AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Yang Haram Itu Bukan Penawar

Kabinet Ubat K.G.W
Beberapa hari yang lalu kami sekeluarga pulang ke kampung untuk memenuhi jemputan kenduri. Ketika perjalanan pulang ayah bercerita yang dia ada berbual dengan seorang pakcik yang menghidap penyakit di bahagian kemaluannya. Melalui penceritaan ayah, sakitnya agak kronik sehingga tidak mampu tidur setiap malam. Khabarnya, perubatan moden dan tradisional pun masih belum dapat menyembuhkan sakit pakcik tersebut. Aku berkata, “sesungguhnya kesembuhan itu hanyalah dari Allah s.w.t dan tiada lainnya”. Tapi, apa yang paling mengejutkan, disebabkan tidak dapat tidur hampir setiap malam, pakcik tersebut mengambil arak, 1 tin setiap malam, hanya untuk tidur. Katanya ‘darurat’ dan bila minum arak, hilang sakitnya dan barulah mata boleh dilelapkan. Aku berkata lagi, “memangla boleh lelap, dah mabuk, memang betul sakit pakcik ni.” Nauzubillahiminzalik…benda yang haram tetap haram, ia akan membawa lebih banyak penyakit yang lebih teruk lagi.

Persoalan utama di sini, bolehkah arak dan perubatan dengan unsur haram termasuk dalam kategori darurat?

Rujuk Surah Al-Maidah, ayat ke-90 bermaksud: “Wahai orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya.”

Allah s.w.t. juga menyebut larangan keras arak dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-219 yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah : Pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.”

Larangan yakni keharaman memakan bangkai dan daging babi juga telah Allah s.w.t. wahyukan. Sebagaiman firmanNya dalam Surah al-An’am ayat ke-145 yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya semua itu adalah najis atas sesuatu yang dilakukan secara fasiq.’”

Lantaran itu Rasulullah s.a.w. menegah kita berubat dengan menggunakan benda-benda yang telah di haramkan oleh Allah s.w.t..Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam sebuah hadith daripada Ibn Mas’ud r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak pernah menjadikan penyembuhan penyakit kamu bersumberkan daripada yang diharamkan kepada kamu.”

Hadith lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abu Darda’ r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan penawarnya. Dan Dia menjadikan bagi setiap (penyakit) ada ubat penawarnya. Maka hendaklah kamu berubat namun janganlah berubat dengan benda-benda yang diharamkan.”

Penawar Mestilah Yang Halal

Sememangnya hidup sebagai umat islam mestilah berlandaskan hukum syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t., dari sebesar-besar hal hinggalah sekecil-kecil perkara. Dalam kitab Sahih Muslim daripada Tariq bin Suwaid al-Ju’fi diriwayatkan bahawa ia pernah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang khamar (arak), maka Nabi s.a.w. melarangnya atau membencinya kerana membuat minuman itu. Beliau berkata: “Sesungguhnya saya membuatnya untuk dijadikan ubat.” Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Khamar itu bukan ubat tetapi penyakit.”

Juga merujuk kepada hadith dari Tariq bin Suwaid bahawa ia pernah bertanya: Ya Rasulullah, sesungguhnya di negeri kami terdapat anggur-anggur yang biasa kami perah, lalu kami minum.” Baginda s.a.w. menjawab: “Tidak boleh.” Aku mengulangi lagi pertanyaan, kemudian aku menjelaskan bahawa kami memberinya sebagai ubat untuk orang sakit. Baginda s.a.w. bersabda lagi maksudnya: “Minuman keras itu tidak boleh menjadi ubat, kerana ia adalah penyakit.”

Daripada Aisyah r.h.a. dalam Musnad Ibn Abi Syaibah, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang berubat dengan minuman keras, nescaya Allah tidak akan menyembuhkannya.” Dan banyak lagi hadith serta riwayat yang menerangkan larangan berubat dengan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t.. Sama ada menurut akal mahupun hukum syariat, ia adalah sesuatu perbuatan yang akan memberikan kesan yang buruk dan tidak mendapat rahmat malah berdosa di sisi Allah s.w.t

Ubat Mujarab = Rahmat & Berkat

Sesungguhnya dalam Islam, panduan syariat yang di tetapkan telah menutup jalan ke arah yang haram. Menurut kitab al-Tib al-Nabawi, karangan Ibn Qayyim al Jawziyah, sesuatu yang diharamkan bererti mesti dielakkan dan dijauhi dengan apa cara sekalipun. Jika dibenarkan menjadikan sesuatu yang haram sebagai ubat nescaya orang ramai akan berusaha untuk mencarinya. ‘Al-ghoyah la tubarriru al-wasilah’, matlamat tidak menghalalkan cara. Itu jelas bertentangan dengan kaedah syariat.

Tiada mujarab suatu ubat itu jika tiada keizinan dan rahmat dari Allah s.w.t baginya untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Sudah pastilah ubat yang hendak digunakan ciri-ciri utamanya mestilah halal dan berkhasiat. Barulah ianya bermanfaat dan beroleh keberkatan dari Allah s.w.t. Akhir sekali, seseorang muslim yang beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya akan memilih ubat yang berkat bagi keberkatan tubuh badannya. Bahkan semakin tebal iman seseorang semakin dia membenci sesuatu yang haram dan semakin hilang kenyakinannya terhadap yang haram itu. Meskipun terpaksa memakannya, dia takut akan menjadi penyakit baginya.

Semoga ‘pakcik’ tersebut beroleh hidayah dari Allah s.w.t. dan mendapat penawar yang halal lagi baik. Sama-sama kita doakan. Wallahu Tabaraka Wata’ala a’lam.

* Rujukan dan Pengolahan isi dari TibNabawi – Perubatan Rasulullah
  Ustaz Mohd Wahid Abd Hanif

Posted on 9:44 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

Awk..Tak rimas ke ??

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi kerana masih di beri kesempatan hidup dan dengan rahmatNya diri ini masih lg boleh ber'blogging'. Moga segala apa yang di postingkan menjadi salah satu amal jariah, begitu juga dengan blogger-blogger yang lain. Entry kali ini hanya di copy paste dari blog rakan ana, minta izin share ye..:)

Isi entry kali ini amat menarik, mungkin lebih dekat dengan muslimah..tapi uslub dakwah yang digunakan amat kreatif dan terkesan di hati ini..Moga para pembaca beroleh manfaat dan para Dai'e mendapat idea baru dalam lapangan dakwah masing-masing.'credit' kepada penulis.Selamat Membaca !!

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)

Pada suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.
Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.
" Awak, boleh saya tanya?"
"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.
"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.
Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.
"Tapi kenapa ya?"
"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.
Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.
" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"
Dia mengangguk
"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.
"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.
" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.
"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.
"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.
"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.
" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"
"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"
"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"
Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.
"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."
Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.
"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seatbelt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.
"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"
Dia menggeleng kepala tanpa suara.
" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.
" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.
"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."
"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.
"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.
"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..
Dia mengangguk...
"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.
" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.
Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil brmonolog sendirian.
'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.
dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...

*gmbr ni ana jmpa kt laman sesawang mana ntah,dah xigt..Moga muslimah didalam gmbr ni xberkecil hati dgn ana..Gunakan gmbrnya utk posting kali ini.
Posted on 12:35 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 9 Comments »

TITIAN SIRAT

 
Bismillahirrahmanirrahim…  
Salam alaik’ buat semua muslimin dan muslimat..

Mari kita rujuk sebuah hadis panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Dan diletakan sebuah jambatan di atas neraka jahanam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu: “Ya Allah, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab: “Pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan: “Sesungguhnya pengait itu seperti duri pokok Sa’dan, namun hanya Allah yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya sangat mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan dan ketakutan terdengar daripada berbagai arah. Lebih mengerikan lagi, suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang yang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia, “Ya Allah, selamatkan, selamatkan.”

Hakikat Sirat

Kenyakinan akan adanya sirat adalah tergolong dalam salah satu perkara ghaib yang wajib diyakini oleh setiap orang yang bergelar muslim dan ini adalah aqidah seluruh Ahli Sunah Waljamaah. Imam al-Nawawi berkata dalam Syarh Sahih Muslim, “Semua ulama salaf telah ijmak (sepakat) menetapkan adanya titian ini.” Jadi, setiap Muslim wajib menjadikan kepercayaan mengenai perkara ini sebagai sebahagian daripada aqidahnya.

Berkenaan dengan sifat titian sirat, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, mafhumnya: “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said al-Khudri) Dalam hadis Ahmad daripada Aisyah r.h.a, Rasulullah s.a.w. menyebutkan bahawa sifat titian itu lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Itulah sebabnya setiap hari kita meminta Siratulmustakim (jalan yang lurus) di dalam solat kita. Oleh sebab itu, sesiapa yang memilih jalan Allah, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah di lalui untuk mencapai syurga idaman.

Dan sebaliknya, sesiapa yang enggan melalui jalan Allah ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal haram, maka pada hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Begitu juga bagi orang yang pernah melalui jalan islam namun berbalik, murtad di tengah-tengah jalan. Kedua-dua golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahanam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata: “Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

Berjalan dengan Cepat


Terdapat berbagai-bagai hadis yang menyebutkan bahawa setiap orang lalu di atas sirat sesuai dengan amal perbuatanya di dunia. Dalam sebuah riwayat Muslim daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: “Maka berlalu orang Mukmin dalam sekelip mata, ada juga yang lalu seperti kilat, seperti angina, seperti burung, seperti kuda pacu dan seperti unta.”

Dalam riwayat Imam Hanad bin Siri daripada Ibn Mas’ud, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Lalu seperti orang yang berlari,lalu seperti orang yang berjalan. Ada juga yang berjalan dengan merangkak menggunakan perutnya. Ia berkata: “Ya Tuhan, kenapa Engkau lambatkan aku?’ Maka dijawab: ‘Aku tidak melambatkanmu, tetapi amal perbuatanmu sendiri yang melambatkan dirimu.’”

Ini juga adalah balasan bagi kecepatan setiap orang dalam meraih redha Allah di dunia. Sesetengah manusia ada yang jika diperintahkan melakukan ibadah atau membantu saudaranya, ia segera melakukan perbuatan itu tanpa berlengah-lengah. Sesetengah yang lain melakukanya setelah satu jam, satu hari atau seminggu kemudian. Sebahagian yang lain, bahkan hanya dapat melaksanakan perintah itu setelah ia hamper meninggal dunia.

Sering kali kita terdengar ucapan seseorang ketika diajak kembali ke jalan Allah, “Nantilah dulu, bila aku dah tua, aku bertaubatlah.” Juga ucapan seseorang wanita jika dinasihati supaya menutup aurat, “Nanti bila dah tua, aku pakai la tudung / hijab.” Dan juga, “Belum terbuka pintu hati aku ni nak pakai tudung.” Ucapan ini bertitik tolak daripada akal yang lemah dan juga pemikiran yang dangkal. Jika seseorang itu beriman, tidak mungkin ia berkata seperti itu. Sebab semua orang tahu bahawa ajal boleh datang tiba-tiba tanpa membezakan usia, lalu siapa yang menjamin bahawa ia mencapai usia tua?

Itu sebabnya ulama salafussoleh selalu berpesan, “Hati-hati dengan kalimat ‘nanti’ (saufa); nanti aku solat, nanti aku berzakat; nanti aku puasa;” (Ibn al-Mubarak, al-Zuhd). Rasulullah s.a.w. juga selalu mengingatkan agar kita jangan pernah menunda-nunda pekerjaan yang baik. Baginda ditanya: “Sedekah apa yang paling banyak pahalanya?” Rasulullah s.a.w. menjawab yang bermaksud: “Iaitu sedekah yang engkau berikan ketika masih sihat, kedekut, takut jatuh fakir dan masih menyukai kekayaan. Jangan tunggu hingga nyawa telah berada di kerongkong, lalu pada saat itu engkau berkata: ‘Ini untuk si polan, ini untuk si polan.’ Padahal seharusnya sejak lama harta itu milik si polan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ringkasnya, secepat apa pun tindakan kita dalam berbuat kebaikan, secepat itu juga perjalanan kita melintas di atas sirat nanti.

Renungan Bersama

Setiap orang daripada kita akan melalui masa-masa ini. Akan tiba masanya kita memandang sirat di hadapan, dengan api neraka yang berwarna hitam menyala-nyala di bawahnya. Kita lalu dipaksa untuk ,melangkahkan kaki ke atasnya, padahal hati kita berdebar-debar, tubuh gementar dan suara jahanam seolah-olah penuh kemarahan.

Kita menoleh ke kanan dan kiri, kita lihat ribuan manusia terjatuh satu persatu dari titian. Pada saat itu, jantung kita seolah-olah terputus kerana ketakutan. Fikiran kita seera kembali ke dunia mencari-cari, amalan apa yang pernah aku siapkan untuk menghadapi saat-saat ini? Orang yang berakal segera beramal untuk saat itu sejak saat ini.

Wallahu a’lam bishawab….
Posted on 12:28 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Jiwa Taqwa

Taqwa adalah salah satu sifat mahmudah yang dicari-cari oleh setiap umat islam di muka bumi ini. Ia adalah segala sumber kebaikan dan satu-satunya cara untuk mencegah perbuatan dosa. Dengan adanya taqwa, maka wujudlah asas utama dalam pembinaa jiwa dan akhlak seseorang muslim dalam menelusuri arus gelombang kehidupan. Secara langsung, taqwa menjadikan seseorang bersabar dengan segala ujian dan cubaan. Maka perlu proses dalam tiap-tiap jiwa seorang muslim dalam membentuk jiwa taqwa.

1. Mu’ahadah (Mengingati Perjanjian)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji.” (Surah al-Nahl 16:91)

Untuk mengingati perjanjian kita dengan Allah, kita perlu mempunyai masa menyendiri dengan Allah dan berbual-bual denganNya. Sekurang-kurangnya dilakukan dalam solat kita apabila kita merayu: “Hanya kepadaMu kami beribadah dan hanya kepadaMu kami mohon pertolongan.”

2. Muraqabah (Merasakan Dekatya Allah s.w.t)


Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (utk solat) dan melihat pula perubahan gerak badanmu antara orang yang sujud.” (Surah al-Syu’ara 26: 218 – 29)

Nabi s.a.w berkata ketika ditanya tentang ihsan,maksud sabda Baginda: “Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya, dan jika kamu tidak melihatNya, maka sesunggunya Allah melihat kamu.” (Riwayat al-Bukhari no. 50 dan Muslim no. 9)

Pada saat terjadi pertempuran dahsyat dalam hati ketika kita hendak melakukan sesuatu amalan, antara pujukan syaitan yang mengarah kepada riyak dan desakan nafsu yng menyuruh meninggalkan amalan itu, rasa dekat dengan Allah akan meleraikan peperangan jiwa itu. Terus lakukan amalan dengan jiwa yang ingin dekat kepada Allah semata-mata.

3. Muhasabah (Memeriksa Diri)


Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Hasyr 59:18)

Muhasabah dapat memperbaiki niat, menjana taubat dan menjadikan kita insan yang sentiasa beringat.

4. Mu’aqabah (Menghukum)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Dan dalam qisas (sejenis hukuman) itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu wahai orang yang berakal, supaya kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah 2:178)

Sebagai contoh, seseorang boleh mendisiplinkan dirinya dengan menahan kesukaannya. Bila mana seseorang individu itu melakukan perkara yang sia-sia (lagho) maka dia melakukan mu’aqabah (ke atas dirinya) dengan menghukum diri dari perkara kesukaannya.

5. Mujahadah (Melawan Dorongan Nafsu)


Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan orang yang berjihad umtuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Surah al-Ankabut 29:69)

Apabil diri terbuai dengan pesona dunia, harulah kita bersikap tegas diri. Ingatlah pada natijah sebuah mujahadah amatlah manis.

Khatimah

Dengan mu’ahadah,jadilah kita orang yang teguh atas syariat Allah. Dengan muraqabah, terasa diri tenang dengan kebersamaan Allah s.w.t baik tika bersendirian ataupun di tengah khalayak orang ramai. Dengan muhasabah, bebaslah kita daripada tarikan nafsu serta cepat kembali untuk memenuhi hak-hak Allah dan hak-hak manusia. Dengan mu’aqabah, terhukumlah nafsu dan selamatlah diri daripada penyimpangan. Dengan mujahadah, kita dapat melakukan segala kebaikan dan menundukkan sifat bermalas-malasan, pujuk rayu bilis dan rangsangan syahwat. InsyaAllah, dengan semua ini hidup kita akan dimuliakan dengan taqwa.
Posted on 1:48 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

Seminar Terbuka HTM:Siri Jelajah Malaysia 2010-Selangor

Seminar terbuka anjuran bersama Hizbut Tahrir Malaysia dan Khilafah Centre: Kembalikan Khilafah, Selamatkan Dunia

Tarikh: Ahad, 19 Disember 2010
Masa: 8:30 pagi - 1:00 petang
Tempat: Dewan Sri Cempaka, Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi, Selangor

Ahli Panel:
1. Ust. Abdul Hakim Othman (Presiden HTM)
2. Ust. Umar Husein (Timb. Presiden HTM)

Masuk adalah percuma.
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.


Posted on 12:30 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Tawakal dan Ikhlas - Bhg.2

Adapun ikhlas dalam perkara ketaatan kepada Allah SWT, adalah dengan meninggalkan sikap riak. Ikhlas adalah termasuk amalan hati yang tidak dapat diketahui oleh sesiapa, melainkan seorang hamba dan Tuhannya. Sama ada ikhlas atau tidak, kadang-kadang sangat samar dan membuat seseorang itu keliru, sehingga ia meneliti kembali dan tertanya-tanya pada dirinya, di samping berulang kali berfikir kenapa ia melaksanakan ketaatan itu atau kenapa ia melibatkan dirinya dalam ketaatan. Jika ia mendapati bahawa dirinya melaksanakan ketaatan itu semata-mata kerana Allah, bererti ia ikhlas. Jika ternyata ia mendapati dirinya melaksanakan suatu ketaatan kerana tujuan selain Allah, maka bererti ia telah menjadi orang yang riak.

Nafsiyah (pola sikap) seperti ini memerlukan penyelesaian secara serius. Kemungkinan ia akan mengambil masa yang panjang untuk mengatasinya. Jika seseorang telah sampai pada keadaan yang mana ia lebih suka menyembunyikan segala kebaikannya, maka itu menandakan dirinya telah bersikap ikhlas. Al-Quthubi berkata; al-Hasan pernah ditanya tentang ikhlas dan riak, kemudian ia berkata,

“Di antara tanda keikhlasan adalah jika engkau suka menyembunyikan kebaikanmu dan tidak suka menyembunyikan kesalahanmu.” Abu Yusuf berkata dalam al- Kharaj; Mas’ar telah memberitahukan kepadaku, daripada Sa’ad bin Ibrahim, ia berkata, “Mereka (para sahabat) menghampiri seorang lelaki pada perang al-Qadisiyah. Tangan dan kaki lelaki itu putus, ia sedang memeriksa pasukan seraya membacakan firman Allah:

“Mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (TMQ. an-Nisa [4]: 69)

Seseorang bertanya kepada lelaki itu, “Siapa engkau wahai hamba Allah?” Ia berkata, “Aku adalah seorang dari kaum Anshar.” Lelaki itu tidak mau menyebutkan namanya.

Ikhlas hukumnya wajib. Dalilnya sangat banyak, baik dari al-Kitab maupun as-Sunnah. Allah Swt. berfirman:

“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Wahai Muhammad) Dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah Engkau menyembah Allah Dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.” (TMQ. az-Zumar [39]: 2)

“Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (dari syirik)”. (TMQ. az-Zumar [39]: 3)

“Katakanlah lagi (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku diperintahkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan segalaiIbadat kepadanya.” (TMQ. az-Zumar [39]: 11)

“Katakanlah lagi: "Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepadaNya”. (TMQ. az-Zumar [39]: 14)

Ayat-ayat di atas merupakan seruan kepada Rasulullah SAW, tetapi seruan itu juga terkena kepada umatnya. Adapun dalil tentang kewajipan ikhlas berdasarkan as-Sunah ialah:

Hadis dari Abdullah bin Mas’ud riwayat at-Tirmidzi dan asy- Syafi’i dalam ar-Risalah dari Nabi SAW, beliau bersabda: Allah akan menerangi orang yang mendengar perkataanku, kemudian ia menyedarinya, menjaganya, dan menyampaikannya. Kadang-kadang ada orang yang membawa pengetahuan kepada orang yang lebih tahu darinya. Ada tiga perkara yang menyebabkan hati seorang muslim tidak dirasuk oleh sifat dengki, iaitu ikhlas beramal kerana Allah, menasihati para pemimipin kaum Muslim, dan senantiasa berada di dalam jemaah al-muslimin. Kerana dakwah akan menyelimuti dari belakang mereka.

Dalam pembahasan bab ikhlas ini terdapat pula hadis yang senada daripada Zaid bin Tsabit riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya.

Juga dari Jubair bin Muth’im riwayat Ibnu Majah dan al- Hakim. Ia berkata, “Hadis ini sahih memenuhi syarat al-Bukhari Muslim.” Juga dari Abu Sa'id al-Khudzri riwayat Ibnu Hibban dalam kitab Sahih-nya dan al-Bazzar dengan isnad yang hasan. Hadis ini dituturkan pula oleh as-Suyuthi dalam al-Azhar al-Mutanatsirah fi al-Ahadits al-Mutawatirah.

Hadis dari Ubay bin Ka’ab ra. riwayat Ahmad, ia berkata dalam al-Mukhtarah, isnadnya hasan; Rasulullah SAW. bersabda: Berikanlah khabar gembira kepada umat ini dengan kemegahan, keluhuran, pertolongan, dan keteguhan di muka bumi. Siapa sahaja daripada umat ini yang melaksanakan amal akhirat untuk dunianya, maka kelak di akhirat ia tidak akan mendapatkan bahagian apa pun.

Hadis dari Anas riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim, ia berkata hadis ini sahih memenuhi syarat al-Bukhari Muslim, Rasulullah SAW. bersabda:

Barangsiapa yang meninggalkan dunia ini (wafat) dengan membawa keikhlasan kerana Allah SWT sahaja, ia tidak menyekutukan Allah sedikit pun, ia melaksanakan solat, dan menunaikan zakat, maka ia telah meninggalkan dunia ini dengan membawa redha Allah SWT.

Hadis dari Abu Umamah al-Bahili riwayat an-Nasai dan Abu Daud, Rasulullah SAW. bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah SWT. (al-Mundziri berkata, “Isnadnya sahih”)

http://www.mykhilafah.com
Posted on 4:52 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

MUHARRAM - Syahrullah ( Bulan Allah ) datang lagi....

 
Bulan Muharram adalah salah satu dari empat bulan haram atau bulan yang dimuliakan Allah. Empat bulan tersebut adalah bulan Dzulqa’dah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab.

“Sesungguhnya jumlah bulan di kitabullah (Al Quran) itu ada dua belas bulan sejak Allah menciptakan langit dan bumi, empat di antaranya adalah bulan-bulan haram” (QS. At Taubah: 36)

Kata Muharram artinya “dilarang”. Sebelum datangnya ajaran Islam, bulan Muharram sudah dikenal sebagai bulan suci dan dimuliakan oleh masyarakat Jahiliyah. Pada bulan ini dilarang untuk melakukan hal-hal seperti peperangan dan bentuk persengketaan lainnya. Kemudian ketika Islam datang, kemuliaan bulan haram ditetapkan dan dipertahankan sementara tradisi jahiliyah yang lain dihapuskan termasuk kesepakatan tidak berperang.

Bulan Muharram memiliki banyak keutamaan, sehingga bulan ini disebut bulan Allah (Syahrullah). Beribadah pada bulan haram pahalanya dilipatgandakan dan bermaksiat di bulan ini dosanya dilipatgandakan pula. Pada bulan ini, tanggal 10 Muharram, Allah menyelamatkan nabi Musa a.s dan Bani Israil dari kejaran Firaun. Mereka memuliakannya dengan berpuasa. Kemudian Rasulullah SAW menetapkan puasa pada tanggal 10 Muharram sebagai kesyukuran atas pertolongan Allah SWT. Masyarakat Jahiliyah sebelumnya juga berpuasa. Puasa Muharram tadinya hukumnya wajib, kemudian berubah jadi sunnah setelah turun kewajiban puasa Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda: “Dari Ibu Abbas ra, bahwa Nabi SAW, ketika datang ke Madinah, mendapatkan orang Yahudi berpuasa satu hari, yaitu ‘Asyuraa (10 Muharram). Mereka berkata, “Ini adalah hari yang agung yaitu hari Allah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan keluarga Firaun. Maka Nabi Musa as berpuasa sebagai bukti syukur kepada Allah SWT”. Rasulullah SAW, berkata, “Saya lebih berhak mengikuti Musa as. Daripada mereka.” Maka beliau berpuasa dan memerintahkan (umatnya) untuk berpuasa”. (HR. Bukhari)

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baiknya puasa setelah Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah Muharram. Dan sebaik-baiknya ibadah setelah ibadah wajib adalah shalat malam.” (HR Muslim)

Walaupun ada kesamaan dalam ibadah, khususnya berpuasa, tetapi Rasulullah SAW memerintahkan pada umatnya agar berbeda dengan apa yang dilakukan oleh Yahudi, apalagi oleh orang-orang musyrik. Oleh karena itu beberapa hadits menyarankan agar puasa ‘Asyura diikuti oleh puasa satu hari sebelum atau sesudah puasa hari ‘Asyura. Secara umumnya, puasa Muharram dapat dilakukan dengan beberapa pilihan:

1. Berpuasa tiga hari, sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya, yaitu puasa tanggal 9, 10 dan 11 Muharram.

2. Berpuasa pada hari itu dan satu hari sesudah atau sebelumnya, yaitu puasa tanggal 9 dan 10, atau 10 dan 11 Muharram.

3. Puasa pada tanggal 10 saja, hal ini karena ketika Rasulullah SAW memerintahkan untuk puasa pada hari ‘Asyura para sahabat berkata: “Itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, beliau bersabda: “Jika datang tahun depan insya Allah kita akan berpuasa hari kesembilan, akan tetapi beliau meninggal pada tahun tersebut.” (HR. Muslim)

Landasan puasa pada tanggal 11 Muharram didasarkan pada keumuman dalil keutamaan berpuasa pada bulan Muharram. Di samping itu sebagai bentuk kehati-hatian jika terjadi kesalahan dalam penghitungan awal Muharram. Selain berpuasa, umat Islam disarankan untuk banyak bersedekah dan menyediakan lebih banyak makanan untuk keluarganya pada 10 Muharram. Tradisi ini memang tidak disebutkan dalam hadits, namun ulama seperti Baihaqi dan Ibnu Hibban menyatakan bahwa hal itu baik untuk dilakukan. Demikian juga sebagian umat Islam menjadikan bulan Muharram sebagai bulan anak yatim. Menyantuni dan memelihara anak yatim adalah sesuatu yang sangat mulia dan dapat dilakukan kapan saja. Dan tidak ada landasan yang kuat mengaitkan menyayangi dan menyantuni anak yatim hanya pada bulan Muhaaram. Bulan Muharram adalah bulan pertama dalam sistem kalender Islam. Oleh karena itu salah satu momentum yang sangat penting bagi umat Islam yaitu menjadikan pergantian tahun baru Islam sebagai saranan umat Islam untuk bermuhasabah terhadap langkah-langkah yang telah dilakukan dan rencana ke depan yang lebih baik lagi. Momentum perubahan dan perbaikan menuju kebangkitan Islam sesuai dengan jiwa hijrah Rasulullah SAW dan sahabatnya dari Mekkah ke Madinah.

Dari Abu Qatada ra. Rasulullah ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, beliau bersabda: “Saya berharap ia bisa menghapuskan dosa-dosa satu tahun yang telah lewat.” (HR. Muslim)

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (QS. Al Hasyr: 18)
Posted on 4:33 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Tawakal dan Ikhlas

Ada beberapa perkara yang berkaitan tentang tawakal kepada Allah, iaitu:
 
Pertama: Tawakal adalah perkara yang berkaitan tentang masalah akidah. Meyakini Sang Pencipta, iaitu Allah, sebagai satu-satunya tempat bergantung bagi setiap Muslim ketika berharap suatu manfaat dan menghindari daripada kemudaratan. Orang yang mengingkari perkara ini bererti dia kafir.

Kedua: Setiap hamba wajib bertawakal hanya kepada Allah dalam segala urusannya. Tawakal ini termasuklah di dalam hati, iaitu jika seorang hamba mengucapkannya tapi tidak meyakini dengan hatinya, maka ia tidak dianggap sebagai seorang yang bertawakal.

Ketiga: Jika seorang hamba mengingkari dalil-dalil kewajipan untuk bertawakal yang bersifat qath’i (pasti), maka ia telah menjadi orang kafir.

Keempat: Tawakal kepada Allah tidak sama dengan hukum perbuatan ketika beramal (al-akhdzu bil asbab). Ini kerana, ia adalah dua perkara yang berbeza. Dalil-dalilnya juga berbeza. Rasulullah SAW. senantiasa bertawakal kepada Allah SWT, dan pada waktu yang sama baginda juga beramal dengan berpegang kepada hukum sababiyah. Baginda telah memerintahkan kepada para sahabat agar melakukan kedua perkara tersebut, baik yang ada di dalam al-Quran atau al-Hadis. Misalnya baginda telah menyiapkan kekuatan yang mampu dilakukan, seperti menutup sumur-sumur semasa perang Badar dan menggali parit semasa perang Khandak. Baginda pernah meminjam baju besi daripada Sofwan untuk berperang, mengirim pengintip, memutuskan air dari Khaibar, dan mencari maklumat tentang kaum Quraisy ketika peristiwa fathul Makkah. Baginda juga memasuki Makkah dengan mengenakan baju besi. Di samping itu, baginda juga pernah melantik beberapa orang sahabat sebagai pengawal peribadinya sebelum turun Firman Allah:

Dan Allah memelihara kamu daripada (gangguan) manusia. (TMQ. al- Maidah [5]: 67)

Begitu pula dengan aktiviti-aktiviti baginda yang lainnya ketika berada di Madinah setelah berdirinya Daulah Islam. Adapun ketika di Makkah, baginda telah memerintahkan para sahabat untuk berhijrah ke Habsyah. Baginda menerima pula perlindungan dari bapa saudaranya, Abu Thalib. Baginda tinggal di Syi’ib (lembah) ketika terjadi pemboikotan daripada kafir Quraisy. Pada malam peristiwa hijrah, baginda memerintahkan Ali bin Abi Thalib untuk tidur di tempat tidurnya. Baginda tidur di gua Tsur selama tiga hari. Lalu baginda mengupah seorang penunjuk jalan daripada Bani Dail. Semua itu menunjukkan bahawa Baginda telah melakukan suatu amal sesuai dengan kai’dah sebab-akibat. Tetapi pada saat yang sama Baginda tetap tidak meninggalkan tawakal, kerana tidak ada kaitan antara tawakal dengan menggunakan kai’dah sebab-akibat ketika beramal. Mencampur adukkan keduanya akan menjadikan tawakal hanya sekadar formaliti belaka yang tidak ada kesannya dalam kehidupan. Dalil-dalil tentang kewajiban bertawakal adalah:

Firman Allah:

(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan, “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.” (TMQ. Ali ‘Imran [3]: 173)

“Dan bertawakallah kepada Allah Yang Hidup (Kekal) Yang tidak mati…” (TMQ. al-Furqan [25]: 58)

“Dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.” (TMQ. at-Taubah [9]: 51)

“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.” (TMQ. Ali ‘Imran [3]: 159)

“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.” (TMQ. at-Thalaq [65]: 3)

“Maka sembahlah Dia, dan bertawakallah kepadaNya.” (TMQ. Hud [11]: 123)

“Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah, “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada- Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung”. (TMQ. at-Taubah [9]: 129)

“Barangsiapa yang tawakal kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (TMQ. al-Anfal [8]: 49)

Dan masih banyak ayat-ayat yang lainnya yang menunjukkan wajibnya bertawakal.

“Dari Ibnu Abbas ra., dalam hadis yang menceritakan tujuh puluh ribu golongan yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan tanpa diseksa terlebih dahulu, Rasulullah SAW. bersabda: Mereka adalah orang-orang yang tidak melakukan amalan ruqyah, dan minta diruqyah, juga tidak melakukan amalan tathayyur dan mereka sentiasa bertawakal kepada Tuhan-nya.” (Mutafaq ‘alaih)

Dari Ibnu Abbas ra., sesungguhnya Rasulullah SAW. Ketika bangun malam untuk bertahajjud suka membaca: ….Ya Allah, hanya kepada-Mu aku berserah diri, hanya kepadaMu aku beriman, hanya kepada-Mu aku bertawakal. (Mutafaq ‘alaih).

Dari Abu Bakar ra., ia berkata; ketika kami berdua sedang ada di gua Tsur, aku melihat kaki-kaki kaum Musyrik, dan mereka ada di atas kami. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, jika salah seorang dari mereka melihat ke bawah kakinya, maka pasti ia akan melihat kita.” Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Abu Bakar, apa dugaanmu terhadap dua orang manusia, sementara Allah adalah yang ketiganya (untuk melindunginya). (Mutafaq ‘alaih)

Dari Ummi Salmah ra., sesungguhnya Nabi SAW. ketika akan keluar dari rumah, Baginda suka membaca: Dengan menyebut nama Allah, aku bertawakal kepada Allah… (HR. at-Tirmidzi, ia berkata, “Hadis ini hasan shahih.” an-Nawawi dalam Riyadhus ash-Shalihîn berkomentar, “Hadis ini shahih”).

Dari Anas bin Malik sesungguhnya Rasulullah SAW. bersabda: Jika seseorang hendak keluar dari rumahnya kemudian membaca, “Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan kekuasaan Allah”; maka akan dikatakan kepadanya, “Cukup bagimu, sungguh engkau telah diberi kecukupan, engkau pasti akan diberi petunjuk dan engkau pasti dipelihara.” Kemudian ada dua syaitan yang bertemu dan salah satunya berkata kepada yang lain, “Bagaimana engkau dapat menggoda seorang yang telah diberi kecukupan, dipelihara, dan diberi petunjuk.” (HR. Ibnu Hibban dalam kitab Shahih-nya. Ia berkata dalam al-Mukhtarah, “Hadis ini telah dikeluarkan oleh Abu Dawud dan an-Nasai, Isnadnya shahih”)

Dari Umar bin al-Khathab bahawa Rasulullah SAW. bersabda: Jika kalian benar-benar bertawakal kepada Allah, sungguh Allah akan memberikan rezeki kepada kalian, sebagaimana Allah telah memberikan rezeki kepada burung. Burung itu pergi dengan perut kosong dan kembali ke sarangnya dengan perutnya penuh makanan. (HR. al-Hakim; Ia berkata, “Hadis ini shahih isnadnya”, dan Ibnu Hibban dalam kitab Shahih-nya, dan dishahihkan oleh al-Maqdisi dalam al-Mukhtarah).

To be continue....

www.mykhilafah.com
Posted on 4:21 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin