AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

SEBAHAGIAN AYAT-AYAT RUQYAH SYAR'IYYAH

Berikut adalah senarai sebahagian ayat-ayat ruqyah syar'iyyah yang digunakan oleh perawat untuk merawat pesakit:

Ayat-ayat asas Ruqyah Syar'iyyah

1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq

Ayat-ayat Pembakar

1 Ali Imran ayat 181.
2 Al-Anfal ayat 50
3 Al-Hajj ayat 9
4 Al-Hajj ayat 19-22
5 Al-Buruj ayat 22

Ayat-ayat Syifa'

1 Al-Isra' ayat 82
2 Yunus ayat 57
3 At-taubah ayat 14
4 An- Nahl ayat 69
5 As-Syu'ara' ayat 80
6 Fussilat ayat 44
Posted on 4:16 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

BERUBATLAH DENGAN AL-QURAN



Segala puji bagi Allah Rabbul Jalil, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam dikirim dan dititipkan buat Insan Teragung, Rasulullah s.a.w, junjungan alam Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Karangan yang tidak seberapa ini adalah untuk mengajak sekalian umat untuk berfikir sejenak tentang mukjizat terbesar yakni Al-Quran Nur Karim yang diwahyukan Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s.

Perubatan Al-Quran dan terapi ayat-ayat suci Al-Quran sama ada ruqyah syar’iyyah, ayat-ayat syifa’ dan sebagainya  yang berkait dengan A-Quran adalah suatu yang berkait rapat dengan akidah. Ianya terangkum dalam salah satu rukun iman yakni kepercayaan dan kenyakinan kita kepada Al-Kitab, Al-Quran Nur Karim.

Firman Allah S.W.T :


Ertinya:
Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. (Al-Isra’ : 82 )

Berdasarkan ayat di atas secara tidak langsung kita boleh memahami Al-Quran yang diturunkan oleh Allah S.W.T secara berperingkat-peringkat itu ialah penyembuh dan rahmat yakni memberi kebaikkan kepada sesiapa sahaja yang beriman dengannya dan melaksanakan ajarannya.

Pembacaan atau pengunaan ayat-ayat tertentu dalam A-Quran untuk rawatan digunakan dengan membulatkan pergantungan kepada Allah S.W.T bahawa yang menyembuhkan adalah Allah Azza Wa Jalla.

Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah melafazkan bahawa “Siapa tidak dapat disembuh Al-Quran, maka tiadalah dia disembuhkan oleh Allah.”

Merujuk kepada “Zaad Al-Ma’aad” susunan Ibnu Al-Qayyim, ‘Maka tiadalah suatu penyakit antara penyakit-penyakit hati (jiwa) dan penyakit-penyakit badan (fizikal) melainkan dia mendapatkan cara pengubatannya dalam Al-Quran, juga sebab atau punca penyakit dan cara memelihara daripadanya, iaitu bagi siapa yang dikurniakan Allah kefahaman dalam Kitab-Nya. Siapa yang tidak terubat dengan Al-Quran, maka tiadalah dia disembuhi Allah dan siapa yang tidak berasa cukup (dengan perubatan) Al-Quran, maka tiadalah dia dicukupkan oleh Allah’.

Dalam erti kata lain, Al-Quran adalah merupakan awal dan kemuncak perubatan dan setiap insan yang mendakwa dirinya mukmin hendaklah mempercayai sepenuhnya kepada Al-Quran hinggalah kepada penyembuhan segala penyakit.
Posted on 12:44 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

MENAIK TARAF BLOG

Assalamualaikum w.t.b...

Untuk makluman sahabat-sahabat dan pengunjung sekalian..

Blog ini akan diubah @ dinaiktaraf kepada blog 'RAWATAN AS - SUNNAH' yang sebelumnya dikenali sebagai 'Nashir As - Sunnah.

Tujuan perubahan nama dan naik taraf blog ini adalah untuk memberi tumpuan kepada bidang perubatan islam dan sebagai pemudahcara untuk mereka yang berhajat untuk mendapatkan rawatan.

Bertempat di Senawang, Negeri Sembilan Darul Khusus. Hubungi / SMS " Nama, Tempat Tinggal dan Serba Ringkas Masalah " sekiranya memerlukan rawatan ke nombor 017-4150340.


Di sini disertakan url / alamat blog sedia ada :- 

                                       


Posted on 4:31 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

MAULID BULANAN - MAJLIS TAKLIM DARUL MURTADZA


TETAMU ISTIMEWA : GURU MULIA "AL-ALLAMAH AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD SALIM BEN HAFIDZ"

Posted on 9:51 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin