AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Perniagaan organ badan, satu lagi siri jenayah Zionis



 Khamis,  27/08/2009 – Perniagaan organ badan para syuhada’ Palestin adalah satu jenayah yang sudah lama berlaku yang baru-baru ini menyebabkan pertelingkahan di antara orang-orang Sweden dan regim Zionis. Meskipun ia tidaklah dianggap sebagai jenayah yang utama, namun ia menambahkan satu lagi siri jenayah Zionis yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Wartawan Sweden, Donald Boustroum tidak berdusta ketika beliau melaporkan bagaimana beberapa keluarga Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza mendakwa tentera Zionis melakukan penculikan tersusun terhadap pemuda Palestin yang kemudiannya jenazah mereka dihantar pulang semula kepada keluarga mereka setelah beberapa organ badan mereka diambil. Beliau juga turut memberikan fakta jelas yang menunjukkan regim Zionis melakukan jenayah tersebut dengan tersusun terhadap rakyat Palestin yang diusir dari tanahair mereka secara paksaan.

Laporan oleh akhbar Sweden ‘Haafton Bladet’ menunjukkan kewujudan suatu perniagaan organ tubuh manusia yang laris di Israel kerana keperluan yang mendesak terhadapnya. Ia juga menunjukkan keterlibatan pihak berkuasa rasmi dan para doktor yang utama dalam hal ini. Ia juga menegaskan wujud bukti kehilangan beberapa pemuda Palestin selama 5 hari sebelum jenazah mereka dihantar pulang ke kawasan kediaman secara rahsia pada waktu malam dengan terdapat kesan pembedahan pada badan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Sedikit Ulasan :

Nauzubillah..
Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikul..Mengelegak darah islam yang mengalir di dalam tubuh ku melihat pejuang islam diperlakukan begini. Apakah peranan kita sebagai saudara seIslam di seluruh pelusuk dunia. Moga kalian sedar dengan tangan-tangan jahanam yahudi yang membantai saudara kita di sana, Wahai tentera kaum muslimin, sedarlah bahawa saudara kalian di Palestin memerlukan bantuan kalian semua. Menggerakkan Tentera Untuk Memerangi Penyembelih Palestin Adalah Satu-Satunya Yang Wajib Dilakukan Oleh Para Penguasa Dan Sekiranya Mereka Tidak Berbuat Demikian Maka Sesungguhnya Mereka Telah Mengkhianati Allah, RasulNya Dan Kaum Mukminin.

 “Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar jizyah dengan keadaan taat dan merendah diri.” Surah at-Taubah (9):29.

* Gambar Jenazah Syuhada : Aasif ( kpd yg berkenaan) Moga kalian semua ditempatkan dikalangan para solihin.. AL-FATIHAH.. Aasif juga kerana ketandusan idea mengulas..
Posted on 4:17 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Munaqashah-Ruyah dan Hisab

Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dengan Kerjasama Khilafah Centre dengan ini menganjurkan Forum Ru'yah dan Hisab, Matla' Syar'iyyah atau Matla'Assabiyyah . Butir-butir forum adalah seperti berikut:

Tarikh : 6 September 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Khilafah Centre, 47-7, Jalan 7/7A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Semua di Jemput Hadir, Masuk Adalah Percuma
Posted on 11:15 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Kezaliman Ke Atas Umat Islam Di Turkestan Timur (Xinjiang) Memerlukan Pembelaan Khilafah

Hari ini keadaan di Urumqi kembali tenang. Namun, apa yang berlaku pada hari Jumaat 10 July 2009 lalu, yang pada masa itu merupakan hari keenam keganasan terhadap umat Islam di Turkestan Timur oleh anggota tentera kerajaan China dan samseng daripada etnik Han dan telah mengakibatkan seramai dua ratus orang terkorban dan beratus-ratus lagi tercedera pasti tidak akan dilupakan. Konflik yang terjadi menjadi kemuncak permusuhan terhadap umat Islam apabila penguasa menghalang umat Islam daripada menunaikan solat Jumaat di masjid sambil menutup masjid utama di Urumqi iaitu ibukota wilayah Turkestan Timur atau lebih dikenali sebagai Xinjiang oleh penguasa dan rakyat China. Turkestan Timur adalah wilayah yang telah dibuka oleh umat Islam pada kurun pertama Hijrah, yang bersamaan dengan kurun ke-8 Masihi, tetapi telah ditawan semula oleh China pada tahun 1949.

Wahai umat Islam; apakah yang mengakibatkan China boleh menduduki wilayah umat Islam itu? Dan apakah yang menyebabkan penguasa China berani melakukan keganasan dan penindasan ke atas umat Islam? Dan kenapakah umat Islam merupakan sasaran mudah kepada jenayah para penindas-penindas? Dan apakah yang menyebabkan umat Islam menjadi sasaran eksploitasi, walaupun oleh mereka-mereka yang tak ada kuasa tetapi disokong oleh kerajaan China? Dan kenapakah wilayah umat Islam merupakan tempat di mana nyawa dan darah umat Islam - khususnya yang tua, wanita dan kanak - adalah amat murah, tempat di mana suara-suara yang merintih sering kedengaran, tempat di mana berlakunya perpecahan untuk dieksploitasi oleh golongan musuh dan juga yang oleh kelompok yang bersekutu? Kenapakah kebanyakkan umat Islam seluruh dunia pada hari ini adalah lemah dan miskin, walaupun wilayah mereka mempunyai kekuasan dan kekayaan?
Wahai umat Islam, bagi setiap orang yang mempunyai perasaan, pendengaran dan penglihatan, segala perkara yang berlaku di atas hanya ada satu sebab, iaitu umat Islam telah kehilangan pemimpin yang menjaga kebajikan umat. Mereka telah kehilangan Imam yang melindungi mereka dan berperang di belakangnya, sabda Rasulullah Salallahu alaihi wa Sallam:

“Imam adalah perisai, di mana kamu berperang di belakangnya dan berlindungi dengannya”
[H.R. Muslim]

Jadi, umat telah kehilangan Khalifah yang mempertahankan kesucian Islam dan melindungi perbatasan negara umat Islam. Tiada lagi Khalifah Mu’atasim untuk menjawab rintihan daripada yang merana, tertindas dan dianyai!
Jumlah umat Islam sekarang ini adalah satu setengah billion (seorang setiap empat penduduk dunia adalah muslim), tetapi tidak ada satu pun kerajaan negara umat Islam pada hari ini yang memerintah dengan apa yang Allah perintahkan dan melaksanakan Jihad ke atas musuh-musuh Allah tetapi umat mempunyai penguasa yang memerintah selain daripada Islam dan memerangi rakyatnya sendiri yang terdiri daripada orang-orang beriman yang berusaha untuk menegakkan syariat Islam sebagaimana yang dibawa oleh RasulNya.

Para penguasa kaum muslimin pada hari ini bahkan dapat melihat dan mendengar rintihan umat Islam di Turkestan Timur, tetapi mereka tidak mengumpul kekuatan untuk membela umat Islam di sana, ini adalah disebabkan mereka adalah buta, tuli dan tidak mempunyai perasaan. Mereka hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak ada tindakan yang dilakukan, namun yang anehnya, mereka tetap mengakui bahawa mereka berbuat kebaikan.
Dan perkara-perkara yang terjadi kepada umat Islam adalah disebabkan oleh perbuatan para penguasa mereka: Umat Islam ramai dalam jumlah mereka tetapi tidak berkesan sama sekali, seperti buih di dalam lautan, benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah Salallahu alaihi wa Sallam;

“Tidak, kamu adalah sangat ramai pada waktu tersebut, kamu adalah seperti buih di dalam lautan dan Allah akan menghilangkan rasa takut musuh-musuh terhadap kamu dan kamu akan dijangkiti oleh penyakit Wahan”. Dan Rasulullah ditanya, “Apakah Wahan?” Beliau berkata, “Kecintaan kepada kehidupan dunia dan takut kepada mati” [H. R. Abu Daud]

Wahai umat Islam!
Ketua angkatan tentera umat Islam iaitu Qutaiba bin Muslim Al-Bahilee telah membuka Turkestan: sebelah Barat Asia Tengah dan membuka dua kota iaitu Samarkand dan Bukhara, pada 94 Hijrah dan seterusnya bergerak ke arah sebelah timur sehingga sampai ke Kashgar yang merupakan ibu kota Turkestan Timur pada masa itu, yang mana China merujuk sebagai Xinjiang, dan beliau telah melengkapkan pembukaan wilayah tersebut pada 95 Hijrah. Beliau kemudiannya berhenti di depan pintu negara China dan bala tenteranya makin menjejaki tanah China. Bila mana Maharaja China mendengar berita tersebut, dia yang merasa takut dan kelam-kabut, terus menghantarkan delegasi kepada ketua bala tentera umat Islam untuk membayar jizyah dan menghantarkan sedikit tanah supaya Qutaiba boleh menunaikan janjinya yang mahu menjejaki tanah China. Begitulah gemilangnya sejarah dahulu umat Islam dan Islam! Umat Islam telah diberikan kemuliaan oleh Allah Subhanahu wa Taala, dikuatkan oleh deen mereka, berdiri sebagai benteng yang kuat dan kukuh yang mana setiap yang bencikan umat Islam dan Islam tidak berani mencerobohnya, apatah lagi memeranginya. Wahai umat Islam: memang benarlah apa yang kamu menghadapi di segala pelusuk dunia adalah cukup untuk membuatkan kamu berfikir dan maju bergerak dengan yakin, di mana yang berikutnya adalah diperintahkan kepada kamu,

“Lihatlah kepada mereka yang diuji setiap atau dua kali setahun, tetapi, mereka tidak bertaubat, dan mereka tidak memperolehi pengajaran daripadanya”
(TMQ at-Taubah [9]:126).

Wahai umat Islam!
Hizbut Tahrir menyeru agar kamu bekerja keras untuk mengembalikan semula Khilafah, supaya umat Islam dikembalikan kepada kedudukan sebagai umat terbaik di kalangan manusia di dunia dan Daulah umat Islam sebagai Daulah yang terbaik di dunia dikembalikan dan Daulah yang akan memancung leher musuh-musuh yang memerangi umat Islam dan Islam, memusnahkan tangan-tangan yang merancang kejahatan terhadap umat Islam; sama ada di Turkestan Timur atau di mana-mana wilayah umat Islam yang lain, dengan mengembalikan semula kepimpinan hebat seperti Mu'atasim yang akan menjawab rintihan umat Islam, untuk membalas kejahatan musuh-musuh dan menerangi semula dunia ini dengan nur Islam melalui Khilafah.

”Dan pada hari itu golongan beriman akan bergembira-dengan prtolongan Allah. Dia menolong sesiapa yang Dia mahukan, dan Dia adalah al-Aziz dan al-Rahim” (TMQ Ar-Rum [30]:4-5).

17 Rajab 1430 AH

10 July 2009
www.khilafah.com
Posted on 8:18 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Marhaban ya Ramadhan al-kareem..Ittaqullah ya Qaumal Muslimin

Kaum Muslimin yang dikasihi..

Esok (Sabtu) kita akan melangkah masuk ke bulan Ramadhan. Bulan yang penuh berkah. Bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah SWT menjadikan puasa sebagai fardhu dan solat malamnya sebagai tathawwu’. Bulan yang siapa sahaja mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat, maka ia beroleh pahala sebagaimana mengerjakan fardhu di bulan yang lain; dan barang siapa melakukan fardhu, samalah ia dengan mengerjakan tujuh puluh fardhu di bulan yang lain.

Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan menjalani ibadah puasa kepada seluruh kaum Muslimin. Kita seharusnya bersyukur kepada Allah kerana masih dilanjutkan usia hingga tahun ini, di mana sempat sekali lagi kita menunaikan rukun iman yang ketiga ini. Ia tentunya satu kurniaan yang besar yang harus kita hargainya dengan bersyukur sebanyak-banyaknya dengan melipat gandakan ibadat serta usaha kita di dalam perjuangan menegakkan agama Allah.
Ramadhan adalah bulan ruhiyah dan bulan perjuangan. Ramadhan semestinya diisi dengan pengorbanan di jalan Allah. Semasa berpuasa, setiap muslim dituntut untuk berkorban dengan menahan rasa lapar dan dahaga demi meraih ketakwaan. Tidak cukup dengan pengorbaban lapar dan dahaga, malah setiap Muslim juga wajib berkorban apa sahaja demi meraih tingkat ketakwaan yang tertinggi di sisi Allah, kerana semulia-mulia manusia adalah mereka yang paling bertakwa kepada Rabbnya. Justeru, pengorbanan apakah yang lebih tinggi dari seseorang yang menjual dirinya kepada Allah dengan harta dan jiwanya demi menegakkan agama Allah di muka bumi ini? Inilah pengorbanan yang dituntut oleh Allah dari setiap Muslim.

Wahai kaum Muslimin!

Sesungguhnya Ramadhan merupakan salah satu syiar yang menyatukan kaum Muslimin dari ufuk barat hingga ufuk timur dunia. Dan Ramadhan seharusnya mengingatkan kita bahawa puasa kita adalah satu, ibadat kita adalah satu, kiblat kita adalah satu, agama kita adalah satu, kitab kita adalah satu, Rasul kita adalah satu dan Tuhan kita adalah Satu. Juga, kita seharusnya ingat bahawa Negara kita adalah satu! Umat Islam adalah umpama tubuh yang satu. Itulah pesan Junjungan Besar kita, Muhammad SAW.

Malangnya, setelah keruntuhan Daulah Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924M), Negara kita yang satu telah dipecah-pecahkan oleh musuh kita dari kalangan kuffar. Tubuh kita yang satu telah dirobek-robek oleh golongan kuffar laknatullah. Maka tinggallah kita di dalam perpecahan, lemah dan terus-menerus berada dalam kehinaan. Perpecahan umat Islam yang berlaku sekarang, diburukkan lagi dengan adanya pengkhianatan dari pemimpin umat Islam itu sendiri yang memerintah negara-bangsa dan melaksanakan hukum kufur ke atas kita semua. Pemimpin pengkhianat ini menjaga sempadan negara-bangsa masing-masing yang telah dilakar oleh kuffar penjajah dan mereka memecahkan kesatuan kita habis-habisan. Maka, hiduplah umat Islam dengan diperkotak-katikkan dan dizalimi oleh pemimpin mereka sendiri dalam batas sempadan palsu negara-bangsa ciptaan penjajah.

Dahulu, Rasulullah SAW dan Khulafa’ Rasyidun bersungguh-sungguh menjaga kesatuan umat Islam. Begitulah juga dengan para Khalifah setelahnya. Umat Islam hidup dengan penuh kemuliaan di bawah naungan seorang Khalifah. Umat Islam menggapai kejayaan demi kejayaan sehingga berbondong-bondong golongan kuffar memeluk agama Allah setelah menyaksikan sendiri bagaimana adil dan hebatnya deen wa nidzam (agama dan sistem) Allah. Perang Badar yang merupakan peperangan pertama yang membawa kemenangan kepada Islam berlangsung di bulan Ramadhan. Umat Islam meraih kemenangan dan kemuliaan di bulan Ramadhan yang penuh berkat. Bukan setakat itu, malah tahun demi tahun Rasulullah dan para sahabat berpuasa dalam kemenangan. Ramadhan menjadi bulan perjuangan dan bulan kemenangan bagi mereka. Ini kerana, mereka adalah golongan yang telah menjual diri kepada Allah dan redha untuk mengorbankan harta dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka tidak berhenti-henti berdakwah untuk menyebarkan agama Allah. Mereka berpuasa dan mereka berjihad untuk menyebarluaskan Islam. Mereka berpuasa dan mereka pastikan bumi ini tidak diperintah kecuali dengan hukum Allah semata. Mereka menyambut Ramadhan dengan memastikan agama Allah adalah agama yang menakluki dunia.

Rasulullah dan para sahabat meraikan Ramadhan dengan memastikan kemenangan adalah berpihak kepada Islam dan kaum Muslimin. Inilah kemenangan hakiki umat Islam sebagaimana yang telah ditunjuk dan diperintahkan oleh Rasulullah SAW dan para Khulafa’ Rasyidun. Bukan hanya sekadar kemenangan di dalam melengkapkan 30 hari berpuasa semata-semata.

Wahai kaum Muslimin!

Kita tidak akan dapat mencapai semua kemuliaan dan kehebatan sebagaimana yang telah dicapai oleh generasi yang terdahulu, kecuali dengan adanya sebuah pemerintahan yang menjalankan hukum-hakam dari langit. Justeru, kita wajib membangun satu kekuatan politik internasional yang akan menyatukan seluruh kaum Muslimin di bawah satu payung pemerintahan. Kekuatan politik itu tidak lain tidak bukan adalah negara Khilafah Islamiyyah, yang akan memayungi dan memelihara setiap Muslim di dunia dengan Kitabullah dan Sunah RasulNya. Hanya dengan cara inilah, Insya Allah, umat Islam akan dapat meraih semula status kemuliaan mereka. Hanya dengan cara ini sahajalah, kemenangan hakiki umat Islam akan dapat dicapai.

Bersempena bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama menjadikannya sebagai bulan untuk kita meraih kemenangan, bukan sahaja di dalam ibadah puasa malah di dalam perjuangan kita untuk menegakkan kembali Khilafah, sebuah institusi yang suatu ketika dahulu membawa rahmat ke seluruh alam. Marilah kita berkorban jiwa dan raga bagi memastikan agama Allah dapat ditegakkan kembali dan sekali gus menggantikan sistem sekular yang membelenggu kita selama ini. Insya Allah, sesungguhnya kejayaan pasti akan bersama mereka yang bertakwa dan ikhlas di dalam menegakkan deenullah.

Ya ikhwanal kiram!

Bersempena bulan Ramadhan 1430H ini, sekali lagi, Hizbut Tahrir Malaysia mengucapkan selamat berpuasa dan selamat berjuang. Semoga Allah menerima segala ibadah kita dan memasukkan kita ke dalam golongan hamba-hambaNya yang beruntung.

Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Posted on 3:20 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Dengan ketibaan Ramadhan yg bakal tiba beberapa waktu lagi, ana ingin mengambil kesempatan mengucapkan salam ramadhan al - mubarrak kepada semua sahabat2 dan pelawat blog ana. Moga Ramadhan kali ini dapat dilalui dengan penuh kesabaran dan penghayatan. InsyaAllah.

"( Masa yang diwajibkan kamu perpuasa itu ialah ) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah."


(Surah Al-Baqarah : 185 )


"Barangiapa berpuasa di bulan Ramadhan atas landasan iman dan kerinduan akan redha Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang lalu"

(Bukhari, Muslim, Ahmad dan lain-lain)


Posted on 1:24 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Quran Diturunkan Untuk Apa?

Untuk dipertandingkan setiap tahun? Untuk dibaca sebagai halwa telinga pada majlis-majlis tertentu? Untuk dipelajari hanya sekadar maklumat semata-mata? Untuk apa sebenarnya al-Quran itu diturunkan? Di sinilah pemahaman yang benar terhadap al-Quran perlu ada di dalam pemikiran setiap dari kita umat Islam hari ini - tidak kiralah samada rakyat biasa mahupun para pemimpin. Setiap dari kita mempunyai kewajiban terhadap al-Quran. Kita wajib mempelajarinya, memahaminya dan melaksanakan isi kandungannya.

Sebagai seorang Muslim kita perlu menyedari bahawa al-Quran yang ada di dalam dada-dada kita, yang tersimpan di rumah-rumah kita dan yang tersusun rapi di masjid-masjid perumahan dan kampung-kampung adalah merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai petunjuk kepada manusia. ”Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. ” [TMQ Al Baqarah (2) :185]. Persoalannya kini ialah - apakah kita hari ini, samada pihak individu, masyarakat mahupun negara telah menjadikan al-Quran sebagai petunjuk untuk mengatur kehidupan kita pada hari ini? Dalam konteks individu, mungkin masih ramai umat Islam yang menjadikan al-Quran sebagai petunjuk di dalam kehidupan mereka walaupun ramai juga yang telah tersasar kehidupan mereka dari petunjuk al-Quran. Namun ini jauh berbeza dengan kehidupan masyarakat dan negara! Faktanya kita dapat melihat bagaimana di kalangan para pemimpin negara yang berkuasa hari ini, mereka tidak lupa menganjurkan pertandingan tilawah setiap tahun, tetapi malangnya mereka lupa dan tidak berusaha malahan sering memberikan alasan yang pelbagai untuk tidak menerapkan isi kandungan ajaran al-Quran yang menjadi kewajiban atas bahu-bahu mereka. Apakah ini sebahagian dari golongan yang diadukan oleh Rasulullah SAW kepada Allah SWT seperti mana yang difirmankan olehNya di dalam al-Quran?

” Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai". [TMQ Al Furqaan (25) : 30]. Untuk itu wahai para penguasa umat Islam! Apakah kamu hanya berbangga menjadi penganjur dan pemenang pertandingan tilawah al-Quran, tetapi kamu langsung tidak berusaha untuk menerapkan al-Quran di dalam kehidupan bernegara pada hari ini sedangkan inilah yang diwajibkan bagi kamu? Ingatlah firman Allah SWT ”Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir. [TMQ Al Maa-idah (5) : 44]. ”Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [TMQ Al Maa-idah (5) : 45]. ”Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang fasik. [TMQ Al Maa-idah (5) : 47].

Di manakah kedudukan kamu kini wahai para pemimpin negara?

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Setiap orang daripada kamu adalah penggembala dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal penggembalaannya. Pemimpin adalah penggembala dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang lelaki adalah penggembala dalam keluarganya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang wanita adalah penggembala dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Buruh adalah penggembala dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah penggembala dan tentu akan ditanya perihal penggembalaannya. "

(Muttafaq 'alaih)


Posted on 11:32 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

Lucut kerakyatan hina raja – Mufti

PUTRAJAYA 12 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman. Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum. Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara. “Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini. “Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau. “Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas kemarahan orang Melayu terhadap kandungan satu blog baru-baru ini menghina Islam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah serta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Sebelum itu pelbagai pihak turut mengkritik tindakan Exco DAP negeri Selangor, Ronnie Liu yang campur tangan dan mempertikaikan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras di Seksyen 8, Shah Alam dan tindakan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis. Menurut Harussani, setiap orang Islam wajib mempertahankan agamanya daripada dihina oleh mana-mana pihak dan tidak seharusnya menyokong penghinaan itu dengan apa sahaja alasan. “Jangan kerana politik, mereka sanggup menjual agama. Dalam Islam, kita diwajibkan untuk pertahankan agama daripada dihina, bukan melakukannya kerana kepentingan diri,” katanya. Pada masa yang sama, kata beliau, Islam juga tidak membenarkan umatnya menghina agama lain kerana perbuatan saling menghina itu hanya akan menyebabkan berlaku suasana tidak tenteram.

[Sumber : Utusan Malaysia: 13/08/09]

Mufti Emosi

Nampaknya mufti Perak agak emosi dalam menanggapi isu perkauman yang berlaku saat ini. Isu perkauman ini akan terus bermunculan dan mungkin akan terus marak menyala jika sistem kufur sekular demokrasi yang ada pada hari ini terus dipertahankan dan dikekalkan. Jika kita telusuri isu ini secara lebih mendalam maka kita akan dapati bahawa sistem demokrasi inilah yang menjadi biang kepada kemelut perkauman ini. Selagi punca ini tidak dipadamkan maka ianya akan pasti terus menerus menimbulkan konflik dalam kehidupan masyarakat. Yakinlah jika sistem Islam diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara maka ianya akan pasti membawa keharmonian kepada kehidupan rakyat. Sejarah kegemilangan Islam yang pernah memerintah Sepanyol selama lebih kurang 800 tahun di mana ketika itu, telah terhimpun 3 agama besar dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi, telah membuktikan bahawa Islam mampu mewujudkan kestabilan dalam kehidupan bermasyarakat di sana.

Begitu jugalah ketika Rasulullah SAW menjadi ketua negara di Madinah yang penduduknya terdiri daripada golongan ahli kitab Yahudi dan Islam. Islam sebenarnya mampu mewujudkan kestabilan dalam kehidupan bermasyarakat. Sebagai orang yang rapat dengan pemerintah, sewajarnya Tan Sri Mufti menjalankan tugasnya yang paling utama iaitu memuhasabah pemerintah yang ada saat ini agar meninggalkan sistem kufur demokrasi yang diterapkan sejak lebih 50 tahun yang lalu dan seterusnya menggantikannya dengan sistem kehidupan Islam. Inilah tindakan yang paling utama, yang sepatutnya dilakukan oleh Tan Sri Mufti. Islam telah meletakkan aktiviti memuhasabah pemerintah sebagai kewajipan yang paling agung dan sekiranya dia (orang yang melakukan muhasabah) dibunuh dalam berbuat demikian, maka matinya adalah sebagai Sayyidu as-syuhada’ (penghulu para syahid). Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, ”Penghulu para syuhada adalah Hamzah ibn Abdul Muthallib dan seseorang yang berhadapan dengan penguasa yang zalim lalu ia menasihati penguasa tersebut, kemudian ia dibunuh (oleh penguasa tersebut).” [HR Hakim]. Aktiviti inilah yang sepatutnya diutamakan dan didahulukan oleh Tan Sri Mufti. Bukannya beremosi dengan isu perkauman seperti ini. Ketahuilah keamanan itu hanyalah milik Allah SWT.

Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan”. [TMQ Quraisy (106) : 4].
Posted on 9:48 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Video Kekejaman Yahudi Laknatullah !!

Mungkin ramai yang di antara antum semua yang mula leka dengan kesibukkan dan melupakan kesengsaraan saudara seislam kita di Gaza. Di sini ana "upload"kan video yang menunjukkan bertapa kejam dan jahanamnya Israel membantai saudara seaqidah kita di sana. Moga darah dan semangat jihad kalian semakin membara..dan jangan sesekali kita leka dengan musuh kita di sana.Takbir!!



* Mungkin ada di antara kalian yg terlalu sensitif dan tidak sanggup melihat video ini, so, jangan tengok.
Posted on 3:54 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 3 Comments »

Bolos..Game Show Yang Merosakkan !!

"Sedia atau tidak,bolos saja dinding itu"..Siapa yang tak tau rancangan game show astro "bolos" yang diacarakan oleh Zizan.Di sini,ana bukanlah nak menceritakan menarik @ uniknya game show tersebut, tetapi ana ingin mempertengahkan salah sebuah lagi rancangan maksiat yang telah dan akan merosakkan akhlak dan minda umat islam..bolos!!! Sememangnya telah terlalu banyak rancangan berbentuk maksiat yang disajikan kepada umat islam di negara Malaysia ni..Iyelah,sistem nya pun dah kufur,apatah lagi intipatinya...Amat sedih dan terkilannya bila mana rancangan-rancangan seperti ini berulang kali ditayangkan untuk tatapan dan sajian umat islam amnya. Dari yg kecil hinggalah yang ke tua,apakah kalian semua mengharapakn kesan positif dan mendidik jiwa dari rancangan seperti ini?? Tentu sekali tidak!!!!
Dari akademi fantasia yang berjaya menarik tontonan hampir 1.4 juta umat manusia hinggalah ke bolos yang majoriti penontonnya adalah umat islam. Bila mana sistem sekular yang diterapkan,maka rancangan seperti bukan masalah utama yang perlu dibincangkan. Lihatlah pada pakaian yang dipakai oleh peserta2 nya yang juga adalah umat islam, baik lelaki mahupun wanita, seperti tiada rasa malu dalam diri mereka???

Gambar di sebelah pula adalah gambar wanita islam yang menyertai game show tersebut. ana gelapkan sedikit gambarnya utk keselamatan umat. Bilakah fatwa hendak dikeluarkan?? Adakah yang berani dan keluar menegur seperti mana mereka berlumba-lumba memberikan pendapat @ hujah berkenaan hal politik. Wah, sejak bila dakwah kalian tertahan dan terhad dlm hal politik semata-mata @ sistem sekular telah berjaya meresap masuk dalam jiwa kalian. Siapalah yang hendak diharapkan untuk menegur kalau bukan ulama' ataupun mufti2.

Lepas ini, apalah yang akan dipakai untuk meningkatkan lagi rating rancangan mereka. Tidak sedarkah kalian semua dengan kes rogol yang semakin meningkat dari hari ke hari adalah salah satu sebabnya banyak rancangan yang merosakkan seperti ini. Untuk ibu bapa @ masyarakat semua, peliharalah anak-anak kecil itu dari rancangan yang merosakkan ini. Bukan sahaja bolos malah semua rancangan yang seangkatan dengannya. Didiklah anak-anak itu dengan didikan agama yang kukuh dan sempurna agar menjadi umat islam yang berguna kelak. Untuk para pendakwah di luar sana, keluar lah menegur, usahlah terus berdiam diri, laksanakanlah tugas kalian dengan sebenar-benarnnya.

Sesungguhnya Allah s.w.t telah berfirman : “Sudah hampir (tiba) suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong/roboh dari petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali” [HR Baihaqi].

Posted on 1:43 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 3 Comments »

Senjata Nuklear - Hipokrasi Amerika Keparat

TOKYO, 9 Ogos - Datuk Bandar Nagasaki menyeru kepada pengharaman senjata nuklear, dalam satu upacara bagi menandakan ulang tahun ke-64 serangan Amerika Syarikat yang memusnahkan bandar raya Jepun tersebut serta membunuh 74,000 penduduknya. Dalam ucapan yang diberikan sejurus selepas 11:02 pagi iaitu masa yang sama bom plutonium AS membinasakan Nagasaki pada 9 Ogos 1945, Datuk Bandar Tomihisa Taue berkata, terdapat sedikit perkembangan mengenai penghapusan senjata nuklear tetapi masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Dia memetik ucapan Presiden Barack Obama pada April lalu, yang menyeru dunia membasmi senjata atom tetapi turut menyebut tentang ujian nuklear yang dilakukan oleh Korea Utara, Mei lalu. "Sebagai umat manusia, kita ada dua jalan di hadapan kita. Satu jalan bakal membawa kita ke arah dunia tanpa senjata nuklear, manakala satu lagi menjurus kepada kehancuran, bakal menyebabkan kita menderita lagi sebagaimana kemusnahan yang dialami Nagasaki dan Hiroshima 64 tahun lalu," katanya. Kerajaan Jepun mengenal pasti jumlah keseluruhan kira-kira 150,000 mangsa daripada serangan atom Nagasaki, termasuk mereka yang mati beberapa tahun kemudian ekoran cedera dan sakit terkena radiasi atom. Nagasaki diserang tiga hari selepas sebutir bom atom dijatuhkan di Hiroshima yang mengorbankan 140,000 orang. Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua. Hadirin bertakafur seketika tepat pada masa kejadian 64 tahun terdahulu, manakala loceng besar di Taman Keamanan bandar itu dibunyikan beberapa kali. Nagasaki dimusnahkan oleh Bom AtomSebaik sahaja Taue menghabiskan ucapannya, sekumpulan burung merpati dilepaskan di taman yang menempatkan ratusan origami burung jenjang berwarna-warni yang digantung oleh penduduk tempatan. Sekitar 5,800 orang termasuk para pembesar dan wakil daripada 29 negara menghadiri upacara tersebut. Taue telah menjemput ketua-ketua negara yang memiliki senjata nuklear, termasuk Obama dan Presiden Rusia, Dmitry Medvedev untuk ke Nagasaki. – AP Sumber: Utusan Malaysia, 10 Aug 2009

Ulasan

Sekiranya seluruh dunia menyeru kepada pengharaman senjata nuklear, maka langkah pertama yang seharusnya dilakukan adalah memaksa pihak yang memulakan serangan senjata nuklear buat pertama kalinya pada tahun 1945 iaitu Amerika Syarikat (AS) untuk memusnahkan kesemua stok simpanan senjata nuklear mereka yang dianggarkan sebanyak 10 ribu kesemuanya. Dan sekiranya AS tidak mahu berbuat demikian maka segala seruan mereka hanyalah hipokrasi semata-mata. Malah, menambahkan lagi hipokrasi rejim hina AS ini, mereka menakut-nakutkan pula dunia dengan isu senjata nuklear yang dimiliki oleh Korea Utara dan Iran, yang memulakan program nuklear untuk menjana tenaga sedangkan kedua-dua negara tidak pernah dan belum pernah menceroboh negara lain sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua. Malah kedua-dua negara tersebut terpaksa pula berdepan dengan ancaman kuasa besar AS yang mempunyai simpanan jumlah senjata nuklear yang paling banyak di dunia. Semenanjung Korea pernah mengalami perang saudara dengan campurtangan AS yang menyebabkan seramai kira-kira 3 juta orang terkorban.

Sementara Iraq, di bawah rejim Saddam Hussein dengan bantuan AS telah menceroboh Iran pada tahun 1980 menyebabkan kedua-dua negara berperang selama 8 tahun dan kehilangan nyawa kira-kira 1 juta orang. Disebabkan oleh ancaman dari kuasa besar yang sering membuat kerosakan ini, adakah dunia boleh menyalahkan Korea Utara untuk memiliki senjata nuklear, dan adakah seluruh dunia boleh menyalahkan Iran daripada mahu memulakan program nuklear mereka sendiri?
Posted on 11:48 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

KEUTAMAAN SYAABAN


Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.” Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.” Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.” Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.” Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”



Posted on 1:26 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Forum Muslimah - Islam Menjamin Kesejahteraan Wanita


Maklumat Lanjut di http://www.mykhilafah.com/

Masuk Percuma : Terbuka Kepada MUSLIMAH Sahaja

Posted on 9:17 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin