BERHATI - HATI MENCARI PERAWAT
“Di antara kami ada yang mendatangi para tukang ramal”. Rasul -shallallahu ‘alaihi wa sallam- berkata, “Jangan datang tukang ramal tersebut.” (HR. Muslim no. 537).
Kisah ini sengaja sy coretkan
agar semua berhati-hati dalam berubat dan menerima respon dalam rawatan yang
dilakukan.
Perkara ini agak lama dan selalu
sy ceritakan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan jika timbul isu
ramal-meramal, telek menelek dan terlalu mudah mempercayai dan menerima
kata-kata jin (kes kesurupan) atau taksiran perawat.
Yang menceritakan kisah ini
kepada sy adalah seorang insan yang membawa saudaranya untuk berubat dengan sy.
Dia adalah suami kepada seorang
wanita yang mempunyai ramai adik beradik tidak silap saya 7 – 8 orang dan hampir
semuanya sudah berumah tangga dan memiliki keluarga sendiri. Kisah nya terjadi
apabila mereka membawa salah seorang ahli keluarga mereka kepada seorang
“ustaz” untuk dirawat dan kebetulan insan ini yang saya gelarkan En. A tidak
dapat turut serta kerana menguruskan isterinya yang menghidap penyakit kanser.
Apabila rawatan dilakukan kepada
ahli keluarganya maka berlakulah kesurupan dan jin tersebut setelah di ajak
berdialog mengakui ia jin sihir dan mengatakan En A dan isterinya yang
menyihir. Lebih parah lagi “ustaz” tersebut menerima bulat2 hasil rawatan itu
dan menyakinkan ahli keluarga yang lain bahawa ianya angkara En A dan isteri.
Semenjak dari haritu itu,
hubungan mereka sekeluarga yang sepakat sudah lagi tidak seperti dulu. En A dan
isterinya yang sakit dipulaukan dan hubungan silatturahim mereka seakan putus.
Hinggalah isteri En A menemui ajal asbab penyakit kanser tersebut, tidak ada
seorang pun adik beradik yang datang menziarah. Saat kisah ini diceritakan
kepada sy air matanya bergenang-genang
dan sesekali tumpah apabila mengenangkan hal dan masalah yang timbul yang dia
tidak tahu mana puncanya. Nasib baiklah ada salah seorang ahli keluarga yang
mengambil langkah meluahkan dan bercerita akan hal sebenarnya kepada En A.
Tindakan En A, dia pergi mencari
“ustaz” yang melakukan rawatan tersebut di tempat kerjanya dan menyuruh dia
memohon maaf kepada semua ahli keluarga dan memberikan penjelasan. Setelah apa
yang “ustaz” itu lakukan dia tidak berani menjernihkan keadaan dan hanya
memohon maaf kepada En A.
Itulah kisah yang dari hari ke
hari ingin sy coretkan agar semua berhati-hati dalam berikhtiar mencari
penyelesaian. Ikhtiar milik kita, Kesembukan milik ALLAH SWT. Bijaklah menapis
maklumat hasil dari rawatan yang dijalankan.
0 comments:
Post a Comment