AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Kerna aku manusia biasa..


Kepada …… Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu’alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu Kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin..Wassalamu’alaikum Wtb...


Posted on 2:07 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 6 Comments »

Hukum Allah di tolak, Undang-undang ciptaan Manusia dijunjung...

Selawat dan Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah sehingga ke saat ini masih bersinar nikmat iman dan islam hasil dari usaha Baginda,perit maung Rasulullah dalam mengembangkan agama Islam.Usaha berterusan baginda dalam memikul tugas menegakkan hukum Allah masih segar diingatan. Juga para sahabat,tabi’en dan alim ulama yang senantiasa menyambung tugas Nabi dalam berdakwah untuk menegakkan syiar Islam.

Dari tahun ke tahun kita melihat umat akhir zaman ini semakin lupa akan tanggungjawab sebenar mereka sebagai khalifah di muka bumi ini. Al-Quran dan hadith yang sepatutnya menjadi rujukan utama umat islam di tolak ke tepi walhal mereka mengetahui Al-Quran dan hadith adalah pegangan yang tidak akan luntur dan segala sumber ilmu dan keterangan ada di dalam Al-Quran. Mungkin ramai yang masih belum sedar, Rasulullah s.a.w telah menerangkan satu persatu segala permasalah yang dihadapi oleh umat islam baik pada masa lalu,sekarang atau akan datang. Tidak ada satu pun yang tidak diterangakan oleh Baginda.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.


Back to the topic, Kita melihat dari sudut Islam, umat sekarang telah terlalu leka dan diulit mimpi dengan hal-hal dunia.Tujuan sebenar mereka sebagai khalifah penyambung perjuangan Rasulullah dilupakan,umat sekarang terlalu selesa dengan kedudukan mereka sedangkan perjuangan sebenar masih belum selesai. Umat islam sekarang masih diperhambakan dan diperkudakan oleh hukum ciptaan manusia sendiri. Tidakkan kita semua sedar bahawa kita menyembah manusia???Bukan kah perbuatan itu mensyirikkan Allah???Disebabkan itu semua,kehidupan umat islam bercampur aduk dengan fahaman barat dan agama lainnya sekaligus menghakis cara hidup Islam yang sepatutnya di amalkan.Begitulah,hidup berlandaskan Undang-undang kufur,adat hindu dijunjung dikepala tetapi mengaku berpegang kepada Al-Quran dan As - Sunnah.Nauzubillahiminzalik..


Usaha Yahudi untuk memusnahkan Daulah Khilafah telah berjaya, mereka telah merobek-robek Negara Islam dan memecah belahkan Negara Islam yang dahulunya berdiri di bawah satu panji. Alangkah sedihnya, generasi sekarang lupa tentang kedatangan islam itu sendiri tetapi sibuk untuk mengkaji sejarah kafir laknatullah dan menjunjung undang-undang ciptaan mereka. Sedarlah wahai umat manusia, tugas kita masih jauh, Daulah Khilafah perlu ditegakkan.Undang-undang Islam perlu dilaksanakan secara kaffah. Umat Islam wajib bersatu dan bergabung dibawah satu khilafah. Bagaimana hendak kita peroleh rahmat Allah sedangkan kita hidup dengan menolak hukum syara’? Hukum hudud dikatakan tidak sesuai untuk dilaksanakan kerana kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum. Ini telah meragui Undang-undang ciptaan Allah yang Maha Sempurna untuk dilaksanakan. Rahmat Allah terlalu besar sehingga kita masih dapat hidup dalam suasana yang aman, ini juga adalah kerana syafaat Rasulullah itu sendiri. Beginikah kita membalas rahmat Allah dengan menolak hukum-hukumNya???Tidak betul sama sekali!!


Surah Ali Imran, ayat 31: “Katakanlah, ‘ Jika kalian (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni kalian.’

Surah Al-Hasyr, ayat 7: “Apa sahaja yang dibawa Rasul untuk kalian, maka ambillah. Dan apa saja yang dilarangnya bagi kalian, maka tinggalkanlah.”

Justeru, umat islam sekalian terutama pemimpin yang mukmin perlulah bermuhasabah dan berhijrah untuk mengubah Undang-undang Kufur yang telah membelenggu umat Islam sekian lamanya. Ubahlah fokus pimpinan anda dari memenuhi kehendak rakyat kepada memenuhi tuntutan Allah sepenuhnya. Cukup, berhentilah dari menjunjung undang-undang ciptaan manusia yang telah banyak melaknati kita. Pikullah amanah Allah Aza Wajjala dengan sebenar-sebenar takwa. Sesungguhnya, Allah akan mempermudahkan sesiapa sahaja yang memperjuangkan agamaNya.Wallahualam.

Posted on 2:39 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 3 Comments »

Masa semakin singkat,tanda kiamat sudah dekat..

Daripada Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.aw. bersabda: "Tidak akan menjadi Kiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti percikan api." H.R Tirmizi.

Daripada hadith diatas telah terbuktilah pada zaman yang kita hidup..Masa sekarang berlalu begitu cepat..Tanda Kiamat sudah dekat..Memang benar,siapa lambat akan ketinggalan..Tetapi ketinggalan dari segi duniawi atau ukhrawi??? Berfikirlah..Kita sekarang seperti tidak sempat melakukan sesuatu,masa sudah terlalu larut sehingga banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan.Kita terlalu sibuk,tetapi tidak faham apa yang kita sibukkan.Kita sentiasa diburu masa,terlalu sibuk dengan hal dunia sehingga segala kewajipan kepada agama terabai.

Menurut Imam al-Karmani,apa yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu ialah dicabut keberkatan daripadanya.Memang benarlah apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulu, dalam sehari banyak perkara yang kita dapat laksanakan.Tapi sekarang,hanya sedikit perkara yang kita dapat laksanakan.Inilah satu petanda bahawa hari kiamat hampir tiba..

Wallahualam..

sumber:"Sedarkah kamu wahai manusia"

Posted on 1:50 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

Tazkirah : Jenazah

" Sabda Rasullah SAW:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya:
Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki(muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki- laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu:
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat Insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya" .
Bermuhasabah lah kita semua, tidak kah kita semua mahu segala sudut dalam diri kita ini lengkap dengan amal kebajikkan???Kita perlu sedar bahawa pertahanan diri kita perlu utuh dari segala sudut.Jiwa rohani perlu diberi santapan yang penuh zat.Jgn terus leka dengan alam fana ini.
Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Akan dating waktunya umatku akan mencintai lima perkara lima tetapi lupa kepada yang lima.

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."



Posted on 1:16 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin