AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

TERAPI URUTAN, BEKAM DAN GHURAH DI SHAH ALAM

Diriwayatkan dengan shohih bahwa nabi saw bersabda :

خَيْرُ مَا تَذَاوِيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ , وَالْةُسْطُ الْبَحْرِى وَلَا تَعَذِّبُوْ صِبْيَتُكُمْ بِالْغَمْرِ مِنَ الْعُدْرَهِ

Artinya :“Cara pengubatan yang terbaik buat kalian adalah bekam dan qisth laut.



Posted on 4:14 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

BEKAM SUNNAH - SAHABAT DARI MELAKA

“Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu gunakan adalah berbekam.” (Muttafaq ‘alaihi, Sahih Bukhari (no. 2280) dan Sahih Muslim (no. 2214)

“Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah dengan berbekam.” (HR. Ahmad
).




Dari Jabir R.A.: “Nabi S.A.W. pernah berbekam kerana kaki baginda terseradung.” (Sahih Ibnu Khuzaimah)

Dari Anas bin Malik R.A.: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah berbekam di kedua urat merih (jugular vein) dan punggung bahagian atas.” (HR. Abu Dawud)




Posted on 2:35 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

BEKAM SENAWANG

Dari Anas bin Malik R.A., Rasulullah Sholallahu 'alaihi wassalam bersabda: “Kamu harus berbekam dan menggunakan al-qusthul bahri." (HR. Bukhari, Muslim, Ahmad, dan an-Nasai dalam kitab as-Sunan al-Kubra)

Dari Anas R.A., berkata: “Rasulullah Sholallahu 'alaihi wassalam  bersabda: ‘Jika terjadi panas memuncak, maka ubatilah dengan bekam semoga tidak terjadi hipertensi (stroke) pada salah seorang diantara kamu yang akan membunuhnya’.” (diriwayatkan oleh al-Hakim dalam kitab al-Mustadrak)




Posted on 12:47 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

BEKAM MASALAH KOLESTROL

Pesakit ni bacaan kolesterol nya terlampau tinggi kata Dr... Mesin pun tak mampu ambil bacaan.

Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah Sholallahu 'alaihi wassalam bersabda;"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz" (lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar)

“Semasa aku berjalan pada malam isra’ bersama para malaikat, mereka selalu berkata: Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”. (HR Sunan Abu Daud, Ibnu Majah, Sahih Jami'us Shaghir)

Allahumma solli 'ala Saiyyidina Muhammad...

Hubungi 017-4150340



Posted on 11:07 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

BINGKISAN BEKAM SUNNAH

“Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah dengan berbekam.” (HR. Ahmad).

Dari Ashim bin Umar bin Qatadah R.A., dia memberitahukan bahawa Jabir bin Abdullah R.A. pernah menjenguk al-Muqni’ R.A., dia bercerita: “Aku tidak sembuh sehingga aku berbekam, karana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah Sholallahu 'alaihi wassalam bersabda: ‘Sesungguhnya terkandung didalamnya kesembuhan’.” (HR. Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Ya’la, al-Hakim, al-Baihaqi)

Allahumma solli 'ala Saiyyidina Muhammad...

Hubungi 017-4150340 untuk temujanji..



Posted on 3:27 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

TERAPI URUTAN ISLAM


Tubuh badan kita juga perlu di jaga dan di servis seperti kereta.

Sekurang-kurangnya dalam sebulan, ada sehari untuk berurut dan berbekam.

Sama-sama kita menjaga kesihatan yang dikurniakan oleh ALLAH SWT ini.

Urutan sangat-sangat membantu menghilangkan stress / tekanan, mengelakkan strok / serangan angin ahmar.

Posted on 8:33 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

BEKAM SUNNAH

Bekam Sunnah

Semakin ramai yang menghargai dan menyedari sunnah berbekam ini.

Masa sihat inilah kita berbekam..

Antara point2 strok..

Hubungi Mua'llij Kamarol - 017 4150340



Posted on 8:27 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

PENDINDING DIRI PALING MUDAH




Rasulullah Sholallahu 'alaihi wassalam mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.

BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAAMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM. ...3X.

Posted on 2:51 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh kesyukuran dan kecintaan. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Kareem..

Moga bertambah ketaqwaan dan kekuatan rohani..

Waktu rawatan ketika bulan Ramadhan : Isnin - Jumaat, 10.30 pm - 12.00 pm ( selepas solat tarawikh )

Sabtu & Ahad : 10.00 am - 6.30 pm ( malam tiada rawatan )

SubhanAllah..Walhamdulillah..Wallahuakhbar...

Allahumma solli 'ala Saiyyidina Muhammad..
Posted on 3:23 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

BEKAM RUQYAH MASALAH ISIM

Sesungguhnya Rasulullah Sholallahu 'alaihi wassalam ketika pergi melakukan mikraj setiap kali melalui sekumpulan malaikat, pasti mereka akan berkata,” Hendaklah engkau membiasakan diri melakukan bekam.” 

Ibnu Abbas menambahkan ,”Waktu terbaik untuk melakukan bekam adalah tarikh tujuh belas, Sembilan belas dan dua puluh satu. Rasulullah Sholallahu 'alaihi wassalam bersabda,”Sesungguhnya pengubatan terbaik bagi kamu sekalian adalah sa’uuth, ladud, bekam dan berjalan kaki.”




Posted on 4:46 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

BERHATI - HATI MENCARI PERAWAT


“Di antara kami ada yang mendatangi para tukang ramal”. Rasul -shallallahu ‘alaihi wa sallam- berkata, “Jangan datang tukang ramal tersebut.” (HR. Muslim no. 537).

Kisah ini sengaja sy coretkan agar semua berhati-hati dalam berubat dan menerima respon dalam rawatan yang dilakukan.

Perkara ini agak lama dan selalu sy ceritakan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan jika timbul isu ramal-meramal, telek menelek dan terlalu mudah mempercayai dan menerima kata-kata jin (kes kesurupan) atau taksiran perawat.

Yang menceritakan kisah ini kepada sy adalah seorang insan yang membawa saudaranya untuk berubat dengan sy.

Dia adalah suami kepada seorang wanita yang mempunyai ramai adik beradik tidak silap saya 7 – 8 orang dan hampir semuanya sudah berumah tangga dan memiliki keluarga sendiri. Kisah nya terjadi apabila mereka membawa salah seorang ahli keluarga mereka kepada seorang “ustaz” untuk dirawat dan kebetulan insan ini yang saya gelarkan En. A tidak dapat turut serta kerana menguruskan isterinya yang menghidap penyakit kanser.

Apabila rawatan dilakukan kepada ahli keluarganya maka berlakulah kesurupan dan jin tersebut setelah di ajak berdialog mengakui ia jin sihir dan mengatakan En A dan isterinya yang menyihir. Lebih parah lagi “ustaz” tersebut menerima bulat2 hasil rawatan itu dan menyakinkan ahli keluarga yang lain bahawa ianya angkara En A dan isteri.

Semenjak dari haritu itu, hubungan mereka sekeluarga yang sepakat sudah lagi tidak seperti dulu. En A dan isterinya yang sakit dipulaukan dan hubungan silatturahim mereka seakan putus. Hinggalah isteri En A menemui ajal asbab penyakit kanser tersebut, tidak ada seorang pun adik beradik yang datang menziarah. Saat kisah ini diceritakan kepada sy air matanya  bergenang-genang dan sesekali tumpah apabila mengenangkan hal dan masalah yang timbul yang dia tidak tahu mana puncanya. Nasib baiklah ada salah seorang ahli keluarga yang mengambil langkah meluahkan dan bercerita akan hal sebenarnya kepada En A.

Tindakan En A, dia pergi mencari “ustaz” yang melakukan rawatan tersebut di tempat kerjanya dan menyuruh dia memohon maaf kepada semua ahli keluarga dan memberikan penjelasan. Setelah apa yang “ustaz” itu lakukan dia tidak berani menjernihkan keadaan dan hanya memohon maaf kepada En A.

Itulah kisah yang dari hari ke hari ingin sy coretkan agar semua berhati-hati dalam berikhtiar mencari penyelesaian. Ikhtiar milik kita, Kesembukan milik ALLAH SWT. Bijaklah menapis maklumat hasil dari rawatan yang dijalankan.
Posted on 3:50 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

TERAPI URUTAN DAN BEKAM NS

Semakin ramai yang sedar dan berminat dengan terapi urutan + bekam. Alhamdulillah.

Sebuah hadis dalam Sahih al-Bukhari yang diriwayatkan oleh Said bin Jubair, daripada Ibnu Abbas, daripada Nabi Muhammad Sholallahu 'alaihi wassalam bahawa baginda Sholallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud : “ Kesembuhan (rawatan) boleh diperoleh dengan tiga cara. Pertama, dengan meminum madu.Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas dan saya tidak menggalakkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas.”

Abu Abdillah al-Mazari menyatakan, “Penyakit kerana penyumbatan ada tiga jenis.Jenis yang menyerang darah, jenis kuning, jenis yang menyerang tenggorok dan jenis hitam. Jenis yang menyerang darah, caranya adalah dengan mengeluarkan darah yang tersumbat. Bila termasuk ketiga jenis lainnya, caranya adalah dengan meminum ubat pencahar (pelarut zat) yang berkhasiat untuk mengatasi setiap sumbatan yang komplikasi sekalipun.” 

Dengan menyebut madu, seolah-olah Nabi Muhammad Sholallahu 'alaihi wassalam hendak mengisyaratkannya sebagai ubat pencahar. Bekam sebagai proses mengeluarkan darah kotor termasuk dalam sabda baginda ‘pembekaman’. Kalau semua cara tersebut tidak berjaya, maka kaedah terakhir adalah kayy (pengubatan dengan besi panas). Nabi menyebut kayy sebagai kaedah rawatan dan pengubatan, kerana perubatan itu digunakan ketika kuatnya penyakit mengalahkan kekuatan ubat-ubat tersebut, sehingga ubat yang diminum tidak lagi bermanfaat.




Posted on 12:14 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

BEKAM SUNNAH - SEREMBAN ~ SENAWANG

Dari Anas r.a., berkata: “Rasulullah Sholallahu 'alaihi wassalam bersabda: ‘Jika terjadi panas memuncak, maka ubatilah dengan bekam semoga tidak terjadi hipertensi (stroke) pada salah seorang diantara kamu yang akan membunuhnya’.” (diriwayatkan oleh al-Hakim dalam kitab al-Mustadrak)




” Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana hal itu dapat menyembuhkan tujuh puluh dua jenis penyakit.”



Posted on 4:25 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

TERAPI URUTAN + BEKAM SUNNAH

Ibnul Qoyyim berkata "ketika Nabi Sholallahu 'alaihi wassalam berbekam, baginda berbekam di tengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam"

Dari Anas r.a., berkata: “Rasulullah Sholallahu 'alaihi wassalam bersabda: ‘Jika terjadi panas memuncak, maka ubatilah dengan bekam semoga tidak terjadi hipertensi (stroke) pada salah seorang diantara kamu yang akan membunuhnya’.” (diriwayatkan oleh al-Hakim dalam kitab al-Mustadrak)




Posted on 2:49 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

BEKAM SUNNAH DI SEREMBAN

Abu Na’im dalam bukunya at-Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadith marfu’, “Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit, di antaranya adalah lepra (kusta).”

Pada hadith lain disebutkan.” Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana hal itu dapat menyembuhkan tujuh puluh dua jenis penyakit.”

Allahumma solli 'ala Saiyyidina Muhammad..

Mu'allij Kamarol : 017 - 4150340





Posted on 2:26 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

BINGKISAN RAWATAN RESDUNG / GHURAH

Rasulullah Sholallahu 'alaihi wassalam. bersabda,”Sesungguhnya pengubatan terbaik bagi kamu sekalian adalah sa’uuth (ghurah), ladud, bekam dan berjalan kaki.”

RAWATAN RESDUNG AS SUNNAH

i. Pembersihan wajah dan sapuan bahan mengeluarkan masalah dimuka.
ii. Sedut Herba Sumpahan Resdung
iii. Asapan lilin Serai Wangi / Madu 2x
iv. Cucian dengan Sabun Resdung.

Pesakit akan dibekalkan dengan sebuku sabun resdung.

[Digalakkan] Pesakit perlu bawa 2 botol air kolah masjid / surau. [Ikhtiar bersungguh untuk dapatkan] Jika tiada, bawalah 2 botol air mineral. Ini untuk proses cucian dan instinsyaq. Pesakit digalakkan untuk bawa 1 botol air mineral + pati delima untuk diruqyah dan diamal minum. Fidyah : RM 50.00

Allahumma solli 'ala Saiyyidina Muhammad..

Mua'llij Kamarol - 017 4150340


Posted on 3:53 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin