BERUBATLAH DENGAN AL-QURAN
Segala
puji bagi Allah Rabbul Jalil, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam dikirim
dan dititipkan buat Insan Teragung, Rasulullah s.a.w, junjungan alam Nabi
Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.
Karangan
yang tidak seberapa ini adalah untuk mengajak sekalian umat untuk berfikir
sejenak tentang mukjizat terbesar yakni Al-Quran Nur Karim yang diwahyukan
Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s.
Perubatan
Al-Quran dan terapi ayat-ayat suci Al-Quran sama ada ruqyah syar’iyyah,
ayat-ayat syifa’ dan sebagainya yang
berkait dengan A-Quran adalah suatu yang berkait rapat dengan akidah. Ianya
terangkum dalam salah satu rukun iman yakni kepercayaan dan kenyakinan kita
kepada Al-Kitab, Al-Quran Nur Karim.
Firman
Allah S.W.T :
Ertinya:
Dan
Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi
orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang
yang zalim selain kerugian. (Al-Isra’ : 82 )
Berdasarkan
ayat di atas secara tidak langsung kita boleh memahami Al-Quran yang diturunkan
oleh Allah S.W.T secara berperingkat-peringkat itu ialah penyembuh dan rahmat
yakni memberi kebaikkan kepada sesiapa sahaja yang beriman dengannya dan
melaksanakan ajarannya.
Pembacaan
atau pengunaan ayat-ayat tertentu dalam A-Quran untuk rawatan digunakan dengan
membulatkan pergantungan kepada Allah S.W.T bahawa yang menyembuhkan adalah
Allah Azza Wa Jalla.
Imam
Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah melafazkan bahawa “Siapa
tidak dapat disembuh Al-Quran, maka tiadalah dia disembuhkan oleh Allah.”
Merujuk kepada “Zaad Al-Ma’aad” susunan Ibnu Al-Qayyim, ‘Maka tiadalah suatu
penyakit antara penyakit-penyakit hati (jiwa) dan penyakit-penyakit badan
(fizikal) melainkan dia mendapatkan cara pengubatannya dalam Al-Quran, juga
sebab atau punca penyakit dan cara memelihara daripadanya, iaitu bagi siapa
yang dikurniakan Allah kefahaman dalam Kitab-Nya. Siapa yang tidak terubat
dengan Al-Quran, maka tiadalah dia disembuhi Allah dan siapa yang tidak berasa
cukup (dengan perubatan) Al-Quran, maka tiadalah dia dicukupkan oleh Allah’.
Dalam
erti kata lain, Al-Quran adalah merupakan awal dan kemuncak perubatan dan
setiap insan yang mendakwa dirinya mukmin hendaklah mempercayai sepenuhnya
kepada Al-Quran hinggalah kepada penyembuhan segala penyakit.
0 comments:
Post a Comment