AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

MEMBEKAM PEKERJA OFFSHORE

Bekam mampu menurunkan tekanan darah secara stabil.

Sedikit kesakitan ketika berbekam besar manfaatnya..Ia meransang tubuh membaiki sel dan jaringan yang rosak dan mampu meningkatkan daya tahan dan imuniti tubuh seseorang.

'Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT'
'Sebaik-baik perubatan bagi kalian ialah hijamah (berbekam)'
(Riwayat Ahmad dan Thabrani dari Samurah r.a)





  
Posted on 2:57 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

BINGKISAN - MEMBEKAM BEKAS ANGGOTA TENTERA

Membekam bekas anggota tentera (komando) yang mengalami masalah tulang belakang dan pinggang.

Rasulullah s.a.w bersabda: 'Lima perkara yang termasuk sunnah para Rasul iaitu malu, bekam, siwak dan memakai wangian' (HR. Thabrani dan Ibnu Jarir)

Allahumma solli 'ala Saiyyidina Muhammad..



  
Posted on 1:24 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

JOM BEKAM...

Alhamdulillah, set bekam baru dah selamat diterima. Sesiapa yang teringin nak berbekam, sunnah Nabi s.a.w yang terlalu banyak manfaatnya, boleh hubungi ana di talian 0174150340.

  

   
Posted on 1:21 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

TANGKAL / AZIMAT - BOLEH JATUH SYIRIK

Sejenis tamimah yang ditemui hari ini..digunakan oleh seorang tentera untuk pelindung dan kekuatan mungkin..

Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya jampi mantera (yang tidak islamik) dan tangkal-tangkal serta ilmu pengasih adalah syirik'

Rasulullah s.a.w bersabda lagi: 'Sesiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah melakukan syirik'

Photo: Sejenis tamimah yang ditemui hari ini..digunakan oleh seorang tentera untuk pelindung dan kekuatan mungkin..

Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya jampi mantera (yang tidak islamik) dan tangkal-tangkal serta ilmu pengasih adalah syirik'

Rasulullah s.a.w bersabda lagi: 'Sesiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah melakukan syirik'  Photo: Sejenis tamimah yang ditemui hari ini..digunakan oleh seorang tentera untuk pelindung dan kekuatan mungkin..

Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya jampi mantera (yang tidak islamik) dan tangkal-tangkal serta ilmu pengasih adalah syirik'

Rasulullah s.a.w bersabda lagi: 'Sesiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah melakukan syirik'
Posted on 1:18 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

MEMBEKAM PESAKIT YANG MENGALAMI MASALAH BAHU, TULANG BELAKANG DAN PINGGANG

Rasulullah s.a.w bersabda :
'Sampaikan (ilmu) daripada aku walaupun satu ayat'

Anap bin Malik r.a berkata: 'Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.a.w berbekam pada al Akhda'in (lubang di tepi dua urat di bawah kepala) dan di Kahil (atas pundak)'.

Jabir r.a berkata: 'Sesungguhnya Baginda Nabi Muhammad s.a.w berbekam pada pinggangnya kerana kesakitan yang ditanggung Baginda s.a.w'.

Allahumma solli 'ala Saiyyidina Muhammad..


  


 

  

Hubungi / SMS Mua'llij Kamarol - 0174150340
Posted on 3:49 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

BINGKISAN RAWATAN RESDUNG



Pesakit akan sedut herba sumpahan resdung bagi membuang segala lendiran dan ibu resdung. Asapan lilin serai wangi sebanyak 2x dan diakhiri dengan cucian sabun resdung.

Pesakit perlu bawa 2botol air kolah masjid, 1botol mineral dan pati delima untuk diruqyah dan diamal makan. Air kolah untuk proses cucian dan istinsyaq.

Pesakit dibekalkan dengan 2buku sabun, sabun sireh dan sabun resdung.

Hubungi / SMS : Mua'llij Kamarol - 0174150340
Posted on 3:32 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

KHASIAT PATI DELIMA



PATI DELIMA GULSAN DARI TURKEY - Pati Jus Delima Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen.

Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).

MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS 
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA 
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung) kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

LAGI KHASIAT DELIMA
Melawan penyakit gout
mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
merawat 'sinus'
meningkatkan tenaga
menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
menormalkan fungsi hati
menstabilkan peredaran darah
merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
mencuci darah kotor
Posted on 3:18 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

PERINTAHKAN UMATMU AGAR BERBEKAM !!


Bekam dapat mengeluarkan darah kotor yakni toksin/racun yg berbahaya dari dalam tubuh..Endapan racun/bhn kimia yg tidak mampu diurai oleh tubuh badan kita mampu dikeluarkan dengan kaedah bekam ini.

Dalam Ath-Thibbu An-Nabawi oleh Ibnu Qoyyim, diriwayatkan dari Baginda Nabi s.a.w bhwa baginda s.a.w bersabda yang ertinya: 'Sebaik-baik ubat yang kamu gunakan adalah bekam dan 'fashd'.'

Photo: Membekam rakan lama Dzul Helmi Jaapar ..:)

Bekam dapat mengeluarkan darah kotor yakni toksin/racun yg berbahaya dari dalam tubuh..Endapan racun/bhn kimia yg tidak mampu diurai oleh tubuh badan kita mampu dikeluarkan dengan kaedah bekam ini.

Dalam Ath-Thibbu An-Nabawi oleh Ibnu Qoyyim, diriwayatkan dari Baginda Nabi s.a.w bhwa baginda s.a.w bersabda yang ertinya: 'Sebaik-baik ubat yang kamu gunakan adalah bekam dan 'fashd'.'

Photo: Membekam rakan lama Dzul Helmi Jaapar ..:)

Bekam dapat mengeluarkan darah kotor yakni toksin/racun yg berbahaya dari dalam tubuh..Endapan racun/bhn kimia yg tidak mampu diurai oleh tubuh badan kita mampu dikeluarkan dengan kaedah bekam ini.

Dalam Ath-Thibbu An-Nabawi oleh Ibnu Qoyyim, diriwayatkan dari Baginda Nabi s.a.w bhwa baginda s.a.w bersabda yang ertinya: 'Sebaik-baik ubat yang kamu gunakan adalah bekam dan 'fashd'.'

Photo: Membekam rakan lama Dzul Helmi Jaapar ..:)

Bekam dapat mengeluarkan darah kotor yakni toksin/racun yg berbahaya dari dalam tubuh..Endapan racun/bhn kimia yg tidak mampu diurai oleh tubuh badan kita mampu dikeluarkan dengan kaedah bekam ini.

Dalam Ath-Thibbu An-Nabawi oleh Ibnu Qoyyim, diriwayatkan dari Baginda Nabi s.a.w bhwa baginda s.a.w bersabda yang ertinya: 'Sebaik-baik ubat yang kamu gunakan adalah bekam dan 'fashd'.'

Posted on 12:41 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

TERAPI RUQYAH, URUTAN DAN BEKAM - PESAKIT STROKE

Terapi ruqyah, urutan dan bekam untuk pesakit stroke. Semoga ada kesembuhan dan keringanan dari Allah SWT.

Seorang sahabat Nabi s.a.w bertanya : 'Bagaimana pendapa anda tentang ruqyah yang kita baca dan ubat yang kita gunakan untuk berubat, apakah perkara itu boleh menolak takdir Allah S.W.T sedikit sahaja?' Baginda s.a.w menjawab: 'Dia termasuk takdir Allah S.W.T. (HR. Ibnu Majah)

Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi s.a.w : 'Jika ada khasiat penyembuhan pada sebahagian ubat-ubatan kamu, maka itu ada pada hisapan juru bekam'. (HR. Ibnu Jarir dalam Tahdzibu 'I-Athsar, dikuatkan oleh hadith Ibnu 'Abbas terdahulu)

 

 


 
Posted on 12:42 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

MARI BERBEKAM...

Rasulullah s.a.w bersabda : 'Berbekam pagi hari sebelum makan adalah terbaik, di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat serta menambah kekuatan akal dan hafalan...' (At- Tbibb, 3478)


Sabda Rasulullah s.a.w:'Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di tengah tengkok, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari tujuh puluh dua penyakit'(Riwayat At-Thabrani)

Photo: Rasulullah s.a.w bersabda : 'Berbekam pagi hari sebelum makan adalah terbaik, di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat serta menambah kekuatan akal dan hafalan...' (At- Tbibb, 3478)

          Photo: Rasulullah s.a.w bersabda : 'Berbekam pagi hari sebelum makan adalah terbaik, di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat serta menambah kekuatan akal dan hafalan...' (At- Tbibb, 3478)     Photo: Rasulullah s.a.w bersabda : 'Berbekam pagi hari sebelum makan adalah terbaik, di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat serta menambah kekuatan akal dan hafalan...' (At- Tbibb, 3478)

Posted on 11:11 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

HARI PALING AFDAL BERBEKAM DATANG LAGI..

HARI PALING AFDAL BERBEKAM DATANG LAGI..

Waktu Terbaik untuk berbekam adalah satu minggu dipertengahan bulan-bulan Qomariah ( Kalender ISLAM ), iaitu dari tanggal 15 sehingga 21 bulan Hijriah, karena pada waktu ini daya graviti bulan amat kuat terhadap bumi terutama pada haribulan ganjil. Ketika ini keadaan darah dalam badan menjadi memuncak serta bergelodak dan ia berada di permukaan. Waktu ini adalah waktu yang terbaik untuk umat manusia berbekam kerana pengeluaran darah beku, darah kotor, racun / toksik, toksin serta sumbatan-sumbatan dapat dibuat pada kadar maksima.

Dari Mujahid dari Ibnu 'Abbas yang berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, "Berbekamlah kalian pada tanggal 15, 17, 19 atau 21." (Hadith Riwayat Bazzar (2023), Ibnu Jarir, At-Tirmidzi, Hakim yang sekaligus menshahihkannya (IV/212) dari Anas, dan Abu Nu'aim dalam Ath-Thibb)

Dari Anas bin Malik RA, dia bercerita: “ Rasulullah SAW biasa berbekam di bagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Beliau biasa berbekam pada hari ke 17, 19, dan 21.” (HR, Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, sanad sohih).



Posted on 12:10 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

BINGKISAN BEKAM - MASALAH LUTUT


Membekam pesakit yang mengalami masalah sakit lutut..

Imam Malik r.a telah meriwayatkan dalam Al-Muwaththo, Kitabu Al-Jami' : 'Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit, maka bekam pun boleh mencapainya.'

Imam Ahmad r.a juga meriwayatkan dalam Musnadnya dari Nabi s.a.w yang bersabda: 'Sungguh, sebaik-baik ubat kamu adalah bekam.' (1943)

Imam Ahmad r.a juga meriwayatkan dalam Musnadnya ini, sabda Baginda s.a.w: Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia.' (Al-Bashriyyin: 19237, sohih)


          

          


Posted on 12:08 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

RAWATAN BEKAM DAN RESDUNG

Diriwayatkan dari Anas r.a : 'Sesungguhnya Allah SWT ketika menciptakan penyakit pasti menciptakan ubat, maka hendaklah kamu berubat !' (HR. Ahmad)

Sabda Rasulullah s.a.w:'Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di tengah tengkok, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari tujuh puluh dua penyakit'(Riwayat At-Thabrani)


        

   



Posted on 9:44 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

KEBERKESANAN DOA


Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Isra’ ayat 82 :

Ertinya:
Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah menukilkan dalam kitabnya “Zaad Al-Ma’aad”, ‘Maka tiadalah suatu penyakit antara penyakit-penyakit hati (jiwa) dan penyakit-penyakit badan (fizikal) melainkan dia mendapatkan cara pengubatannya dalam Al-Quran, juga sebab atau punca penyakit dan cara memelihara daripadanya, iaitu bagi siapa yang dikurniakan Allah kefahaman dalam Kitab-Nya. Siapa yang tidak terubat dengan Al-Quran, maka tiadalah dia disembuhi Allah dan siapa yang tidak berasa cukup (dengan perubatan) Al-Quran, maka tiadalah dia dicukupkan oleh Allah’.

Membacakan ayat-ayat dan doa-doa dari Al-Quran dan As-Sunnah mempunyai pengaruh dalam penyembuhan rohani dan jasmani, fizikal mahupun spiritual.

Menurut Ibnu Qoyyim Al Jauziyah lagi, terapi ruqyah merupakan terapi dengan melafazkan doa baik dari Al Quran mahupun As Sunnah untuk menyembuhkan suatu penyakit. Menurutnya juga, terapi ruqyah tidak terbatas pada gangguan jin, tetapi juga merangkumi terapi fizikal dan gangguan jiwa.

Keberkesanan doa yakni ayat-ayat ruqyah, selawat dan doa telah dikaji dan diteliti oleh beberapa tokoh perubatan, diantaranya ialah Dr. Dossey, doktor lulusan Universiti di Texas. Dia menjelaskan bahwa setelah ia mengumpulkan beberapa penelitian tentang terapi doa, dia menjelaskan bahwa ternyata doa dapat mengendalikan sel-sel kanser, sel-sel darah merah, enzim, bakteria dan sebagainya. William G. Braud, pengarah penyelidikan di Institute of Transpersonal Psychology di Palo Alto, melaporkan bahawa manusia mampu mempengaruhi secara mental dan dari jarak jauh, pelbagai sasaran biologi misalnya bakteria, koloni ragi, alga motil (semacam tumbuhan), tanaman, protozoa, larva, kutu kayu, semut, anak ayam, tikus, kucing, anjing, juga pelbagai sel (sel darah, neuron, sel kanser) dan kegiatan enzim.

Pada sasaran manusia, misalnya mempengaruhi gerakan mata, gerakan motor, kegiatan elektrodermal, kegiatan pletismografik, pernafasan, dan irama otak. Hal ini menunjukkan bahwa doa atau kegiatan fikiran manusia dapat mempengaruhi makhluk, termasuk kesihatannya. Selanjutnya Dr. Dadang Hawari menyatakan bahwa suatu kajian terhadap 393 pesakit jantung di San Fransisco menunjukkan bahawa kelompok pesakit yang terapinya ditambah dengan terapi doa sedikit sekali yang mengalami komplikasi, sedang yang tidak menggunakan terapi doa banyak menimbulkan komplikasi dari penyakit jantungnya.

Dr. Erwin Kusuma, seorang pakar psikologi di klinik Prorevital, menyatakan bahwa air yang telah dibacakan doa akan berubah struktur molekulnya dan dapat digunakan sebagai ubat. Senada dengan pendapat Dr. Erwin, di atas satu penelitian di Jepun  yang dilakukan oleh Dr. Emoto menunjukkan bahwa struktur molekul air akan berubah bila diberi kata-kata atau suara. Dia kemudian menjelaskan bahwa tubuh badan manusia mengandungi  70 peratus air, jadi perubahan akan berlaku bila diberi kata-kata, suara, atau doa. Perubahan struktur air di dalam tubuh badan inilah yang akan mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.

Beberapa penelitian tentang kesan doa terhadap kesihatan di atas, secara tidak langsung, membuktikan bahawa terapi ruqyah, selawat dan doa dari Al Quran dan As Sunnah, mempengaruhi terhadap penyembuhan sakit jasmani.
Posted on 4:29 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin