AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Muslim di India juga pengikut Sai Baba ??!! Nauzubillah…

Assalamualaikum w.t.b…Moga semua umat islam di bumi Allah ini sejahtera dan sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Allah Rabbul Jalil.  

Agak terkesan dengan cerita di Selatan India dan ingin saya sampaikan untuk perkongsian dan peringatan buat saudara seislam di bumi bertuah ini. Baru-baru ini India digemparkan dengan kematian tokoh spiritualnya yang dianggap suci seperti dewa oleh para pengikutnya iaitu Sai Baba.Sai Baba mati pada usia 86 tahun dan dia juga telah Berjaya mengumpul ramai pengikut termasuk Umat Islam !!

Pada pendapat saya, Sai Baba adalah salah satu Dajjal kecil yang wujud di muka bumi ini dan telah berjaya mempengaruhi dan menyesatkan ramai manusia dengan helah tipu dayanya. Apa yang paling di risaukan adalah kerana terlalu ramai umat islam yang terlalu mudah percaya dengan benda-benda syirik, tahyul dan khurafat yang boleh merosak akidah umat islam. Lihat saja di sekeliling kita, dengan amalan tenung nasib, kajian horoskop dan tarikh lahir, hari dan no. bertuah dan lain-lain lagi.

Firman Allah S.W.T :-
 
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” (QS. An Nisa’: 48)
 
Sekadar rivisi kita, Syirik adalah menyamakan selain Allah dengan Allah pada perkara yang merupakan hak istimewa-Nya. Hak istimewa Allah seperti Ibadah, mencipta, mengatur, memberi manfaat dan mudharat, membuat hukum dan syariat dan lain-lainnya. Syirik adalah mensejajarkan selain Allah dengan Allah dalam hal–hal yang merupakan kekhususan bagi Allah. Kekhususan Allah meliputi tiga hal iaitu Rububiyah, Uluhiyah, dan Asma’ dan Sifat. Di sini saya tidak ingin menerangkan dengan panjang lebar berkenaan syirik dalam tiap-tiap bahagian di atas, cukup kiranya kita meneliti firman Allah S.W.T di bawah.

Firman Allah S.W.T :-

“Wahai manusia sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelummu agar kamu bertakwa. Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kamu mengetahuinya.” (QS. Al Baqarah : 21-22)

Firman Allah s.w.t :-

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. (QS. Al-Baqarah: 165).

Mereka menjadikan orang-orang alim, dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah. (QS. At-Taubah: 31). 

Juga untuk rujukan kita, di dalam kamus Al-Marbawi khurafat bererti cerita karut atau karut-marut. Di dalam tafsiran yang lain pula khurafat juga disebut sebagai percakapan yang tidak betul sama sekali.

Secara umumnya pula khurafat bermaksud kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk menutup satu keaiban tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku. Dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala-bencana atau membawa tuah keuntungan.

Gambar di bawah menunjukkan kepada kita bahawa umat islam terlalu mudah tergelincir dalam hal-hal akidah.

    
Terkejut dan Memalukan !!   


Sekiranya akidah kita rosak dan iktiqad kita jauh tersasar dari jalan yang benar, ditakuti kita akan menjadi orang yang zalim dan sesat seperti mana masyarakat jahiliyyah dulu.

Apa yang mereka doakan ? Nauzubillahiminzalik..
Semoga Allah memelihara kita dari terjatuh ke dalam kesesatan dan semoga Allah S.W.T memberi hidayat kepada kita untuk mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w. Amin Ya Rabb !
Posted on 11:23 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

0 comments:

Post a Comment

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin