Seksualiti Merdeka - Program Yang Mengundang Laknat Allah S.W.T
Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...Baru-baru ini gempar negara kita dengan program 'Seksualiti Merdeka' yang hendak di anjurkan oleh gabungan dan kerjasama badan-badan NGO. Sepatutnya umat islam sibuk menyiapkan diri untuk menghayati sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan tiba beberapa hari saja lagi, ( saya lewat siapkan entry ni ) tapi puak-puak ni sibuk pulak nak adakan festival. Banyak betul rumors yang didengari...Apa sebenarnya Festival Seksualiti Merdeka ni ??
Ok, secara ringkasnya festival ini merupakan acara tahunan yang diadakan pada 1 - 13 November 2011 yang akan bertempat di Annexe Galeri, KL. Tidak pasti tahun-tahun lepas pernahkah dianjurkan festival ini atau tahun ini merupakan tahun pertama. Saya tdak pasti. Melihat pada pada gambar festival di atas tertulis "Queer without fear". Itu merupakan tema pada tahun ini yang maksudnya "Jangan takut menjadi janggal" atau "Kejanggalan tanpa rasa takut". Di bawahnya pula tertulis '"All Malaysians have the right to live and love without fear" yang membawa maksud yang cukup umum dan jelas untuk difahami, juga tersirat bagi golongan yang menghidapi kecelaruan seks songsang !!
Di bawah ini adalah kenyataan rasmi yang saya peroleh di dalam portal rasmi mereka www.seksualitimerdeka.com
Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka'untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.
Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.
Festival pada tahun ini akan dilancarkan oleh Datuk Ambiga Srineevasan. Sekali lagi nama Ambiga yang hangat ketika Perhimpunan Bersih tidak lama dulu disebut kembali. Jurucakap yang juga merupakan salah seorang pengasas pergerakan tersebut menafikan tujuan mereka mahu menggalakkan budaya homoseks di Malaysia namun hakikatnya adalah sama sahaja iaitu mereka mahukan masyarakat kita menerima mereka yang mempunyai selera homoseks.
Mereka menegaskan bahawa mereka tidak bertujuan untuk membuatkan orang marah sebaliknya mereka hanya mahu hidup gembira dan menerima diri mereka seadanya.
Nauzubillahi min zalik...tak takut langsungkah mereka dengan azab dan laknat Allah S.W.T. Tidak kiralah apa sahaja alasannya, yang nyata, program seperti ini akan mengundang laknat Allah S.W.T. Pada fikiran mereka, hal kecelaruan selera seks ini tiada masalahnya asalkan tidak mengannggu hidup manusia lain. Di tambah pula dengan undang-undang yang ada sekarang ( tidak syarie ) menambahkan lagi kekebalan golongan songsang ini.
Bila manusia hidup bertuankan hawa nafsu, maka matilah akal fikiran seseorang itu. Pemikirannya akan menjadi dangkal dan tidak sihat, hidup tanpa moral yang baik dan paling teruk keluar dari landasan islam. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Furqan ayat 43-44 menerangkan :-
“Terangkanlah kepadaKu tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kalian dapat menjadi pemelihara atasnya? Atau apakah kalian mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (daripada binatang ternak itu)”
Dengarnya hujung minggu lepas mereka telah membatalkan festival ini kerana desakkan hebat semua pihak. Baguslah, tapi tindakan lanjut perlu diambil dari pihak berwajib untuk terus memantau dan menyekat hal-hal seperti ini. Bagi pihak pemerintah pula, penerapan al-quran dan as-sunnah sebagai sumber hukum perlu dilakukan segera kerana melalui penerapan Undang-undang Allah sahaja masalah ini dapat diselesaikan dengan tuntas.
Apa sahaja perbuatan manusia yang menyimpang dari landasan agama ataupun fitrah asal manusia, sekiranya tidak diselesaikan dengan hukum Allah, sudah pasti tidak akan pernah menemui keberhasilan, tetapi hanya akan menghasilkan kegagalan di dunia dan akhirat.
Seperti mana firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Ma'idah ayat 50 :-
“Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, walhal (hukum) siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang-orang yang yakin”
Juga firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 63
“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan (di dunia) dan azab yang pedih (di akhirat)”
Tidak pernah ada manusia di dunia ini yang menyambut dan meraikan penyakit, seperti mana golongan songsang ini yang meraikan penyakit selera songsang mereka. Sepatutnya penawar harus dicari, solusi yang konkrit perlu dilakukan dan setiap pihak harus berganding bahu mengatasi masalah ini terutamanya sekali pihak pemerintah. Wallahualam.
0 comments:
Post a Comment