AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

CINTA RASUL - HABIB ALI ZAENAL ABIDIN [ PART 1 - 3 ]

Semoga Bermanfaat

Bahagian 1

Bahagian 2

Bahagian 3

Posted on 4:42 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

HALAQAH 2012 - SEPASANG SEPATU RASULULLAH


Semoga bertambah kerinduan dan kecintaan kita kepada kekasih Allah S.W.T, Rasulullah s.a.w.
Sesungguhnya tidak sempurna iman kamu selagi kamu belum mencintai Rasulullah lebih dari nyawa kamu sendiri. Moga bermanfaat.
Posted on 3:10 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

KARNIVAL MAHABBAH RASULULLAH - TEMERLOH

Posted on 3:26 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

JOM KULIAH : USTAZ AZHAR DI MASJID BANDAR TASIK PUTERI

Posted on 4:42 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

CERAMAH PERDANA : USTAZ AZHAR IDRUS FT USTAZ KASSIM ELIAS [FULL]

Ceramah perdana bersama Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kazim Elias sempena sambutan Maal Hijrah dengan Tajuk : Hijrah Menuju Ilahi bertempat di Pusat Pendidikan Al Barakah , Manjoi Ipoh ,Perak Pada 11 Disember 2011, kredit to Alliassalam Enterprise.
 
Semoga bermanfaat..
Part 1
 
 
Part 2
 
Posted on 11:42 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

8 GANJARAN BUAT ISTERI YANG SOLEHAH

Suami & Isteri
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”.

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...
Posted on 11:03 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

CINTA RASUL - MAULID AKHBAR 1433H DI MASJID NEGERI, SHAH ALAM

Majlis Sambutan Maulidurrasul untuk Tahun 1433H diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 4 Februari 2012 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1433H. yang menggabungkan 3 kumpulan dengan membacakan beberapa bacaan Maulid seperti Maulid Ad-Dhiya-ul Lami', Maulid Simtud-Duror dan Maulid Ad-Daiba'i dihadiri oleh lebih 10 ribu umat Islam yang menzahirkan kasih dan cinta mereka kepada Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. 
 
Yang tak sempat menghadirkan diri, boleh hayatinya di sini. Semoga bermanfaat..SELAWAT DAN SALAM BUAT RASUL JUNJUNGAN, NABI MUHAMMAD S.A.W
 
 
Posted on 10:52 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

40 Sejadah Berdiri..Subhanallah.... Ini Satu Peringatan..






سبحان الله Subhanallah... Sejadah juga makhluk Allah... Sebagaimana daun, tumbuhan dan makhluk Allah yang lain tunduk sujud, bertasbih, bertahmid dan sentiasa berzikir kepadaNya.... Bagaimana pula dengan manusia yang dianugerahkan akal fikiran.


Peristiwa ini berlaku pada penghujung 11 RabiulAwal 1433 dan permulaan 20 RabiulAwal 1433 bersamaan 11 Februari 2012.
 
Beberapa pelajar perempuan telah diminta oleh Ummi(pengetua Ma'ahad) supaya membasuh sejadah dengan menggunakan mesin. Tapi pelajar-pelajar tersebut basuh menggunkan tangan. Akibatnya sejadah tersebut lambat kering dan lembab pada sebelah petang. Pelajar perempuan telah menjemurkannya di dalam surau lama dengan cara dihamparkan kesemuanya.

Selepas solat maghrib ada diantara pelajar perempuan naik ke atas surau dan mereka terperanjat kerana melihat sejadah yang dihamparkan tadi kini terbentuk seperti di dalam gambar di atas.


Pihak Pengetua dan pengurusan Ma'ahad telah bertanya berkali-kali adakah ianya dibuat atau ianya terbentuk sendiri. Pelajar-pelajar tersebut tetap menjawab ianya bukan dibuat oleh mereka. Subhanallah.... Inilah apa yang ingin ditunjukkan oleh Allah Ta'ala.

Ikut akal pemikiran secara lalu ianya seperti tidak masuk akal, tapi bila difikirkan secara waras tentang hak Allah untuk mencipta sesuatu dan mengarahkan untuk ianya berlaku maka itulah yang akan berlaku. Apapun pandangan orang di luar pihak Ma'ahad menerimanya, tapi yang menghadapinya adalah penghuni Ma'ahad ini.

Siapa-siapa yang nak menyalurkan bantuan :-
NOMBOR AKAUN MTDHI
1. Bank Simpanan Nasional (cwgn. Maran, Pahang): 0610729863834007
MARKAZ TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH
2. Bank CIMB (cwgn. Maran, Pahang): 0607-0000097107
MARKAZ TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH

Sumber
Posted on 11:23 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

SENAWANG BERSELAWAT

Dijemput muslimin & muslimat sekeluarga untuk menghadiri majlis yang penuh barokah ini dan ia merupakan salah satu cara untuk menanam mahabbah kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, semoga segala urusan kita dipermudahkan olehNya InsyaAllah.

Posted on 3:25 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

JOM PAKAT DENGAR !! - Syarah Kitab Fiqh Al-Sirah

Posted on 3:17 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Akhirnya "SUARA DARI LANGIT" Telah Terjawab!!! BENAR KE ?


Jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit yang ditubuhkan kerajaan (Sky Roar) mempercayai kejadian ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu berpunca daripada aktiviti kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap, Kota Samarahan,Sarawak.Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, jawatankuasa siasatan yang diwujudkan di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) itu telah melakukan siasatan dan mendapati beberapa andaian penduduk tentang insiden yang berpunca dari High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP)yang dijalankan oleh Amerika Syarikat sebelum ini tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan peristiwa itu.

MyNewsHub melaporkan Fadillah berkata,jawatankuasa siasatan menggunakan beberapa metodologi dalam siasatan itu seperti menemu bual saksi-saksi kejadian,mengenal pasti sumber potensi punca bunyi, membuat siasatan berkaitan,mendapatkan khidmat pakar tempatan menganalisis audio bunyi berkenaan dan analisis maklum balas yang diterima dari orang ramai. Menurutnya, penemuan awal siasatan mempercayai bunyi ‘Ngauman Langit’ itu berkemungkinan besar berpunca daripada aktiviti yang dilakukan oleh kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap pada tarikh 11 dan 12 Januari lalu.

Macamana ?? Suara yang dikatakan didengari oleh beberapa penduduk di Samarahan berlaku pada pukul 3 pagi hingga ke waktu subuh malah di dakwa berlaku di seluruh dunia. Suara ini seolah-olah bunyi dengkuran kuat dan ada juga mendakwa seperti bunyi seseorang bernafas menyebabkan penduduk terjaga dari tidur.

Dakwaan bunyi itu berasal dari kilang kelapa sawit dinafikan penduduk kerana bunyi enjin memproses kelapa sawit tidak mungkin di dengari sehingga ke Kampung Muara Tuang yang sejauh 10 kilometer.

 

Ikuti rakaman video yang dirakam pada hari kedua 12 Januari 2012 di Kota Samarahan, Sarawak dibawah: 

Sebenarnya, bunyi yang serupa juga pernah dilaporkan kedengaran di beberapa kawasan dunia sebelum ini seperti di Tennesse (Amerika) pada 12 Mei 2011, Kiev (Ukraine) pada 11 Ogos 2011, Aaborg (Denmark) pada 16 September 2011, Budapest (Hungary), Moscow (Rusia), Cichago (US), Sweden, Czeh Republic, Conklin (Canada) dan paling terkini di London (UK) pada 17 januari 2012. - boleh cari di YouTube 

Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu. Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.  

The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh dari langit telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya. Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia. 

Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh dari langit itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP). 

Ada juga yang mengandaikan bunyi aneh tersebut datangnya dari bunyi naga. Agak lucu bila kedengaran, mungkin ada yang berkata sebegitu hanya untuk jenaka, tapi tidak mustahil jika ada yang mempercayainya sebagai satu perkara yang benar selagi kebenaran belum di buktikan. 

Terdapat juga beberapa hadis-hadis akhir zaman dan kitab-kitab dari ulama islam yang menyatakan perihal suara dari langit (suara para malaikat) yang mengaitkan dengan kemunculan Imam Mahdi.

Salinan hadis-hadis yang diambil daripada kitab Al-Qaulul Muhtasar Fi Alamatil Mahdiyul Muntazar, karangan ulama besar Ahlus Sunnah, Imam Abul Abbas Ahmad bin Muhammad Badruddin bin Hajar Al-Haitami al-Makki al-Ansari (909H – 974H). 

22. Seruan Dari Langit   

“Pada kemudian kelak, akan terjadi bencana di mana orang yang berada di sebelahnya tidak menyedarinya melainkan dia sendiri turut tertimpa bersama-sama sehingga datang penyeru dari langit yang berkata, “Sesungguhnya pemerintah kamu semua adalah si fulan (maksudnya Al-Mahdi).” 

56. Hamba Allah yang Terpilih   

“Al-Mahdi dizahirkan pada bulan Muharam dan ada satu suara yang menyeru dari langit, “Ketahuilah bahawa hamba Allah yang terpilih adalah si fulan, iaitu Al-mahdi. Oleh itu, dengarlah perintahnya dan taatilah dia.”

Keterangan Daripada Para Sahabat RA   

8. Suara Hatif 

“Apabila ada seruan dari langit, “Sesungguhnya kebenaran berada di pangkuan Keluarga Nabi Muhammad SAW,” maka pada ketika itu Al-Mahdi mulai gempar diperkatakan orang. Lantas umat manusia beransur-ansur mencintai Al-Mahdi. Seterusnya tidak ada orang lain lagi yang disebut-sebut oleh mereka melainkan Al-Mahdi.” Keterangan Daripada Tabiin dan Tabiit Tabiin   

1. Seruan Dari Langit  

“Nama Al-Mahdi akan dipanggil-panggil dari arah langit.” 

40. Terjadi Bencana Sebelum Al-Mahdi 

“Alam ini akan mengalami bencana, suatu yang tidak berkesudahan, sehinggalah terdengar satu seruan dari langit, “Ketahuilah bahawasanya yang menjadi pemimpin kamu di dunia ini adalah si anu. Dialah pemimpin yang sejati.” Diulang-ulang sebanyak tiga kali” 

41. Seruan Dari Langit 

“Suara dari langit menyeru, “Sesungguhnya pemimpin yang sebenar adalah daripada keturunan Rasulullah SAW.” Pada ketika itu suara dari bumi menyebutkan, “Sesungguhnya pemimpin yang sebenar adalah daripada keturunan Nabi Isa.” Atau dia mengatakan “Al-Abbas.” Suara dari bumi itu adalah suara syaitan manakala seruan dari langit itu adalah Kalam Allah, dan seruan inilah yang menang.” 

42. Lahirnya Puak-puak dan Berbeza-beza Pendapat 

“Di dunia ini akan terjadi sikap berpuak-puak dan perbezaan pendapat, sehingga muncul suatu tangan dan seruan dari langit yang menyeru, “Ketahuilah, bahawasanya pemimpin kamu semua adalah si fulan.” 

43. Suara Dari Langit 

“Semasa Al-Mahdidan As-Sufyani bertembung dalam peperangan, akan terdengar suatu suara dari langit, “Ketahuilah, bahawa wali-wali Allah adalah kawan-kawan Al-Mahdi.” 

44. Tanda-tanda Pada Hari Itu Juga 

“Tanda-tanda pada hari itu adalah adanya tangan yang menjulur dari langit yang dapat dilihat oleh sekalian manusia.” 

54. Suara yang Memanggil-manggil Nama Al-Mahdi 

“Ada suara dari langit yang memanggil-manggil nama Al-Mahdi. Suara itu dapat didengar oleh setiap orang, sama ada yang berada di Timur ataupun di Barat, sehinggakan orang yang sedang tidur pun akan terjaga kerananya.

Tanda lain yang lebih besar adalah kedengaran satu suara dari arah langit (suara hatif) yang menyatakan bahawa Imam Mahdi telah zahir ke dunia ini. 

Setelah itu, akan kedengaran sekali lagi satu suara yang dapat difahami yang datang dari arah langit yang memanggil-manggil nama Imam Mahdi. Suara itu amat kuat sehingga orang yang sedang duduk akan berdiri, yang berdiri akan terduduk dan yang tidur akan terjaga kerana terkejut mendengar suara itu. Suara itu dapat didengar oleh setiap orang di seluruh dunia ini. 

Tidak lama selepas itu akan kedengaran lagi suara dari langit dan suara dari langit itu akan dilawan oleh suara yang datang dari bumi. Suara yang dari langit itu adalah suara malaikat yang menyatakan bahawa Imam Mahdi adalah dari keluarga Nabi Muhammad SAW, manakala suara dari bumi pula menyebutkan bahawa Imam Mahdi itu adalah dari keturunan Nabi Isa AS. 
 
Orang-orang kafir akan mempercayai suara yang datang dari arah bumi itu manakala umat Islam akan mempercayai suara yang datang dari arah langit.

*** sebarkanlah jika ianya bermanfaat agar timbul kesedaran di kalangan hamba-hambaNYA yang bertaqwa akan hampirnya akhir zaman. Wallahualam...
 
Posted on 10:45 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin