WARMING UP MENUJU RAMADHAN AL-MUBARAK
Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur.
Oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah.
Oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah.
Maka itu saya sharekan di sini 10 tips untuk kita bersama-sama mempersiapkan diri untuk bertemu dan memuliakan tetamu yang akan datang nanti dengan seberapa baik.
- Banyakkan pembacaan berkaitan dengan Ramadhan
- Warming up dengan berpuasa setiap Isnin dan Khamis
- Latihan intensif tidur awal dan biasakan diri untuk bangun awal
- Mulakan membaca Al-Quran setiap hari dengan tadabur, khusyuk dan terancang
- Biasakan diri sentiasa memelihara wudhuk
- Setiap malam sebelum tidur, muhasabahlah diri kita
- Mulakan amalan bersedekah sedikit demi sedikit
- Berikanlah masa bersendirian untuk berzikir kepada Allah
- Bantulah orang lain yang sangat-sangat memerlukan
- Hebahkan tentang ketibaan Ramadhan!
Klik untuk paparan & save |
Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasaie daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka.
Rasulullah s.a.w. (selawat dan salam ke atas baginda ) menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:
Ertinya: "Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya."

0 comments:
Post a Comment