Tanda - Tanda Gangguan Jin
Tanda-Tanda Pada Waktu Tidur
- Sangat susah tidur pada waktu malam.
- Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
- Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
- Mimpi yang sangat menyeramkan.
- Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
- Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
- Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
- Berperasaan sedih pada saat tidur.
- Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
- Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
- Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
- Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
- Bermimpi melihat hantu.
Tanda-Tanda Pada Waktu Sedar atau Jaga
- Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
- Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
- Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
- Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.
Macam-Macam Gangguan Jin
- Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
- Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
- Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
- Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.
- Antara Penyebab Gangguan jin :
- Jin lelaki kadang kala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadang kala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
- Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
- Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.
Cara-Cara Jin Masuk ke dalam Tubuh Manusia
- Jin adalah sejenis makhluk berunsurkan udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.
- Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada dalam otak manusia.
2 comments:
(Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia.....)
baru tahu yg ni, sbb penah dengar ustaz kata jin nak masuk dia masuk melalui salur darah, darah kita kan berpusat kat hati, maka dari darah dan hati dia merebak ke seluruh badan kita, sbb tu ustaz kata apa2 kena jaga hati dulu, sbb jin dan syaitan akan 'conquer' kita kat situ
nice sharing :-)
Dengan izin Allah, jin boleh masuk ke dalam bdn manusia dr mana pun mereka mahu..cuma benteng diri perlu dijaga dgn pergantungan 100% hnya kpd Allah S.W.T berserta usaha dan ikhtiar..
wallahualam..
Post a Comment