AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

'Tangan Jahat' Ganggu Program Ustaz Azhar di UIA


Assalamualaikum w.t.b..Sebelum memulakan penulisan, gambar dah keluar dulu..:) saya berharap semua blogger, baik muslimin mahupun muslimat sentiasa dalam limpahan rahmat Allah S.W.T kerana sebagai mukmin yang beriman tanpa rahmat olehNya nescaya hidup kita akan terumbang ambing tanpa pedoman.

Baru-baru ini, saya serta isteri, dengan izin Allah S.W.T telah menghadirkan diri di UIAM sempena majlis kuliah Ustaz Azhar Idrus. Fenomena Ustaz Azhar diteruskan dan telah menarik ribuan mahasiswa untuk turut sama menjayakan program tersebut.

Program yang sepatutnya berlangsung di Masjid SHAS UIAM (mampu menampung 6000 orang) pada saat akhir diubah ke Experimental Hall yang hanya mampu memuatkan 300 orang. Perubahan saat akhir ini tidak mematahkan semangat anak-anak muda yang cintakan islam untuk terus memastikan program pada malam itu berjalan lancar. Diberitahu kehadiran pada malam itu hampir 4000 orang. Syabas Ma'ruf Club dan semua yang terlibat.

Buat mereka yang menganggu / menghalang dakwah agar manusia semakin dekat dan patuh kepada Allah S.W.T..baca nas di bawah :-

"Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak). Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya".(Surah Ibrahim(14):2-3)
 
Akhir kalam, semoga 'mereka-mereka' yang cuba menghalang usaha ke arah perkara ma'ruf diberi hidayah Allah S.W.T..dan kiranya Allah S.W.T murka atas mereka, nescaya Allah S.W.T akan terus membiarkan mereka dalam lembah kehinaan. Sesungguhnya Allah S.W.T tidak pernah menzalimi diri kita melainkan diri kita sendiri yang melakukannya.
 
Sedikit gambar sekitar kuliah berlangsung..sumber JkkFanClub 


Posted on 1:10 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 3 Comments »

3 comments:

hanya insan biasa said... @ November 1, 2011 at 11:57 PM

tgn jahat???
ish23..

nie..
p tanya ustaz azhar 2..

APA HUKUMNYA KALU KITA CAKAP BENDE or PERKARA yg XDE BUKTI??

PiohPutih said... @ November 3, 2011 at 10:30 PM

sekARANG KT KLANTAN...MAJIK X BNRKAN UAI KULIYAH LGI SBB DIER KATER X DER TALIAH...BODO MAJIK ...

Kamarol Azli Bahari said... @ April 27, 2012 at 4:39 PM

Assalamualaikum...
pertama sekali, sy ingin bertanya dulu kepada anda sejauh mana anda mengetahui ttg hal tangan jahat ?? anda hadirkah pada majlis kuliah yg hampir berlangsung saat ramai jemaah sudah memenuhi ruang solat utk mendengar kuliah diarah ubah tempat disebakan arahan pihak atasan ??

Yang kedua,anda bertanya berkenaan hukum..sekarang saya ingin tahu dulu..hal @ benda yang anda maksudkan tiada bukti itu ?

Post a Comment

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin