AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

FORUM PERDANA - Mari Sepakat,Pasti ISLAM Berdaulat


FORUM PERDANA
Tajuk : ‘Mari Sepakat, Pasti Islam Berdaulat’
Tarikh : 29 April 2011 (Jumaat)
Masa : Selepas Magrib
Tempat : Masjid Negeri, Seremban

Bersama :
Ustaz Abdul Basit Wahab, Jabatan Mufti N.Sembilan
Ustaz Zamani (YDP ISMA Seremban) dan Isteri (Ustazah Nik Norsaha)

Semua dijemput hadir
Posted on 9:40 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Syafaat Nabi Muhammad s.a.w dari sudut pandang bagi Ibnu Taymiyyah


Gambar Hiasan : Credit to Tolahah
Bismillahirrahmanirrahim…

Astaghfirullahalazim…Semoga Allah S.W.T sentiasa memberi keampunan setiap dari pada kita.Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan, Muhammad s.a.w. Moga kita memperoleh syafaat daripada Baginda s.a.w.

Mungkin anda semua sudah maklum, keharusan memohon syafaat daripada Nabi Muhammad s.a.w di dunia, ketika Baginda s.a.w masih hidup, juga dibolehkan memohon syafaat daripada Nabi Muhammad s.a.w setelah Baginda s.a.w wafat.

Hal ini bersesuaian dengan prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah, bahawa para Nabi a.s tetap hidup di alam barzakh. Nabi Muhammad s.a.w sudah pasti adalah Nabi yang paling sempurna dan besar mendapat kurniaan tersebut. Baginda s.a.w mendengar perkataan umatnya, dan kepadanya diperlihatkan perbuatan mereka.

Baginda s.a.w juga memohonkan keampunan kepada Allah bagi dosa-dosa mereka dan memuji Allah (atas amalan baik umatnya). Selawat dan salam yang diucapkan oleh umatnya juga sampai kepadanya, meskipun mereka berada di penghujung dunia yang paling jauh, sebagaimana yang diisyaratkan dalam hadis-hadis sohih yang diakui oleh sejumlah penghafaz dan ahli hadis.

Jika kita memohon syafaat daripada Rasulullah s.a.w, sudah pasti Rasulullah s.a.w akan berdoa memohon kepada Allah S.W.T seperti yang dilakukannya ketika masih hidup. Hamba Allah yang memintanya, akan menerima syafaat itu pada tempat dan waktu yang telah ditentukan setelah diizinkan oleh Allah S.W.T sebagaimana dapat masuk syurga orang yang diberi khabar gembira dengannya di dunia.

Dia mengecapinya pada waktunya selepas Allah memberikan keizinan-Nya masuk syurga. Jadi, perkara ini (masuk syurga bagi mereka yang telah dijanjikan) dan syafaat, adalah sama.

Ibnu Taimiyyah mengharuskan memohon syafaat daripada Nabi s.a.w semasa di dunia. Di dalam bukunya, al-Fatawa, Ibnu Taymiyyah memberikan suatu penjelasan yang sangat bagus bagi ayat-ayat yang mengisyaratkan ketiadaan syafaat, ketiadaan manfaatnya dan larangan daripada memohonnya. Sedangkan, ayat-ayat itulah digunakan oleh sebahagian umat Islam untuk melarang daripada memohon syafaat daripada Nabi Muhammad s.a.w semasa di dunia.

Daripada perkataan Ibnu Taymiyyah tentang makna ayat-ayat tersebut dapat disimpulkan bahawa penggunaan ayat-ayat tersebut sebagai dalil untuk melarang permohonan syafaat di dunia sebagaimana yang mereka yakini itu tidak kena pada tempatnya dan terpesong daripada maksud asalnya.

Ibnu Taymiyyah berkata: "Orang-orang yang mengingkari syafaat berhujah dengan ayat-ayat berikut: Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari Kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikit pun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang salah itu tidak akan ditolong (daripada azab sengsara). (Al-Baqarah: 123)

(Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabat pun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya. (Al-Mukmin: 18)

Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
(Al-Muddathir: 48)

Ahli Sunnah, bahawa maksud ayat-ayat di atas ialah dua perkara berikut: Pertama, bahawa syafaat itu memang tidak bermanfaat bagi orang-orang yang mensyirikkan Allah, sebagaimana firman Allah dalam menyifatkan mereka: (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata), "…dan kami sentiasa mendustakan Hari Pembalasan, sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini (mati)." Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalau ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu. (Al-Muddathhir: 47-48).

Oleh kerana kekafiran mereka, maka ternafi bagi mereka faedah syafaat daripada sesiapapun yang diizinkan memberikan syafaat.

Kedua, yang dimaksudkan oleh ayat-ayat tersebut ternafinya syafaat yang ditetapkan oleh pelaku syirik, dan orang-orang seperti mereka; seperti ahli bidaah, baik daripada golongan Ahli Kitab, ataupun kaum Muslimin yang beranggapan bahawa makhluk mempunyai kedudukan di sisi Allah untuk memberi syafaat tanpa izin Allah S.W.T.

Orang-orang musyrik menjadikan selain Allah S.W.T sebagai pemberi syafaat seperti malaikat, para nabi, dan orang-orang soleh. Mereka melukis dan membentuk bermacam-macam rupa dan bentuk patung. Setelah itu, mereka meminta syafaat daripadanya, sambil berkata, "Mereka adalah kekasih Allah."

Kita katakan: Inilah perkataan Ibnu Taymiyyah, mengikut sebagaimana lafaznya. Daripada perkataannya ini, menjelaskan dengan sejelas-jelasnya hakikat ayat-ayat ini yang digunakan oleh orang-orang yang mengingkari syafaat, sebagai hujah atau dalil untuk mengingkari adanya permohonan syafaat kepada Nabi Muhammad s.a.w di dunia, atau pun orang-orang yang berpendapat bahawa ia adalah perbuatan syirik dan sesat.
 
Sumber :   Panel Pendidikan Yayasan Sofa, Negeri Sembilan
Diedit dan Diolah semula oleh Nashir As Sunnah
Posted on 12:27 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Muslim di India juga pengikut Sai Baba ??!! Nauzubillah…

Assalamualaikum w.t.b…Moga semua umat islam di bumi Allah ini sejahtera dan sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Allah Rabbul Jalil.  

Agak terkesan dengan cerita di Selatan India dan ingin saya sampaikan untuk perkongsian dan peringatan buat saudara seislam di bumi bertuah ini. Baru-baru ini India digemparkan dengan kematian tokoh spiritualnya yang dianggap suci seperti dewa oleh para pengikutnya iaitu Sai Baba.Sai Baba mati pada usia 86 tahun dan dia juga telah Berjaya mengumpul ramai pengikut termasuk Umat Islam !!

Pada pendapat saya, Sai Baba adalah salah satu Dajjal kecil yang wujud di muka bumi ini dan telah berjaya mempengaruhi dan menyesatkan ramai manusia dengan helah tipu dayanya. Apa yang paling di risaukan adalah kerana terlalu ramai umat islam yang terlalu mudah percaya dengan benda-benda syirik, tahyul dan khurafat yang boleh merosak akidah umat islam. Lihat saja di sekeliling kita, dengan amalan tenung nasib, kajian horoskop dan tarikh lahir, hari dan no. bertuah dan lain-lain lagi.

Firman Allah S.W.T :-
 
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” (QS. An Nisa’: 48)
 
Sekadar rivisi kita, Syirik adalah menyamakan selain Allah dengan Allah pada perkara yang merupakan hak istimewa-Nya. Hak istimewa Allah seperti Ibadah, mencipta, mengatur, memberi manfaat dan mudharat, membuat hukum dan syariat dan lain-lainnya. Syirik adalah mensejajarkan selain Allah dengan Allah dalam hal–hal yang merupakan kekhususan bagi Allah. Kekhususan Allah meliputi tiga hal iaitu Rububiyah, Uluhiyah, dan Asma’ dan Sifat. Di sini saya tidak ingin menerangkan dengan panjang lebar berkenaan syirik dalam tiap-tiap bahagian di atas, cukup kiranya kita meneliti firman Allah S.W.T di bawah.

Firman Allah S.W.T :-

“Wahai manusia sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelummu agar kamu bertakwa. Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kamu mengetahuinya.” (QS. Al Baqarah : 21-22)

Firman Allah s.w.t :-

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. (QS. Al-Baqarah: 165).

Mereka menjadikan orang-orang alim, dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah. (QS. At-Taubah: 31). 

Juga untuk rujukan kita, di dalam kamus Al-Marbawi khurafat bererti cerita karut atau karut-marut. Di dalam tafsiran yang lain pula khurafat juga disebut sebagai percakapan yang tidak betul sama sekali.

Secara umumnya pula khurafat bermaksud kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk menutup satu keaiban tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku. Dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala-bencana atau membawa tuah keuntungan.

Gambar di bawah menunjukkan kepada kita bahawa umat islam terlalu mudah tergelincir dalam hal-hal akidah.

    
Terkejut dan Memalukan !!   


Sekiranya akidah kita rosak dan iktiqad kita jauh tersasar dari jalan yang benar, ditakuti kita akan menjadi orang yang zalim dan sesat seperti mana masyarakat jahiliyyah dulu.

Apa yang mereka doakan ? Nauzubillahiminzalik..
Semoga Allah memelihara kita dari terjatuh ke dalam kesesatan dan semoga Allah S.W.T memberi hidayat kepada kita untuk mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w. Amin Ya Rabb !
Posted on 11:23 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

500 taliban melarikan diri dengan mengorek terowong


Penjara Kandahar : Guard menjaga tahanan
Mereka mengali dan membuat terowong besar daripada sebuah rumah 300 -350 meter dari situ terus ke penjara, ini dilakukan secara rahsia , dan ia telah lama di lakukan dan kerja nya sungguh cepat hanya 5 bulan sahaja, sehingga lah semalam barulah mereka memecah kan semua jalan jalan untuk masuk ke penjara, terowong itu terus menuju ke sebuah rumah dan disana bas bas sedang menunggu mereka dan terus di bawa ke daerah yang di tadbir oleh taliban dengan selamat dan amat berjaya. Dan ini memalukan pihak Berkuasa afghanistan dan juga tentera sekutu. Talian mengatakan (alJazeera) mereka mengali 350 meter selama 5 bulan dan polis penjara juga terlibat didalam kerja kerja membuat terowong ini.

Berita lain mengatakan: At least 540 Taliban militants, including 106 commanders, have escaped from Kandahar central prison in southern Afghanistan.

Polis sedang melihat terowong - 1
Kandahar: Sekitar 500 tahanan Taliban melarikan diri dari penjara Afghanistan semalam melalui terowong bawah tanah besar yang banduan diam-diam diciptakan, para pejabat mengatakan Isnin.

Kandahar: Sekitar 500 tahanan Taliban melarikan diri dari penjara Afghanistan semalam melalui terowong bawah tanah besar yang banduan diam-diam diciptakan, para pegawai mengatakan Isnin.

Mereka menggali terowong gerila Taliban lebih daripada 1,050-kaki (320-meter.) Terowong pergi dari penjara utama di bandar Kandahar ke sebuah rumah di sekitarnya. Beberapa 541 tahanan melarikan diri, 106 di antara mereka adalah pejuang Taliban, menurut koresponden Al Arabiya Baker Atyani. Seorang pegawai dari Taliban mengatakan kepada Al Arabiya rancangan telah ditetapkan lima bulan yang lalu.

Pegawai Taliban mengatakan kepada Al Arabiya, banyak bas menunggu para tahanan di hujung terowong dan mereka diangkut ke lokasi selamat dikuasai oleh Taliban. Itu adalah melarikan diri tinggi profil kedua dari penjara di tiga tahun, dan mungkin dilihat sebagai bukti tetapi lebih daripada sistem kehakiman negara itu kacau. Episode itu tentu merupakan hal memalukan bagi pasukan keselamatan tempatan.

Polis sedang melihat terowong - 2
“Sebuah terowong beratus-ratus meter digali dari selatan penjara ke penjara dan 476 tahanan politik lolos malam tadi,” kata Ketua Pengarah Ghulam penjara Dastageer mayar. Yang melarikan diri datang dari bahagian politik penjara, katanya.

Tooryalai Wesa, gabenor wilayah Kandahar, mengatakan jumlah keseluruhan 478 tahanan berjaya melarikan diri kerana “kecuaian” dari pasukan keselamatan Afghanistan. Dia mengatakan kepada Reuters awal terowong telah dikesan ke sebuah rumah di dekat penjara.

Penjara, yang seharusnya menjadi salah satu yang paling selamat di negara itu, duduk di pinggiran bandar Kandahar dan memegang kedua-dua pemberontak ditangkap dan tahanan jenayah. Pada tahun 2008, sekitar 1,000 tahanan, termasuk ahli Taliban, melarikan diri setelah para militan menggunakan bom lori untuk meniup membuka gerbang. 

Terowong Taliban
* Semoga Allah melindungi pejuang-pejuang Islam yang ikhlas berjuang menegakkan agama Allah...Allahuakhbar ! Allahuakhbar ! Allahuakhbar !
Posted on 3:37 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

PERHATIAN - Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan



Assalamualaikum w.t.b.

Entri kali ni just nak inform kepada muslimin dan muslimat berkenaan dengan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan yang akan berlangsung di :-

Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi

Pada : 26 - 27 April 2011

Masa : 8.00 a.m. - 11.00 p.m.

Disebabkan bulan Ramadhan semakin hampir, tilawah Al-Quran akan berlangsung di sekitar kawasan kediaman antum semua dan akan tiba pula Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa sebelum puasa nanti. Semoga kita semua mendapat rahmat dari Allah S.W.T dan diampunkan segala dosa di atas kejahilan kita semua..Amin Ya Rabb..

Buat yang tinggal di Negeri Sembilan terutama kawasan Seremban, bolehlah beramai-ramai memeriahkah majlis ini..Bawa ahli keluarga sekali...
Posted on 11:26 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

Amalan Berkabung 40 Hari Bukan Ajaran Islam..



Hukum Berkabung : Ustaz Azhar Idrus

Gambar Hiasan

Perkara ini perlu diingatkan. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi banyak negara lain yang ‘berlebihan’ dalam memuja pembesar mereka. Amalan berkabung selama 40 hari dengan pelbagai pantang larang atau pakaian tertentu sempena kematian pembesar negara atau kerabat diraja adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Perkara-perkara berikut perlu dijelaskan;

1. Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Surah al-Baqarah ayat 234: (maksudnya)

“Dan mereka yang meninggal dunia antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka menangguh (menunggu iddah) selama empat bulan, sepuluh hari..”

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:

“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Berkabung dengan pantang larangnya mempunyai hikmat dan latar sejarah yang tersendiri. Walaupun asalnya amalan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam, namun Islam membuang amalan buruk yang ada padanya dan mengekalkan atau menambah nilai-nilai baik yang dapat menjaga dan memelihara nama baik seorang isteri.

2. Hadis Nabi s.a.w:

“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

menunjukkan bahawa selain isteri, tidak dibolehkan berkabung melainkan keizinan atau kelonggaran kepada wanita yang kematian keluarga, dengan syarat tidak lebih dari tiga hari. Sebab itu dalam riwayat Zainab binti Abi Salamah, dia berkata,

“Aku masuk menemui Ummu Habibah r.ha iaitu isteri Nabi s.a.w ketika sampainya berita kematian ayahnya Abu Sufyan r.a dari negeri Syam. Pada hari ketiga setelah ayahnya (Abu Sufyan) meninggal, Ummu Habibah meminta minyak wangi lalu mengusapkannya pada kedua sisi wajahnya dan kedua pergelangannya. Beliau berkata: “Demi Allah! Aku sebenarnya tidak berkeinginan terhadap wangian, cumanya kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.aw. : “Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari”.

3. Telah wafat Rasulullah s.a.w sedangkan para sahabah baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, ‘Ali dan seluruh para sahabah Nabi s.a.w yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam tidak berkabung. Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung –jika diizinkan.

Generasi mereka lebih faham dan menghayati Islam dibandingkan kita. Telah meninggal ramai ulama yang sangat besar dan berjasa seperti para tabi’in, para imam hadis dan fekah, tidak pula umat Islam berkabung. Apakah ada sesiapa yang lebih mulia dari mereka semua untuk kita berkabung?!

4. Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah s.a.w dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah s.a.w, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka?! Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali segala urusan!

Sumber :  http://drmaza.com/
Posted on 11:00 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

TUJUH PERKARA GANJIL ~ TERHADAP MAYAT



Assalamualaikum w.t.b. Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan s.a.w..Salam Jumaat buat semua muslimin dan muslimat hendakNya..Semoga kita bersama-sama mendapat keredhaan Allah S.W.T dalam segala hal yang kita lakukan, bersising rahmat dan berkat dari yang maha esa..Amin Ya Rabb...

Saya ingin kongsikan sebuah kisah yang cukup memberikan pengajaran dan peringatan buat kita semua dalam perjalanan kita bertemu Allah S.W.T kelak...Begini kisahnya...

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabk an atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam. .

Posted on 11:56 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin