AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Salam Eid Mubarak 1432H

Assalamualaikum w.t.b...Sekejap sahaja Ramadhan nak melabuhkan tirainya..nanti menjelang pula Syawal sebagai tanda kemenangan umat islam dan kembali kita kepada fitrah asal manusia..'minal aidil wal faizin'. Semoga amalan kita diterima oleh Allah S.W.T dan rahmat Allah S.W.T memayungi kita semua. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..Andai terkasar bahasa dalam penulisan atau ada tuturkata saya yang terlanjur, harap dimaafi. Di harap semua muslimin muslimat bersama-sama menghayati Syawal yang bakal tiba dan memanfaatkan baki Ramadhan yang hanya beberapa hari sahaja lagi akan meninggalkan kita. Ohya, diingatkan juga kepada sesiapa yang belum membayar zakat fitrah, masih ada masa untuk melaksanakannya, jangan tunggu hingga pagi raya, kelam kabut nanti. Sekian, Syukran & Wassalam.


Salah satu lagu raya kegemaran - UNIC & Inteam (Zapin Hari Raya)


Takbir Raya untuk sesiapa yang mungkin terlupa..:)
Posted on 3:26 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Wudhuk Zahir dan Batin


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya.
Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu
bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki
dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim
Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan
solat?"

Hatim berkata,"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "

Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota
wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh
perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua
anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1.Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim'
dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian
aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk
dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku
memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang
kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya..

~ Semoga beroleh manfaat ~
Posted on 3:32 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

Solat Tahajjud



Allah berfirman maksudnya, “Apakah kamu hai orang-orang musyrik yang lebih beruntung atau orang-orang yang beribadat di waktu malam dengan sujud dan berdiri, dalam keadaan takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah ” Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ? Sesungguhnya hanya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.” (Az-Zumar : 9)

Allah berfirman maksudnya, “Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit. atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.” (Al-Muzammil : 1-9)

Allah berfirman maksudnya, “Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu menempatkan kamu di kedudukan yang terpuji". (Al Isra : 79)
Nabi saw. bersabda, “Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (tahajud).” (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Allah swt. sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)
Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya di syurga itu ada bilik yang luar boleh dilihat dari dalam, dan dalamnya boleh dilihat dari luar. Disediakan untuk mereka yang memberi makan orang-orang yang memerlukannya, mereka yang menyebarkan salam, serta mereka yang mendirikan solat tahajud pada saat manusia lain sedang tidur". (HR. At Thabrani dan Al Hakim).

Nabi saw. bersabda, “Wahai manusia sebarkanlah salam, bagilah makan dan sembahyang malam ketika manusia tidur nescaya kamu akan masuk syurga dgn selamatnya.” (HR at-Tirmizi)

Dari Salman Farisi, Nabi saw. bersabda, “Hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab ia adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia mendekatkan kamu kepada tuhan, menghapuskan dosa, mencegah diri dari maksiat dan menyembuhkankan penyakit.” ( Riwayat At-Tabrani )

Sumber :TAZKIRAH
Posted on 11:48 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin