Perniagaan organ badan, satu lagi siri jenayah Zionis
Khamis, 27/08/2009 – Perniagaan organ badan para syuhada’ Palestin adalah satu jenayah yang sudah lama berlaku yang baru-baru ini menyebabkan pertelingkahan di antara orang-orang Sweden dan regim Zionis. Meskipun ia tidaklah dianggap sebagai jenayah yang utama, namun ia menambahkan satu lagi siri jenayah Zionis yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Wartawan Sweden, Donald Boustroum tidak berdusta ketika beliau melaporkan bagaimana beberapa keluarga Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza mendakwa tentera Zionis melakukan penculikan tersusun terhadap pemuda Palestin yang kemudiannya jenazah mereka dihantar pulang semula kepada keluarga mereka setelah beberapa organ badan mereka diambil. Beliau juga turut memberikan fakta jelas yang menunjukkan regim Zionis melakukan jenayah tersebut dengan tersusun terhadap rakyat Palestin yang diusir dari tanahair mereka secara paksaan.
Laporan oleh akhbar Sweden ‘Haafton Bladet’ menunjukkan kewujudan suatu perniagaan organ tubuh manusia yang laris di Israel kerana keperluan yang mendesak terhadapnya. Ia juga menunjukkan keterlibatan pihak berkuasa rasmi dan para doktor yang utama dalam hal ini. Ia juga menegaskan wujud bukti kehilangan beberapa pemuda Palestin selama 5 hari sebelum jenazah mereka dihantar pulang ke kawasan kediaman secara rahsia pada waktu malam dengan terdapat kesan pembedahan pada badan mereka.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Sedikit Ulasan :
Nauzubillah..
Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikul..Mengelegak darah islam yang mengalir di dalam tubuh ku melihat pejuang islam diperlakukan begini. Apakah peranan kita sebagai saudara seIslam di seluruh pelusuk dunia. Moga kalian sedar dengan tangan-tangan jahanam yahudi yang membantai saudara kita di sana , Wahai tentera kaum muslimin, sedarlah bahawa saudara kalian di Palestin memerlukan bantuan kalian semua. Menggerakkan Tentera Untuk Memerangi Penyembelih Palestin Adalah Satu-Satunya Yang Wajib Dilakukan Oleh Para Penguasa Dan Sekiranya Mereka Tidak Berbuat Demikian Maka Sesungguhnya Mereka Telah Mengkhianati Allah, RasulNya Dan Kaum Mukminin.
“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar jizyah dengan keadaan taat dan merendah diri.” Surah at-Taubah (9):29.
* Gambar Jenazah Syuhada : Aasif ( kpd yg berkenaan) Moga kalian semua ditempatkan dikalangan para solihin.. AL-FATIHAH.. Aasif juga kerana ketandusan idea mengulas..
0 comments:
Post a Comment