabi Sulaiman a.s ini adalah keputusan yang lebih tepat.

Ayat 88 surah An Namli
 
” Dan engkau melihat gunung ganang, engkau menyangkanya tetap membeku (tidak bergerak), pada hal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; demikianlah perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya;sesungguhnya Ia Amat mendalam pengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.”

Ayat 59 surah Al An’am menyebutkan Dan pada sisi Allah kunci kunci semua yang ghaib tak ada yang menegetahuinya kecuali Allah dan Dia mengetahui apa yang di daratan/land dan lautan/sea dan tiada sehelai daun yang gugur pasti Allah mengetahuinya dan apabila daun jatuh pasti allah mengetahuinya dan jika sebutir biji benih basah dan keraing jatuh di dalam bumi/tanah pasti jua Allah mengetahuinya serta sudah tertulis di lauhul mahfuz.

Semoga semuanya beroleh manfaat..Wallahualam bish' awab.. 
Posted on 10:08 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 3 Comments »

Puasa 6 Syawal Sekali Dengan Qadha’


BAGI sesetengah orang, Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka.

Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu ‘puasa enam’. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan.

Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu.

Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.” (Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya.

Penegasan Nabi s.a.w itu menunjukkan puasa enam amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib. Baginda menggalakkan umatnya rajin beribadat, iaitu ibadat fardu disusuli amalan sunat.

Ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.

Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik- baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.

Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam bulan terbabit dan boleh juga dilakukan dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.

Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.

Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.

Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.

Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.

Imam As-Syafi’i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `seyang tiap amalan dengan niatnya’ bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.

Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.’

Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.

Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.

Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.
“Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih).”

Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.

Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah `membayar’ terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.

Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

http://www.harian-metro-online.com/puasa-6-syawal-sekali-dengan-qadha
Posted on 8:54 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin