AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Parlimen: 152,000 Anak Luar Nikah Direkodkan Pada 2008-2010 !!


KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) — Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.

Timbalan Menteri berkenaan Heng Seai Kie berkata daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).

Beliau berkata Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan “reproductive” dan sosial.

“Program itu telah melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat Selasa. Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu.

Berita lanjut di...Harian Metro Online

Ulasan


Sudah tidak terkata ! Tidak reda dengan masalah sosial yang melanda. Semalam parlimen mendedahkan pula seramai 152,000 anak luar nikah direkodkan semenjak 2008 - 2010. Nauzubillah...Inilah bahana dan kesan kerana membelakangkan Hukum Al-Quran.

Dewasa ini, kita tidak henti-henti dikejutkan dengan pelbagai trajedi hitam yang melanda, baik dari dalam mahupun luar negara. Ya, inilah petanda akhir zaman. Bukan sedikit masalah sosial dan jenayah yang berlaku yang melibatkan anak muda, antaranya penagihan dadah, ketagihan alkohol, rempit dan masalah sosial yang seakan-akan telah menjadi asam garam dalam kehidupan remaja hari ini, baik di kota mahupun di desa.

Isu buang bayi telah menjadi kebiasaan dan senantiasa kedengaran di telinga kita. Puncanya adalah dari seks bebas yang diamalkan lalu terhasillah anak luar nikah, Kemudian terbuanglah anak yang tidak berdosa itu di longkang, di longgokkan sampah sarap, di tandas dan di mana-mana sahaja tempat yang mereka rasakan sesuai untuk di buang hatta dari tingkat atas bangunan sekalipun !!

Seperti itulah yang boleh saya ibaratkan mengenai Hukum Allah, IAnya dibuang seperti sampah, sepertimana bayi itu dibuang..dan diambil hanya ketika hukum itu bersesuaian dengan tempat dan keadaan. 'Rawatan' yang diberi kepada permasalah yang berlaku tidak pernah syarie malah menyebabkan kerugian dan menimbulkan masalah lain. Sepatutnya pencegahan perlu dilakukan dengan serta merta bagi menyelesaikan masalah yang kian membelenggu. Di bawah ini adalah sedikit penyelesaian yang dianjurkan selaras dengan Al-Quran mahupun hadith Nabi S.A.W.

Pertama: Keimanan individu. Keimanan yang dimaksudkan di sini ialah seseorang Muslim itu, dengan akidah Islam yang ada di dalam dirinya, semestinya tahu dan meyakini bahawa tujuan hidupnya di dunia adalah semata-mata untuk mematuhi perintah dan larangan Allah. Justeru, apabila Allah melarangnya untuk berzina atau mendekati zina, maka dia akan terus menjauhinya kerana akidahnya telah menetapkan bahawa hal ini adalah haram. Jika dia beriman kepada Allah, maka akan terjauhlah segala kemaksiatan dari dirinya.

Kedua:  Hukum menundukkan pandangan. Allah SWT memerintahkan agar masing-masing baik lelaki mahupun wanita menundukkan pandangan mereka ketika bergaul dalam suatu keadaan yang diperbolehkan oleh syarak. Allah SWT berfirman, “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menahan (menundukkan) pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka...Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menahan (menundukkan) pandangan mereka (daripada memandang yang haram)...” [TMQ An-Nur (24):30-31]. Apabila masing-masing dari lelaki dan wanita bertakwa kepada Allah dan mematuhi perintah Alllah untuk menundukkan pandangan, maka syahwat yang berasal dari pandangan (mata) dapat dihindari. Jika pandangan sudah dapat ditundukkan, maka Insya Allah zina sudah pasti dapat dijauhi oleh seseorang itu.

Ketiga: Hukum menutup aurat. Islam mengajar hukum menutup aurat dengan terperinci untuk lelaki dan juga wanita. Islam memperjelaskan satu persatu hukum berkenaan aurat di dalam kehidupan khusus (di dalam rumah) dan juga kehidupan umum (di luar rumah). Sekiranya aurat ditutup sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, maka syahwat lelaki mahupun wanita akan secara automatik terhindar atau tertutup. Aurat yang tertutup dapat menghindari atau mengurangkan daya tarikan dan gangguan seksual yang menjadi salah satu faktor kepada perbuatan zina atau rogol. Di samping hukum Allah (ke atas individu) untuk menutup aurat, Negara pula wajib mengenakan uqubat (hukuman) berupa ta’zir ke atas sesiapa sahaja yang membuka auratnya di tempat awam.

Keempat: Haramnya khalwat dan ikhtilat (percampuran). Islam membenarkan lelaki dan perempuan bergaul di dalam kehidupan umum seperti membeli-belah, belajar, melakukan kontrak dan seumpamanya, namun kesemua ini ada batasnya. Islam mengharamkan lelaki dan wanita berada berdua-duaan tanpa disertai mahram (berkhalwat). Islam juga mengharamkan ikhtilath (percampuran bebas) di antara lelaki dan perempuan. Pada hari ini, khalwat dan pergaulan bebas antara dua lawan jenis ini langsung tidak disekat oleh pemerintah sekular yang ada dan sudah menjadi fenomena biasa di mana-mana sahaja baik di dalam rumah, apatah lagi di tempat-tempat awam. Hal inilah yang menyumbang kepada perzinaan apabila syahwat manusia sering dirangsang dengan pergaulan tanpa batas umpama haiwan ini. Di samping mengharamkan khalwat dan ikhtilath, Islam merincikan lagi batas-batas komunikasi antara lelaki dan perempuan di mana perempuan diharamkan bercakap dalam bentuk manja atau menggoda terhadap lelaki. Negara pula akan menangkap dan mengenakan uqubat ke atas mereka yang berkhalwat dan bergaul bebas yang jelas-jelas menyalahi Islam ini. Uqubat (oleh Negara) di peringkat awal lagi ini sudah pasti akan dapat mencegah atau mengurangkan kes perzinaan.

Kelima: Haramnya pornografi, baik berbentuk gambar mahupun video dan haramnya aktiviti pelacuran. Pemodenan yang berlaku hari ini telah mewujudkan sebuah ‘industri seks’ di seluruh dunia dengan sarang pelacuran, video-video dan gambar-gambar lucah yang boleh didapati dengan mudah, malah kesemua ini ‘sah’ di beberapa buah negara. Hasil dari kajian dan realiti menunjukkan bahawa kesemua kekejian ini telah menyumbang kepada berleluasanya aktiviti perzinaan di mana ramai individu menjadi ketagih seks disebabkan selalu menonton video lucah yang mudah di dapati di internet. Islam mengharamkan pornografi dan pelacuran dengan jelas yang sekaligus menjauhkan seseorang dari rangsangan perzinaan. Negara akan menyekat segala aktiviti pelacuran dengan serius, menyekat kemasukan dan pengedaran kesemua bahan lucah dan jika ada pihak yang masih berdegil melakukannya, maka uqubat akan dikenakan ke atasnya.

Keenam: Sistem pendidikan Islam. Kita semua tahu bahawa sistem pendidikan memainkan peranan penting untuk membentuk generasi muttaqin dan kita semua tahu bahawa sistem pendidikan sekular hari ini telah terbukti merosakkan anak-anak umat Islam dan berjaya melahirkan ramai penzina di kalangan pelajar. Polisi pendidikan seharusnya dibina atas akidah Islam yang bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai syakhsiyyah Islam baik dari segi pola fikir mahupun pola jiwa yang Islami, bukannya dicedok atau diwarisi dari sistem kuffar penjajah. Selain pendidikan dalam ilmu kehidupan (akademik) seperti sains, matematik, geografi, kemahiran dan seumpamanya, para pelajar mesti ditanam dengan pengetahuan Islam (akidah dan syariat) dan tsaqafah Islam dengan baik. Dalam proses pendidikan Islam, pelajar lelaki adalah terpisah dari pelajar wanita, di mana pemisahan ini sudah tentu akan menjauhkan rangsangan syahwat di antara kedua lawan jenis ini, yang seterusnya dapat menghindari dari terjadinya perzinaan.

Ketujuh: Peraturan dan prosedur pernikahan dan perceraian yang betul dan mudah. Sesebuah pernikahan di dalam Islam dikira sah apabila memenuhi rukun dan syaratnya. Rasulullah SAW menggalakkan umatnya untuk berkahwin dan menggalakkan wanita agar meletakkan mas kahwin yang memudahkan pasangannya untuk membayarnya. Prosedur yang mudah tentunya dapat menenangkan jiwa pasangan yang ingin bernikah sekaligus dapat mengawal gharizah nau’ (naluri seksual) yang ada pada pasangan yang ingin berkahwin. Berbeza dengan undang-undang yang ada pada hari ini yang amat menyukarkan pasangan yang ingin bernikah apatah lagi untuk bercerai. Mas kahwin (yang biasanya ditetapkan oleh keluarga) yang tinggi juga turut memainkan peranan menyebabkan ramai ‘pasangan’ tinggal lama dalam hubungan percintaan (baca: maksiat) sehingga menyebabkan mereka mengambil ‘jalan mudah’ untuk melampiaskan naluri masing-masing dengan melakukan perzinaan.

Kelapan: Kemudahan poligami. Poligami adalah hak yang Allah SWT berikan kepada lelaki/suami. Adapun kedudukan undang-undang pada hari ini telah menyekat atau menyukarkan pelaksanaan hak yang Allah berikan ini dengan pelbagai syarat dikenakan ke atas lelaki yang ingin berpoligami. Seringkali kita mendengar kes suami yang bermain kayu tiga, yang nyatanya terhasil dari kesukaran proses untuk berpoligami. Kita tidak menafikan kesalahan dan dosa si suami yang bermain kayu tiga, cuma apa yang ingin ditekankan di sini adalah undang-undang yang ada pada hari ini telah ‘menyumbang’ kepada meningkatnya kes perzinaan oleh mereka yang tidak dapat menahan nafsu seksnya yang ‘disekat’ oleh peraturan poligami yang ketat. Walhal, Islam membolehkan poligami tanpa syarat-syarat sebagaimana yang dikenakan oleh kerajaan sekular pada hari ini.

Kesembilan: Pelaksanaan sistem ekonomi Islam. Sistem ekonomi yang digunapakai oleh negara cukup besar peranannya dalam memastikan kemakmuran hidup rakyat. Penerapan sistem ekonomi Kapitalisme oleh pemerintah sekular telah terbukti mengkucar-kacirkan kemakmuran manusia yang turut memberi impak ke atas sosiologi sesebuah negara. Pemerintah hari ini memerintah untuk mengaut sebanyak mungkin keuntungan untuk diri sendiri dan kroni di mana darah rakyat dihisap sehabis-habisnya. Berbeza dengan sistem Islam di mana pemerintah wajib mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat, apatah lagi kepada rakyat yang memerlukan, termasuklah di dalam keperluan perkahwinan. Contoh terbaik adalah bagaimana Khalifah Umar bin Abdul Aziz membantu memudahkan lagi urusan perkahwinan rakyatnya dengan menyediakan mas kahwin (dari Baitul Mal) kepada kaum lelaki yang tidak mampu dari segi kewangan. ‘Keindahan’ ini tidak akan wujud dalam sistem sekarang di mana pemerintah hanya rakus berkuasa dengan menyedut segala kekayaan rakyat tanpa langsung mempedulikan masalah rakyat.

Kesepuluh: Penerapan hukum Islam secara kaffah (menyeluruh) oleh negara yang termasuk di dalamnya hukum uqubat (jinayat, hudud, ta’zir dan mukhalafat). Di dalam keadaan kesembilan ‘langkah pencegahan’ di atas berjalan (diterapkan) di dalam negara mengikut ketentuan Islam, namun jika tetap juga terjadi perzinaan, maka negara akan menerapkan pula hukum hudud ke atas penzina, sesuai dengan firman Allah, “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman” [TMQ An-Nur (24): 2]. Di dalam sejarah penerapan hukum Islam, kita mendapati bahawa kebanyakan penzina yang dihukum adalah akibat dari pengakuan mereka sendiri. Ini menunjukkan kepada kita akan kesedaran dan ketakwaan mereka terhadap Allah. Mereka tidak sanggup menerima hukuman yang lebih berat di akhirat, justeru mereka memilih untuk dihukum di dunia sebagai jawabir (penebus/penghapus) dosa mereka. Uqubat Islam juga bertindak sebagai zawajir (pencegah) manusia dari melakukan kemaksiatan kepada Allah. Ini kerana dengan hukuman yang dilakukan di tempat terbuka dan disaksikan oleh sekumpulan orang, maka sudah tentu ia akan menakutkan dan mencegah orang lain (dan si pelaku sendiri) dari melakukan kesalahan yang sama.

Semoga dengan penyelesaian yang dianjurkan di atas dapat memberi gambaran yang jelas kepada semua tentang apa tindakan yang sepatutnya diambil bagi mengatasi permasalah yang berlaku.

Posted on 3:53 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 0 Comments »

PERINGATAN ! - CARA MENERIMA SAKA

SAKA diterima berdasarkan cara dan bagaimana yang bersesuaian dengan ilmu dan amalan serta jenis jin dan syaitan yang digunakan. Mungkin ianya berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Penulis cuba untuk membahagikan peringkat penerima saka oleh seseorang kepada berikut :-

1. Dengan cara si pewaris bersetuju menerima saka tersebut, maka secara automatik saka boleh masuk kedalam tubuh waris yang menerima, itupun bagi ilmu dan amalan yang bersesuaian. Jin yang nak bersaka juga akan memilih sama ada ia sesuai atau tidak untuk berkhidmat dan duduk dalam tubuh anak cucu yang sanggup menerima saka.
2. Saka juga boleh masuk walaupun si anak cucu menolak keras atau dengan erti kata lain memang tidak mahu menerima saka tersebut.
3. Saka masuk sejak kecil lagi dengan memberi tanda pada seseorang manusia sejak lahir lagi seperti, anak-anak selalu menangis tanpa henti-henti, selalu ditimpa dengan pelbagai penyakit, susah tidur malam dan sebagainya.
4. Saka datang walaupun tiada unsur pertalian darah. Contoh, antara pemandu dengan tuannya.
5. Saka berpindah dengan sedikit upacara salam tangan sambil bercakap ”Engkau terima ini ye”, maka jawab orang yang menerima “saya terima”
6. Melalui ucapan pun boleh seperti kata “ Ali, engkau ini adalah saudaraku dunia akhirat” maka si Ahmad secara tanpa sedar niat si pemberi akan menjawab; “Ialah kita ini memang bersaudara dunia akhirat”.
7. Kaedah yang agak rumit sikit ialah seperti mengadakan upacara tertentu seperti menyembelih kambing, kepalanya mestilah dihanyutkan di sungai atas rakit. Dagingnya pula dibuat makan kenduri dan penerima saka akan diwajibkan mematuhi pantang-larang saka tersebut.
8. Melalui pewarisan barang-barang lama seperti keris, tombak, sanggul, kacip sireh, dulang dan sebagainya. Ada yang perlu diasap kemenyan, dibalut kain kuning atau hitam, dan pelbagai lagi bentuk dan syarat yang tertentu.
9. Melalui mimpi seperti bermimpi menyusukan bayi atau mengendong bayi, terjun dari bangunan yang tinggi dan selalu bermimpikan binatan hitam seperti kala jengking, ular dan anjing. Kadang-kadang pesakit akan bermimpi bertemu seseorang sama ada berjubah hijau atau hitam dan sebagai dan adaklanya mereka akan diberikan sesuatu barang untuk diterima. Yang kerap berlaku ialah penerima akan mempunyai kesan-kesan lebam pada tubuh setelah tersedar dari tidur dan kejadian ini telah lama berlaku tanpa disedari apakah maksudnya.

Posted on 10:35 AM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 1 Comments »

Tanda - Tanda Gangguan Jin

Tanda-Tanda Pada Waktu Tidur
  • Sangat susah tidur pada waktu malam.
  • Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  • Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  • Mimpi yang sangat menyeramkan.
  • Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  • Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
  • Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  • Berperasaan sedih pada saat tidur.
  • Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  • Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  • Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  • Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  • Bermimpi melihat hantu.
Tanda-Tanda Pada Waktu Sedar atau Jaga
  • Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  • Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  • Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
  • Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.
Macam-Macam Gangguan Jin
  • Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
  • Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
  • Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
  • Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.
  • Antara Penyebab Gangguan jin :
  • Jin lelaki kadang kala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadang kala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
  • Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
  • Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi. 
 
Cara-Cara Jin Masuk ke dalam Tubuh Manusia
  • Jin adalah sejenis makhluk berunsurkan udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.
  • Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada dalam otak manusia.
Posted on 3:13 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin