AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

RAWATAN RESDUNG


i. Sedut Herba Sumpahan Resdung

ii. Asapan lilin Serai Wangi 2x

iii. Cucian dengan Sabun Resdung

Pesakit akan dibekalkan dengan 2 buku sabun. Sabun resdung dan sabun sireh.

Pesakit perlu bawa 2 botol air kolah masjid / surau. [Ikhtiar bersungguh untuk dapatkan] Jika tiada bawalah 2 botol air mineral. Ini untuk proses cucian dan instinsyaq.

Pesakit digalakkan untuk bawa 1 botol air mineral + pati delima untuk diruqyah dan diamal minum.

FIDYAH : RM 40.00
Posted on 11:16 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

BINGKISAN BEKAM STAFF TNB

Membekam pesakit yang mengalami masalah bahu dan pinggang kesan dari mengangkat beban yang terlalu berat.

Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w pernah jatuh dari atas kuda menimpa batang, lantas baginda pun berbekam pada pinggul baginda.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda mengenai hijamah/bekam ianya : 'Cara pengubatan terbaik yang dilakukan oleh manusia.' (HR. Nasa'i IV/79)

Allahumma solli 'ala Saiyyidina Muhammad..




Posted on 8:59 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

HARI TERBAIK UNTUK BERBEKAM DATANG LAGI

Hari Terbaik berbekam datang lagi..

Dari Mujahid r.a dari Ibnu 'Abbas r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berbekamlah kamu pada tanggal 15, 17, 19 atau 21. (HR. Bazzar (2023), Ibnu Jarir, Tirmizi, Hakim sekaligus mensohihkannya (IV / 212) dari Anas dan Abu Nu'aim dalam Ath-Thibb)

Allahumma solli 'ala Saiyyidina Muhammad..



Posted on 10:27 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

PERIHAL DARAH


DARAH - APAKAH HANYA DOKTOR SAHAJA YANG PERLU TAHU?

Perkataan ‘darah’ telah disebut sebanyak 19 kali didalam AlQuran.

4 kali daripadanya dalam bentuk kalimah arab ‘dam’ yang menjurus kepada pengharaman mengambil darah sebagai pemakanan yang dirangkaikan bersama bangkai, daging babi dan binatang ternakan yang tidak disembelih mengikut syariah didalam ayat yang sama.

(AlBaqarah 173, AlMaidah 3, AlAn’aam 145 dan An-Nahl 115)

4 kali daripadanya pula dalam bentuk kalimah arab “alaq/alaqah” yang menjurus kepada segumpal darah beku yang menjadi asal kejadian manusia.

(Al-Hajj 5, AlMu’minun 13, Ghafir 67 dan Al-Alaq 2)

Selainnya dijuruskan kepada pelbagai maksud darah seperti pertumpahan darah, pertalian darah dan sebagainya.

Cuba kita renungkan bersama, diantara kedua keadaan yang disebutkan tadi dan kaitan nya dengan amalan BERBEKAM yang dicontohi Rasulullah.

Darah beku yang disebutkan sebagai asal kejadian manusia ialah darah yang asalnya suci terbentuk dalam proses penyemaian benih didalam rahim wanita yang hamil.

Darah yang diharamkan untuk memakannya ialah darah yang sudah bercampur dengan pelbagai sisa-sisa metabolisma termasuk toksin, asid urik, patogen dan sebagainya yang dipam keluar oleh jantung dari pelbagai tisu dan organ manusia untuk disingkirkan daripada tubuh. 

Sisa-sisa yang diangkut oleh darah akan akhirnya sampai ke usus kecil dimana proses penyerapan nutrisi daripada makanan dan minuman yang kita ambil berlaku, sisa selainnya akan memasuki usus besar sebelum dikeluarkan sebagai najis melalui dubur.

Namun, perlulah kita ingat bahawa darah akan melalui pelbagai organ yang lain sebelum sampai ke usus kecil dimana sisa-sisa yang bahaya boleh terpaut kedalam organ-organ tersebut yang akan menyebabkan pelbagai penyakit atau kondisi yang menyakitkan bahagian-bahagian tubuh.

Maka dengan itu, cara yang dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya pautan sisa pada organ ialah dengan mengeluarkannya dengan BERBEKAM supaya yang akhirnya sampai ke usus kecil ialah nutrisi yang akan diserapkan kedalam tubuh. Darah yang tidak dibebani dengan sisa-sisa bahaya ini juga akan mengurangkan beban kerja organ-organ penting khususnya hati, ginjal dan limpa yang sekaligus memastikan kesihatan pada tubuh kita.

Wallahu Ta’ala A’lam.
Posted on 9:11 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

MEMBEKAM ANGGOTA TENTERA

Ibnu Qoyyim r.a berkata: 'Ketika Nabi s.a.w berbekam, baginda berbekam ditengkok yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam.'

Dari 'Abdullah bin Ja'far: 'Bahawa Nabi s.a.w berbekam setelah terkena racun.'

Alangkah baiknya apabila dua cara penyembuhan digabungkan, iaitu Al-Quran dan bekam.

Allahumma solli 'ala Saiyyidina Muhammad..




     

Posted on 12:12 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

MEMBEKAM SEORANG GURU

Dari Abu Kabsyah Al-Anmari yang berkata, Nabi s.a.w suatu ketika berbekam pada hammahnya dan di antara kedua bahunya, baginda bersabda: 'Siapa yang menumpahkan darah ini, maka tidak membahayakannya bila dia tidak berubat dengan satu ubat untuk satu penyakit.' (HR. Ibnu Majah)

Allahumma solli 'ala Saiyyidina Muhammad..

  



Posted on 3:50 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

JANGAN TINGGALKAN TERAPI BEKAM

Pelbagai makanan dan minuman yang terdapat dipasaran apabila dimakan akan menyisakan toksid beracun. Jika dibiarkan didalam tubuh akan mendatangkan pelbagai penyakit. Islam agama yang syumul ini telah menawarkan perubatan warisan yang sangat berkesan bagi mengatasi masalah seperti ini.

'Orang-orang Muslim meninggalkan agamanya, mereka menjadi tertinggal dan orang-orang Nasrani meninggalkan agamanya mereka menjadi maju'

Imam Syafie r.a mengatakan: 'Mereka (kaum muslimin) mengabaikan sepertiga ilmu dan menyerahkannya kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani'


    

Posted on 12:31 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin