AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

MARI BERSELAWAT DI HARI JUMAAT - "PENGHULU SEGALA HARI"


Dari Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Perbanyaklah shalawat kepadaku setiap hari jumaat karena shalawatnya umatku akan dipersembahkan untukku pada hari jumaat, maka barangsiapa yang paling banyak bershalawat kepadaku, dia akan paling dekat derajatnya denganku.”

(HR. Baihaqi dengan sanad shahih)
Posted on 8:49 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS @ MASJID NURUL EHSAN,TAMAN MEDAN & MASJID AL-SYAKIRIN, GOMBAK

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah 'Azza wa Jalla berfirman: Aku sentiasa menurut sangka hamba-Ku kepadaKu, dan Aku sentiasa bersamanya ketika dia menyebut namaKu. Jika dia menyebut namaKu dalam hatinya, maka Aku menyebutnya pula dalam hatiKu. Dan jika dia menyebut Ku dalam majlis ramai, maka Aku menyebutnya dalam majlis ramai yang lebih baik. Jika dia mendekati Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Dan jika dia mendekati-u sehasta. Aku mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepadaKu berjalan kaki, Aku mendatanginya dengan berlari."
 28HB APRIL 2012
 

 29HB APRIL 2012
 JOM PAKAT GI RAMAI-RAMAI !!
Posted on 4:11 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

GAMBAR - MAJLIS ILMU DAN ZIKIR BERSAMA HABIB UMAR DI MASJID NEGERI


Posted on 5:28 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

BAJU RASULULLAH S.A.W DAN SITI FATIMAH R.A


Saiyyidina Ali bin Abi Thalib Karamallahu wajhahu... merupakan menantu kesayangan Nabi saw dan isterinya, Fatimah Az-Zahra pula merupakan puteri kesayangan Nabi saw..jika diikutkan budaya dan trend masyarakat moden hari ini maka kedudukan mereka sebagai anak dan menantu kepada Nabi saw seorang pemimipin.... seseorang yang berkuasa..yang memegang pemerintahan...yang memegang kekayaan negara sudah pasti mereka berdua hidup di dalam kemewahan dengan harta yang berlimpah.

Namun perkara itu tidak berlaku..kepada puteri dan menantu Nabi saw...apabila ada riwayat yang menyatakan bahawa mereka berdua hidup di dalam serba kesederhanaan...dan adakalanya berlapar perut kerana ketiadaan makanan.

Imam At-Tabari di dalam kitabnya Al-Ausad ada meriwayatkan suatu hadis :

قال عمران: فرأيت صفرة قد ظهرت على وجهها، وذهب الدم، فبسط رسول الله صلى الله عليه وسلم
بين أصابعه ثم وضع كفه بين ثدييها، فرفع رأسه فقال ﴿الله مشبع الجوعة، وقاضى الحاجة، ورافع الوضيعة، لا تجع فاطمة بنت محمد﴾.
فرأيت صفرة الجوع قد ذهبت عن وجهها، وظهر الدم، ثم سألتها بعد، فقالت ﴿ما جعت بعد ذلك أبدا﴾رواه الطبرانى فى الأوسط

Ertinya:

Menurut cerita Imran bin Husain, Pernah satu hari, Fatimah r.anha muncul di hadapan Rasulullah dengan wajah kekuning-kuningan dan pucat akibat kelaparan. Rasulullah lalu berkata, “Mari ke mari mendekati aku..wahai Fatimah.”
Kemudian Baginda saw berdoa, “Ya Allah yang mengenyangkan orang yang lapar dan mengangkat orang yang jatuh, janganlah engkau laparkan Fatimah binti Muhammad.”

Imran kemudian menyatakan, “Darah tampak kembali di wajahnya dan hilanglah kekuning-kuningannya. ..dan pucat di wajahnya”

Begitulah keadaan puteri nabi saw yang merasa lapar kerana menjaga dirinya agar tidak mengambil hak yang bukan miliknya....kerana sifat kenyang itu...selalunya melupakan kita dengan Allah...lantaran nafsu yang membiak dengan makanan yang lazat dan mewah.

Di dalam satu riwayat lain yang diriwayatkan oleh Imam At-Thabrani..dengan sanadnya datang daripada Saidina Hussin daripada Fatimah r.anha

وروى الطبرانى بسند حسين عن فاطمة أن النبى صلى الله عليه وسلم أتاها يوما فقال ﴿أين ابناى?﴾يعنى الحسن والحسين، قالت: أصبحنا وليس فى بيتنا شئ يذوقه ذائق فقال على: أذهب بهما؛ فإنى أخاف أن يبكيا عليك وليس عندك شئ! فذهب بهما إلى فلان اليهودى، فتوجه إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم فوجدهما فى سربه بين يديهما فضل من تمر.
فقال يا على: ألا تنقلب بابنى قبل الحر?! قال: أصبحنا وليس عندنا شئ، فلو جلست يا رسول الله حتى أجمع لفاطمة بعض تمرات، فجلس رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى اجتمع لفاطمة شئ من تمر، فجعله فى حجره، ثم أقبل فحمل النبى صلى الله عليه وسلم أحدهما، وحمل على الآخر حتى أقبلها
Ertinya:

Suatu hari Rasulullah saw datang mengunjungi Fatimah, dan mencari cucu-cucunya...lalu baginda bertanya:

Di mana cucu-cucuku?

Saiyidatina Fatimah menjawab,

“Pagi ini tidak ada sesuatu di rumah kami yang dapat dimakan, sehinggakan Ali mengatakan,’Saya akan pergi dengan Hassan dan Hussin ke rumah seorang Yahudi.”(untuk mengambil upah menceduk air..dan bayarannya satu cebok air sebiji kurma)kerana aku takut sekiranya anak- anak kita ini menangis sedangkan tiada apa yang boleh kita berikan untuk mereka makan.

Rasulullah kemudian menyusul mereka dan melihat kedua cucunya sedang bermain dengan sisa kurma. Rasulullah saw bertanya,

“Wahai Ali, mengapa engkau tidak menyuruh kedua cucuku ini pulang sebelum mereka kepanasan?”

Saiyyidina Ali menjawab,

“Pagi ini tak ada sesuatu pun yang boleh kami makan di rumah. Bagaimana jika engkau duduk dulu, wahai Rasulullah, sehingga selesai kerjaku dan aku dapat mengumpulkan buah tamar hasil dari upahku mengangkat air untuk diberikan kepada Fatimah?”

Begitulah yang dilakukan Ali bin Abi Thalib, pejuang Islam yang perkasa...menantu kepada pemimpin yang berkuasa.... Ia tidak merasa segan menimba air untuk seorang Yahudi, dimana untuk setiap timba ia akan mendapat sebutir kurma. Setelah terkumpul buah kurma yang mencukupi untuk dia dan keluarganya, dia pun pulang ke rumah.

Saidina Ali r.a menantu kesayangan Nabi saw ...mungkin boleh meminta daripada nabi saw agar ayah mertuanya iaitu Nabi saw memberikannya kekayaan....dari sumber Negara.....mungkin dari harta baitul mal.....atau apa sahaja peluang dan ruang yang boleh digunakan sementelah kedudukannya yang rapat dengan Nabi saw.....namun peluang itu...tidak digunakan oleh Saiyidna Ali kerana beliau seorang sahabat dan menantu nabi saw yang beriman dan bertaqwa...tidak mungkin baginya membuat sesuatu yang menjadi kemurkaan Allah dengan mengambil harta yang bukan haknya.

Imam Al-Ghazali pula ada meriwayatkan tentang suatu kisah di mana
suatu hari Rasulullah pergi bermusafir. Di saat itu pula...Saiyidina Ali r.a baru mendapat ghanimah (harta rampasan perang), lalu membawanya kepada Saiyidatina Fatimah.

Harta rampasan perang itu memang menjadi hak Saiyidina Ali sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam maka Saiyidina Ali telah memberikan dua gelang perak kepada isterinya yang tercinta itu,begitu juga Saiyidatina Fatimah menggantungkan kain tirai hasil rampasan perang di atas daun pintu rumah mereka.

Apabila Nabi saw pulang dari musafirnya dan memang menjadi salah satu kebiasaan Rasulullah ketika pulang daripada musafirnya adalah...Baginda saw selalu singgah ke rumah puterinya yang tercinta...Saiyidatina Fatimah .

Apabila Baginda saw melihat di kedua pergelangan tangan Fatimah puterinya itu dua utas gelang perak... Baginda saw merasa kurang senang lalu keluar meninggalkan rumah puterinya itu.

Saiyidatina Fatimah yang menyedari gelagat ayahnya itu menangis teresak-esak kerana yakin yang dirinya yang telah menyakiti perasaan ayahandanya yang amat tercinta itu.. Lalu Saiyidatina Fatimah pun memanggil Hasan dan Husein. Diberikannya kepada mereka gelang perak dan tirai baru yang didapatinya dari Saiyidina Ali, lalu disuruh kepada kedua puteranya untuk menyampaikannya kepada Rasulullah saw

Fatimah Az-Zahra berpesan, “Pergilah kalian ke tempat ayahku, ucapkan salam kepadanya dan katakan kepadanya, ’Kami tidak akan melakukannya lagi, dan ini kami serahkan kepadamu.”

Apabila Rasulullah saw menerima pesanan tersebut, ia pun mencium kedua cucunya, memeluk mereka, lalu mendudukkan mereka masing-masing di atas pahanya.

Lalu gelang perak itu dibahagi-bahagikan kepada sekelompok Muhajirin yang tak punya tempat tinggal dan harta.

Sedangkan tirai itu pula dibahagikan kepada rakyat Nabi saw lantaran ada diantara mereka yang tidak berpakaian.

Kemudian Rasulullah berdoa, “Allah mengasihi puteriku Fatimah. Sungguh Allah akan memberikan kepadanya pakaian syurga dengan sebab tirai ini, dan akan memberinya perhiasan syurga dengan sebab kedua gelang ini.

Begitulah hebatnya Nabi saw mendidik puterinya dan menantu baginda...agar tidak menginginkan kekayaan dan kemewahan.

Sumber
Posted on 3:43 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 4 Comments »

APABILA MUNGKAR DAN NANGKIR MENYOAL


Barra' bin Azib meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Ada dua malaikat yang akan menanya si mayat. Kedua-duanya akan menyiasat si mayat dengan terperinci. Inilah rintangan terakhir yang dihadapi oleh mayat".

Apabila si mayat dapat menjawab kesemua soalan, maka terdengarlah seruan : "Benarlah engkau"

Selepas itu datanglah seorang yang cantik, wangi dan pakaiannya indah dan berkata : "Gembiralah anda mendapat rahmat Allah SWT dan Syurga yang cukup menyenangkan". Kemudian mayat itu berkata : "Engkau pun beruntung mendapat nikmat daripada Allah SWT, siapakah engkau ?" Jawabnya : "Akulah amal solehmu. Demi Allah SWT sepengetahuanku, engkau sangat taat mengerjakan suruhan Allah dan menghindari perbuatan maksiat, maka Allah pun memberi ganjaran kepadamu"

Kemudian terdengarlah seruan : "Berilah dia pakaian daripada Syurga dan bukakan kepadanya pintu ke Syurga. Kemudian diberilah dia pakaian daripada Syurga dan dibukakan pintu-pintu Syurga"

Kemudian mayat itu berdoa : "Ya Allah, segeralah kiamat, semoga aku berjumpa dengan keluargaku dan mendapat hartaku"

Sedangkan orang-orang KAFFIR, apabila sudah menghadap ke akhirat, turunlah kepadanya Malaikat yang sangat kejam dan memakai pakaian api dan baju daripada neraka. Apabila rohnya keluar semua malaikat yang berada di antara bumi dan langit serta Malaikat yang berada di langit melaknatinya. Semua pintu-pintu langit terkunci kerana tiada yang suka roh tersebut lalu di hadapannya.

Ketika roh itu mahu naik, para Malaikat pun mencampak semula roh itu ke bumi kerana amal jahatnya. Kemudian ada yang berkata : "Ya Allah, hambamu yang bernama ini tidak diterima oleh langit dan bumi."

Lalu Allah SWT berfirman : "Pulangkan dia, dan campakkannya ke tempat yang telah Aku sediakan. Aku sudah menyediakannya sesuai dengan firmanKu (iaitu Surah Thaha ayat 55)"

Maka mayat orang KAFFIR itu pun dapat mendengar suara selipar ketika orang yang menghantarnya mahu pulang, sehinggalah dia mendengar pertanyaan : "Siapa Tuhanmu, Siapa nabimu dan apa agamamu ?"

Dia akan menjawab : "Saya tidak tahu"

Kemudian disebutnya lagi "Saya tidak tahu" dan begitulah setiap kali soalan dikemukakan kepadanya.

Selepas itu datanglah orang yang sangat hodoh, berbau dan berpakaian buruk dan berkata : "Rasakanlah kemurkaan dan seksa Allah SWT" Mayat KAFFIR tadi pun bertanya : "Siapa engkau ?" Jawab orang hodoh itu : "Akulah amal jahat mu. Engkau selalu mengerjakan maksiat kepada Allah serta tidak mahu mentaati perintah Allah, oleh itu Allah memberi balasan yang setimpal kepada mu"

Mayat KAFFIR itu pun berkata : "Engkau pun mendapat kemurkaan Allah SWT"

Kemudian datang seorang yang tuli, bisu dan pekak membawa tukul daripada besi yang teramat berat yang tidak mampu diangkat dan dipikul oleh manusia dan jin. Kalau dipukulkan kepada gunung nescaya runtuhlah gunung itu. Lalu dia memukul mayat itu sekali pukul terus menjadi debu. Setelah itu dikembalikan rohnya dan dipukul lagi di antara kedua belah matanya sehingga didengari oleh seluruh penduduk bumi kecuali jin dan manusia.

Setelah itu terdengar suara : "Berikan pakaiannya daripada api dan bukakan pintu ke neraka" Kemudian diberilah dia pakaian daripada api dan dibukakan pintu neraka.
 
"Ya Allah, jauhkan kami dan ahli keluarga kami serta semua muslimin dan muslimat dari azab api neraka Mu"...Ameen Ya Rabb..Ameen Allahumma Ameen..
Posted on 1:39 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

BERUNTUNGNYA ORANG YANG MEMBACA AL-QURAN

 

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ia juga menjelaskan persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke surga atau ke neraka.
 
Terlampau banyak faedah membaca al Quraan untuk keselamatan, kebahagiaan, perlindungan dunia dan akhirat sebagaimana yang dijanjikan Allah swt. Jika hendak dihuraikan di ruang yang terhad ini agaklah sukar kerana teramat banyaknya. Di sini saya ringkaskan dari beberapa petikan quraan dan hadis tentang faedah2 membaca al quraan. Di antaranya:
 
1. Satu huruf yang dibaca diberi satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh,
 
2. Mendapat tempat istimewa diakhirat dengan lebih baik bacaan/tartil lebih tinggi kedudukannya.
 
3. Ibadat yang paling mulia di antara ibadat.
 
4. Dapat menghidar dari hati menjadi berkarat
 
5. Rumahnya dikunjungi malaikat dan banyak kebaikannya. Syaitan menjauhi rumah tersebut
 
6. Pembaca al quraan disayangi Allah swt dan Rasul saw
 
7. Allah memuji pembaca alquraan di hadapan malaikat
 
8. Allah swt menghujani rahmat ke atas pembaca al quraan
 
9. Mententeram jiwa yang resah
 
10. Al quraan menemani pembacanya di dalam kubur dari siksaan Mungkar dan Nangkir serta mengatur untuk simati dpd malaikat dari syurga tempat tidur dari syurga yg dipenuhi bauan kesturi
 
11. Rasulullah swt bersabda: "dihari pengadilan, di hadapan Allah swt , tiada syafaat yg lebih baik darjatnya dari al Quraan, mahupun dari nabi atau malaikat".
 
12. Dapat membina akhlak yang baik
 
13. Rasulullah saw bersabda: "Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya." (Hadis riwayat Muslim)
 
14. Rugi bagi orang yang kurang gemar membaca al-Quran kerana Rasulullah banyak menyebut dalam hadis faedah dan fadilat membaca al-Quran.
 
15. Pembaca al-Quran dinaungi dengan payung rahmat. Dikelilingi malaikat dan diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan.
 
16. Pembaca al-Quran dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah dan dipelihara-Nya daripada kegelapan.
 
17. Pembaca al-Quran, hatinya tidak gundah dan terlepas daripada kesusahan pada hari kiamat. Hal ini kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah.
 
18. Rahmat membaca turut diberi kepada ibubapanya pada hari kiamat dengan mahkota yang bercahaya.
 
19. Mendapat kedudukan yang tinggi disyurga mengikut tartil.
Posted on 3:26 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

HABIB UMAR BENHAFIDZ KETURUNAN RASULULLAH S.A.W DI SEREMBAN 22hb APRIL 2012


MALAM IHYA MAHABBAH RASULULLAH SAW BERSAMA AL HABIB UMAR BIN HAFIDZ
Tarikh : 22 April 2012, Ahad
Masa : 5.30 ptg - 11.00 mlm
Tempat : Masjid Negeri, Seremban, N.Sembilan.

ATUCARA MAJLIS
5.30 ptg : Ketibaan Para Jemputan
6.00 ptg : Qasidah oleh kumpulan Al-Ulfah, Madrasah Azzein Lissuluk Ilallah
6.30 ptg : Ratib Haddad oleh Ittihad An-Nur Malaysia
6.45 ptg : Tazkirah oleh Ustaz Hambali
7.00 mlm: Qasidah dan Salawat
7.10 mlm : Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat
7.25 mlm : Solat Maghrib Berjemaah
7.55 mlm : Majlis dimulakan oleh Pengerus. Majlis, Ust. Shuhadak Mahmud, Pengasas Sahah Al Ja’afaryyah Negeri Sembilan
8.00 mlm : Bacaan Al-Quran oleh Dr. Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, Pensyarah USIM
8.20 mlm : Maulid Dhiaulla’mie Oleh Ittihad An-Nur Malaysia
9.00 mlm : Ketibaan Jemputan Al Habib Umar Bin Hafidz
10.30 mlm : Solat Isya berjemaah
11.00 mlm : Jamuan / Bersurai

Posted on 2:39 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

JADUAL REHLAH DAKWAH - HABIB UMAR BENHAFIDZ



SELANGOR
17 April 2012 (Selasa)

Masa : 6.30 pm
Program: Malam Ihya Mahabbah Rasulullah
Tempat: Masjid AlFalah USJ9, Subang Jaya, Selangor

MELAKA
18 April 2012 (Rabu)

Masa : 6.30 pm
Program: Malam Ihya Mahabbah Rasulullah
Tempat: Masjid Al Azim (Masjid Negeri), Bandar Melaka, Melaka

JOHOR
19 April 2012 (Khamis)

Masa : 6.00 pm
Program: Kuliah Subuh
Tempat: Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bharu, Johor

Masa : 5.00 pm
Program: Malam Ihya Mahabbah Rasulullah (Bersempena dengan Sambutan Haul Habib Ali Jaafar Al Aydarus, Batu Pahat)
Tempat: Unibersiti Tun Hussein Onn, Sri Gading, Johor

20 April 2012 (Jumaat)

Masa : 6.00 am
Program: Kuliah Subuh
Tempat: Masjid Bandar Baru Uda, Johor Bharu, Johor

Masa : 12.30 pm
Program: Tazkirah Jumaat
Tempat: Masjid Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Masa : 6.30 pm
Program: Malam Ihya Mahabbah Rasulullah
Tempat: Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Skudai, Johor

KUALA LUMPUR
21 April 2012 (Sabtu)

Masa : 6.30 pm
Program: Malam Ihya Mahabbah Rasulullah
Tempat: Masjid Khalid Ibn Walid, Kementah, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur

NEGERI SEMBILAN
22 April 2012 (Ahad)

Masa : 6.30 pm
Program: Malam Ihya Mahabbah Rasulullah
Tempat: Masjid Negeri, Jalan Dato' Hamzah, Seremban, Negeri Sembilan

KEDAH
24 April 2012 (Selasa)

Masa : 6.30 pm
Program: Malam Ihya Mahabbah Rasulullah
Tempat: Dewan Seri Mentalon, Kediaman Y.A.B. Menteri Besar kedah, Alor Setar, Kedah

25 April 2012 (Selasa)

Masa : 6.00 am
Program: Kuliah Subuh
Tempat: Masjid Al Bukhary, Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah

Masa : 6.30 pm
Program: Malam Ihya Mahabbah Rasulullah
Tempat: Masjid Jamek Al Ehsan, Kampung Sungai Mati, Langgar, Kedah

Semoga bermanfaat buat semua.
Posted on 4:54 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

MAULID AL RASUL S.A.W PERDANA - MARI TINGKATKAN KECINTAAN KEPADA ALLAH S.W.T DAN RASULULLAH S.A.W

Posted on 11:41 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

AL-HABIB ALI AL-JUFRI at UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA)

Posted on 11:35 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

JADUAL KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS APRIL 2012

Posted on 8:18 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

FATWA DAN HUKUM MENYAMBUT APRIL FOOL


Pada 1 April setiap tahun, sebahagian masyarakat menyambut hari tersebut dengan mengadakan perbuatan menipu atau gurauan untuk mengenakan orang lain.  Mereka memanggil tarikh 1 April ini sebagai April Fool.

Kita sedia maklum bahawa April Fool bukanlah budaya kita, tetapi ia merupakan budaya yang dibawa masuk dari Barat.  Dan ISLAM juga sangat-sangat melarang ummatnya melakukan perbuatan menipu dengan sengaja, walau dalam bentuk apa sekalipun, samada dalam bentuk gurauan ataupun bukan.

Mari kita lihat beberapa pendapat `ulama muktabar berkaitan isu April Fool ini:

1)  Shaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi:

Beliau menyebutkan bahawa menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah sallAllahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu `alaihi wasallam bersabda:
“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda:
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran.”  [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Sebahagian hadis Nabi sallallahu `alaihi wasallam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentuk pun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:
  1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
  3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
  4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

2)  Shaikh Atiyyah Saqr:

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline.net]

3)  Shaikh Shalih Fauzan:

Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834, beliau menyatakan bahawa:
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wassalam bersabda:
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”  

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.
Muslimin/muslimat sekalian,

Jika tanpa melihat fatwa dan pandangan ulama pun, kita sedia maklum bahawa amalan menipu melanggar etika seorang manusia yang bermoral.  Tiada satu pun manusia yang normal fikirannya yang suka atau rela dia ditipu.

Apatah lagi ditambah lagi dengan komen-komen para ulama yang disertakan hadith-hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang melarang kita menipu, maka ternyatalah bahawa tradisi April Fool ini wajar dihentikan dan ditinggalkan oleh mereka yang selalu menyambutnya, walau untuk tujuan bergurau!  (Ketiga-tiga pendapat ulama di atas telah saya petik dari laman sebuah laman blog, terima kasih.)

Mudah-mudahan peringatan ini bisa membuka minda dan menyedarkan kita semua betapa ISLAM adalah agama yang sejahtera dan mensejahterakan.  Larangan ini bagi menjaga hak setiap jiwa manusia agar tidak teraniaya.

http://ustazazhar.net
Posted on 8:47 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin