AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Lucut kerakyatan hina raja – Mufti

PUTRAJAYA 12 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman. Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum. Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara. “Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini. “Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau. “Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas kemarahan orang Melayu terhadap kandungan satu blog baru-baru ini menghina Islam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah serta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Sebelum itu pelbagai pihak turut mengkritik tindakan Exco DAP negeri Selangor, Ronnie Liu yang campur tangan dan mempertikaikan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras di Seksyen 8, Shah Alam dan tindakan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis. Menurut Harussani, setiap orang Islam wajib mempertahankan agamanya daripada dihina oleh mana-mana pihak dan tidak seharusnya menyokong penghinaan itu dengan apa sahaja alasan. “Jangan kerana politik, mereka sanggup menjual agama. Dalam Islam, kita diwajibkan untuk pertahankan agama daripada dihina, bukan melakukannya kerana kepentingan diri,” katanya. Pada masa yang sama, kata beliau, Islam juga tidak membenarkan umatnya menghina agama lain kerana perbuatan saling menghina itu hanya akan menyebabkan berlaku suasana tidak tenteram.

[Sumber : Utusan Malaysia: 13/08/09]

Mufti Emosi

Nampaknya mufti Perak agak emosi dalam menanggapi isu perkauman yang berlaku saat ini. Isu perkauman ini akan terus bermunculan dan mungkin akan terus marak menyala jika sistem kufur sekular demokrasi yang ada pada hari ini terus dipertahankan dan dikekalkan. Jika kita telusuri isu ini secara lebih mendalam maka kita akan dapati bahawa sistem demokrasi inilah yang menjadi biang kepada kemelut perkauman ini. Selagi punca ini tidak dipadamkan maka ianya akan pasti terus menerus menimbulkan konflik dalam kehidupan masyarakat. Yakinlah jika sistem Islam diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara maka ianya akan pasti membawa keharmonian kepada kehidupan rakyat. Sejarah kegemilangan Islam yang pernah memerintah Sepanyol selama lebih kurang 800 tahun di mana ketika itu, telah terhimpun 3 agama besar dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi, telah membuktikan bahawa Islam mampu mewujudkan kestabilan dalam kehidupan bermasyarakat di sana.

Begitu jugalah ketika Rasulullah SAW menjadi ketua negara di Madinah yang penduduknya terdiri daripada golongan ahli kitab Yahudi dan Islam. Islam sebenarnya mampu mewujudkan kestabilan dalam kehidupan bermasyarakat. Sebagai orang yang rapat dengan pemerintah, sewajarnya Tan Sri Mufti menjalankan tugasnya yang paling utama iaitu memuhasabah pemerintah yang ada saat ini agar meninggalkan sistem kufur demokrasi yang diterapkan sejak lebih 50 tahun yang lalu dan seterusnya menggantikannya dengan sistem kehidupan Islam. Inilah tindakan yang paling utama, yang sepatutnya dilakukan oleh Tan Sri Mufti. Islam telah meletakkan aktiviti memuhasabah pemerintah sebagai kewajipan yang paling agung dan sekiranya dia (orang yang melakukan muhasabah) dibunuh dalam berbuat demikian, maka matinya adalah sebagai Sayyidu as-syuhada’ (penghulu para syahid). Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, ”Penghulu para syuhada adalah Hamzah ibn Abdul Muthallib dan seseorang yang berhadapan dengan penguasa yang zalim lalu ia menasihati penguasa tersebut, kemudian ia dibunuh (oleh penguasa tersebut).” [HR Hakim]. Aktiviti inilah yang sepatutnya diutamakan dan didahulukan oleh Tan Sri Mufti. Bukannya beremosi dengan isu perkauman seperti ini. Ketahuilah keamanan itu hanyalah milik Allah SWT.

Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan”. [TMQ Quraisy (106) : 4].
Posted on 9:48 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

0 comments:

Post a Comment

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin