AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

SUNNAH-SUNNAH HARI JUMAAT

Posted on 9:10 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

FINAL REMINDER...MAJLIS MAULIDUL RASUL DI MASJID PUTRAJAYA

Posted on 4:25 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

PEREMPUAN MEMANG TAK GUNA !

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda pasti tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.

1. Perempuan memang tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan murahan saja.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki jahat.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yang digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh Nabi. Sabda Nabi SAW bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Setiap lelaki yg terbau haruman itu akan menghadiahkan 1 dosa zina untuk perempuan itu. Bayangkan la kalau ada sejuta lelaki sehari yang menikmati bau wangian yang dipakainya itu. Nauzubillah….

4. Perempuan memang tidak guna
kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan memang tidak guna
masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna
tudung pendek, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk ‘perbukitan’ pada badannya . Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukmu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yang bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini ”Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sebagai berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kepada mereka. “Penyakit dalam hati” adalah keinginan seorang lelaki untuk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna
alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya.

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik…

Anda sudah selesai membaca? Marah? Geram? Maaf kerana mewujudkan perasaan itu.....:)
Diharap perkongsian daripada artikel ini boleh menjadi hint berguna untuk semua, khususnya insan bergelar wanita....

"Engkaulah wanita istimewa..." 
 
Sumber
Posted on 12:02 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

MAJLIS MAULIDUL RASUL SAW & HAUL AL-SHEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI RA

Posted on 9:29 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

NABI SULAIMAN AS DAN SEEKOR SEMUT

 

(1) Nabi Sulaiman AS dan Seekor Semut
 
Kerajaan Nabi Sulaiman AS dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman AS mulai didatangi oleh ummatnya untuk dimintai pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda Sulaiman AS kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon kepada Allah SWT agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.

Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman AS melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman AS kemudian mendengar sang semut mulai berdo'a memohon kepada Allah SWT penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya. "Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada Allah SWT. Mendengar do'a si semut maka Baginda Sulaiman AS kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "kita segera pulang, sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah SWT telah mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.
 
(2) Nabi Sulaiman AS dan Seekor Semut
 
Suatu hari Baginda Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya, Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?.
 
Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun. Baginda Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun.
 
Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu. Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman AS. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman AS datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman AS bertanya kepada si semut, hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi karena engkau bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut.
Posted on 4:33 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

UAI DI MASJID KUATERS KLIA - 24 MAC 2012 & MASJID AL IMAM ASH SHAFIE - 25 MAC 2012


Posted on 3:03 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

KARTUNIS YANG MELUKIS GAMBAR RASULULLAH MATI TERBAKAR

 
 
Dalam laporan salah satu TV Arab Saudi, Akhbar Arab yang diterbitkan dari arab saudi melaporkan bahwa Kurt Westergaard seorang kartunis denmark yang melukis gambar Nabi MUHAMMAD SAW, mati dalam sebuah kebakaran yang menimpa kartunis tersebut, Pemerintah Denmark berusaha sekeras mungkin untuk menutupi kejadian tersebut yang menyebabkan matinya kartunis Denmark tersebut.

198138-kurt-westergaard.jpg 
 
Kurt Westergaard adalah seorang kartunis Denmark yang telah lancang dan berani membuat gambar Nabi MUHAMMAD SAW, yang membuat UMAT ISLAM marah dan turun kejalan jalan untuk mengecam tindakan kartunis denmark tersebut, Kurt Westergaard lelaki yang melukis kartun Nabi MUHAMMAD SAW dengan niat menghina ISLAM dengan kuasa ALLAH SWT kartunis Denmark tersebut telah dikabarkan mati secara dasyhat dengan tubuh terbakar tetapi media Denmark masih cuba menutup berita tentang apa penyebab yang menyebabkan terbakarnya kartunis Denmark tersebut.
 
Kematian Kurt westergaard adalah pelajaran bagi mereka yang suka menghina Nabi MUHAMMAD SAW, ini adalah kuasa ALLAH SWT dan Azab bagi para pengingkar...SUBHANALLAH.
 
ALLAH MAHA BESAR, ALLAHUAKHBAR...SOLLU ALA NABI...ALLAHUMMA SOLLI ALA SAIYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALI WASOHBIHI WA BARIK WA SALLIM..
Posted on 10:43 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 3 Comments »

USTAZ AZHAR IDRUS MERAWAT

 
KISAH UST.AZHAR IDRUS MERAWAT SATU KELUARGA AKIBAT TERKENA SIHIR BOMOH SIAM

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Meskpun sentiasa sibuk dengan aktiviti dakwah, pendakwah selebriti terkenal yang juga ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus (gambar) suatu ketika terpaksa bertarung dengan jin untuk membantu sebuah keluarga yang mengalami penderitaan akibat sihir.

Pertarungan tersebut terpaksa dihadapi ketika beliau berusaha membantu keluarga terbabit yang mengalami penderitaan sehingga 16 tahun dipercayai disihir jiran dengan menggunakan khidmat bomoh Siam.

Menurut Ustaz Azhar, punca tindakan sihir itu hanya disebabkan keengganan keluarga itu menjualkan tanah kepada jirannya.

Katanya, jika dilihat dari luaran memang tiada siapa yang menyangka lelaki tersebut tergamak menyihir jirannya itu kerana beliau sering mendirikan solat berjemaah di masjid, malah sering berada pada saf pertama di belakang imam.

"Tapi di luar pengetahuan orang ramai, pada dirinya terdapat perangai sebegitu buruk sehingga tergamak menzalimi jirannya sendiri sehingga sedemikian rupa," katanya pada satu majlis di sini.

Akibat perbuatan sihir itu, menurutnya, keliarga tersebut mengalami pelbagai kepayahan dalam hidup sehingga batuk berpanjangan dan tidak boleh masuk ke dalam rumah mereka sendiri.

"Bermacam-macam ikhtiar telah dilakukan oleh keluarga itu. Ketika tertentu ikhtiar mereka itu dapatlah mengurangkan sedikit penderitaan mereka, tapi jiran mereka itu pula sentiasa "update" sihirnya dengan bomoh Siam supaya keluarga itu terus menderita berpanjangan," jelasnya.

Disebabkan kebuntuan fikiran, tambah beliau, suatu hari ketua keluarga kepada keluarga itu datang menemuinya untuk mendapatkan bantuan daripada beliau bagi mengatasi masalah mereka.

"Pada hal saya bukan bomoh. Tak pasal-pasal saya pula yang kena bantunya. Terpaksalah saya ajak beberapa orang rakan untuk membantu saya untuk tolong selesaikan masalah mereka itu," ujarnya.

Antara langkah yang dilakukan oleh pendakwah tersebut untuk mengatasi masalah yang dialami oleh keluarga itu termasukah dengan mengajak rakan-rakannya berselawat di sekeliling rumah keluarga berkenaan sehingga mengelilingi rumah itu beberapa kali.

"Ketika itu terlihatlah beberapa lembaga hitam sebesar kerbau di sekeliling rumah itu. Saya yang berada di hadapan, memang takut juga, tapi terpaksa berpura-pura berani. Kalau saya yang cabut, yang lain pasti cabut sama," katanya merendah diri dengan disambut gelak ketawa orang ramai.

Untuk mengatasi sihir, beliau mengingatkan orang ramai supaya memperbanyakkan selawat kepada Nabi, manakala antara tanda orang yang terkena sihir termasuklah akan batuk berpanjangan jika seseorang itu berselawat.

Batuk tersebut, jelasnya, berlaku sebagai tindak balas makhluk halus yang berada di badan seseorang itu yang dijadikan alat bagi sihir yang dikenakan terhadapnya oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan.

Beliau menegaskan, dalam Islam, sihir jelas haram hukumnya dan setiap umat Islam perlu mengelakkan diri dari terbabit dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

Sumber
Posted on 11:53 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin