AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Kezaliman Ke Atas Umat Islam Di Turkestan Timur (Xinjiang) Memerlukan Pembelaan Khilafah

Hari ini keadaan di Urumqi kembali tenang. Namun, apa yang berlaku pada hari Jumaat 10 July 2009 lalu, yang pada masa itu merupakan hari keenam keganasan terhadap umat Islam di Turkestan Timur oleh anggota tentera kerajaan China dan samseng daripada etnik Han dan telah mengakibatkan seramai dua ratus orang terkorban dan beratus-ratus lagi tercedera pasti tidak akan dilupakan. Konflik yang terjadi menjadi kemuncak permusuhan terhadap umat Islam apabila penguasa menghalang umat Islam daripada menunaikan solat Jumaat di masjid sambil menutup masjid utama di Urumqi iaitu ibukota wilayah Turkestan Timur atau lebih dikenali sebagai Xinjiang oleh penguasa dan rakyat China. Turkestan Timur adalah wilayah yang telah dibuka oleh umat Islam pada kurun pertama Hijrah, yang bersamaan dengan kurun ke-8 Masihi, tetapi telah ditawan semula oleh China pada tahun 1949.

Wahai umat Islam; apakah yang mengakibatkan China boleh menduduki wilayah umat Islam itu? Dan apakah yang menyebabkan penguasa China berani melakukan keganasan dan penindasan ke atas umat Islam? Dan kenapakah umat Islam merupakan sasaran mudah kepada jenayah para penindas-penindas? Dan apakah yang menyebabkan umat Islam menjadi sasaran eksploitasi, walaupun oleh mereka-mereka yang tak ada kuasa tetapi disokong oleh kerajaan China? Dan kenapakah wilayah umat Islam merupakan tempat di mana nyawa dan darah umat Islam - khususnya yang tua, wanita dan kanak - adalah amat murah, tempat di mana suara-suara yang merintih sering kedengaran, tempat di mana berlakunya perpecahan untuk dieksploitasi oleh golongan musuh dan juga yang oleh kelompok yang bersekutu? Kenapakah kebanyakkan umat Islam seluruh dunia pada hari ini adalah lemah dan miskin, walaupun wilayah mereka mempunyai kekuasan dan kekayaan?
Wahai umat Islam, bagi setiap orang yang mempunyai perasaan, pendengaran dan penglihatan, segala perkara yang berlaku di atas hanya ada satu sebab, iaitu umat Islam telah kehilangan pemimpin yang menjaga kebajikan umat. Mereka telah kehilangan Imam yang melindungi mereka dan berperang di belakangnya, sabda Rasulullah Salallahu alaihi wa Sallam:

“Imam adalah perisai, di mana kamu berperang di belakangnya dan berlindungi dengannya”
[H.R. Muslim]

Jadi, umat telah kehilangan Khalifah yang mempertahankan kesucian Islam dan melindungi perbatasan negara umat Islam. Tiada lagi Khalifah Mu’atasim untuk menjawab rintihan daripada yang merana, tertindas dan dianyai!
Jumlah umat Islam sekarang ini adalah satu setengah billion (seorang setiap empat penduduk dunia adalah muslim), tetapi tidak ada satu pun kerajaan negara umat Islam pada hari ini yang memerintah dengan apa yang Allah perintahkan dan melaksanakan Jihad ke atas musuh-musuh Allah tetapi umat mempunyai penguasa yang memerintah selain daripada Islam dan memerangi rakyatnya sendiri yang terdiri daripada orang-orang beriman yang berusaha untuk menegakkan syariat Islam sebagaimana yang dibawa oleh RasulNya.

Para penguasa kaum muslimin pada hari ini bahkan dapat melihat dan mendengar rintihan umat Islam di Turkestan Timur, tetapi mereka tidak mengumpul kekuatan untuk membela umat Islam di sana, ini adalah disebabkan mereka adalah buta, tuli dan tidak mempunyai perasaan. Mereka hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak ada tindakan yang dilakukan, namun yang anehnya, mereka tetap mengakui bahawa mereka berbuat kebaikan.
Dan perkara-perkara yang terjadi kepada umat Islam adalah disebabkan oleh perbuatan para penguasa mereka: Umat Islam ramai dalam jumlah mereka tetapi tidak berkesan sama sekali, seperti buih di dalam lautan, benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah Salallahu alaihi wa Sallam;

“Tidak, kamu adalah sangat ramai pada waktu tersebut, kamu adalah seperti buih di dalam lautan dan Allah akan menghilangkan rasa takut musuh-musuh terhadap kamu dan kamu akan dijangkiti oleh penyakit Wahan”. Dan Rasulullah ditanya, “Apakah Wahan?” Beliau berkata, “Kecintaan kepada kehidupan dunia dan takut kepada mati” [H. R. Abu Daud]

Wahai umat Islam!
Ketua angkatan tentera umat Islam iaitu Qutaiba bin Muslim Al-Bahilee telah membuka Turkestan: sebelah Barat Asia Tengah dan membuka dua kota iaitu Samarkand dan Bukhara, pada 94 Hijrah dan seterusnya bergerak ke arah sebelah timur sehingga sampai ke Kashgar yang merupakan ibu kota Turkestan Timur pada masa itu, yang mana China merujuk sebagai Xinjiang, dan beliau telah melengkapkan pembukaan wilayah tersebut pada 95 Hijrah. Beliau kemudiannya berhenti di depan pintu negara China dan bala tenteranya makin menjejaki tanah China. Bila mana Maharaja China mendengar berita tersebut, dia yang merasa takut dan kelam-kabut, terus menghantarkan delegasi kepada ketua bala tentera umat Islam untuk membayar jizyah dan menghantarkan sedikit tanah supaya Qutaiba boleh menunaikan janjinya yang mahu menjejaki tanah China. Begitulah gemilangnya sejarah dahulu umat Islam dan Islam! Umat Islam telah diberikan kemuliaan oleh Allah Subhanahu wa Taala, dikuatkan oleh deen mereka, berdiri sebagai benteng yang kuat dan kukuh yang mana setiap yang bencikan umat Islam dan Islam tidak berani mencerobohnya, apatah lagi memeranginya. Wahai umat Islam: memang benarlah apa yang kamu menghadapi di segala pelusuk dunia adalah cukup untuk membuatkan kamu berfikir dan maju bergerak dengan yakin, di mana yang berikutnya adalah diperintahkan kepada kamu,

“Lihatlah kepada mereka yang diuji setiap atau dua kali setahun, tetapi, mereka tidak bertaubat, dan mereka tidak memperolehi pengajaran daripadanya”
(TMQ at-Taubah [9]:126).

Wahai umat Islam!
Hizbut Tahrir menyeru agar kamu bekerja keras untuk mengembalikan semula Khilafah, supaya umat Islam dikembalikan kepada kedudukan sebagai umat terbaik di kalangan manusia di dunia dan Daulah umat Islam sebagai Daulah yang terbaik di dunia dikembalikan dan Daulah yang akan memancung leher musuh-musuh yang memerangi umat Islam dan Islam, memusnahkan tangan-tangan yang merancang kejahatan terhadap umat Islam; sama ada di Turkestan Timur atau di mana-mana wilayah umat Islam yang lain, dengan mengembalikan semula kepimpinan hebat seperti Mu'atasim yang akan menjawab rintihan umat Islam, untuk membalas kejahatan musuh-musuh dan menerangi semula dunia ini dengan nur Islam melalui Khilafah.

”Dan pada hari itu golongan beriman akan bergembira-dengan prtolongan Allah. Dia menolong sesiapa yang Dia mahukan, dan Dia adalah al-Aziz dan al-Rahim” (TMQ Ar-Rum [30]:4-5).

17 Rajab 1430 AH

10 July 2009
www.khilafah.com
Posted on 8:18 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

0 comments:

Post a Comment

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin