AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Kena Marah Dengan Bini

Salamualaik...posting sebelumnya mengisahkan berkenaan hal Saidina Umar Al-Khattab, seorang pemimpin yang hebat, juga pahlawan islam yang digeruni lawan turut sama tidak terkecuali dileteri dan dimarahi isteri.

Kisah bergambar di bawah saya nak kongsikan untuk tatapan juga hiburan semua. Kisah ini berlaku di sebuah zoo di Washington DC. Singa jantan ni  marah bila anaknya, yang diberi nama Lusaka mengigit ekornya. Marahnya si ayah ni kepada anak lalu hendak dikerjakannya. Lalu datang si ibu menghalang dan memarahi si raja rimba ni. Tak kirala hebat macam mana pun raja rimba ni, tetap kalah juga bila dengan bini. Tiada niat untuk samakan kisah Saidina Umar dengan singa ini. Cuma berkongsi 'message' yang berharga dari alam sekeliling untuk kita semua.

Posted on 2:49 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 3 Comments »

Kisah Khalifah Umar -Al-Khattab Menahan Bebelan Isterinya

Dikisahkan, pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, terdapat satu pasangan suami isteri yang selalu bertengkar, berpunca dari tabiat sang isteri yang terlalu kuat membebel terhadap suaminya, tidak kira sama ada ketika dia memasak, ketika masa lapang, atau pun ketika melakukan rutin-rutin harian.Sehinggalah si suami tidak dapat menahan kesabaran lagi mendengar leteran sang isteri saban hari dan ketika, lalu si suami memarahi isterinya.Sang isteri pula tidak hanya berdiam diri ketika dimarahi, lalu berlakukan pergaduhan dan pertengkaran hampir saban hari.

Pada suatu hari, si suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak aman lagi, dan si suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab dengan niat untuk mendapatkan tips atau nasihat dari beliau, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tabiat isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan isterinya kepada Khalifah Umar Al-Khattab.

Setibanya dia dia rumah Khalifah Umar Al-Khattab, si suami tadi mendengar suara isteri Khalifah Umar Al-Khattab sedang membebel kepada beliau.Tetapi tidak pula kedengaran suara Khalifah Umar menjawab.Bila mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai tabiat yang sama, dan mengenangkan Khalifah Umar yg mengalami nasib yang serupa dengan dirinya, si suami membatalkan saja hasratnya untuk bertemu Khalifah Umar untuk mengadu hal rumah tangganya.Ketika si suami tadi berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang kemari?"

Lalu si suami tadi menjawab, "Tujuan aku kemari untuk mengadu hal isteri ku yang kuat membebel, tapi bila mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama, lantas aku batalkan saja hasratku."

Mendengar jawapan dari si suami itu Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, "Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan anak-anakku, dan tempat aku mendapat hajatku?Sabarlah, kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama.Pasti akan pulih sendiri."

Begitulah hebatnya peribadi seorang insan yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang sangat digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi kasih kepada isterinya dan untuk mengekalkan keamanan rumahtangga, beliau sanggup berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya.Wallahualam
Posted on 2:22 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Ustaz Azhar Idrus - Ulas hal yang berlaku di UIA ( Cara mengenal pemimpin MUNAFIK )

Posted on 11:15 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Rayuan Krisis Somalia di Senawang, 20 Okt 2011

RAYUAN KRISIS SOMALIA
Tarikh : 20 Okt 2011 (Khamis)
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan
Bersama : Hj Zairulshahfudin Zainal Abidin – Pengarah Islamic Relief Malaysia

Semua dijemput hadir

Anjuran : Pertubuhan IKRAM Negeri Smebilan dengan kerjasama Masjid Bandar Baru Senawang dan Islamic Relief Malaysia (IRM)
Posted on 12:04 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

KONFERENS NEGARA ISLAM: 'DUNIA MENUJU KHILAFAH'

Jemputan Ke KONFERENS NEGARA ISLAM: DUNIA MENUJU KHILAFAH' 
Tarikh: 30 OKTOBER 2011 (AHAD)
Masa: 8.30pagi - 1.00ptg
Tempat: Dewan Perdana 1, Hotel Nouvelle, KM8
Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Seri Kembangan, Selangor
(Berhampiran Plaza Tol Sg. Besi)
Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir
 
 
 
Posted on 3:06 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Brunei mahukan undang-undang Allah, negara lain bagaimana ??

Sultan Hj Hasanal Bolkiah
Hangat kedengaran sekarang, Sultan Brunei menyeru perlaksanaan Hukum Allah S.W.T ( yakni hudud,jinayat, ta'zir dan mukhalafat ) disegerakan kerana kelengkapan dan prasarana telah mencukupi. Saya listkan jenis uqubat di atas agar semua tidak terkeliru dan menyangka undang-undang Islam hanya hudud padahal ianya merupakan salah satu uqubat di dalam Islam ( ada masa saya akan cuba huraikan untuk kefahaman semua, InsyaAllah ).

Apa lagi yang hendak didolak-dalihkan lagi ? Nak kan suasana kondusif atau berusaha menerapkan hudud Allah S.W.T . Pernahkah Rasulullah s.a.w dulu menanti suasana kondusif untuk baginda menerapkan undang-undang Allah S.W.T ?? 

Allah S.W.T mengingatkan kita, dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-85

“Apakah kamu beriman dengan sebahagian dari Al-Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang melakukan demikian itu di antara kamu, kecuali kehinaan dalam kehidupan dunia dan pada hari Kiamat mereka akan dikembalikan kepada azab yang amat berat”

Sebaliknya di sini lebih disibukkan dengan perbuatan memburuk-burukkan pihak pembangkang ( ini kenyataan ), apa sahaja isu yang berkaitan dengan kepentingan politik ( political milleage ) berkenaan dengan ekonomi, politik ( budaya fitnah memfitnah ) akan dijaja ke sana ke mari. Diarah supaya diadakan 'press conference' untuk permohonan maaf kerana telah mencalar sejarah negara dan sebagainya. Begitu juga dengan serbuan JAIS ke dalam gereja yang jelas menggambarkan kebobrokan agama lain dan menjatuhkan maruah umat Islam kerana agama lain telah jelas-jelas ingin memesongkan akidah umat Islam di negara ini. Sekali lagi MB Selangor pula di arah meminta maaf dari pihak gereja kerana tersilap. Nauzubillah..

Tetapi dalam bab menerapkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan tertinggi dalam negara, siapa yang paling lantang bersuara ?? Amatlah menyedihkan. 

Ingatlah Firman Allah S.W.T :

“Dan barangsiapa yang memaksiati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya baginya neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya” ( Al-Jin (72):23). 

Juga firmanNya, “Dan barangsiapa yang memaksiati Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuanNya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya, dan baginya seksa yang menghinakan” (An-Nisa’ (4):14).

FirmanNya lagi..

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada taghut (selain Allah) padahal mereka telah diperintah mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya”      
( An-Nisa’ (4):60 ).

Seperti kata Sultan Brunei, siapa kita untuk kata 'Nanti' pada Allah S.W.T. Samalah juga dengan ajal, bila Malaikat Israil datang untuk mencabut nyawa, bolehkah kita untuk meminta penangguhan ?? Apa yang kita takuti adalah laknat Allah S.W.T. LaknatNya bukan pada mereka yang melakukan maksiat sahaja, tapi semua yang ada dalam sesebuah negara. Tepuk dada, tanya Iman..Sama-sama kita berusaha dan berdoa agar terlahirlah sebuah Negara yang benar-benar Islami untuk membela dan memayungi kita semua. InsyaAllah..

Bacaan lain..Oh! beza menteri malaysia dan menteri brunei.. berkenaan dengan isu larangan arak satu masa dulu.
Posted on 4:21 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

Mustapha Kamal Atartuk Laknatullah

Si Laknatullah Yg Menghancurkan Negara Islam
        1.  Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syaratpakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi.      (sesuaidengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada
pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir
patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir dimana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.
     
      Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Allah S.W.T melaknatnya tika di dunia lagi !!


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. 
Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam dicelah-celah batu marmar.
Sehingga ulama-ulama yang sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!" Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Renungkanlah.......!
Tidak diterima bumi !
Posted on 2:58 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

MALAM BEBASKAN PALESTIN

Tarikh : 15 Oktober 2011 , Sabtu
Masa : 5 ptg - 10 mlm
Tempat : Masjid Sikamat , Seremban 

CERAMAH OLEH :
- Asy Syeikh Naji Palestiny (Wakil AMAN Palestin dari Gaza)
- Mejar Nazri Musman (Pegawai KAGAT ATM)
 
PERSEMBAHAN NASYID : Kumpulan E-MAN Brothers
EXPO DUNIA ISLAM
Posted on 11:03 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Hukum Jin Merasuk Tubuh

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Araf ayat ke 11 :

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam"; maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud"



Posted on 2:48 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Ustaz Azhar Idrus di Melaka 29 & 30 Oktober 2011


29 Okt 2011 - Sabtu

Pondok Baitul Qurro Sungai Udang Melaka (Kuliah Maghrib)

30 Okt 2011 - Ahad

Surau Taman Desa Duyong, Melaka
(Kuliah Maghrib)
Yang berdekatan boleh la ramai-ramai hadirkan diri..
Posted on 12:45 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

JIN Menganggu Perbualan Telefon Rancangan TV

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Kahfi ayat ke-18, Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim.



Posted on 3:11 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

4 Golongan yang ditarik oleh wanita ke neraka


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Pesanan: Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang ? Adakah kau mengajarnya bersolat & saum ? Menutup aurat ? Pengetahuan agama ? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

Pesanan: Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang ? Dimanakah dia ? Bagaimana akhlaknya ? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Pesanan: Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas. Kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat.  

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya. Maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Pesanan: Duhai anak-anak lelaki, sayangilah ibumu. Nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa, kerana ibu juga insan biasa, tidak lepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.

Lihatlah, betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. 

Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!
Posted on 4:48 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

'Tangan Jahat' Ganggu Program Ustaz Azhar di UIA


Assalamualaikum w.t.b..Sebelum memulakan penulisan, gambar dah keluar dulu..:) saya berharap semua blogger, baik muslimin mahupun muslimat sentiasa dalam limpahan rahmat Allah S.W.T kerana sebagai mukmin yang beriman tanpa rahmat olehNya nescaya hidup kita akan terumbang ambing tanpa pedoman.

Baru-baru ini, saya serta isteri, dengan izin Allah S.W.T telah menghadirkan diri di UIAM sempena majlis kuliah Ustaz Azhar Idrus. Fenomena Ustaz Azhar diteruskan dan telah menarik ribuan mahasiswa untuk turut sama menjayakan program tersebut.

Program yang sepatutnya berlangsung di Masjid SHAS UIAM (mampu menampung 6000 orang) pada saat akhir diubah ke Experimental Hall yang hanya mampu memuatkan 300 orang. Perubahan saat akhir ini tidak mematahkan semangat anak-anak muda yang cintakan islam untuk terus memastikan program pada malam itu berjalan lancar. Diberitahu kehadiran pada malam itu hampir 4000 orang. Syabas Ma'ruf Club dan semua yang terlibat.

Buat mereka yang menganggu / menghalang dakwah agar manusia semakin dekat dan patuh kepada Allah S.W.T..baca nas di bawah :-

"Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak). Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya".(Surah Ibrahim(14):2-3)
 
Akhir kalam, semoga 'mereka-mereka' yang cuba menghalang usaha ke arah perkara ma'ruf diberi hidayah Allah S.W.T..dan kiranya Allah S.W.T murka atas mereka, nescaya Allah S.W.T akan terus membiarkan mereka dalam lembah kehinaan. Sesungguhnya Allah S.W.T tidak pernah menzalimi diri kita melainkan diri kita sendiri yang melakukannya.
 
Sedikit gambar sekitar kuliah berlangsung..sumber JkkFanClub 


Posted on 1:10 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 3 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin