AL - ISRA' AYAT 82

AL - ISRA' AYAT 82

MARI MENYUMBANG UNTUK SAHAM AKHIRAT

RAWATAN AS - SUNNAH

My photo
Senawang, Seremban, Daulah Islamiah, Malaysia
Dan katakanlah:Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.Hubungi @ SMS saya di talian 017-4150340.

Ukhwah Islamiyyah

Susuk kuat solat, ‘panas’ jika dengar azan

 

KUALA LUMPUR: “Niat saya hanya untuk mendalami agama dan melakukan ibadat. Tidak sangka pula jalan yang saya ambil bukan cara yang sebenarnya, sebaliknya memesongkan akidah,” kata Zaki, 34, yang memakai ‘susuk kuat sembahyang’ kira-kira setahun lalu, diperoleh daripada seorang individu mendakwa sebagai ustaz di Kelantan.

Menurutnya, dia ditemukan dengan lelaki itu oleh seorang rakan selepas mendengar cadangan daripada sahabatnya itu yang didakwa turut menggunakan susuk berkenaan.

Tambahnya, ustaz itu memasukkan serbuk campuran tertentu pada tapak kakinya, di bahagian belakang badan dan tapak tangan menggunakan bacaan tertentu seperti mantera yang sukar difahami kononnya untuk merawat hatinya yang dipenuhi dosa.

Katanya, selepas ustaz itu memasukkan serbuk campuran berkenaan, dia merasakan kelainan pada tubuh badannya dan setiap kali ingin menunaikan ibadat, dia berasakan seperti ada suara ghaib membisikkan ke telinganya supaya melakukan ibadat.

Zaki berkata, susuk itu juga mempunyai larangan tertentu yang perlu dipatuhi sepanjang tiga bulan pertama pemakaiannya, termasuk tidak boleh menjejakkan kaki di tanah perkuburan dan sekiranya dia tidak mematuhi syarat itu, ustaz terbabit mendakwa dia akan menghidap penyakit misteri yang sukar diubati.

Harian Metro

Ulasan

Dengan ilmu yang sedikit, ana cuba jelaskan isu di atas. Perlulah dijelaskan bahawa kita sebagai manusia yang dicipta sebaik-baik kejadian yakni khalifah di muka bumi ini tidak boleh memohon perlindungan ataupun pertolongan selain daripada Allah S.W.T. Ini adalah kerana ia boleh menyebabkan syirik, satu dosa yang tidak diampuni oleh Allah S.W.T melainkan dengan taubat nasuha.

Berdasarkan berita diatas, boleh ana katakan yang 'ustaz' itu telah melakukan kesalahan yakni mengamalkan ilmu yang salah di sisi syarak. Dalam masyarakat melayu kita ini, memang terlalu ramai yang tergelincir dengan mengamalkan ilmu salah. Pelbagai cara dan kaedah yang golongan ini gunakan dalam usaha untuk bersahabat dengan jin. Ada yang mengelarnya jin islam, rijalul ghaib, khadam ayat dan bermacam-macam lagi.

Bila sudah diseru dengan pelbagai cara (salah satu contoh diatas), maka datanglah makhluk yakni jin berdamping dengan si pemuja. Dalam kes di atas, atas kekurangan pengetahuan (si pesakit), maka si 'ustaz' berkenaan telah memasukkan jin ke dalam badannya tanpa dia sedari. Termasuklah dengan pelbagai pantang larang yang mengarut dan masalah pelik yang dihadapi pesakit.

Apabila makhluk yang ada sebagai pendamping itu datang, maka inilah yang dikatakan ianya boleh membantu manusia merawat, menjaga rumah dan harta benda, pelindung diri, ilmu kebal dan termasuklah 'kuat solat' seperti yang berlaku kepada pesakit berkenaan. Lihat seperti ada unsur-unsur islam bukan, tapi belum tentu makhluk yang datang itu islam. Sungguh tipu daya iblis dan syaitan itu sangat tinggi, di luar kemampuan kita untuk mengatasinya kecuali dengan izin Allah aza wa jalla.

Akhir kalam, sesungguhnya syaitan itu pernah bersumpah di hadapan Allah S.W.T, yang menyebut, "Demi kemuliaan-Mu, sesungguhnya aku tidak akan berpisah daripada anak Adam, sehinggalah roh anak Adam itu berpisah daripada jasadnya''. Bermaksud bahawa makhluk ini sentiasa berusaha menyesatkan manusia, daripada awal kelahirannya, sehingga mati. Ketika itu makhluk ini akan pergi, meninggalkan manusia, sama ada mati dalam keadaan beriman ataupun dalam keadaan kufur. 

Wallahualam..
Posted on 4:34 PM by Kamarol Azli Bahari and filed under | 2 Comments »

2 comments:

fuad ansari said... @ November 20, 2011 at 10:32 AM

erm.. susuk utk melakukan amal ibadat... tatkala susuk yg lain bukan utk melakukan amal ibadat.. pelik gak tu...

sy rasa, utk mendapatkan susuk kuat solat yg sebenar adalah dengan meningkatkan iman..

Kamarol Azli Bahari said... @ November 21, 2011 at 11:12 AM

bermacam2 tipu daya syaitan sekarang ni fuad..
benar2 menguji keimanan.semoga kita semua terpelihara dari gangguan n hasutan syaitan dan iblis.

Post a Comment

RAWATAN AS SUNNAH

TERAPI URUTAN ISLAM

Blog Widget by LinkWithin