Kucing Mati di Pusat Jagaan
Salamualaik..Salam Lebaran..
Harap semua muslimin muslimat di luar sana sihat hendakNya. Berlalu sudah madrasah ramadhan kini menjelang syawal yang mulia tanda kemenangan umat islam dan kembali semula kita kepada fitrah kejadian. Sejauh mana madrasah ramadhan meninggalkan kesan dalam diri kita ? Semakin bertambahkah iman dan taqwa kita ? Semakin tawadhukkah diri kita ? ataupun bulan ramadhan berlalu begitu sahaja tanpa apa-apa kesan..Sama-sama kita 'check and balance' amal dan iman kita, saling ingat mengingatkan.
Hiba dan terkejut apabila terbaca berita mengenai '16 Kucing Mati' di sebuah pusat jagaan Damansara Damai, Petaling Jaya. Lihat berita lanjut ->
Bukti jagaan teruk yang diberikan... |
PETALING JAYA: Sebuah pusat penjagaan haiwan ‘diserbu’ pemilik haiwan selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di sini, semalam.
Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri.
Menurut seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 36, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan dipulangkan dalam keadaan yang teruk.
“Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.
“Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.
“Oleh itu, kami mengumpulkan beberapa sukarelawan dan pemilik haiwan untuk menyiasat apa sebenarnya berlaku di pusat jagaan terbabit,” katanya.
Ulasan
“Jangan kamu menyangka bahawa Allah lalai terhqadap apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Hanya sanya Allah menangguh (balasan terhadap) mereka ke hari yang mata-mata terbeliak (Hari Kiamat) … “ (Al-Quran).
Nauzubillahi min zalik..Kenapa begini jadinya. Kucing / Haiwan peliharaan itu juga adalah makhluk Allah S.W.T dan mereka juga mempunyai hak dan berhak dilayan dengan sebaik-baiknya oleh kita yang bergelar manusia. Manusia..makhluk yang dicipta Allah S.W.T dengan sebaik-baik kejadian.
Hal ini secara tidak langsung memberikan kesan dan pandangan negatif orang ramai kepada penguasaha @ pusat jagaan haiwan peliharaan. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Di harap pihak berkuasa mengambil tindakan atas perkara ini dan mereka yang bertanggungjawab tampil memberikan pengakuan dan kenyataan atas sebab apakah perkara ini boleh terjadi..disabotajkah ? Dengarnya pemilik pusat jagaan haiwan ini telah melarikan diri.
Di bawah ini saya sertakan sedikit dalil berkenaan dengan haiwan untuk hayatan dan rujukan..
Sahih Muslim hadis 2097 jilid 4
Dari Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw. Bersabda “Seorang wanita disiksa Allah pada hari Kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati. Kerana itu Allah SWT memasukkannya ke Neraka. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat di bumi.
Sahih Muslim jilid 4 no hadis 2098
Sayangi Haiwan
Dari Abu hurairah r.a katanya rasulullah saw. Pernah bercerita “Pada suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia turun ke sumur itu untuk minum. Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya, Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang baru kualami” lalu dia turun kembali ke sumur, dicedoknya air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diberi minumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada lelaki itu (diterimaNya amalnya), dan diampuniNya dosanya” Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah saw. Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan ini?” Jawab rasulullah saw “Menyayangi setiap makhluk hidup(tumbuhan dan haiwan) berpahala (ada pahalanya),”
Dari Abu Hurairah r.a katanya “Rasulullah saw. Bercerita “Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. Anjing itu hampir mati kehausan. Tiba-tiba dia terlihat oleh seorang wanita pelacur bangsa bani Israil. Maka dibukanya sepatu botnya, kemudian dicedoknya air dengan sepatunya, lalu diberinya minum anjing yang hampir mati itu . maka Allah swt mengampuni segala dosa wanita itu (dengan asbab amalnya beri minum anjing itu).
Hadis 1540 sahih muslim jilid 2
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya “Rasulullah saw. Memerintah membunuh anjing. Lalu kami laksanakan perintah itu sehingga seekor anjing milik seorang wanita yang selalu mengawal tuannya dari dusun kami bunuh pula. Kemudian Rasulullah saw. Melarang membunuh anjing seperti itu. Tetapi sabda beliau, “Bunuhlah (bila-bila masa dan dimana saja) anjing yang seluruh bulunya bewarna hitam dengan dua titik putih di keningnya kerana anjing seperti itu adalah syaitan.
Hadis 1150 sahih Bukhari jilid 3:
Dari Abu Hurairah RadhiaLlahu anhu, Rasulullah SallAllahu alaihi waSalam bersabda “Kuda dapat menjadi sumber pahala, menjadi alat untuk memenuhi keperluan, atau menjadi sebab dosa. Ia menjadi sumber pahala, jika ia dipelihara untuk AdDinuLlah, digembalakan di padang rumput, atau diperkebunan. Seberapa sampai oleh kuda itu menurut panjang talinya di padang rumput atau di kebun itu, itu menjadi pahala bagi yang empunya. Kalau tali kuda itu putus, lalu naik ke tempat yang tinggi, jejaknya dan tahinya menjadi sumber pahala bagi yang empunya kuda tersebut.. Seandainya kuda itu melalui sebuah sungai, lalu ia minum di sungai itu, sedangkan yang punya tidak berniat memberikan minum, maka yang demikian itu menjadi sumber pahala baginya, Kerana itu ,kudanya menjadi sumbar pahala baginya
Insan yang memelihara kuda untuk memenuhi keperluan hidupnya , agar ia jangan jadi pengemis, dan tidak melupakan hak Allah pada waktu membebani kuda itu*** kerana kuda itu menjadi alat bagi memenuhi keperluannya. Dan orang yang memelihara kuda kerana kesombongan, angkuh, riak terhadap Insan Muslim, maka kuda itu menjadi sebab dosa baginya” dan ditanya seseorang kepada Rasulullah SallALlahu alaihi waSalam hal keldai/khimar, maka turun ayat ringkas kepada Nabi yakni ayat “Siapa yang berbuat kebaikan sebesar zarah jua pun akan dilihatNya; sesiapa yang berbuat kejahatan sebesar zarah sekalipun akan dilihatNya “ (Surah AzZalzalah, ayat 7)
Keterangan
*** Maksudnya kuda itu dipelihara dengan baik dan diberinya muatan beban sesuai dengan kekuatan kuda itu untuk mengangkutnya.
Surah At Takwir Ayat 5
• “Maka apabila binatang liar dikumpulkan” untuk mendapat Pembelaan dari Allah AzzawaJalla.
Tidak boleh membunuh haiwan melainkan dengan niat untuk dimakan. Dalilnya Sabda Rasulullah Salallahu alaihi wasalam:
Sesiapa membunuh burung dengan tujuan mensia-siakannya, maka ia menghadap Allah pada hari Qiamat dan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya si fulan telah membunuhku dengan sia-sia dan dia tidak membunuhku untuk dimanfaatkan (Hadis riwayat Ahmad:18976. AnNasa’i:4446 dan rujuk Ghayah Al Maram oleh Syeikh al Albani:4246.
Hadis no 1462 sahih Bukhari jilid 3:
Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhu : Nabi SallAllahu alaihi waSalam bersabda” Apabila kamu mendengari kokok ayam, maka berdoalah kepada Allah untuk beroleh kurnia dariNya kerana Sesungguhnya ia telah melihat malaikat. Apabila kamu mendengar bunyi ringit keldai maka mohonkanlah Perlindungan dengan Allah dari bahaya gangguan syaitan kerana sesungguhnya ia telah melihat syaitan
Surah Al Maidah 5:3
Diharamkan ke atas kamu bangkai, darah dan daging khinzir
Allah S.W.T telah berfirman :
“Katakanlah: “Tiadalah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaKu, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi – kerana Sesungguhnya semua itu kotor – atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam Keadaan terpaksa, sedang Dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Al-An’am : 145)
Ayat 44 Surah al Isra’:
Langit yang tujuh lapis dan bumi yang tujuh lapis dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka sesungguhnya Dia adalah maha penyantun lagi Maha pengampun
Hadis Sahih Bukhari no 1131 jilid 3 (banyak kisah fauna dan flora)
Dari Abu Hurairah RadhiaLlahu anhu, Nabi Sallallhu alaihi waSalam, bersabda “Ketika seorang lelaki mengenderai lembu, maka lembu itu melenggong kepadanya sambil berkata “Saya diciptakan bukan untuk ini (dikenderai), saya diciptakan Allah untuk mengerjakan sawah ladang”. Ia berkata “Saya percaya dengan ucapan itu. Demikian jua Abu Bakar dan Umar. “Seekor Serigala (AzZi’bu) menangkap kambing, lalu diburu oleh pengembala. Serigala itu berkata “Siapakah yang akan menguasainya pada hari berkuasanya binatang buas? Pada hari itu tiada pengembalanya selain dari aku”. Dia berkata “Saya percaya, jua Abu Bakar dan Umar***
Ayat 79 Surah Al Anbiya’:
Maka Kami telah beri faham/pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat*) dan kepada masing-masing mereka telah kami berikan hikmah dan ilmu dan telah kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung. Semua bertasbih bersama Daud, dan Kamilah yang melakukannya
*Menurut riwayat Ibnu Abbas bahawa sekelompok kambing telah merosakkan tanaman di waktu malam. Maka yang empunya tanaman mengadu hal ini kepada Nabi Daud memutuskan bahawa kambing-kambing itu harus diserahkan kepada empunya tanaman sebagai ganti tanaman yang rusak. Tetapi Nabi Sulaiman a.s memutuskan supaya kambing-kambing itu diserahkan sementara kepada yang empunya tanaman untuk diambil manfaatnya. Dan orang yang empunya kambing diharuskan menggantikan tanaman itu dengan tanaman yang baru. Apabila tanaman yang baru itu telah dapat diambil hasilnya, mereka yang mempunyai kambing itu boleh mengambil kambingnya kembali. Putusan Nabi Sulaiman a.s ini adalah keputusan yang lebih tepat.
Ayat 88 surah An Namli
” Dan engkau melihat gunung ganang, engkau menyangkanya tetap membeku (tidak bergerak), pada hal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; demikianlah perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya;sesungguhnya Ia Amat mendalam pengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.”
Ayat 59 surah Al An’am menyebutkan Dan pada sisi Allah kunci kunci semua yang ghaib tak ada yang menegetahuinya kecuali Allah dan Dia mengetahui apa yang di daratan/land dan lautan/sea dan tiada sehelai daun yang gugur pasti Allah mengetahuinya dan apabila daun jatuh pasti allah mengetahuinya dan jika sebutir biji benih basah dan keraing jatuh di dalam bumi/tanah pasti jua Allah mengetahuinya serta sudah tertulis di lauhul mahfuz.
Semoga semuanya beroleh manfaat..Wallahualam bish' awab..
3 comments:
pelik jugak.. kata nak bela kucing, tapi hantar pusat jagaan kucing... nak bela, bela la betul2 kan.. tak boleh nak expect orang lain jaga kucing peliharaan kita semacam mana yg kita jaga..
kalau nak cuti panjang, sediakan makanan yg secukupnya atau lepaskan kucing tu dari sangkar.. pandailah kucing tu cari makanannya sendiri..
syukran untuk komentar nya fuad..
sepatutnya macamtulah..tp mmg trend org sekarang yang membela kucing yg gred tinggi (mahal) ni dihantar utk jagaan rapi..akhirnya jadi begini.siapa yg harus dipersalahkan ?
Org yang diberi amanah lalu tidak menjaga amanah itu adalah salah satu sifat orang munafiq.
Yang menghantar ke pusat jagaan tu,mereka ini kadang2 pulang ke kampung..atau pergi merantau luar negara atau dalam dgn tmpoh mase yg lame..sebab tula mereka hantar haiwan peliharaan mereka ke pusat jagaan
Post a Comment